Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 15 April 2010

Kerana orang umno, tak dapat nak berak dan kencing

Semalam saya dapat e-mail daripada seeorang pembaca laman ini bertajuk seperti pada tajuk artikel ini. Terkejut juga kerana ada yang menghantar artikel dan pendapat pada saya.

Saya memang tidak pernah bercita-cita menjadikan blog ini seperti blog lain yang menyiarkan artikel seperti suatu makalah/buletin elektonik. Saya menulis sebagaimana disebut sebelum ini, sekadar menjawab hujah yang telah lama membentuk persepsi negetif kepada sesetengah pimpinan.

Saya hadir dan bersama dengan mereka, melihat dan merenungi setiap kali mereka ini berjumpa dan berbincang. Membaca tulisan mereka dan saya rasa tidak kena kerana mereka yang tuduh tidak diberikan peluang untuk membela diri. Menyerang dengan tuduhan liar diinternet, memsong falta bukan suatu yang baik.


Atas sikap bagaimana Ibnu Abas yang dulu mendiam diri atas pertelingkahan antara Saidina Ali dengan Ummul Mukminin Saiditina Aisyah maka saya mengambil jalan menjadi penulis dan menjawab. Itu jawapan kenapa sebelum ini tidak ada nama Batu Api, sedangkan batu api adalah orang lama di internet dan saya adalah antara orang yang awal dalam forum TKO dengan menggunakan nick lain. Jika kesempatan saya dedah nick saya di TKO.

Saya sudah nyatakan pandangan saya berkenaan UG dan Kalimah Allah di komen blog Ali Zaidan. Jadi tuduhan dan serangan kepada saya nyata meleset sama sekali.

Atas dasar meraikan apa yang dihantar, saya pastekan di sini artikel daripada pembaca untuk tatapan kita semua. Terima kasih atas artikel ini. Mungkin pandangan ini boleh dikongsikan bersama, komen pembaca lain boleh menyerikan lagi perbahasan jika ada.

#

Oleh Din Batakrabit
 Tiba-tiba nama sebuah kampung kecil di Hulu Selangor menjadi gah se entero dunia. Kampung Sungai Selisek. Apa yang ada di Sungai Selisik – sebuah kampung terpencil yang antara hasilnya ialah buah durian (bila tiba musim), cempedak dan rambutan. Atau kalau nak cari buluh buat lemang; banyak di Kg Selisik dan kampung jiran sebelahnya. Pekerjaan orang kampung ialah menorah getah atau berkebun sawit secara berkelompok. Ada juga yang jadi peniaga di pekan kecil Behrang Setesen – jual petai-jering, bacang, jagong, berniaga cendol/ kedai makan atau barangan runcit, jual baung, ikan putih atau anak belida yang dijala dari sungai yang memisahkan Perak dengan Selangor di kampong tersebut.



Kampung tradisional. PAS pernah hadir berceramah kira-kira sebulan selepas merdeka tahun 57 – ceramah tokoh PAS; Ust Abd Samad Noh; mudir Sekolah agama Yahyawiyah Padang Rengas, Kuala Kangsar – ceramah PAS itu di Kampung Bahum sebelah Kg Selisik; tapi tak sempat tubuh ranting PAS ketika itu. PAS berjaya menubuh cawangan di Kampung Pasir Kalompang, pada cerama tokoh PAS tersebut selang sehari sebelum itu.


Cerita mutakhir Kg Selisik ialah peri Dato’ Syafie Afdal mengomel fasal makcik-makcik umno tak dapat nak buang air di Dewan Orang Ramai Kampung Sg Selisik semasa dato' itu datang kempen nak bagi bantuan Risda di kampung tersebut. Sebermula itulah ceritanya.


Apa yang sebenarnya berlaku ialah penganjur program turun-padang Shafie Afdal tidak minta pun kepada pihak pengurusan Dewan Orang Ramai tersebut untuk menggunakan tandas. Be profesional-lah, Tuan YB. Minta izinlah. Tulis surat dua tiga patah. Tulisan tangan pun tak apa. Alah, sekadar nak guna tandas, apalah salahnya. Bersangka baiklah. Syafie lebih afdal tanyakan dulu kepada penganjur programnya. Program tersebut dibuat di padang sebelah dewan. Betul antara padang dengan dewan ada pagar tinggi. Dewan itu senriri berpagar. Kemudahan dewan kena jaga; jika tidak anak-anak muda yang main di padang dan sesiapa sahaja akan menyalah gunakan kemudahan dewan tersebut.


Betul dewan itu kemudahan awam. Tapi tandas di dalamnya bukan wewenang boleh diguna seperti tandas awam. Tandas awam di KL ada pengutip cukai. Tandas awam di Dewan Orang Ramai Sg Selisik; apakah Syafie Afdal rasa afdal di letakkan pengutip cukai 20 sen per entri. Tandas itu letaknya di kawasan kampung yang tidak boleh mendatangkan pulangan, hatta untuk membayar gaji pengutip cukai pintu tandas tersebut. Pokoknya, pihak pengurusan berasa bertanggungjawab menjaga kemudahan awam tersebut. Bukan bermakna menjaga kemudahan awam sehinga tidak membenarkan umno menggunakannya.


Pas tidak pernah mengajar kami untuk berbuat begitu. Umno yang mengajar pengikutnya selama ini berkelakuan zalim kepada kami. Rekod ajaran buruk/zalim itu tak payah diceritakan lagi - well known; dulu, kini dan selamanya. Bukan sahaja perbuatannya zalim; janjinya pun sudah zalim. Saya teringat waktu saya kecil-kecil dulu - pilihanraya 1964 antara buah butir amaran/ugutan umno ialah : "Wan, wan (wan itu bahasa orang Perak - membahasakan orang yang lebih tua dari kita); mengkalu kalah umno, ni wan ...jalan raya itu akan keme gulung balik.”


Pilihanraya tahun 1969; umno kalah di Parlimen Parit. Dalam tempuh edah pilihan raya tiang-tiang elektrik (tiang konkrit) di lambak di tepi jalan. Bila kalah umno; tiang-tiang itu di angkut semula entah dibawa ke mana.


Bapa saya orang PAS; ustaz kampung, imam masjid; jadi imam sembahyang mayat, baca talkin setiap ada kematian; saya tidak pernah dapat biasiswa anak-anak Perak atau apa-apa bantuan persekolahan. Alasannya kebun getah ayah saya luas. Hakikatnya cuma empat ekar. Luas mana. Harga getah waktu itu 25sen sekati, gula harganya 75sen sekati. Menoreh bukan boleh hari-hari dalam sebulan. Bila musim tengkujuh bulan sebelas hingga awal bulan satu, berhenti menoreh. Hitung panjang pendapatan ayah tidak pernah melepasi 80 ringgit sebulan. Musim tengkujuh selalunya diikuti banjir. Nasib kami dengan orang umno sama; padi yang sedang menguning tenggelam menjadi busuk. Sedikit padi usang dalam kepuk yang berbaki di jemur dan dikisar – berasnya berdikit-dikit dimasak dicampur jagung. Makan nasi campur jagung. Padi habis. Beras tak ada. Makan pisang rebuslah kami. Mana dapat bantuan umno. Jalan berturap tar, sampai hayat ayah tidak dihubung sampai ke kebun duriannya; sedang jarak yang diturap-tar dengan tidak itu hanya 2 rantai sahaja. Kenapa. Kerana ayah saya penyokong tegar Pas.


Sejarah di Kelantan lagi teruk, kampit baja pun bercap dacing. Nak dapatkan baja kena isi borang umno. Anak nak masuk universiti; nak minta biasiswa kerajaan, ibu-bapa kena masuk sessi temuduga – isi borang umno. Bila mati tahu pula panggil ustaz-ustaz PAS untuk sembahyangkan mayat atau baca talkin.


Baru-baru ini, minggu lepas sehari sebelum lawatan Muhyidin Yassin ke Batangkali wanita umno minta kebenaran gunakan dewan Kampung Taman Seri di Batangkali; konon nak bagi bantuan kebajikan. Betul bagi bantuan kebajikan, tapi kenapa menipu Setiausaha JKKK, kebenaran seolah program berskala kecil. Rupa-rupanya hadir sama ialah orang kuat Shahrizat Jalil. Minta pihak Majlis Daerah menyediakan dua buah khemah, umno sewa-tambah lagi dua khemah besar. Majlis bukan lagi seperti bulan-bulan sebelumnya berskala kecil. Kehadiran bukan lagi seperti biasa - orang kampung yang daif dan mustadhafin tetapi penuh oleh wanita umno.


Tipu. Memang kerja umno penipu. Besuknya Mahyudin turun di Mesjid as-Sajidin Batangkali; pandang keliling-keliling, kiri-kanan; umum RM100 ribu untuk atasi masalah banjir; dan umumkan juga peruntukan beli van jenazah untuk mesjid dan up-gred tempat udhuk Muslimat – juga ratus ribu. Macam duit itu duit dari bank bapak dia; getarkan rengkung, herot-herotkan rahang dan bibir, jelirkan lidah; umum ratus ribu untuk itu, sekian ribu untuk ini. Atau peruntukan Kementeri Pendidikan, kut; untuk projek itu.


Sehari selepas itu Najib turun ke Felda Soeharto; umum nak bina rumah mampu milik anak-anak Felda generasi Ke-2 di samping konon mnak beri tanah juga. Di atas tanah mana Najib nak bina rumah dan anugerahkan itu, sedang tanah adalah milik kerajaan negeri - negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Mabuk. Gila. Nak menang pilihanraya, pemimpin umno semakin hilang waras.


Saya cuma membentangkan sketsa kerja umno; bandingkanlah dengan ocehan kesasar Shafie Afdal yang sepatutnya perhatikan sungguh kebajikan Islam di Sabah. Saya ke Sabah - sembahyang Asar di Kundasang (mesjid atas bukit tu) kemudian nak sembahyang Maghrib baru jumpa masjid di Tamparuli. Batapa punya jauh. Mungkin ada masjid atau surau di mana-mana sepanjang jalan itu. Kalau ya ada mana; sign boardnya. Yang saya nampak ialah sign board gereja besar-besar - tak tahulah gerejanya sebesar mana. Tapi sign boardnya memang besar-besar. Lalu Syafie Afdal jangan macam-macamlah. Ocehan itu biar betul. Dulu anda antara orang umno yang kami kira baik. Tapi sejak lama berkawan dengan umno Semenanjung, anda makin kesasar kelihatannya.


Apa pun, tahniah orang Kg Selisik, Ulu Selangor. Nama kampung anda telah dikenali di seluruh dunia; hanya kerana orang umno tak dapat nak buang berak dan kencing di dewan yang selama 50 tahun mereka monopoli.

1 ulasan:

  1. aku nak komen bab rumah mampu milik felda gen-2 nih. cerita dia mudah je. ni model ekornomik barua. gen-2 felda akan dapat pinjaman tanpa faedah (nampak islamik sikit) dari felda. projek buat rumah ni mcm biasa kroni yg buat, sbb aku kenal bbrp kerat mamat yg buat projek tu. last nanti yg sapu duit buat rumah tu kroni, gen-2 peneroka yg akan trus berutang dgn felda. dulu mak pak dia berutang, skarang anak cucu pulak sambung.
    kempen sket... klu ikut fatwa Sheikh Qaradawi; haram sokong yahudi, haram sokong golongan yg sokong yahudi spt amerika, kesimpulan aku HARAM SOKONG BN

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog