Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 21 Mac 2010

Pelancaran Buku "Polemik Isu Kalimah Allah"

Ada yang bertanya saya, 27 Mac 2010 nanti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan melancarkan buku "Polemik Isu Kalimah Allah Antara Targhib dan Tarhib" karangan Dr Mohd Nur Manuti dan Wan Ji bin Wan Hussin, bertempat di bilik Kedah & Johor, PWTC pada pukul 5.00 petang.

Saya rasa tak perlu ulas panjang, sekadar mengambil petikan ulasan ali bagan, walaupun kurang benarnya tapi sinakalnya menghampir isu;

Jangan lupo datang maso hari perasmian nanti. Kito akan lihat bertapa indah dan harmoninya Jemaah Islam yang berlabel PAS ini. Pendiri UG merasmikan buku yang penulisnya anti-UG. Oh , senario ini tidak akan berlaku dalam Parti lain. Ini lah dinamakan perpaduan antara UG dan anti-UG. Wow !!!


Saya tambah, Tulang Besi mesti sakit jiwa. Pasal duit semua orang boleh ubah penderian benci kepada seseorang hilang jika orang yang dibenci boleh dipergunakannya bagi memberikan manafaat dan pendapatan terutamanya pasal wang!!

Contoh terdekat bagaimana YB Zaharin adalah kawan rapat DS Anwar tetapi sekarang sebaliknya pasal kedudukan dan pangkat. Bagaimana YB ZulKulim dulu peguan DS Anwar tapi sekarang sebalinya kerana dendam!.

Jika pembaca menggunakan akal yang waras, ramai manusia yang hipokrit walaupun berstatuskan pengajian agama. pengajian agama bukan "tiket" untuk menunjukkan seseorang itu adalah insan mulia disisi Allah s.w.t. Mengajar di surau atau masjid bagus macam manapun tapi hati masih "keliru" tak ke mana.

Anda nak tahu siapa Wan Ji? Baca artikel yang saya akan pastekan di bawah. Anda boleh berfikir apakah orang seperti ini (salah seorang ahli Usrah barbican) yang bila suka akan puji ke langit tapi bila benci akan hentam setiap ceruk. Nasib Tok guru Abdul Hadi belum lagi dilabelkan sebagai ulama kepala lutut.
TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM

TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM : LUAHAN HATI DARI SEORANG AHLI JEMAAH ISLAM


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad merupakan seorang tokoh yang tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang dikenali dunia, disamping merupakan seorang tokoh politik Islam Malaysia yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Dalam akhir 70 an dan awalan 80 an, nama “Haji Hadi” telah bergema di Malaysia, dikala ulama-ulama pondok ketika itu mengajar di pondok-pondok mereka berkenaan hukum-hakam ibadat, tetapi kelainan yang dibawa oleh Tuan Guru apabila beliau telah membawa satu fikrah Islam yang selayaknya diterapkan dalam jiwa umat Islam, iaitu fikrah “Islam dan pemerintahan” tidak selayaknya di pisahkan.


Pemikiran ini telah menggugat pemikir-pemikir dan pendokong-pendokong fahaman secular yang bertapak didalam kerajaan, walaupun pada asalnya fikrah islam ini digemakan oleh tuan Guru sekadar di Masjid Rusila sahaja.


Rusila yang merupakan sebuah desa yang tidak dikenali sudah menjadi satu desa yang diserbu oleh ribuan rakyat terengganu dan rakyat luar terengganu pada setiap hari jumaat untuk mendengar kuliah tafsir dan khutbah jumaat, yang menjadi mimbar untuk Tuan Guru menyampaikan fikrah Islam beliau.


“HAJI HADI” DAN “RUSILA” : DUA NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN


Pernah seorang wartawan yang berasal dari terengganu menceritakan kisah pertemuannya dengan seorang wartawan dari luar Negara, yang mana, dalam pertemuan tersebut, wartawan luar Negara itu bertanya kepadanya tentang dari mana asalnya, dia menjawab, “berasal dari terengganu, Malaysia”. Mendengar jawapan tersebut, wartawan luar Negara tersebut terus bertanyakan jarak antara rumahnya dengan Rusila.


Tujuan wartawan luar Negara itu bertanyakan tentang Rusila adalah untuk meminta bantuan dari wartawan terengganu itu membawanya berjumpa dengan tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, seorang tokoh ulama dan tokoh politik Islam yang mempunyai ucapan yang berani, tegas dan pintar[1].


Kisah ini mengambarkan betapa hebatnya “aura” yang ada kepada seorang tokoh hebat yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, sehingakan Rusila merupakan sebuah desa yang tidak dikenali menjadi desa “rujukan” atau “universiti” dalam memahami politik Islam di dunia.


TAHUN 1999 : TAHUN PEMBUKTIAN KEMAMPUAN TUAN GURU


Setelah selesai berlalunya pilihanraya umum pada tahun 1990, SPR mengisytiharkan bahawa negeri Kelantan sudah berjaya dimenangi oleh PAS. Lalu seluruh kepimpinan parti PAS bersetuju untuk “menabalkan” Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu memegang jawatan Dewan Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar Kelantan.


Sejarah kemenangan islam di Malaysia berulang kembali, apabila Terengganu telah dikuasai oleh PAS pada tahun 1999, yang ketika itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dilantik secara rasminya menjadi Menteri Besar Terengganu.


Kepimpinan tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat di Kelantan telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah dan berjaya memberi kebajikan kepada rakyatnya.


Antara tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru bersama exco-exco kerajaan negeri ketika itu adalah menghapuskan Tol di Kuala Terengganu, menghapuskan cukai pintu di seluruh negeri terengganu, memberikan hak tanah kepada mereka yang memerlukan dengan menghidupkan sistem “ihya Al-Mawat” dan banyak lagi.


Tindakan Tuan Guru itu menyebabkan pemerintahan Islam berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Terengganu, negeri terengganu diselubungi keberkatan sehinggakan orang-orang cina yang tidak beragama Islam sendiri mengakui kehebatan kepimpinan Islam dibawah pentadbiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.


“HAJI HADI” LEBIH LAYAK BERBANDING “ANUAR IBRAHIM”


Pilihanraya kecil Dun Ijok membuktikan bahawa Anuar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini dinilai dengan tindak tanduk Anuar Ibrahim sendiri yang mempunyai karisma kepimpinan yang berimej “kurang bersih”, disamping perjuangannya tidak berasaskan kepada Islam.


Secara peribadi, aku tidak merasakan perbezaan antara kepimpinan UMNO dan Keadilan pimpinan Anuar Ibrahim. Perbezaan antara kedua-duanya, bukanlah antara “baik” dan “buruk”, tetapi perbezaannya antara “buruk” dengan yang “lebih buruk”.


Pemerintahan UMNO/BN dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Semuanya bermula dari pengamalan “kronisme”. Semuanya ini tidak mustahil berlaku didalam PKR dikala mereka memerintah.


Ini kerana, selagi mana sesuatu dasar perjuangan itu tidak di asaskan kepada Islam, selama itulah keadilan tidak dapat dilaksanakan. Disamping juga, dihari berlakunya pilihanraya kecil di Dun Ijok baru-baru ini, rata-rata petugas dari PKR lebih mengambil sikap menjadi “pengawal peribadi” anuar Ibrahim dan pemimpin PKR berbanding bekerja untuk menjadi perayu undi dan sebagainya.


Jika kita melihat kepada sejarah, semasa Anuar Ibrahim di dalam UMNO pun, beliau sentiasa menghina tindak tanduk PAS yang mahu melaksanakan undang-undang islam. Beliau menghina kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan diawal pemerintahan PAS di sana dan sebagainya.


ini menyalahi tindak tanduk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang lebih mempunyai kelayakan dari sudut keilmuan dan kewarakan dalam pemerintahan beliau semasa Negeri terengganu di “tangan PAS”


PENUTUP


Apabila ada “suara-suara” yang mengagungkan Anuar Ibrahim dan ingin “menabalkan” beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dikala Barisan Alternatif memerintah Malaysia, diri ini agak tidak boleh menerima kenyataan suara-suara tersebut.


Sebagai orang berkeahlian PAS, aku perpandangan, tidak selayaknya orang-orang PAS mengagungkan kepimpinan Anuar Ibrahim yang beliau sendiri tidak mempunyai akhlak pemimpin Islam yang selayaknya dicontohi.


Lihatlah bagaimana Anuar Ibrahim menari di Pentas di malam ceramah beliau di Ijok tempoh hari. Sebagai seorang yang mahukan Islam menjadi dasar perjuangan, aku agak merasa berdosa menghadiri majlis sebegitu.


Jika tidak kerana menjatuhkan UMNO/BN merupakan satu tanggungjawab, nescaya aku sendiri tidak akan menjadi petugas untuk menjatuhkan UMNO/BN di Ijok baru-baru ini.


Maka dengan ini, wajib kepada ahli-ahli PAS meletakkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai perdana Menteri Malaysia yang akan datang, bukan Anuar Ibrahim.


Apakah antum semua tidak mempercayai kebolehan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memerintah Malaysia, sedangkan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah membuktikan kejayaan perlaksanaan Islam memberi kebajikan kepada manusia seluruhnya.


Buka hati, buka minta, cermin diri. Cerminlah mengikut kacamata Islam, bukan pandangan hawa nafsu yang buta dari petunjuk.


Sekian


Wallahu ‘Alam
p/s : sekadar pandangan peribadi.

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1] Cinta Haji Hadi : m/s 12-13.
Posted by Syaikh Al-Bakistani at 9:42 AM


Artikel ini telah dikeluarkan pada hari Rabu, 9 May 2007. Saya tak menolak ramai dikalangan ulama pun ada perbezaaan pendapat sendiri dahulu dan kemudian. Iman Shafie misalnya dalam hukum. Al Syed Qutb juga dikatakan penulisan awalnya lebih bersifat sosialis Islam.

Wan Ji ada sebab untuk berbuat demikian. Sebab itu nasihat orang-orang tua jangan puji seseorang berlebih-lebihan sehingga diluar akal berfikir, itu bukan pujian sebenar tapi hasil naripada nafsu dan ta'asub.

Kalau dulunya, Wan Ji jika ada sedikit masalah mesti dia akan call terus kepada Dato' Harun Taib. Dia ingin dapatkan daripada sumber yang utama. Bukan sahaja masalah, jika ada ma-mana artikel yang tak betul di internet berkaitan PAS terus di akan call orang terbabit.

Untuk mengakhiri penulisan ini, saya  ungkapkan pertanyaan kawan saya, "Patutkah saya beli buku ini?" Jawab saya lebih baik jangan. jangan bazirkan duit, derma sahaja kepada masjid atau anak yatim. Ilmu jarang berputik daripada 'hati dan sifat' yang keliru.

Jika maklumat yang saya berikan di artikel ini saya, sila tegur saya dan hujahkan saya.

12 ulasan:

  1. saya bimbang takut saja-saja bubh nama TGHH sebagai perasmi, tapi TG tak tahu...lepas tu kalau tak hadir mereka jadikan peluru untuk serang tok guru

    BalasPadam
  2. good idealah tanpa nama!
    Kalau TGHH datang lewat, satu karung kutuk TGHH macam AlHussyn dalam blognya.

    kalau TGHH tak datang
    sepasukan usrah barbican akan kutuk TGHH

    kalau TGHH datang
    Wan Ji kayalah!!
    pasal penyokong TGHH akan beli buku tu!!

    kepala hotak isme ulam raja

    BalasPadam
  3. Aku langsung tak percaya pada budak yang bernama Wan Ji ni...

    Tengoklah macam mana dia hina ulama-ulamak yang tidak sama pemikira dengan dia... TG Haron Dia dia kata ulama kepala lutut dll...

    Tak tahu ke dia nie geng dengan Aduka Taruna...??

    BalasPadam
  4. Pasti akan ada tulisan yang bantai habis artikel ini kerana dianggap sebagai pro UG. Macam apa yang berlaku kepada saya, dimana ada blogger yang mengaku PAS telah membuang blog saya dari berada didalam blog mereka. Mungkin kerana banyak N3 saya tidak menyokong mereka, tapi tak apalah kerana itulah dinamakan berjuang.

    BalasPadam
  5. semua nak tahu ke tak..kelmarin aku sedang semak senarai Ahli PAS yang terima duit Ehsan di Besut terengganu..tup tup keluar Nama WAN JI WAN HUSIN...Semak KP..orang kelantan...la rupanya wan ji penerima duit Ehsan di kampung mertua dia di Besut....

    BalasPadam
  6. Tanpa nama, baik bawakan bukti. Contoh kampung mana, no berapa.

    Dan lagi, maaflah, bagi aku takde hal kalau dia ambil wang ehsan. Lainlah, kalau dia ambil upah bantai TGHH (Aku tak percaya dia sanggup buat begitu).

    So, tak patut jadi isu.

    BalasPadam
  7. nak nama ke? aku boleh bagi dengan no ic dia...no ic bini dia..dana apa yag dia terima...mukim mana... nak ke..
    ibarat kata saifuddin nasution...jangan cabar...nanti cakap....

    aku nak tunggu tuan dia yang cabar bukan anta ali zaidan

    BalasPadam
  8. wang ehsan ni...wang rompakan...kalau dia tu melarat takleh makan..ok la..ni segar bugar siap seranah ulama' lagi.

    boleh ke makan duit rompakan ni

    BalasPadam
  9. tanpanama 20:10

    kalu betoi 1g nak mkn wang ihsan tuh biorla ke dia, dah kebulog sgt agaknya budak tuh huhuhu

    BalasPadam
  10. baik kapten..kapten kata biar..tak apa..tapi kalau nak suruh saya dedah....anytime...tpi biar la dia yang cabar....tengok berani ke tak?

    BalasPadam
  11. tanpa nama, pada saya org yg ckp berdengor2 tentang perjuangan islam tp bila berdepan dgn seciput duit ehsan pun dah kebulog Lu pikirla sendiri huhuhu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog