Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 30 Januari 2012

Ke Ureka MSK

Hari ini cukuplah genap setahun segaimana yang dijanjikan; aku kena berdebat dengan budak Aduka Taruna. Pagi ini aku bangun awal, sempat juga ber'chat' dengan seseorang rakan di FB yang berada di luar negara. Debat mengikut jadual akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini... kena tepat. Bukan macam budak tu yang mana tahu janji.. suruh datang pukul 3 dia datang awal... he he

Tajuk debat juga entah apa punya hel!! Macam UMNO nak berdebat dengan dengan PAS dia yang reka tajuk... dia paksa PAS berdebat. Tapi PAS tetap berdebat dengan alasan nabi Musa ajak lawan sihir pun dilawannya.

Aku pun sebelum minta doa, minta lindungi samseng 'blogger celaka' dan geng 'usrah barbican' mana tahu nak balas dendam di'penyek-penyek' aku di sana... bukan debat lagi.. nanti jadi gusti pula.


Sabtu, 14 Januari 2012

Pak Syed, sahabat yang dikasihi

Pukul 8.30 pagi tadi saya dikejutkan dengan satu SMS ringkas, "Pak Syed Sudah tidak ada". Entah kenapa hati menjadi hiba dan tidak menentu. Saya cukup terkilan dengan permegiaan Pak Syed. Rasanya macam sebentar tadi bersama beliau.

Pak Syed panggilan mesra atas nama sebenarnya Drs Syed Muhamad Syed Hasan pertugas veteran PAS yang cukup komited dan mempunyai pandangan yang amat jauh. Selain Ustaz Hassan Shukri beliau adalah rujukan dalaman parti yang cukup baik. Mempunyai pendapat sendiri dalam banyak hal terutama mengenai cara penyeleaian masalah dalaman parti. Dulu masa Arwah Ustaz Fadzil Mohd Nor, Pak Syed selalu menjadi rujukkan. Ayat egoisnya kepada saya "Itu Ustaz Fadzil terima pendapat ana".

Nak kata saya sangat rapat, taklah. Hanya kami boleh pergi kemari. Seingat saya Pak Syed dua kali telah makan nasi di rumah saya. Dia peramah dan mudah di bawa berbincang. Boleh terima perbezaan pendapat dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog