Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 12 Januari 2010

Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!


Semalam Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik menjadi Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh. Kenyataan rasmi oleh DS Anwar Ibrahim menyebut jelas tentang perkara ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan" - Anwar Ibrahim

Hari ini akhbar telah memainkan isu sama ada Saifuddin ini ahli PAS atau PKR? Beberapa teori tentang keahlian PAS Saifuddin telah menjadi perbincangan.


Bila ditanya Saifuddin menjawab dengan tegas "Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai dan mengasaskan PKR"

Saya masih ingat lagi pada ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda kejutan dengan tindakan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti…Mac 2007 ada juga yang bertanya apa ceritanya pula tentang Saifuddin Nasution, seorang lagi bekas tokoh ternama parti itu yang kini ‘menyepi’ di Kelantan.

Pada masa itu ada juga desas desus mengatakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan (dulu Nasional) ini juga sudah meninggalkan PKR dan masuk PAS.

Namun begitu ketika dihubungi Saifuddin, calon Parti Keadilan (pada masa itu) yang pernah menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Lunas, Kedah memberi jawapan yang agak membingungkan.

Katanya dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR. “Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”

Pada masa itu Saifuddin sedang berkhidmat sebagai Pengurus Yayasan Tok Kenali, sebuah badan dibawah naungan parti PAS di Kota Bharu.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.

Saifuddin sendiri pun menafikan tentang tarikh ini.

Saya lebih suka mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS lebih awal lagi, walaupun ada yang berpendapat dia semasa di UPM tidak PAS mana pun sekadar bersama dengan PAS.

Saifuudin keluar daripada PAS bersama Nakhie Ahmad dan masuk UMNO.

Saya juga lebih suka mengatakan Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.

Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.

Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali.

Kenapa Saifuddin Nasution menerima jawatan ini adalah topik yang berbeza dengan apa yang dibincangkan sekarang.

Saya lebih suka mengatakan Saifuddin Nasution telah menjadi ahli PAS dua kali. Menurut maklumat rakan-rakan blogger saya di Penang yang mendapat maklumat daripada Kedah bahawa Saifuddin Nusation Ismail, No. KP 6984735 (lama) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan.

Dan??

Menggunakan KP baru 631207715005 adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.

Ini bermakna Saifuddin Nasution menjadi ahli 2 kali.

Saya mendesak Dato' Mustafa Ali sebagai Setiusaha Agung PAS membuat kenyataan perkara ini bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku dan bakal berlaku.

Kenapa bakal berlaku.

Ada ramai ahli PAS yang bertanding atas tiket keadilan yang tidak tahu statusnya. Contoh paling cepat dan mudah ialah Zukiffli Noordin. Dulu bertanding atas tiket PAS kemudian jadi MP PKR.

3 ulasan:

  1. apa masalahnya samada saifyddin ahli pas atau pkr atau umno .... yang penting dia ahli parlimen macang atas teket pkr ... dan kerja buat dia akan memperkukuhkan pkr khasnya dan pakatan rakyat amnya ... dan ubn kalah pru 13 nanti ... itu yang penting

    BalasPadam
  2. pakar strategi politik si saifuddin nasution ni! nanti mana2 parti tersungkur, dia mengaku la ahli parti yg masih terduduk....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog