Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 9 Mei 2010

Tan Sri Muhyiddin Yassin tenung nasib dengan kaki judi di Sibu

Ribut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek memohon agar lesen judi halal dikeluarkan oleh kerajaan agar rakyat jelata boleh berjudi secara sah kerana khuatir rakyat jelata akan berjudi secara haram sekiranya lesen tak diberi belum lagi reda, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menyebut bahawa dia mempunyai keyakinan yang agak kuat bahawa BN di Sibu akan memang.

Bila ditanya oleh wartawan, atas asas apakah keyakinan itu dibuat?

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab dia mempunyai keyakinan atas dasar taruhan judi ke atas UMNO menang adalah lebih besar.

Kalau jumpa, patut diludah

Sebagai ahli PAS yang membayar yuran setiap tahun menjelang mesyuarat agung PAS cawangan, saya begitu prihatin dengan semua kepimpinan PAS. Tak kira dia daripada ngeri mana, cara dia berfikir dan cara dia bertindak.

Saya begitu masak dalam hal ini. Setiap pimpinan ada baik dan buruknya. Misalnya TGNA mengatakan rokok adalah haram. Ustaz Hassan Shukri saya anggap dia adalah akitek pembangunan Pusat Tarbiyyah Taman Melewar setaip masa rokoknya di tangan terutama ketika dia melihat dan memantau usah-usaha memulih bangunan Pusat Tarbiyyah itu. Rokok dah sebati dengan hidup Ustaz Hassan, selain sebatinya perjuangan Islam dalam hidupnya. Betul tak Pak Bakaq?

Sabtu, 8 Mei 2010

Menarik juga artikel Kisah Michelle Yeoh di Harakah

Saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh Penarik Beca bertajuk Kisah Michelle Yeoh di Harakah. Memang Penarik Beca @ Bakaq selalu menulis dalam versi yang berlapis-lapis. Hanya yang faham sahaja akan mengetahuinya.

Saya suka tulisan Penarik Beca, hanya saya tak suka bila dia bersetongkol dengan geng Task Force 13 @ Usrah Barbican dalam merancang menentukan kepimpinan mengikut selera masing-masing.

Pimpinan yang ditegur itu ada membuat silap, tapi cara menjatuhkan dengan membuat serangan secara bertalu-talu dengan menongkok tambah cerita-cerita tak benar menjadikan dia patut dibakul sampahkan bersama-sama blogger celaka!!

Jumaat, 7 Mei 2010

Ulas lagi artikel Kickdefella

Sebelum ini saya menulis mengatakan bahawa Kickdefella menulis di bawah pengaruh kurang sedar. Sila baca di sini. Hari saya ingin mengesahkan bahawa dia buka kurang sedar tetapi sudah "mabuk".

Artikel Kickdefella, Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta menjelaskan akan kecelaruan penulis dalam meneruskan agendanya.

Khamis, 6 Mei 2010

Ulas artikel GMC Hak Tok Guru

Seronok juga melihat mereka yang digelar askar upahan oleh Cikgu Pa bermain gerak saraf dimedia internet bagi menjatuhkan mana-mana pihak yang dirasaikan perlu.

Artikel terbaru Kickdefella, GMC Hak Tok Guru adalah psiko halus yang memerangkap mangsa bagi mendapat laluan dan idea untuk meneruskan kerja-kerja penulisan yang pasti tidak akan sampai ke penghujungnya selagi matlamat akhir belum tercapai.

Biasalah nak dijolok buah yang ranum habis putik, daun, malah ranting-rantingnya sekali yang terburai dek kerana galahnya tak sempurna sifat. Penjolok pula bukan tahu adab main hentam aje.

Rabu, 5 Mei 2010

Penulis Kebenaran dengan Penulis Fitnah (dibaik tambah)

Artikel ini adalah artikel kedua saya bagi menjawab artikel TranungKite Sarang Bloggers Pondan (Tarbiyyah Ulama Sebegini?) yang ditulis oleh Rahman Seluaq Dalam di laman blog Perisik Rakyat tetapi artikel ini masih tidak ada pada blognya sendiri mungkin memberikan tekanan kepada Poji atau dalam lain bahasa nak perkenakan Poji Topeng Perak yang dihimpit serangan kerana membuat fitnah terbaru kepada Nik Abdul anak kepada anak Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Rahman, bila hang nak post dalam blog sendiri, blog hang dah tak laku ke? Atau hang bersama dengan Kickdefella mahu perkenakan Poji? Pasal Poji @ Topeng Perak dikhabarkan kepada saya akan mengambil alih tugas Kickdefella di GMC. Betul ke maklumat ini.

Tulang Besi: Tersilap, Nyanyuk, Gila atau Memang Jahat?

Hari saya terbaca satu artikel yang cukup mengelikan hati, selepas mandi saya masih tersenyum dan gerak geri saya ini, rupanya diperhati oleh isteri saya lalu beliau menegur, lain macam aje abang?

Artikel yang saya maksudkan itu ialah TranungKite Sarang Bloggers Pondan (Tarbiyyah Ulama Sebegini?) oleh Rahman Seluaq Dalam @ Tulang Besi.

Rasanya yang paling layak menjawab tulisan ini ialah Songkok Putih. Tapi sayapun memang SP seperti yang dicanangkan selama ini. Jadi layaklah saya menjawabnya. Betulkan Rahman Seluar Dalam?

Selasa, 4 Mei 2010

Kickdefella Makan Tuan?

Terbaca satu tulisan di blog SokongPR yang ditulis oleh Lensa mengulas isu wang RM4 juta belanja melemahkan kedudukan Pak Lah Perdana Menteri ketika itu.

Tajuk tulisan tersebut, saya guna sebagai tajuk artikel saya bagi mengulas artikel yang ditulis oleh penulis berkenaan. Saya ambil keseluruhan petikan artikel berkenaan;

Hanya manusia yang biadab dan kurang ajar sahaja yang sanggup terbalikkan gambar pimpinan PAS!

Hari ini saya minta maaf kalau saya menulis agar kasar sedikit. Tapi sesuai dengan tulisan ini nak ditujukan kepada seorang yang biadab dan kurang ajar yang selalu menganggu gugat serta cuba merosakkan Jamaah Islam dengan pelbagai tulisan fitnah di laman blognya.

Celaka dia di dunia dan celaka dia di akhir, sekiranya tulisan dia adalah atas niat untuk mengapi-apikan persahabatan dalam Jamaah PAS.

Blogger biadab dan kurang ajar ini telah menulis satu artikel yang cukup jahat terhadap Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Anda boleh baca di sini. Ini gambar yang ditebalikaan. Lihat sendiri, bagaimana biadabnya blogger, kerana dia rasa blognya hebat dan terpengaruh. Setakat ini UMNO/APCO jahat juga tetapi tidak jahat dan biadab seperti Topeng Perak ini.

Kickdefella, Tulang Besi & Perisik Rakyat

Episod RM4 juta nampak macam manarik, mencari mangsa. Ibarat yang nak dijerat terjerat dan yang terjerat menjerat. Payah juga kalau tak faham selok belok penulis yang bekerja di gerak saraf. Putar belitnya oii mak datuk!!

Kita tolak dulu laporan SPRM yang nak perkenakan Ariffahmi, mungkin TGNA juga terpaksa menjawab. Sebab dalam hal ini, makan nangka bersama, tapi nasib siapa yang terkena getahnya.

Saya lebih suka kepada awak-awak dulu, yang atas-atas tu tunggu sambungan artikel Husam sasaran sebenar Kickdefella?

Kickdefella ada menulis secara sedar;

Sekian lama saya bersabar. Tetapi bila beberapa blogger yang rapat dengan Husam dan yang mengaku pada saya dibayar oleh Husam mula turut terjerumus dalam permainan ini, maka bagi saya amat senang, saya tiada apa kepentingan lagi dan buat apa saya nak pikul biawak hidup itu lagi.

Kickdefella ada menulis secara sedar juga;


Sementara itu anda boleh baca jawapan Rahman Tulang Besi terhadap jawapan saya dan posting oleh Perisik Rakyat di sini.

Kick ada juga menulis;


Kata orang, kalau kita mahu memerangkap seseorang, jangan ditanya padanya soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. Nanti habis kita dan sahabat kita pula yang terjerat. Saya tidak peduli sangat Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang baru itu, tetapi saya lebih prihatin dengan Rahman Tulang Besi.

Soalan tambahan untuk direnung bersama.

1. Berapa jutakan dibelanjakan untuk melagakan kepimpinan TGHH dengan TGNA?

2. Berapa upah yang diberikan untuk menyerang beberapa orang kepimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dr Hassan Ali dan lain-lain dengan UG dan Geng Perpaduang serta pertemuan dalam gelap?

Dua soalan ini rasanya dah cukup untuk pembaca berfikir mencari simpul yang makin hampir terurai..

** Gambar di atas tu orang panggil Poji Black @ Topeng Perak. Aku cilok daripada laman Penembak Babi. Kalau nak best pergi ke laman berkenaan ada artikel best POJI BLACK METAL BENCI HASSAN ALI DAN NIK ABDUH!

Isnin, 3 Mei 2010

Husam sasaran sebenar Kickdefella?

Saya bertengkar dengan beberapa orang kawan pasal tulisan-tulisan Kickdefella. Mereka marah kepada kick atas alasan kick begitu biadap dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Minta maaf dalam hal ini pendapat saya cukup berbeza dengan sesetengah pembaca. Saya daripada dulu, kini dan selama-lamanya masih menganggap orang menjadi sasaran dalam semua penulisan kick adalah YB Husam Musa bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Alasan saya?

Saya pernah menulis mengenai kick ini dalam beberapa tulisan saya yang saya ungkapkan semula untuk bacaan pembaca;

Rasa hati kecil saya mula terbayang apabila Kickdefella menulis satu artikel
Tersungkur Di Pintu Syurga dan dia nampak macam tak begitu minat untuk menulis dua bulan kebelakangan ini.


Untuk makluman pembaca jika anda seorang yang prihatin anda akan dapati tajuk artikel Kickdefella ini telah ditukar daripada tajuk asal iaitu Nik Aziz dan Tersungkur di pintu syurga kepada Tersungkur di Pintu syurga sahaja. Kenapa hanya kick sahaja tahu jawapannya.

Saya kata demikian kerana lihat pada link artikel kick berkenaan yang memberikan gambar tajuk artikel asal. http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/16/nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga/

Artikel Tersembam Di Lebuhraya juga mengambarkan bagaimana salah laku rasuah dan pecah amanah difinasinya mengikut undang-undang Malaysia.

Artikel kickdefella seterusnya ialah Bokbong!. Maksudnya cukup dalam.

Artikel seterusnya ialah Selamatkan Tok Guru. Ini mula pecah secara terang krisis yang berlaku.

Selepas itu Kickdefella menggunakan sahabat baiknya Rocky Bru dan Bakaq Penarik Beca untuk membuat serangan. Sila baca di sini dan di sini.

Saya berhenti di sini, sambung episod lain pula. Kalau saudara pembaca pernah menonton filem Vantage Point yang diterbitkan tahun 2008 mengisahkan bagaimana cubaan menculik Presiden US. Pengarah filem berkenaan Peter Travis mengulang beberapa episod dan menunjukkan watak berlainan pada masa yang sama. Saya pun menulis mengikut cara Peter Travis.

Permainan watak kickdefella dalam PAS selain daripada Global Media Channel (GMC) ialah pengatur kepimpinan masa hadapan PAS. Yang ini boleh anda dapat pencerahan sendiri daripada Tulang Besi dan Perisik-Rakyat.

Kalau pembaca nak pencerahan juga, saya rasa YB Salahuddin Ayub boleh memberikan penjelas tentang perkara ini.

Cuba pembaca baca petikan artikel Kickldefella yang berbunyi demikian saya ambil daripada artikel tulisan dia;

YB. Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pula mengesahkan dakwaan saya bahawa wujudnya pertemuan di Hotel Perdana bagaimanapun berkata, “Seingatan saya perkara itu bukan topik untuk mengguling tapi membincangkan masa depan parti, pimpinan masa depan parti.”


Petikan ini saya ambil daripada artikel kickdefella bertajuk Sayang Laksamana Mati Dibunuh… yang ditulis pada 17 November 2009.

Ada 2 strategi yang dibuat oleh Kickdefella and the gengs (Task Force 13) ialah menaikkan kepimpinan yang diharapkan di Pusat serta menguatkan kepimpinan ini di Kelantan.

Tapi malangnya situasi politik Kelantan menjadi sebalik apabila usaha pertama gagal menjatuhkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam pemilihan kepimpinan PAS pada Muktamar yang bersidang. Walaupun tukang cula Wan Jo telah mencula dan menunjukkan bahawa YB Husam akan memang dalam pemilihan ini, tetapi semuanya adalah kehendak Allah s.w.t. pertandingan menjadi tiga penjuru. (Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan ini - memang semua artikel ini saya bertanggungjawab, tapi nak menguatkan lagi maklumat yang saya berikan, macam wan jo??)

Ada sedikit krisis antara TGNA dengan YB Husam menyebakan parangcangan Kickdefella untuk menyerang Ariffahmi tidak dapat dibantu oleh YB Husam. Anda boleh baca di sini sebagai pencerahan. http://cahketing.wordpress.com/

Bahasa kelete, payah nak faham, nak buat manapun anda mesti dapatkan seorang kelete untuk buat berikan anda kefahamannya. Sayapun buat macam itu juga (cerita modal sebenar..)

Mohd Saiba: Khalili ni jenis hak jaga kifalahlah, orang Husam jugaklah bekali,
Husam sendiri tak ‘gi. Jadi ‘depan Tok Guru tu PKN royatlah, ni bukti, kita
bayar belaka, bukti, cumanya masalah tertunggak ni kita duduk anggarkan
mula-mula 3 juta sebulan ‘bayar, dia ‘jadi 5 6 juta, lebih daripada (hak
anggar), jadi hak tu jadi tertunggak, tersekat, bayar bayar, PMBK tidak sekat.
Hor, ‘situ Tok Guru nampak Husam tak betul.

Akmal Ilham: Nak peruduh
Ariffahmilah?

Mohd Saiba: Hor, jadi Tok Guru marah kor Husam. Dengar
cerita Husam nak berjumpa Tok Guru, Tok Guru tak sir berjumpa.


Betul atau salah kena tanya Setiausaha Akhbar TGNA, Mohd Saiba Yaakob.

Kickdefella taklah nak serang TGNA secara terus setelah PAS Pusat berjumpa dengan TGNA dan beberapa keputusan telah dibuat. Anda boleh baca di sini. Dia menulis dengan lunak di sini.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan
gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi
merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua


Tapi malangnya keputusan ini tak lama, ada politik dalaman di Kelantan mengubah corak politik semasa di sana. Anda boleh baca artikel Adib Zapkapli (Malaysian Insider) yang bertajuk HUSAM CLAIMS CONSPIRACY AGAINST HIM.

(Adip ini adalah adik kepada Haris Zapkapli berasal daripada Johor. Anda masih ingat analisis pilihan raya kecil Hulu Selangor yang menyebut PAS Selangor tak bersedia dan lemah. Ini yang digunakan oleh Tulang Besi @ Seluar Dalam menyerang Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin mat Isa baru-baru ini. Adip biasanya mendapat sumber dalaman PAS melalui abangnya atau Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily)

Apa lagi kickdefella keturuanan dari keluarga al-Bukhari, yang antara lain masih memegang peranan sebagai imam di Masjid Jami' Delhi sejak turun-temurun sehingga ke hari ini. Habib Razak, nenda saudara pula masih dikenang oleh masyarakat yang berumur di Kota Bharu sebagai seorang HA yang bukan sahaja cekap dalam merawat orang ramai di Hospital Besar, bahkan seorang yang teguh amalan ibadatnya. Bonda yang sangat saudara kasihi yang berketurunan Raja Jembal, tidaklah orang lain kepada TGNA. Hingga kini saya masih tertanya-tanya kenapa dia kemudiannya memilih untuk memondok di Kemumin, sedangkan dia mempunyai pilihan-pilihan lain yang lebih selesa, kecuali untuk menumpang suasana dan persekitaran beribadat yang ada. (Petikan blog Muqabalah) teruskan marah dengan marahnya....



Sambung dengan siri kedua tajuk sama..

RM4 Juta, Task Force 13.. sekadar renungan sinis

Ramai bertanya, kenapa tak menulis. Hilang atau bertapa? Sukar nak jawab tapi saya sentiasa membuka dan melayari internet. Untuk permulaan sebagai memanas ejin kereta suka mengulas pasal isu RM4 juta untuk projek gerak saraf melemahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri suatu masa dulu.

RM4 juta diberikan kepada Kickdefella untuk mengurus GMC. Jarang berlaku kepada mana-mana blogger yang boleh mendapat wang sebanyak itu dalam suatu urus niaga. Kickdefella boleh dikatakan antara blogger Task Force 13 yang paling kaya.

Penarik Beca pula tak kaya mana, merepak juga. Kadang kala nak bayar bil handphone pun terpaksa bermanggi. Masa usrah barbican adalah makan sedap sedikit, itu pun Wan Jo atau Wan Ji, keturuanan tok sheikh sebelah Petani ini yang bergilir bayar.

Kalau ada bawa Hj Mahfuz atau YB Salahuddin legalah Wan Jo.. Kena sembelihlah dua orang YB ini.

Tulang Besi @ Seluaq Dalam pula gaji 6 kali gaji Husam tapi merempak minta sedekah untuk sara hidup. Tabung Guamannya adalah satu cara nak dapatkan wang mudah.

Pasal RM4 juta, kata Husam mungkin UMNO yang bagi. Kata Kick kena siasat.. Kata Tulang Besi cabar dedah. Kata Perisik Rakyat (kawan baik dengan Kickdefella dan pernah berjumpa) yang juga members Task Force 13 pun sama cabar juga.

Ada 13, kita terpaksa sebut beberapa dulu. Yang lain kita bincang jika mereka minta.

Mereka dah jadi anjing (minta maaf ini peribahasa sahaja) sedang berebut RM4 juta sepatutnya diagihkan sesama mereka untuk menjadi gerak saraf, merancang untuk menaikkan seseorang dan menjatuhkan lawan politik.

Kata orang barat, politik kotor. Musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. Dalam usrah atau tamrin boleh makan setalam, tapi luar usrah dan tamrin kita merangcang siapa dikalangan kita patut memimpin. Syura sudah tidak ada dalam kamus lagi.

RM4 juta ini juga akhir membongkar cakar mencakar antara mereka yang menjadikan jamaah bukan lagi mengikut sunattullah tetapi hanya mengikut akal perancangan sahaja.

Drama tragedis ini akan membongkar siapa lagi yang akan menjadi mangsa dan perangkap manusia yang bernama pena kickdefella. Manusia hati jernih berfikir sahaja akan mengetahui akan natijah disebalik RM4 juta ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog