Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 10 Mac 2010

Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati?

Apabila Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas telah membuktikan apa yang di putusakan sebelum ini dan rasa tidak puas hati ahli PAS Perak terhadap Persuruhjaya PAS Perak dulu berkaitan mudahnya PAS memberikan kawasan hak milik PAS kepada rakan PKR tanpa mengira kekuatan parti masing-masing adalah benar.

Ini soal bukan nak mempertikaikan pakatan atau kerjasama yang dibuat tetapi keadilan dalam pembahagian kerusi serta kekuatan parti masing-masing dalam mengagihkan kerusi selepas kemengang Dalam pengagihan perlu juga diambil kira jentera parti mana yang sebenarnya bekerja bukannya siapa yang mewakili parti mana.

Apabila pembahagian kerusi sebelum ini tidak mengikut suara ramai ahli parti PAS di Perak, hanya mengiyakan percaturan orang atasan PAS tanpa mengira baik buruknya kepada perjuangan Islam, PAS menjadi lemah dan kecil sedangkan kekuatan sebenar PAS adalah besar dan kukuh.
Bagan Serai adalah kawasan PAS dan kubur kuat PAS, tanpa mengira rayuan dan rintihan ahli dan pekerja parti kawasan itu telah diberikan kepada PKR. Kita tak patut mengungkit apa yang dah berlaku dan saya juga tahu memang benar PAS sahabat yang baik, bukan sahaja kawasan sendiri diberikan malah semua pekerja PAS bertungkus lumus mengerakkan jentera PKR. (Orang kata PAS sahabat baik, tapi saya berpendapat PAS bodoh dalam strategi kerana kesombongan sesetengah individu yang menguasai parti pada ketika itu)

Dulu sebelum PR, PAS ditandingi oleh Ustaz Ahmad Awang dan memperolehi 14 ribu undi satu nilai yang cukup besar. Tapi Ustaz Ahmad Awang tak bertanding, kawasan itu diberikan kepada  Mohsin Fadzli Samsuri, PKR. Anda boleh fikirkan sendiri pencaturan politik Pakatan oleh PAS yang diterajui PAS Perak.

Saya malas nak ulas panjang, banyak sangat maklumat tak sedap dibaca jika saya paparkan di sini. Pandai-pandai cari kebenaran maklumat sendiri .

Saya juga ingin menarik perhatian berkenaan tulisan ini;
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Saya sekadar ingin bertanya kenapa kawasan itu diberikan kepada Mohsin? Apa lebihnya Mohsin, apakah jentera parti Mohsin lebih baik, Kenapa suara bawahan parti pada ketika itu tidak diedahkan sedangkan suara majoiriti parti berkehendakkan PAS bertanding di situ? - Rujuk Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam 

Entahlah, saya takut solat hajat itu akan memakan diri kerada kesilapan percaturan politik kita.......
Itu belum lagi kita bercakap soal Perjanjian Pangkor yang mana PAS dengan DAP telah mentandatangani Perjanjian untuk tidak menegakkan Negera Islam. Siapa nak bertangungjawab dengan Allah s.w.t. sedangkan dunia kita kejar telah terlepas (terlepas negeri Perak) akhir dengan Allah belum tentu lagi.

Busuk-busuk negeri Terengganu dan kepimpinan PAS Terengganu yang diserang oleh Tulang Besi, mereka boleh menjawab dihadapan Allah ada usaha untuk melaksakan Undang-undang Islam.

Jangan kita mudah bercakap tentang negara Islam tetapi gerak kerja kita semuanya tidak mengambarkan apa yang diucap oleh lidah didalam kuliah dan ceramah. Semua orang akan dipertanggungjawab di sisi Allah  s.w.t. dengan apa yang diucap.

1 ulasan:

  1. Parlimen Dungun yg pernah dimiliki PAS pun ada juga di serahkan kepada Ketua AMK masa tahun 2008. Aku agak, ini strategi dan pertukaran kerusi. Sepertimana Dr Mariah boleh bertanding dan kemudian menang di Kota raja, kawasan majriti non Malay.

    Cuma aku kurang setuju bab mendoakan kecelakaan ni. Lagi molek kalau di buat solat hajat, moga Allah tunjukkan kebenaran. Lagi cantik dan UMNo takkan ada modal. Contoh macam kita ada buat kat Lunas dulu tahun 2000.

    Hehe Batu Api, kalau nak cerita panjang apa yg PKR bagaik kepada PAS mmg pening la. Kalau rajin, turun la kat PAS Puchong.. Tanya2 sikit. Tak nak cakap kat sini...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog