Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 29 September 2010

Aziz Bari buat cubaan kedua?

Saya baca tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari pengajar undang-undang lebih daripada 21 tahun dalam laman Detikdaily. Saya tak pasti di mana tulisan asal ini. Tapi tulisan ini jika teliti perengan demi perenggan, penuh makna yang tersirat.

Kita dulu pernah dikejutkan oleh beliau dengan kenyataan bahawa Presiden PAS "lembab". Bila diasak Aziz Bari sekadar menjawab dalam video Malaysiakini "Saya bukan orang politik", "Saya sekadar mendapat maklumat daripada rakan-rakan yang memberitahu".

 Presiden PAS begitu tenang dalam hal ini, dia begitu 'cool' mencatat teguran dalam seminar. Sepatutnya Abu Bakar Chik tak bercakap tapi malangnya dia telah mengacau strategi PAS mengahadapi orang seperti Aziz Bari. Ya akibat nilai setitik program itu tak nampak sebaik yang dijangka, pasal memang diketahui Aziz Bari tidak ada poin untuk berhujah pasal dia sekadar penyambung lidah dan suara-suara dalam PAS. Untuk itu Aziz Bari sekadar 'pelontar batu'.


Saya bukan nak bela Haji Abdul Hadi, tapi hakikat yang perlu terima walaupun ada kelemahan dalam pentadbiran PAS Terengganu tapi banyak idea tentang konsep Negera Berkebajikan telah dicetuskan oleh Presiden PAS ini. Aziz Bari tak mengkaji tapi mendengar rintihan kawan-kawannya bagi memberikan tekanan kepada Presiden PAS untuk pencaturan politik dalaman PAS.

Aziz Bari membelakangi sifat profesiolismenya semata-semata bersama atau membantu rakan-rakan dalam urusan politik yang dikatanya "Saya bukan orang politik". Kenapa hanya Aziz Bari sahaja yang tahu jawapannya.

Aziz Bari pada masa itu, menepikan fakta tentang bagaimana kerajaan Terengganu yang singkat usia dengan tekanan yang bertubi-tubi mampu untuk melaksanakan polisi tanah tidak dapat dibuat oleh kerajaan BN lebih daripada 40 tahun, menghapus cukai pintu, menghapus tol, menghapus cukai bakul di pasar, boleh menrun kadar kemiskinan dengan begitu baik, menjadikan hari bekerja 5 hari dengan cuti bersalin 90 hari, pemulihan beberapa syarikat besar kerajaan yang sebelum ini mengalami kerugiaan demi kerugian dan banyak lagi kalau saya nak tulis di sini.

Aziz Bari seolah buta dengan fakta ini. Malah makin menyedihkan seorang profesor undang-undang seperti beliau tidak mengetahui serangan media masa yang begitu hebat kepada kerajaan Terengganu lebih drp Kelantan, malah wang begitu banyak digunakan dalam hal ini.

Itu semua cerita lama, tapi masa Aziz Bari memainkan tarian ini, ramai dikalangan ahli-ahli PAS mengikut rentak tari menyerang kepimpinan PAS terutama kepimpinan Terengganu dan PAS hampir mengalami masalah perpecahan kepimpinan. Tapi sifat jamaah Islam, dan orang-orang yang berada di dalam akan insaf dan bertaubat daripada kesilapan terutama perasaan tidak baik sesama sendiri apatah lagi kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan.

Lumrah gerakan Islam, perkara seperti ini tidak akan terus padam, usaha-usaha mengatur kepimpinan dalam PAS akan dilakukan bagi memastikan PAS akan mengikut corak gerakan yang kononnya mengikut peredaran masa. Geng-geng usrah, tarbiyyah, tamrin sudah dikatakan ketingalan zaman.

Tulisan terbaru Aziz Bari juga adalah lontaran persepsi untuk mengatur siapa sebenarnya orang-orang bagus dari kacamata Aziz Bari perlu dinaikan memimpin PAS. Kehebatannya pasti akan ditonjol secara halus oleh Aziz Bari.

Aziz  Bari cuba menonjolkan anak bekas Presiden PAS yang mahir berbahasa Arab dan seolah-olah dia sahaja yang merajui Kelab Penyokong PAS dalam masa yang sama mempelekehkan sesetangah pimpinan PAS lain yang boleh berbahasa Arab.

Saya tak akan panjang tulisan ini dengan ulasan Negara Islam dan mengikut Undang-undang Malaysia yang juga ada kaitan dengan Aziz Bari.

Aziz Bari dalam tulisan terbaru juga menyelit Datuk Kamarudin Jaffar. Saya tidak nafikan Dato' KJ tapi kalau Aziz Bari buka mata lihat pentadbiran Harakah, pasti Aziz Bari akan kata Dato' KJ adalah Pak Lah dalam PAS. Sesiapa tak setuju pasal pentadbiran harakah saya sedia berdebat. Memang saya berpendapat Dato; KJ 'lembab' (pinjam istilah Aziz Bari)

Aziz Bari juga dalam tulisannya menyebut Khalid Samad dan Dr Zulkifly Ahmad, hanya tak ada Dr Syed Azman sahaja.

Aziz Bari ada menulis
Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa.
Sayalah orang PAS yang ta'asud kepada pemimpin tertentu. Saya ta'asud kepada mereka yang ikhlas dan jujur dalam parti ini, bukan orang yang ambil kesempatan daripada perjuangan perit lelah orang kampung dengan duit sekupang demi menghidupkan PAS,  

17 ulasan:

  1. aku pun wala' gila kat pemimpin pas, tak apalah yang penting perjuangan islam mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan, dan perjuangan akan selesai apabila tuhan menjemput kita pulang, pulang dengan bermaruah kerana kita tak pernah mengkhianti perjuangan islam, biar beribu pemimpin pas berganti asas perjuangan islam tak pernah luntur. aku bosan dengan ayat saya bukan orang politik

    BalasPadam
  2. Dari tulisan tuan, saya amat bimbang ketaksuban yang menakutkan rakyat untuk memilih PAS. Nampak lebih buruk dari UMNO.

    BalasPadam
  3. takkan penulis tak perasan siapa yang dimaksudkan oleh aziz bari pemimpin yang boleh bertutur pelbagai bahasa, apabila terpilih, kantoi?

    sekarang muncul semula setelah terkedu dengan projek ug. pemulihan imej agaknya. tetapi "nik aiz bukan pas" sudah cukup untuk saya mengenali pemimpin yang dimaksudkan oleh aziz bari.

    wala' gila adalah di antara faktor penyebab mengkhianati perjuangan islam. bukankah kerana wala' gila itu menyebabkan si pewala' memandang remeh kepada yang berkata2 "nik aziz bukan pas"? kalau sebagai nombor dua hanya gah dengan tugas juru bahasa semasa ceramah pemimpin hamas boleh memukau ahli2 pas sehingga sanggup wala' gila, maka sikap biarkan luncai terjun dengan labu2nya sudah menjadi pilihan dan pegangan. apa beza dengan 'yes-men' dalam umno yang dicemuh di pentas2 ceramah pas? macamlah dalam pas tak ada orang lain yang boleh menjadi juru bahasa sehingga tugas itu perlu dilakukan oleh nombor dua!

    megah pulak tu dengan wala' gila. padanlah pas melalui timbalan setiausaha agungnya, takiyuddin hanya memberi syarat mudah kepada umno demi perpaduan melayu, agenda negara(?) hanya jangan bertanding di dun galas!!!

    kalau ginilah gayanya kemampuan pas menonjolkan saf kepimpinannya, lebih baik bagi pas menjadi gerakan dakwah sepenuh masa seperti tablligh dan tinggalkan politik. tepat teguran raja petra terhadap pas.

    kerana wala' gila jugalah "presiden dan timbalan presiden mesti ulama". kerana wala gila jugalah dijaja "kepimpinan ulama tercabar!" kerana wala gila jugalah pembohongan dibiarkan dalam episod "pertemuan dalam gelap" (mula2 tak mengaku, apabila paklah kata dah 3 kali, dikatanya pula dipersetujui majlis syura ulama, apabila ini juga ditolak majoriti akar umbi, dijajanya pula wala'. maka jadilah wala' gilaaaaa....

    BalasPadam
  4. Batu api wajar baca komen Raja Petra Kamaruddin(RPK) diblognya pada 27.9.10 bertajuk (Thick in the head".RPK tak ada niat nak jadi wakil rakyat mahu pun jadi Presiden PAS.Berliau buat komen selaku pemerhati sama macam Prof.Aziz Bari.Apakah hebatnya PAS hingga tak boleh ditegur atau diperkatakan?Sampai bila PAS tidak mau buka mata,telinga dan otak?Sampai bila PAS nak ikut cakap dan telunjuk pemimpin-pemimpin yang punya agenda tersendiri?Kalau berani masuk kegelanggang politik,maka bersedialah untuk dikomen dan dikritik.Yang tak boleh cakap atau beri pandangan hanya dikuliah Magrib atau kuliah Subuh aje.Kalau setakad ini aje taraf pemimpin PAS,terserah.

    BalasPadam
  5. nampaknya hussin masih gelap dengan fakta yang benar. Saya sebut beberapa kali penarik beca (bakaq) tulis fakta yang silap dalam kes pi london nak peluk umno.

    Kalau hang kenal bakaq, cakap kepada dia kalau aku (batuapi) saya hujah aku. Jadilah LELAKI!! Penulis mesti kena terima dikritik bukan begitu mat terang bulan??

    Setakat menulis ikut sedap mulut UMNO memang begitu pei perangainya.

    Pasal walaq gila tu aku akan ulas. Kita nak lihat mana walaq benar seperti yang hussin mahu!!

    BalasPadam
  6. Pasal Raja Petra, mat terang bulan aku kenal RPK dari dia pakai serban & jubah sehingga dia pakai rantai dan seluar pendek.

    Aku baca tulisan dia semasa dia baik dengan Mustafa Ali & Wan Mutalib sehingga dia menjadi penulis 'grand design'

    PAS boleh terima kritik tapi PAS tak oleh terima pembohongan dan putar belit fakta!!

    mat yterang bulan kena belajar pasal perkara ini.

    BalasPadam
  7. org yg komen tentang 'wala gila' sama ada tak reti bahasa atau pun 'dok reti basa' kalau tak reti bahasa mari aku terang biar jadi reti basa..

    dalam Islam kita ada ilmu munazarah (klu dok tahu gi tanya ustaz2) untuk mematahkan hujjah dgn org kita kena tahu apa maksud perkataan org yg kita nak hujjah itu, klau dok org akan nampak kita cam dok reti basa je..

    penulis asal berkata "Sayalah orang PAS yang ta'asud kepada pemimpin tertentu. Saya ta'asud kepada mereka yang ikhlas dan jujur dalam parti ini, bukan orang yang ambil kesempatan daripada perjuangan perit lelah orang kampung dengan duit sekupang demi menghidupkan PAS"

    kemudian FTZ pula berkata "aku pun wala' gila kat pemimpin pas"

    org yg reti basa dia akan faham bahawa perkataan "aku PUN wala' gila" itu adalah persetujuaan FTZ dgn penulis asal yang berkata "Sayalah orang PAS yang ta'asud kepada pemimpin tertentu. Saya ta'asud kepada mereka yang ikhlas dan jujur dalam parti ini, bukan orang yang ambil kesempatan daripada perjuangan perit lelah orang kampung dengan duit sekupang demi menghidupkan PAS"

    sebab itu ada perkataan "PUN" jaadi masa yg sama 'wala gila' FTZ dgn UMNO? sama dgn yes man? adakah pemimpin UMNO juga ikhlas dan jujur dalam parti ini? yg parti ini itu diterangkan oleh FTZ sebagai "tak apalah yang penting perjuangan islam mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan", itu yg ditunjukkan oleh penulis dgn 'parti ini'.

    adakah kerana wala gila pada pemimpin yg ikhlas dlm perjuangan Islam (parti ini) menyebabkan perkhianatan pada perjuangan Islam? tidakah kita boleh nampak wala gila itu koidnya pada pemimpin yg ikhlas dlm perjuangan Islam? klu dok napok lagi maknanya tak reti bahasa ah tu, dan org teganu bukan kata 'dok reti basa' tapi 'dok reti bahasa' juga

    BalasPadam
  8. hidup lagi rupanya pecacai ug ni,ingatkan dah mampos dah...kahkahkah....kau hilang lama tu pi mane...pi ikut kursus BTN ye....wakakakah....batuapi penyubur fitnah...tukang api api kan kan kan

    BalasPadam
  9. aziz bari n the gang sudah kembali...
    off topic..
    semalam ptg aku gi minum kat restoran haslam.. bila masuk asar aku pun chow chinchow laa... tetiba aku nampak 1-g ngan pakaq masuk restoran haslam.. agaknya azan yg berkumandang tu suruh masuk restoran kot... ehehe

    BalasPadam
  10. mak aihh tak boleh sebut langsung perkataan wala' tu, ramai naik isim, tak apalah, lu org tak faham makna wala' sebab dah di jadikan satu ayat penggerun dan menakutkan kepada yg baru nak kenal pas, tak apa askar lama masih setia dan sanggup mati berperang walaupun berbekalkan lalang sehelai. aku pun dah malas nak tulis wala; ni aku tulis wala' gila pulak hehe, mungkin akan menakutkan lagi

    BalasPadam
  11. Ceh...inilah akibatnya wala' gila .....sampai hilang akal dengan mengatakan "tak apa askar lama masih setia dan sanggup mati berperang walaupun berbekalkan lalang sehelai" walau pun ia perumpamaan sahaja namun sebagai bekas askar betul setelah tamat lebih dari 21 tahun berkhidmat ianya adalah bertentangan dengan amalan atau lazim nya orang tak akan buat. Wala' sepatutnya menakutkan musoh tetapi apabila wala' gila dan tidak kepada tempatnya bukanya menakutkan musoh sebaliknya memalukan PAS pula....hentikan kerja tak berfaedah tersebut.

    BalasPadam
  12. untuk askar tanpa nama,
    askar lama pas tak ada istilah berhenti mcm askar kerajaan yang mati kerana mempertahankan aqidah yahudi, askar pas lain dengan askar kerajaan, askar pas tak kedarah duit kerajaan, 21 tahun berkhidmat kepada kerajaan zalim memang patutnya tak wala' gila, salahkah wala' gila kepada islam, apakah berwala' bersama iman salah, apakah bila kita wala' kepada islam itu menjadi kerja kerja yg tak berfaedah, siapa yg mempertahankan islam dimalaysia, askar kerajaan ke atau askar pas, adake jeneral kerajaan pernah buat kenyataan yang menakutkan kerajaan, tak pernah sekali pun dalam sejarah malaysia general tertinggi tentera memberi pandangan tentang islam. ada ke askar kerajaan pernah beri amaran pada kerajaan jgn terlampau menekan kepada perjuang islam, jawab dgn iman bukan bukan jawab dengan hati yang bersalut aqidah yang lain dari islam, 21tahun dalam tentera belum tentu faham perjuangan islam kerana apa yang diajar dalam tentera hanya mempertahankan tanahair bukannya mempertahankan aqidah islam, tanpa islam mati hanyalah sia sia.

    BalasPadam
  13. Ustaz, saya minta izin ambil bahan di sini. Bila nak turun Pahang?

    BalasPadam
  14. kah kah kah!
    Apa yang digaduhkan, apa yang peliknya, cakap Aziz Bari 100% tepat, pasal beliau boleh keluarkan apa sahaja pendapat mengenai PAS, apatah lagi beliau bukan pemimpin PAS, beliau mempunyai hak yang dijamin oleh Islam dan pelembagaan. Sama juga Najib dan Mahathir al-Kutty, mereka berhak mengeluarkan padangan mengenai PAS.
    Yang menjadi masalah apabila kita menganggap bahawa prof Aziz Bari pemimpin PAS. Maka kita merasakan apa yang dia cakap kita mesti dengar dan apa yang dicakap amat penting kepada kita.
    Saya juga menyokong BatuApi, TB, Pak Bakaq dan lain-lain pemblog, kerana semua mereka ada hak untuk bercakap dan berbeza pendapat. Kalau semua yang orang cakap kita layan dan ambil hati, mampus beragamlah kita.
    Minta jangan jadi seperti muktamar lepas, masuk akal kah? kita jemput Aziz Bari dan prof. serakap jarang dari ketereh untuk menjelaskan apa yang telah mereka kata. Siapa mereka ini?. Pemimpoin PAS kah? Mursyid Am PAS kah?, Ahli dewan syura PAS kah?, Ahli dewan Ulamak kah?. Semua ini ideal bodoh beberapa pemimpin PAS.
    Nak terima, terimalah. Tak mahu terima, tak payah terima.

    BalasPadam
  15. azizbari ni nama je prof tp sanggup jadi 'kuda tunggangan'. gaji prof brape ek, xcukup lg ka. :-)

    BalasPadam
  16. wirautama tanya:

    "adakah kerana wala gila pada pemimpin yg ikhlas dlm perjuangan Islam (parti ini) menyebabkan perkhianatan pada perjuangan Islam?"

    ikhlaskah ini? bukankah perpaduan sudah ditutup? kenapa dibuka semula? apakah statement begini menguntungkan pas?

    (1) "timbalan setiausaha agungnya, takiyuddin hanya memberi syarat mudah kepada umno demi perpaduan melayu, agenda negara(?) hanya jangan bertanding di dun galas!!!"

    ikhlaskah ini? apa peranan majlis syura ulama? di mana di dalam perlembagaan pas statement ini?

    (2) "presiden dan timbalan presiden mesti ulama".

    ikhklaskah ini? ikhlaskah haron din bertembung dengan keputusan pas berkaitan isu nama Allah?

    (3) "kepimpinan ulama tercabar!"

    ikhlkaskah ini? apakah pembohongan satu keikhlkasan?

    (4) "pertemuan dalam gelap" (mula2 tak mengaku, apabila paklah kata dah 3 kali, dikatanya pula dipersetujui majlis syura ulama, apabila ini juga ditolak majoriti akar umbi, dijajanya pula wala'"

    "PAS boleh terima kritik tapi PAS tak oleh terima pembohongan dan putar belit fakta!!"

    (4) di atas sangat jelas. kerana wala gilalah pembohongan pemimpin dikategorikan sebagai ikhlas!

    i rest my case.

    BalasPadam
  17. Hussin, aku pun tau juga lah aktiviti geng itu sebab kerja 21 tahun. Orang wala' gila mana nak percaya ketua mereka buat kerja macam itu kan?.. Kita ni lihat sendiri perilaku dan tindakan mereka. Kesihan ada mangkuk mangkuk yang wala gila pada mereka. Walau pun aku ini bekas askar 21 tahun tak la pulak wala gila. Aku masuk PAS masa dalam tentera, sekali tidak terkorban jihad yahudi seperti kata geng wala gila, namun rasanya bersyukur kpd allah menyumbangkan keamanan kepada negara membolehkan Islam di amalkan dengan selesan dan pembelajaran berterusan. Seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, sekurang kurang nya dapat membantu mengelakkan kecelakaan yang lebih besar kepada Islam dengan memerangi Komunis menyebabkan Islam dapat berkembang di Malaysia. Nak harapkan askar PAS duduk surau ajelah.. ye tak !!!! Kami yg tak ke surau inilah bergerak dari hutan kehutan, belantara ke belantara memberikan keenakkan hidup berkeluarga askar PAS di desa dan di kota. Cukup setakat itukerana kalau nak di tulis tak habis habis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog