Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 28 Ogos 2010

Projek Ziarah Rumah Ayah Chik..

Projek Ziarah Rumah Ayah Chik... ah sudah tukar nama ke? Tak main langgar-langgar lagi sekarang? Berbulan aku tunggu surat rasmi kepada Dr Kayu yang nak diberikan. Dengar cerita draf surat dah dibuat, tapi tak dihantar mungkin tak cukup duit nak beli stem agaknya.

Apa pun bulan puasa ni kita kena bersangka baik. Sebaik dan semulia hati geng PAS-Reform. Memang kentoi projek baju pun boleh lingkup.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kalau Zahid Hamidi Tak Takut Dosa Sebar Fitnah, Anda Pula Bagamana?

Lama tak melawat blog-blog yang disebut sebagai "blog C" oleh beberapa kepimpinan PAS. Sempena bulan puasa ini, bulan yang berkat dan di bulan ini Allah memberikan rahmat dan hidayah, saya menjenguk sekadar ingin melihat adakah mereka ini sudah "ada hidayah" dalam membuat dan menyebar maklumat yang belum sah dan tidak ada kepastian lagi.

Memang sebagai seorang Islam kita mengharapkan orang Islam lain berbuat baik dan mendapat hidayah. Kalau dia UMNO sekali pun kita juga berusaha berdakwah dengan mereka, merapatkan jurang kerana sistem pilihan raya di negara kita tidak membezakan undi antara seorang pelacur dengan seorang imam di sesebuah masjid.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Salam Ramadan...

Sebulan lebih saya meninggalkan blog ini. Ada beberapa e-mel yang saya perolehi bertanyakan khabar tentang diri saya. Saya faham tentang maksud e-mel berkenaan dan saya juga faham kerisauan tiada orang yang akan menjawab fitnah dikalangan mukmin (yang selalu kita diajar ditarbiyyah terutama di pondok-pondok).

Ali Zaidan, Penembak Babi, Lanskar Pelangi, Kumpulan Orang Gila semuanya sudah semacam berhenti menulis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog