Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 6 November 2010

Penulis Blog, janganlah kebudakan!

Terbaca satu artikel daripada WFAUZDIN NS yang bertajuk PENULIS HARAKAH BERKEMPEN UNTUK DATO ZAID ? Semacam rasa nak buat ulasan.

Saya kagun dengan WFAUZDIN NS kerana kegigihan beliau dalam penulisan blog, malah dia juga ada sifat rasional ketika saya mengkritik keras dulu. Malangnya emosi dan sikap terlalu taksud menyebabkan dia kadang kala lari daripada fokus sebagai seorang penulis. Kalau dia boleh hilang sikap ini mungkin dia boleh menjadi penulis yang baik.

Ada pendapat mengatakan penulis tidak perlu menyerlahkan sikap berpihak secara khusus. Apa maksud secara khusus mungkin boleh dipanjangkan nanti.

1.  WFAUZDIN NS nampak semacam jahil tentang maksud kolumnis dalam sesuatu akhbar termasuk Harakah. Secara mudahnya kita boleh menyebut kolumnis ini khusus untuk individu penulis mengemukakan pendapat dan mungkin pendapatnya bertentang dengan dasar akhbar berkenaan.

Pasal itu ramai kolumnis dihentikan. Dr Asri pun pernah dihentikan dan banyak contoh lagi boleh WFAUZDIN NS cari sendiri.

Menyerang Harakah dalam isu ini adalah satu tindakan kebudakan!

2. Harakah dan Harakahdaily sebenar kurang etika dalam hal-hal berpihak. Dalam Muktamar PAS pun kadang kala ada sikap kurang bijak ini ditonjolkan. Hilang respek kita kepada akhbar parti kerana kebudakan beberapa orang wartawannya.

(Pasal apa saya tulis dua? Sekarang ini dah ada dua nahkoda - cerita menarik boleh diperolehi jika engkau orang suka menyiasat!! Tapi carilah maklumat tepat jangan cari daripada sumber tukang fitnah!!)

3. WFAUZDIN NS mengatakan bahawa semasa PAS mengadakan Muktamar pemimipin PKR tidak masuk campur.

Bohong sangatlah!!! Blogger yang ada sebahagian besar juga adalah dikalangan pimpinan PKR, termasuk WFAUZDIN NS sendiri yang banyak menulis dalam hal-hal PAS. Sepatutnya WFAUZDIN NS melihat dan merenungi diri sendiri sebelum mengatakan orang lain.!

Untuk makluman WFAUZDIN NS, DS Anwar sendiri juga ada membuat perjumpaan dengan blogger secara tertutup untuk membentuk persepsi masyarakat melalui internet termasuk memberikan tekanan kepada golongan ulama dalam PAS apabila golongan ini kurang menyokong DS Anwar sehingga timbul kononnya golongan ini ingin bersama dengan UMNO akibat sebahagian daripada "projek tersebut".

(Bila sebut pimpinan semacam di anggap Zukri Aksah pun pimpinan PAS ke?)


Perjumpaan di hotel tertutup dikendalikan oleh Setpolnya Abdul Rahman. Di Penang kami juga di jemput, webmaster laman Marhein ada hadir saudara boleh tanya dia!! Saya tak akan panjangkan perkara ini sebab banyak sangat perkara sulit yang mungkin akan menguris perasaan sesetengah daripada kita jika saya mendedahkannya. Apa yang boleh saya boleh katakan kesian ahli-ahli "betul lurus" PAS dalam hal ini!!!

Rasanya 3 dulu, jika tak dipanjangkan kira sampai disini sahaja. Maaf sebab saya ahli PAS yang bayar yuran masih kukuh menyayangi perjuangan Jammah Islam ini. Sayang pada PASlah membuatkan saya mencipta blog ini.

##
Maklumat TambahanSetakat semakan saya selepas menulis artikel ini, Zukri Aksah bukan kolumnis Harakah Cetak dan tak ada artikel beliau di Harakah Cetak.

1 ulasan:

  1. BA tak payah ulaslah artikel wfauzdin tu
    dia memang macam tu!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog