Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 21 November 2010

Zaid Ibrahim: Apa tanggapan Anwar, Syed Husin dan Karpal Singh

Nampaknya Zaid Ibrahim masih menjadi fokus isu utama yang tidak boleh tidak diulas oleh mana-mana penulis. Menarik, tragedis dan juga terharu kerana membabitkan hampir semua golongan. Sekurang-kurang isu Zaid menjadikan PKR lebih matang dalam menghadapi gelora. PAS perlulah bijak dalam hal ini kerana PAS sudah memilih PKR sebagai rakan seperjuangan.

Karpal Singh dalam satu kenyataan di akhbar Star telah memperingtkan DS Anwar untuk berhati-hati dengan Zaid Ibrahim kerana proses pemecatan Zaid Ibrahim daripada UMNO boleh diragui. Karpal Singh telah berkata;

“I had already told Anwar from the very beginning that the man (Zaid) could not be trusted as he quit Umno under a dark cloud and Anwar was taking a big chance by accepting him.

“How can one just want to take over the leadership of a party overnight? And when that was denied, Zaid openly attacked the man who threw him a lifeline in politics.

“Anwar was trying to guide Zaid to lead gracefully but there is no grace in this man,”

(Baca
di sini)

Karpal Singh memberitahu, DS Anwat tidak memandang nasihatnya, malah mengambilnya sebagai perluang besar daripada kemasukkan Zaid Ibrahim.


Berbeza dengan Syed Husin, sebelum Zaid Ibrahim masuk PKR dia ada jumpa Zaid atas permitaan Zaid di Tropicana Resort (di Petaling Jaya). Zaid ada tanya beberapa soalan kepada Syed Husin.

Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak menjangkakan persaingan bagi mengisi kekosongan itu "menjadi sebegini teruk" dan beliau lebih pendapat pemilihan menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti,

Ini bermakna Dr Syed Husin tidak menduga manakala DS Anwar cuba mengambil peluang.

Jika dihalusi, kemasukkan Zaid adalah lebih untuk mengambil alih taraju PKR kerana sebelum memasuki PKR Zaid Ibrahim adalah lebih berminat untuk menyertai Gerakan. Tapi oleh kerana Gerakan masih berada dalam BN jadi hasratnya terpaksa dibatalkan.

Wujud perbincangan secara tidak langsung dengan beberapa kepimpinan PAS. Saya tak perlu sebut tapi kalau pembaca mahir mengolah isu, pembaca boleh mencari nama-nama yang disebut oleh Zaid Ibrahim sebagai kepimpinan masa hadapan PAS.

Tapi oleh kerana PAS sukar untuk Zaid Ibrahim mempengaruhi corak kepimpinannya, Zaid tidak menunjukkan minat. Hanya menjadi sekadar perbincangan biasa dengan beberapa kepimpinan tersebut.

Apa pun Karpal Singh dan beberapa orang lama dalam PAS boleh dikatakan lebih tajam telahan politiknya. Siapa orang lama PAS anda boleh mencari sendiri. Anda juga boleh mencarinya dengan memulakan bagaimana PAS boleh membeli bangunan UMNO yang telah dimiliki oleh Zaid Ibrahim di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog