Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 16 November 2010

Kempen satu ahli satu undi bagi EGM PAS

Muktamar PAS telah berlalu lebih daripada 50 tahun, satu tempuh masa yang agak lama. Sekitar tahun 1982, era kepimpinan ulama telah mengubah hala tuju PAS menjadi lebih mantap dan PAS di ketika itu disebut di bawah kepimpinan ulama yang di terajui oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Paling mudah dipanggil Tuan Guru Haji Yusof Rawa) pada 23 Oktober 1982.

PAS melalui saat gentir dan kembali tenang kerana ahli-ahli dan perwakilan yang dilantik memahami PAS sebagai wadah perjuangan Islam bukan untuk kepentingan sesuatu puak atau komuniti tertentu. Itu adab perjalanan Jamaah Islam.

Era terkemudian, era zaman internet. muktamar PAS (EGM) telah mula melalui zaman-zaman penyebaran maklumat palsu dengan lebih canggih. Soal dosa dan pahala telah mula dipandang seolah-olah tidak mengapa.

Perancangan menjatuhkan seseorang melalui internet dan menguasai ahli PAS dengan berita yang tak benar telah menjadi solah-olah trend. Tapi PAS wadah perjuangan Islam yang mantap, perwakilan kadang kala tidak mudah di'tanam' dengan benih racun. Oleh itu keputusan EGM kadang kala itu menunjukkan suara seperti di internet.
Juara-juara internet ada yang kalah dalam pemilihan. Pengatur dan pelobi dalam EGM PAS tidak seronok dengan sikap perwakilan yang mengundi.

Mereka telah mula kempen menghasut dan membuat tomohan dengan menabur sikap ketidak kepercayaan kepada sesetengah kepimpinan PAS hingga timbul perlu ada EGM dalam PAS.

Semuanya dibuat dengan begitu teliti. menghasut, menaburkan fitnah, menambah rasa tidak puas hati, mencari kesilapan dan kesalahan untuk diperbesarkan akhirnya menggunakan orang yang terpengaruh dalam PAS.

Modus Operandinya (dalam bahasa mudah ialah method of operating) sama seperti apa yang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang.

Mengumpul gerakan blogger dengan slogan dan simbol untuk memberikan desakan yang kuat kepada kepimpinan PAS. MalaysiaWaves (Tulang Besi), AlBakistani dan beberapa blog telah mula menggunakan simbol seperti di awal artikel saya.

Paling kuat dibuat ialah satu ahli PAS dengan satu undi pemilihan. Kenapa mereka perlukan satu ahli untuk satu undi? Sudah pasti anda boleh membaca.

PAS ada hampir sejuta ahli. Kalau PAS buat EGM seperti yang sudah berlaku pada PKR anda akan dapat bayangkannya.

Apabila saya mendedahkan Tulang Besi @ Rahman seluaq dalam bukan ahli PAS yang aktif dan tak bayar yuran keahlian. Mereka terkejut kerana PAS ada maklumat keahlian yang cukup detail dan canggih.

Mereka tak terfikir perancangan untuk memutar belit keahlian PAS nanti di setiap kawasan akan mengalami kegagalan jika PAS ada maklumat yang detail dan maklumat ini dikendalikan oleh orang yang cukup amanah serta telus.

Tulang Besi mengambil jalan menyerang mereka yang terbabit dalam pengurusan keahlian PAS. Beberapa artikel  untuk menaburkan rasa tidak puas hati seolah-olah maklumat keahlian PAS boleh jatuh tangan musuh telah dikeluarkan. Semuanya ini bukannya berlaku secara tidak sengaja. Anda boleh baca di sini.

Isu keahlian PAS Tulang Besi menyebabkan gerakan PAS Reform dan KAMI MAHUKAN EGM setiap ahli layak mengundi akhir terkubur, logo pada blog-blog celaka mula hilang satu persatu hanya tinggal pada blog Tulang Besi sahaja.

Tulang Besi dengan wang lebih daripada RM10,000 kutipan dana nak saman PAS pergi Mekah lagi... Wang tanpa audit itu sudah tidak ada siapa mempertikainya.

Jika anda kebuntuhan wang buatlah dana nak bersihkan PAS dari apa-apa gejala, nescaya ramailah orang akan menyokong anda dan anda boleh dapat wang dengan mudah sebab ramai dikalangan ahli-ahli PAS dan penyokongnya kurang cermat dengan tipu muslihat ini.

2 ulasan:

  1. Mana Tulang Besi?
    Sudah cair ke?
    Cucu Mamak pun tak kelihatan

    BalasPadam
  2. Dia sedang membaiki imej yang tercalar.
    Untuk membaiki imej tercalar tulisannya mesti banyak menyerang UMNO supaya nampak dia adalah perjuang Pakatan Rakyat.

    Sedangkan dia adalah perjuangan CEO dan Tabung Guaman.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog