Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 18 April 2010

Antara Pulau Chondong, Manek Urai dan Hulu Selangor

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor adalah kayu pengukur kepada PKR sejauh mana serangan ke atas parti berkenaan setelah ramai dikalangan ahli MP dan Adunnya keluar parti.

Malah juga menjadi pengukur sejauh mana eratnya hubungan komponen parti dalam PR bagi memastikan Selangor terus kekal ditangan PR setelah pelbagai isu sensetif timbul bermula dengan isu PAS-DAP dalam hal-hal agama, menyerang PAS salah satu rakan PR dengan isu UG dan pertemuan sulit UMNO-PAS dan Kemudian isu keluar parti dan MP/ADUN Bebas terutamanya PKR.

Serangan dengan isu UG dan PAS ingin bersama UMNO masih dimainkan secara halus dalam PRK kali ini oleh "blogger celaka" (seperti yang disebut oleh TGNA) bagi mempertingkaikan kewibawaan Pengarah Plihanraya Kecil Hulu Selangor Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Seberang halus maklumat palsu kononnya Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin tidak hadir dalam program penting bersama PR dalam PRK ini dimainkan. Tidak lain tidak bukan hanya untuk melupuhkan jentera PAS dan memecahkan belah kesatuannya konon ada dua puak masih tidak sebulu. Mereka juga cuba melebarkan perbezaan ini dengan menyebut perkara ini dalam setiap tulisan yang dipaparkan dalam agar nampak ada UG dan Erdagon.

Kenapa UG diulang-ulang dalam setiap tulisan di internet? Sedangkan perkara ini telah dijelaskan oleh Presiden sendiri? Tidak lain hanya untuk membangkitkan rasa berpuak-puak dalam PAS.

Kalau anda terlibat dengan PAS secara aktif, dalam mana-mana aktiviti seperti usrah, qiamullail, tamrin, sukan, muqayyam, liqa', mesyuarat, hari keluarga dsbnya tidak timbul lagi UG. UG dah mati. Kenapa perlu dihidupkan semula barang yang dah mati??

Kenyataan TGHH dalam mana-mana perjumpaan, telah diberitakan didalam Harakah sudah cukup untuk kita tawakuf perkara ini kerana ini adalah perbezaan pendapat yang tidak memudharatkan jika tiada yang mengapi-apikan dengan mencampur adukan berita dan maklumat palsu. Mencipta fitnah yang bukan-bukan dengan tuduhan yang tak berasas.

TGHH ada menyebut;

Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

(rujuk http://anakcucunabiadam.blogspot.com/2009/06/apa-kata-tghh-tentang-kerajaan.html)

Saya melihat usaha awal kumpulan ini melemahkan jentera pilihanraya parti bermula dengan melemah kewibawaan harakahdaily itu sendiri dengan berita kononnya ada pemecatan wartawan harakahdaily Zainulfaqar.

Cara olahan berita ini dibuat dengan mengaitkan Ustaz Abu Bakar Chik bagi tujuan menambah kebenciaan sedangkan Ustaz Abu Bakar Chik tidak bercakap pasal itu pada mesyuarat tersebut. Kenapa pembohongan ini dibuat oleh Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi?

Fitnah yang licik telah ditulis dengan begitu prajudis boleh di baca artikel Zainulfaqar dipecat daripada Harakahdaily?

Abdul Rahman @ Tulang Besi juga menulis dengan maklumat ini dan dia sedar bahawa kedudukan PRK ini agak sengit dan dia telah memainkan jarum untuk merosakkan jentera Pakatan Rakyat dengan memecah belahkan PAS serta menambah kecurigaan PKR kepada sesetengah pimpinan PAS.

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan
majoriti yang selesa.

http://www.malaysiawaves.com/2010/04/hulu-selangor-jadikan-pulai-chondong.html

Awas musuh dalam selimut yang menulis seolah menyokong dan prihatin tetapi dalam masa yang sama sebenarnya untuk melaga-laga pimpinan PAS, menanam bibit rasa curiga PKR kepada sesetangh pimpinan PAS dengan ini akan melemahkan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat itu sendiri.

Abdul Raman @ Seluar Dalam ini jugalah yang menjadi musuh dalam selimut dalam beberapa plihanraya sebelum ini berjaya merosakkan hubungan erat Pas Kelantan dan PAS Terengganu dengan label geng Terengganu (geng perpaduang) sehingga pilihan raya kecil Manek Urai menyebabkan PAS hampir tewas kerana racun fitnah dia.

Kenapa timbul Presiden PAS tak perlu berkempen di Manek Urai, hanya TGNA sahaja yang umum calon, PAS Terengganu dihalang dalam Kempen berkenaan dan hasilnya sudah kita lihat dan rasai sendiri. PAS hanya menang dengan majorti 65 undi. (sila rujuk http://prkn41.pas.org.my/)

Abdul Raman Seluar Dalam @ Tulang Besi adalah musuh dalam selimut yang bercakap tentang Pulau Chondong tetapi tidak mengambil aktibar daripada artikel-artikel fitnahnya. Awas sikap tidak berhati kita menyebab kita terikut-ikut dengan retak tari musuh akhirnya kita akan menyanyikan lagu yang sama. Tanpa disedari kita membantu meruntuhkan Jamaah yang kita bina selama ini atas nafsu dendam seseorang.

hubungannya dengan UMNO Taman Melewar masih belum dijawab sampai hari ini.

Ambillah pengajaran daripada Manek urai, rapatkan hubungan sesama kita, maaflah sedikit sebanyak perbezaan yang kecil dan khilaf, Jangan jadi blogger celaka seperti yang selalu diucapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

3 ulasan:

  1. masih terasa lagi kes manek urai, dinafikan hak sebagai penyokong pendokong dan ahli pas, tapi oleh kerana sayangkan jemaah wat dok je lah, inilah dinamakan wala' dan thiqah membabi butakan batuapi, benci hanya dalam hatilah, panas membara tapi dilayan seperti tetamu yang tak diundang, kalau ikut aku kt manek urai dah lama dah pas kawasan aku balik awal, hampir tewas barulah nak bawak ust nasha dan tghh masuk berkempen. rupanya bukan semua org pas kelantan tak suka dengan idea TGHH, cuma perasaan curiga yang ditanam oleh pihak musuh berjaya merenggangkan hubungan.

    BalasPadam
  2. mana khalid samad ngan husam musa

    langsung tak turun

    BalasPadam
  3. apa yg sy lihat mrk ego...mnggunakn ruang blog melempiaskn dendam kpd pimpinan trtentu, kunun2 nya kebijakan mngatur strategi hanya ade pd mrk, siapa yg memimpin pas pun hnya mrk yg layak tentukan, jika pemimpin2 "itu" msh ada ditampuk pimpinan pas maka pas tak akan brjaya dakwa mereka...bgtulah sy lihat egonya segelintir jiwa lama dn baru dlm prjuangan mmbentuk pas reform, menterbalikkn gambar pimpinan yg mrk tak suka, mempersendakn wala', mengungkit2 isu UG yg sudah ditutup dan melancarkn artikel2 spt yg diulas oleh BA...mrk brnafsu besar utk memegang tampuk pas, menentukn strategi dan prinsip pas! tanpa mrk sedar mrk bkn pimpinan yg memikul tugas di sudut itu, tugas kita akur dgn kputusan jemaah biarpun tidak setuju selagi tidak brtentangan dgn Islam...itulah wala', ujian nya sgt berat krn wala' kpd pimpinn dlm prkara yg tiada nas jrg2 sgt dpt dipatuhi melainkn kebnyakn nya hanya membebel tak puas hati dlm blog shj...tugas yg patut selayak kita lakukan kita abai dan tak melaksanakn...
    pas bkn tidak boleh dikritik ttp puak ini tidak mahu menerima kputusan pimpinn,mrk menentang kepimpinan pas yg ada skrg secara konsisten sama spt umno, maka jika ini brterusan bg sy bahtera pas sudah tidak layak lg utk mrk...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog