Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 25 Januari 2011

Hanya exploit keadaan..

Bila terdesak kita exploit keadaan untuk dapat simpati. memburukkan orang lain.
kawan-kawan kita menambah cerita, walau tak tahu cerita sebenar,
Tak ada di tempat kejadian tapi macam bersama di situ.
sebab memang blog kita bertujuan menjatuhkan "Pimpinan Itu"
Jangan kasi dia memimpin, sebab dia nak Islam!
Burukkan perangai pimpinan itu, biar orang nampak cakap Islam tapi jahat, bodoh, primitif dan macam-macam istilah gua tu tak reti nak sebut!

Menjatuhkan kepimpinan mengikuti rancangan geng blogger kawan baik kita misalnya, kerana dia boleh berkawan dengan syiah, komunis atau geng hina nabi atau isteri nabi......

Sabtu, 8 Januari 2011

Rehat sambil melihat suasana "Matahari Naik"

Balik kampung sukar untuk mencari suasana kampung. Sekali-kala berjalan-jalan sambil melihat "matahari naik" membuka minda mengibau kenangan dan menginsafi diri dengan "pertenglikahan" fakta dan hujah. Masing-masing mencari kesempatan untuk menyalahkan orang lain atas perbuatan bodoh dan kedurjanaan yang dilakukan.

Ilmu sedikit nafsu lebih kadang kala tidak memberikan manafaat kepada diri sendiri. Aku akan berehat sehari dua melihat matahari naik yang pasti tidak akan turun di sini.

Adakah aku nak call Zainulfaqar untuk bual diskusi seperti yang dijanjikan oleh dia dengan aku dalam FB?

Aduka Taruna: Lateral Thinking dan Vetical Thinking

Pada tahun 1967 Dr. Edward De Bono menulis bukunya yang terkenal, “New Think : The Use of Lateral Thinking”. Dalam buku itu De Bono memperkenalkan cara berfikir yang sama sekali baru dan berlawanan dengan cara berpikir yang sedia ada, konvensional yang disebutnya sebagai cara berfikir vertikal dan konsekuensial.

Pemikiran lateral (lateral thinking) yang telah diperkenalkan oleh Edward de Bono ini merupakan penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak langsung. Pemikiran lateral ialah tentang pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah logik secara tradisional. Pemikiran lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru.

Saya bagi satu contoh permasalahan untuk membezakan antara pemikiran lateral dan pemikiran vertikal.

Jumaat, 7 Januari 2011

Tarikh debat dipinda...

Episod Langgar Hadi, sepatutnya berlaku pukul 3.00 petang seperti yang diwar-war telah berlaku lebih awal daripada itu kerana Aduka pergi langgar sendiri tanpa berjumpa dengan BatuApi di tingkat 1 sebagaimana perjanjian persefahaman antara dua blog.

Oleh kerana dia langgar dulu, dia tanggung akibatnya. Saya pun tak nak ulas biar kita lihat dan baca versi Aduka yang seronok untuk menaikan hits lamannya nanti. Banyaklah cerita-cerita sensasi nanti anda akan baca.

Ini juga diberitakan menglibatkan polis, askar dan bomba. Projek ini sekejap sahaja dan Aduka keluar seorang diri menaiki keretanya sebelum pukul 3.00 petang. Tak sempat aku nak perkenalkan diri. Celaka kor Aduka tinggalkan aku di tingkat 1. Engkor orang percaya tak? TAK PERCAYA SAYA CAKAP. Tunggulah!!

Khamis, 6 Januari 2011

Saya akan ada di Rusila 7 Jan 2011

Saya telah membaca artikel yang diposting oleh Aduka Taruna dalam blognya bertajuk "Update 3 : Projek Langgar Hadi 7 Januari 2011." dan komennya pada artikel terkemudian daripada itu seolah-olah ada kebimbangan daripada pihaknya saya mungkin tidak ada kerana saya tak memberi respon segera.

Saya telah memberikan komitmen Insyaallah (ini bukan Insyaallah Melayu) akan hadir ke Rusila pada 7 Jan 2011. Saya belum membuat kepastian bila saya akan bertolak tapi rasanya saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Rusila dan sebaik-baiknya kita bertemu pada tingkat atas masjid (tingkat 1) agak mudah dan tidak bersesakan.

Mana-mana yang kenal Suhaimi Embong sila awasi beliau mungkin dia boleh berada di dua kawasan dalam satu masa. Saya masih menjemput Wan Ji, Zainulfaqar and the geng's untuk berkenalan dengan Suhaimi serentak dengan itu boleh "bertaubat Nasuha" di masjid Rusila.


Rabu, 5 Januari 2011

Presiden hadir atau tidak di Istana - Pertemuan yang difitnah sebagai UG?

Orang ramai dan blogger membuat 'macam-macam hal' dalam isu ini. Ada yang membuat analisis secara jujur dan mencari kepastian tapi tidak kurang juga mengambil kesempatan untuk memburuk, menambah menambah nokok bagi sesuatu niat yang kita tidak pasti apa tujuannya.

Tapi yang jelas hanya semata-mata menyerang satu pihak yang tak disenangi. Penulisan yang tidak ada tanpa maklumat yang benar telah menjadikan kita bergelumang dengan fitnah & dosa.

Saya juga banyak kali menyebut dalam hal ini agar kita jangan terburu dan biar kita dengar sendiri daripada mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz  (TGNA) untuk penjelasan yang penting.  Tindak tanduk kepimpinan tidak semestinya dimaklumkan terus kepada kita. Saya ada menulis; (links)


Wan Ji @ Al Bakistani - Hujah bodoh lawan hujah bodoh

Setelah tak terjawab akibat dia fitnah Ustaz Zaharudin bersama Zainulfaqar, Wan Ji mula berhujah merapu dengan artikel terbarunya "Keluhan Pengundi Pas Yang Patut Pimpinan Pas Lihat".

Anda patut baca bagamaina Ustaz Zaharudin menantu Presiden memberikan penjelasan akhirnya telah menunjukkan fitnah yang ditaburkan oleh Wan Ji. "Penjelasan dan Nasihat terbukan kepada Ustaz Wan Ji"

Ustaz Zaharudin mencabar Wan Ji mengemukan hujahnya (debat) hatta di rumah Wan Ji sendiri sebelum 1 Februari ini. Kita lihat bagaimana Wan Ji ada kejantanan atau tidak!!


Selasa, 4 Januari 2011

Projek Langgar Hadi Jumaat, 7 Januari 2011, jam 3.00 petang

Saya dengan Aduka Taruna telah bersetuju untuk berdebat pada 30 Januari 2011 8.30 malam di UREKA MSK atas tajuk "Perpecahan akibat UG dari kebodohan Hadi Awang". Tajuk ini saya ingat sepuluh kali tukar kerana Aduka tak buat persiapan.

Lagipun dulu nak berdebat pasal "Sokong UG" dan kebetulan kami berdua tak setuju dengan UG. Mana boleh berdebat.

Tapi sebagai orang tua saya biarkan dia buat pertukaran. Saya harap tajuk ini tak bertukar lagi bila hampir kepada tarikh debat.

Anda boleh baca pengumuman yang sama telah dibuat pada laman Aduka Taruna. (Sila baca di sini)


Tamat, jika memahami hasrat hati kecil TGNA

TGNA membuat kenyataan ringkas dan padat hanya difahami orang yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan Islam yang dinamakan PAS yang mempunyai uslud tersendiri. Kenyataan adalah seperti berikut;

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.


Ustaz Nazri Din Berani, Batuapi Penakut, Wan Ji Dayus?

Saya mendapat e-mel daripada pembaca yang menyebut nick saya dan nama Suhaimi Embong telah menjadi wirid di blog Wan Ji Al Bakistani. Sekadar saya lihat, tak berhasrat pun nak komen pasal budak tu tak pernah berani berhujah dengan saya. Setiap kali tulisan saya mengkritik, dia akan terhenti dan tulisan kemudiannya akan menjadi carca merba.

Untuk pengetahuan pembaca, untuk mengelak dia 'sawan' dengan ulasan saya, ayat yang diletakkan di blognya setiap kali habis menulis iaitu "Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@suhaimi embong" adalah tangkal nak halang gangguan. Maybe masa kecil dulu mak dia ada lilit benang hitam dipinggang (budaya orang Kelantan lama)


Isnin, 3 Januari 2011

Jika Kamera @ HP berkamera ada zaman Nabi

Petang ini tak berapa sihat, agak letih.. Mungkin sebelum ini kurang tidur. Bagi orang tua macam saya berjaga malam tidak begitu bagus. Semalam pukul 12 saya dah tidur, tapi hari ini masih letih.

Walaupun letih tidak bermakna saya tidak boleh menulis menolak fitnah golongan penyebaran berita dan maklumat palsu di internet bagi menjatuh kepimpinan ulama yang ada sekarang. Fitnah adalah musuh gerakan Islam yang wajib diperangi walaupun sakit sekalipun...

Oleh kerana letih saya rasa, kita berbincang santai sahaja kali ini. Ya bincang pasal kamera digital atau HP berkamera.

Penarik Beca dah minta maaf, Cukup ke?

Penarik Beca atau Bakaq seorang blogger yang begitu komited telah banyak membuat pendedahan. Pendedahan terbaru wujudnya pertemuan antara kepimpinan PAS dan UMNO yang juga melibatkan Mursyidul Am PAS dengan versi yang amat menyedihkan seolah-olah TGNA terlalu mudah diperbodohkan. Anda boleh baca di sini.

Empat hari kemudian, Penarik Beca telah menarik balik penglibatan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Dalam artikelnya "Mohon maaf, Ustaz Nasharudin"

Semasa Bakaq membuat pendedahan, maka blog-blog yang tak setuju dengan kepimpinan ulama PAS seperti kilat mengambil posting ini untuk menambahkan api kebencian. Zainulfaqar, Tulang Besi, Wan Ji, Aduka Taruna, W. Fauzdin NS dan beberapa lagi membuat ulasan mengikut persepsi masing-masing.


Ahad, 2 Januari 2011

Aduka Taruna sekadar anjing upahan sahaja!!

Aku pernah menonton cerita The Dogs of War, arahan John Irvin lakonan Christopher Walken yang dikeluarkan pada tahun 1980 mengisahkan bagaimana Jamie Shannon, lakunan  Christopher Walken merupakan tentera bayaran untuk rampasan kuasa secara revolusi dengan bayaran lumayan oleh kepentingan perlombongan Inggeris di sebuah negara kecil di Afrika.

Jamie Shannon ditangkap semasa membuat intipan tinjauan awal sebelum serangan. Dia dipenjarakan sebagai spy dan diseksa. Sementara di penjara ia bertemu dengan salah seorang intelektual yang terkemuka di negara itu, Dr Okoye, juga dipenjarakan oleh rejim berkenaan.

Setelah dibebaskan dan memimpin rampasan kuasa tentera Jamie Shannon diam-diam membuat agendanya sendiri.

Aku bawa cerita ini bukan nak jual VCD atau DVD cetak rompak!! Jangan pula engkau orang tersilap tonton cerita Dog Soldiers, askar boleh jadi serigala! Mengarut gila macam Tulang Besi @ Seluaq dalam!


Pertemuan bukan di Terengganu - Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam berbohong lagi

Setelah hits laman Malaysia Waves jatuh teruk, populariti Rahman @ Seluaq Dalam sudah tidak lagi menjadi perhatian. Komen-komen diblognya adalah rekaan dia sendiri bagi menunjukkan masih ada pengunjung. Rahman Seluar Dalam seperti mana yang diketahui masih tidak menjawab isu wang tabung guaman yang dilarikannya bernilai lebih daripada RM10 ribu, sehingga ada yang mengatakan pergi ke Mekah semata-mata nak kaburkan orang ramai sahaja.

Bagi saya soal dia ke Mekah biarlah Allah sahaja menentukan. Tapi dia kena bertanggungjawab dengan wang tabung guaman bernilai lebih RM10,000.00 itu. Ini soal amanah orang ramai. Masa nak minta janji macam-macam tapi selepas dapat duit, hilang, sepatah haram tak menjawab. (baca di sini dan baca juga daripada blog TB sendiri "di sini")

Dulu dia minta derma nak balik ke Malaysia tak ada wang. Masa berhujah bukan main eksyen gajinya 6 x lebih daripada gaji exco. Dia dapat duit RM1400. RM1000 buat tambang RM400 tu entah buat apa? Saya nak tanya, dah tahu siapa yang bagi duit RM400 tu? Kalau duit saya, saya kira halal, itu sedekah kepada fakir miskin yang 'terkempunan' nak jadi CEO!!! (Untuk pencerahan baca artikel ini "Gaji 6 X Exco masih minta sedekah")


Sabtu, 1 Januari 2011

Wan Ji @ Al Bakistani munafik, penyebar fitnah

Cuti saya hari ini sudah tidak bermaksud "cuti sepenuhnya lagi". Mula-mula saya gatal tangan menulis pasal Zainulfaqar. Kemudian terpaksa menjawab cabaran Aduka Taruna.

Kini nak tulis pula pasal Wan Ji @ AlBakistani. Saya terbaca satu artikel Wan Ji Al-Bakistani yang pada asasnya seperti membaca kitab karang ulama muktabar yang penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar tapi bila dihalusi tulisan-tulisan penuh dengan dengki dan fitnah.

Artikel mana tu BatuApi @ FireStone?

Bacalah artikel "Apa Yang Tak Kena Pada Zaharuddin Muhammad?"


Menjawab cabaran debat Aduka Taruna......

Tergelak nak pecah perut bila terbaca posting Aduka Taruna. Engkau orang baca sendirilah di sini. Tapi syabas saya ucapkan kepada budak nakal ini. Good idea, orang yang masih komitmen dengan perangai lama walaupun kahwin, ini pertanda tak lekang dek hujan!

Paling hebat Aduka Taruna boleh membuat pentafsiran sendiri ayat-ayat saya mengikut seleranya bagaimana dia boleh tafsir makna Allah mengikut nafsunya. Aku tak hairan pasal aku masa belajar tauhid Rubbubiyyah pun tahu orang asli pun percaya kepada Allah tapi dia kata Maha Dewata Mulia Raya dan macam-macam istilah mengikut tahap ilmu yang ada pada orang asli berkenaan.

Adukapun sama juga dengan perkataan Maha Ego pasal itu ilmu yang dia ada! Dia Melayu asli!! Betul-betul Melayulah. Kalau engkau orang nak tahu betul-betul melayu, carilah sejarah Nusantara engkau tahulah siapa dia sepesis seperti Aduka ini.


Menjawab pembohongan Zainulfaqar Yaacob & Abdul Fatah pasal pertemuan PAS-UMNO & UG

Saya terbaca satu artikel yang diposting oleh AlHusseyn daripada tulisan Zainulfaqar Yaacob bertajuk "Mustahil seorang ulama haraki seperti Hadi sanggup menipu lagi ..." Rasa macam nak ulas sedikit walaupun hari ini sepatutnya kena rehat di rumah. Kemas-kemas rumah, susun atur semula perabut supaya ada kelainan pada awal tahun Masihi ini.

Saya sebenarnya tahu Zainulfaqar ada blog baru, tapi malas nak layan sangat. Saya lebih tertarik pasal cikgu Husseyn yang posting. Saya kagun kepada cikgu Husseyn sebagai orang lama dalam PAS dan juga dalam dunia internet ini.

Saya bukan seperti Zainulfaqar yang boleh menalipon cikgu Husseyn, jika ada mana-mana artikel yang tak kena agar cikgu Husseyn perihatin atau menjawab sekiranya perlu. Mereka yang mencebur dunia blogger ini seperti sarang labah-labah, nampak macam biasa tapi boleh memerangkap mereka yang "lalai". Ya yang lalai dengan keadaan sebenar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog