Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 14 Januari 2012

Pak Syed, sahabat yang dikasihi

Pukul 8.30 pagi tadi saya dikejutkan dengan satu SMS ringkas, "Pak Syed Sudah tidak ada". Entah kenapa hati menjadi hiba dan tidak menentu. Saya cukup terkilan dengan permegiaan Pak Syed. Rasanya macam sebentar tadi bersama beliau.

Pak Syed panggilan mesra atas nama sebenarnya Drs Syed Muhamad Syed Hasan pertugas veteran PAS yang cukup komited dan mempunyai pandangan yang amat jauh. Selain Ustaz Hassan Shukri beliau adalah rujukan dalaman parti yang cukup baik. Mempunyai pendapat sendiri dalam banyak hal terutama mengenai cara penyeleaian masalah dalaman parti. Dulu masa Arwah Ustaz Fadzil Mohd Nor, Pak Syed selalu menjadi rujukkan. Ayat egoisnya kepada saya "Itu Ustaz Fadzil terima pendapat ana".

Nak kata saya sangat rapat, taklah. Hanya kami boleh pergi kemari. Seingat saya Pak Syed dua kali telah makan nasi di rumah saya. Dia peramah dan mudah di bawa berbincang. Boleh terima perbezaan pendapat dengan baik.

Dulu masa saya berhujah dengan Greenboc, saya memerlukan perlembangan baru PAS. Perlembangaan itu masih dalam proses terakhir perbincangan dengan sebahagian panel untuk proses percetakan. Walaupun telah diluluskan perlembangan itu perlukan semakan dalam bahasa terutamanya dari segi bahasa perundangan.

Saya jumpa Pak Syed minta dengan beliau. Dia kata buat masa tak ada lagi. (maksudnya belum cetak). Saya nak juga. Dia kata ana ada satu, itu pun draf yang dibincangkan. Ana nak yang itu. Jawab Pak Syed, mana boleh.

Saya mengalah, enta fotostat. Tebal, enta minta bahagian mana yang nak jawab Pak Syed. Ok saya minta bahagian-bahagian tertentu dan dia fotostatkan untuk saya.

Masa kes TGNA dengan Mawi. Ingat lagi Pak Syed tanya saya. "Enta tulis mano?.. enta tulis mano, ana tak jumpo"  Dengan bahasa Kelete yang hampir pupus Pak Syed bertanyakan saya tentang tulisan saya yang tak setuju dengan Kelantan dan TGNA dalam menyelia hal Mawi.

Saya tanya Pak Syed "Enta nak nak buat apa?". "Ana nok print nok wee ke TGNA bila dia mari sini" jawab Pak Syed.

Saya setuju kalau ada yang kata bahawa Pak Syed antara yang berani menegur pimpinan PAS. Tegurannya secara lembut dan berhimah, tidak seperti sekarang yang kadang kala kita lihat sudah hilang adab berjamaah. Hembur sahabat macam anjing!!

Dalam isu Dr Hassan Ali, saya banyak berbincang dengan Pak Syed tapi oleh kerana sudah berazam untuk tidak menulis melainkan jika perlu sahaja saya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Pak Syed dah uzur sangat pada masa itu. Ketika saya menziarahinya, Pak Syed dengan plastik merah, kelihatan macam nasi lemak di dalamnya. Berjalan pun tak berapa selesa. Beliau duduk di kerusi dan kami bercakap panjang tentang Dr Hassan Ali. Sangat ghairah lagi Pak Syed memberikan pandangan.

Saya cukup hairan Pak Syed seolah-olah tak berhenti bercakap. Saya masih melayan dengan mesra. Saya berdalih ajak dia turun ke bawah untuk makan, saya katakan saya dah lapar. Dia tak nak dia kata dia tak larat bergerak. "Ana dah makan, cukup yang ni!"

Banyak dia bercakap pada masa itu... rupa-rupanya Pak Syed cuba menghabiskan semua pandangannya kepada saya seolah-olah itu adalah pertemuaan terakhir kami. Walaupun saya merasai pelik tapi saya tak faham... itu membuatkan saya terkilan dan merasa saya baru sahaja bersama dengan beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau.

Pak Syed telah bekerja dengan 4 orang presiden PAS dan arwah Ustaz Fadzil adalah idolanya. Semoga beliau bersama Ustaz Fadzil mendapat rahmat di sisi Allah s.w.t.

5 ulasan:

  1. xbole tarik balik ke utk menulis semula? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama KYAI ANOM SUROTHO dan dia memberikan nomor KYAI ANOM SUROTHO,dia bilan kepada saya kalau KYAI ANOM SUROTHO bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi KYAI ANOM SUROTHO dan dengan senan hati KYAI ANOM SUROTHO ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi KYAI ANOM SUROTHO di : 0853---9997---0449 : saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan KYAI ANOM SUROTHO dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Padam
  2. tau gok,tulis je...
    ambe lame doh tunggu ulasan dari batu api..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah..
    Tak kurang jg sy agak cukup lama mengenali beliau iaitu sekitar thn 1983. Ketika kami bertugas di Pejabat PAS jln Pahang. Rutinnya pagi kami minum d gerai Pak Raman n Family. Ktika itu sy, badrul, bakaq rasyid. Kekadang pagi2 Hj Subky dah tercongok dpn pejabat. Biasa la. Masa tu Musa Hitam jd sasaran, sebab kes Lubok Merbau. Mustafa Bendahari PAS Johor ketika tu, muda remaja sibuk ngan ko-tiow mentah. Arwah plak dlm dgn baju melayu yg tembus sana sini akibat bara Gudang Garam reben merahnya asyik urut jambang pagi2. Zaman tu nak sembahng deraih pn tak brapa nak syok, apa lagi PAS nak angkat kepala pun rasa semacam. Msh ingat nak tubuh cwangan Kg. Baru punya la payah nak dapatkan ahli bagi cukupkan korum. Rumah Arwah di Jln Hamzah kalau tak silap dijadikan tempat mensyuarat sulung penubuhan. Habis semua penghuni salah satu rumah sewa banguna Wisma Sabarudin jd ahli, campur pulak dgn sorang 2 pensyarah UTM, reporter dan lain2. Lepas mesyuarat senyap gitu. Tak tau apa jadi. Kalau tak silap tahun 1984/85. Sy pun pindah ke Sh Alam kerja ngan gomen. Berpaut dgn PAS Sh Alam. Tp PAS Sh Alam pun gitu jg, dipimpin oleh individu yg gilakan jawatan pd ketika itu, tp kerja hampeh. Sy agak kurang dgn mereka sbb keahlian sy pun Daftar Terus. Berbalik kpd arwah Syed. Ada cerita lucu yg msh diingati hingga sekarang, pd masa tu ada meeting antara Majlis tertinggi yg dihadiri antaranya Ust Fadhil, Ust Hadi, Yusuf Rawa, Hasan Shukri, Ust Nakkhaie dan lain2. Ketika beliau tertidur diruang tamu dgn berkain pelikat, maka pada ketika itu sesuatu yg lucu ketika ust hadi membantu membetulkan kainnya. Semua tu tinggal kenangan. Kini sy menetap di Kedah cukup jauh untuk dinisbahkan dgn usia. Ketika zaman tersebut sy mentah dan lepasa STPM dan ketika itu arwah dahpun mencecah lewat 30an, tapi msh lg bujang. Sy jg teringatkan Arwah Ust Masyudi dan lain2 sahabat Syed Mohd Datok W. Saladin, Abg Gaih, Badrul, Prof Latif Brahim, Ustazah, Hj Abas dan tak lupa Ust Hamim Abu Bakar yg paling diingati, sama naik dgn filem Azura yg kebetulan suara dubbing masih terngiang sbb bersebelahan dgn Sabah Filem. Apapun Al-Fatihah buat sahabt yang lama meninggalkan kita. Mad Baling.

    BalasPadam
  4. Badrul yang buat majalah muslimat ke? Saya sebenarnya tak rapat dengan dia orang. Mustafa ipar Dr lo lo tu rasa kenal jika betullah.

    Semuanya dalam kenangan

    PAS masa itu walaupun sukar nak diterima, hati kita senang sebab tak banyak orang dengki sesama kita. Jamaah walaupun ada masalah taklah heboh sampai seluruh dunia tahu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog