Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 29 Oktober 2010

Aduka Taruna yang terbiar

[Kemaskini Semula] Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, 29 tahun, pemilik blog yang pernah mengempar masyarakat Malaysia dengan isu menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya telah dibicarakan pada 21 Oktober 2010.

Pembicaraannya yang berlansung dua hari dan bersambung pada 30 November, 1 dan 2 Disember ini.

Sepanjang pembicaraannya, tiada satu laman pun menyiarkan berita mengenai Aduka Taruna ini melainkan Kelab Greenboc yang mengambil petikan daripada Sinar Harian.

Rabu, 20 Oktober 2010

Banyak sangat ke Iklan Harakahdaily?

[Kemaskini Semula] Tulisan saya Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily nampaknya mendapat feedback yang baik apatah lagi sifat keterbukaan pembantu webmaster Tranungkite KetamBatu yang meluluskan artikel ini walaupun tidak begitu enak dibaca, apatah lagi suasana PAS akan menghadapi pilihanraya kecil di Galas.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TKO kerana masih bersifat terbuka tanpa merasai bersalah atau takut untuk mendedahkan perkara yang tidak baik.

Bila saya menyebut mendedahkan perkara tak baik atau senang sebut penyelewengan, maka ramai yang akan mengata. Adakah kata-kata atau tulisan si BatuApi itu benar berlaka? Mungkin BatuApi berniat serong untuk menjatuhkan seseorang?


Ahad, 17 Oktober 2010

PRK Galas: Adakah Ku Li Berbisa?

Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.

Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).

Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.

Rabu, 13 Oktober 2010

Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily

Saya terbaca satu kenyataan dibuat oleh pihak Tranungkite melalui pembantu webmasternya si Ketam Batu yang kecewa dengan sikap pengiklanan di Harakahdaily yang mengeksplotasi logo Tranungkite (TKO) dan blog Tukar Tiub pada TKO versi 10 sebelum ini. Anda pembaca boleh memahami maksud kekecewaan ini pada artikel Red Rebana/ Harakahdaily menggunakan laman TKO & Tukar Tiub sebagai Iklan.


Saya memang berhasrat benar nak ulas artikel tersebut, tapi malangnya tak sempat. Masalah pada Harakahdaily ini kalau kita ibaratkan seperti buah jambu air madu yang elok diluar tapi penuh berulat didalamnya. Langsung tak boleh dimakan. Kalau nak buang pun tak boleh biarkan begitu nanti ulat-ulat ini akan membiak. Kena tanam, pastikan bakanya tak tersebar!!!!

Sebelum saya panjangkan artikel ini, saya minta orang-orang yang bertanggungjawab pada harakahdaily buka mata, buka hati tolong selesaikan!!!

Rabu, 6 Oktober 2010

Kenapa tak dilihat UMNO Terengganu itu sendiri

Hujah-hujah yang menyerang kepimpinan PAS Terengganu dengan pelbagai tuduhan dan mengaitkan kekalahan PAS Terengganu adalah disebabkan beberapa individu tertentu selain daripada beberapa faktor yang disebut seperti pengagihan yang tak sama rata, kesombongan YB dan masalah JSR akan dibincangkan secara detail.

Saya tak menolak perkara ini dan memang sukar untuk membuat satu rumusan faktor-faktor kekalahan PAS Terengganu yang amat menarik dalam istilah Terengganu "Terbalik Kot"

Banyak kajian tentang kekalahan ini telah dibuat malah tesis untuk Sarjana juga ada dibincangkan, saya tertarik dengan satu tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan yang dibuat oleh Awang bin Jabar Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 2006 tentang kajian faktor dalaman dan luaran UMNO Terengganu yang memberikan kemenangan kepada UMNO bagi tahun pilihan raya 2004.

Selasa, 5 Oktober 2010

Kenapa marah sangat kepada PAS Terengganu?

Sebentar tadi saya telah menalifon seorang sahabat di Terengganu yang banyak bertanggungjawab tentang JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) dan saya rasa dia ada maklumat 'benar' mengenai perjalanan JSR semasa PAS Memerintah Terengganu dan fakta maklumat dan kajian yang ada pada beliau amat berguna untuk saya menyanggah suara-suara jahat di laman TranungKite yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan PAS khususnya kepada kepimpinan PAS Terengganu.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, pimpinan lama PAS Terengganu bukanlah orang yang hebat tidak punya cacat cela, tidak punya kerenah yang yang membosankan, tapi saya lebih melihat kepada perancangan melemahkan PAS itu sendiri.

Alfatihah untuk bekas wartawan Watan

Saya ingin mengambil kesempatan, walaupun agak lewat untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Samsuri Roslan atas kepemergiaanya menemuai Allah s.w.t.

Samsuri Roslan bekas wartawan Watan seorang yang gigih, cergas dan minda terbuka. Banyak membantu mengerakkan usaha-usaha dakwah dalam arena penulisan dan media cetak.

Saya pernah menulis di blog ini mengenai "Pertemuan 4 Mata antara Ustaz Fadhil Noor dengan Dr Mahathir Mohamad" dan dalam tulisan berkenaan saya ada menyebut nama Samsuri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog