Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 19 Februari 2010

Antara Al Husseyn dengan Ibnu Hasyim

Saya terbaca satu petikan tulisan Ibnu Hasyim dalam blognya berbunyi "Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa lewat, anggota rombongannya menjawab,

"Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup menangkap pada masa itu, maka beliau terus cuba menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"
Tulisan penuhnya boleh di baca di sini http://www.ibnuhasyim.com/search?updated-max=2010-02-18T21%3A16%3A00%2B08%3A00&max-results=7

Suka saya membuat perbandingan dengan tulisan Al Husseyn dalam blognya pula.


Beginikah sikap seorang Presiden ?


Jangan dijadikan contoh sikap yang sebegini. Janji untuk bertemu tapi datang lewat sampai dua jam lebih? Macamana seorang pemimpin gerakan Islam boleh buat hal macam itu? Sangat memualkan dan memalukan!


Janji Melayu...itulah alasannya! Saya difahamkan, orang Korea kalau janji jumpa jam 8.00 malam, 15 minit, sebelum jam 8.00 itu sudah dimestikan hadir.Kalau tidak hadir 15 minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan itu, ianya sudah dikira lewat dan mesti buat penjelasan kepada semua hadirin.Itu budaya Korea.
Tulisan penuh Al Husseny boleh di baca di sini untuk penilaian anda semua. Nilai dengan akal yang waras.
http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/02/beginikah-sikap-seorang-presiden.html

Kenapa Al Husseyn membuat tuduhan melulu tanpa sebarang siasatan. Tiada ulasan daripada Al Husseyn setelah Misbahul Munir membetulkan keadaan sebenar. Al Husseyn lebih suka imej Presiden PAS tercalar daripada dia membetulkan apa yang dilakukan. Niat dan kenapa dia buat demikian hanya Allah sahaja yang tahu.

Pembetulan maklumat daripada Misbahul Munir Masduki
JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA


Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Tulisan Misbahul Munir sepenuhnya boleh di baca di sini http://misabah.blogspot.com/2010/02/jangan-tuduh-presiden-pas-dengan-melulu.html

Sifat tidak bertanggungjawab yang sama juga ditujukkan oleh Ustaz Wan Ji (Al Bakistani) apabila dia menuduh perjumpaan sulit antara blogger UMNO dengan Dr Hassan Ali sedang apa yang sebenarnya berlaku hanya seorang blogger UMNO datang ke perjumpaan itu (bukannya sulit).

Petikan penulisan Al Bakistani
Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.
Saya anda menulis di sini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/al-bakistani-ustaz-wan-ji-menunjukkan.html
Sampai hari ini Wan Ji tidak memnta maaf. Payah sangat nak keluarkan perkataan maaf, jika tersilap menulis. Dia lebih suka tulisan menjadi rujukan untuk membuktikan sifat tidak bertanggungjawab.

Bila saya menulis perkara ini, ramai dikalangan blogger "geng bawah tanah" menyerang saya. Mereka mengatakan apal;ah si batu api nama sudah menunjukkan sifat jahat berbanding dengan Ustaz Wan Ji yang mengajar begitu hebat di masjid-masjid dan surau-surau.

Jawapan ringkas saya, hebat ke Ustaz Wan Ji? Pernah dia dapat jubah Rasulullah s.a.w? Ada orang yang solat belakang nabi, dia yang memanggil untuk bersolat, mati nabi bagi Jubah untuk membungkus mayat tapi dia adalah munafik dalam perjuangan bersama nabi Muhammad s.a.w.

Saya tak tahu apakah tujuan mereka ini menyerang segenap sudut perbuatan Presiden PAS, jika tersilap nahas jika tak tersilap putar belit akan dilakukan demi menunjukkan Presiden PAS ingin mencium buntut UMNO bersampat kumpulan yang dilebalkan sebagai UG. Benar atau tidak kita tak tahu tapi yang dikatakan naik cium buntut UMNO masih kekal dalam perjuangan Islam tetapi mereka-mereka yang diagungkan seorang demi seorang telah keluar daripada Pakatan Rakyat.

Siapa yang sedang mengirukan kita? Siapa sebenar musuh dalam selimut perjuangan Islam. Anda boleh fikir sendiri.

4 ulasan:

  1. http://anaksengat.blogspot.com/2010/02/jatuhkan-kepimpinan-ulama.html

    sedikit ulasan dan perancangan sebenar.

    BalasPadam
  2. Terima kasih,
    saya dah baca.

    Selain daripada perancangan musuh. Satu perkara yang perlu diambil berat ialah mukmin yang dengki.

    Dalam Jammah ada manusia yang rosak hatinya yang mana ia juga merosakkan amalannya.

    BalasPadam
  3. Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

    Saya tidak mahu jawab, bodoh sangat soalan ini. Nak ulas sedikit pasal kenapa bloger UMNO turut serta.


    bakpo mu tokse berhujjah mengenai persoalan ni? berhujahlah dale bahasa melayu ko, atau bahasa inggeris ko. kawe tunggu hujahmu.

    BalasPadam
  4. AYUH KITA PECAH BELAH KAN GERAKKAN ISLAM hanya di sini http://ketuapolis.blogspot.com/2010/02/ayuh-kita-pecah-belah-kan-gerakkan.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog