Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 21 November 2010

Zaid Ibrahim nak masuk PAS?

Tak mustahil, dunia politik memang tak mustahil; musuh boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi musuh. Semuanya boleh berlaku itulah dia politik.

Tapi hari ini saya bukan nak tulis Zaid masuk PAS. Saya sekadar nak ulas tulisan "geng saya" kata "geng blogger UMNO" kepada saya, si Aduka Taruna dalam artikel terbarunya  "Lagi story pasal Zaid masuk PAS".

Aduka Taruna tak seperti yang saya kenal dulu, tulisannya meleret dan membosankan. Lari daripada fokus sudah jadi "Melayu bodoh".

Aduka mengkritik kenyataan Husan Musa dan Salahudin Ayub. Bagi saya apa yang disebut oleh Hussan adalah satu daripada kenyataan yang bijak.

Bila wartawan bertanya; sebenarnya wartawan sudah memerangkap pimpinan PAS atau memang kerja wartawan nak mencari isu untuk 'story'.

Pimpinan PAS pula takkan nak menjawab TAK BOLEH MASUK PAS. Sedangkan PAS adalah wadah terbuka. Kita sebagai Jamaah Islam mesti bersifat terbuka. Oleh itu jangan bodoh sangat dengan kenyataan-kenyataan umum media oleh sesiapa sahaja pimpinan PAS. Blogger kena fahamlah situasi!

Zaid Ibrahim telah diajak sebelum ini masuk PAS oleh Hussan sebelum dia masuk PKR lagi. Sesiapa sahaja boleh masuk PAS membantu PAS. Zul Noordin pun dulu ahli PAS, pernah jadi YangDipertua Kawasan, pernah bertanding. Tapi akhirnya Syura PAS memutuskan dia tak dibenarkan bertanding pada pilihanraya ke-12. Tapi dia bertanding juga atas tiket PKR. Ini patutnya Aduka boleh bagi cth anak jiran, barulah kena pada ceritanya..!!

Mereka yang ada otak boleh berfikir kenapa Syura PAS tak benarkan Zul Noordin bertanding. Ada 'secret' yang saya tak nak hebohkan di sini. Bukan Zul Noordin tu tak baguih, tapi dia ada 'kelemahan yang boleh merosakkan'.

Kepimpinan Ulama dalam PAS nampak macam slow oleh geng-geng Aduka tetapi sebenarnya mereka ini 'smart'. Aduka Taruna kena banyak menonton cerita-cerita kung fu. Tok Gurunya nampak macam 'bodoh' tapi cekap dan hebat!!

Aduka Taruna jenis anak muda, yang baru sedar, baru bangun daripada penindasan, sikap memberontaknya memang bercanggah dengan Tok Guru (sifu) yang slow. Pada awalnya akan sentiasa bertentangan. Orang muda dan orang tua, cara berfikir dan bertindak memang berbeza. Tapi saya percaya Aduka Taruna akan jadi penggerak utama kepimpinan ulama dalam PAS.

Mungkin setelah dia "BERWACANA" di Rusila. Tapi bila ahh? Saya tunggu sekian lama, dah nak 'expired' ni..

2 ulasan:

  1. Tapi saya percaya Aduka Taruna akan jadi penggerak utama kepimpinan ulama dalam PAS.<--- hehehe boley jd jugak hahaha, tp geng jongos ni nak kepimpinan islam bukan kepimpinan ulama' hmmm sudah tuka ka huhuhu.
    sebelom nk jd penggerak utama kepimpinan ulama' mai test fatihah dgn wa dulu..hihihi

    BalasPadam
  2. Aduka masih boleh dibaiki, dia mesti rapat dengan seseorang yang berfikrah jelas. Hanya TB sahaja sudah boleh "dihapus kira"

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog