Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 30 November 2010

Kenapa perlu berbolak balik?

Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Isnin, 29 November 2010

Komen sikit pasal Saifuddin Nasution pada artikel Sayuti Omar

Pada 12 Januari 2010 saya telah membuat komen setelah DS Anwar Ibrahim memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh.

Saya sekadar mengulas soal-soal keahlian parti di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan apa tidak mahu celaru dan saya juga mengulas kedudukan YB Zul Noordin. Anda boleh baca tulisan saya "Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!"

Seperti yang disebut sebelum ini, tak berapa kerat lagi tinggal penulis politik yang tajam dan kritis. Saya memang mengikut penulisan mereka, terutamanya Mohd Sayuti Omar.

Bukan sahaja bodoh, tapi memang berniat jahat!!

Saya menulis satu artikel berkaitan gambar Nik Abdul Aziz Kamil yang bersanding dikatakan sebagai gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya sertakan sekali gambar asalnya. (baca di sini)

Saya tegur Meli sebagaimana cara Meli menegur orang lain. Tapi nampak Meli tidak boleh menerima hakikat gambar itu bukan gambar Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya juga masuk ke blog Meli Kapak Jangat dan membuat posting komen di blognya. Harapan saya Meli menarik balik dan mengaku kesilapan.

Tidak menjadi kudis yang akan melarat jika dia bersifat demikian. Tapi malangnya Meli bukan sahaja bodoh, malah berniat jahat terhadap posting berkaitan gambar itu. Dia berharap benar apa yang dilihat itu adalah TGNA semasa muda. Dia kecewa kerana gambar itu bukan TGNA dan sikap kekecewaannya jelas dalam posting penjelasan dia.

Ahad, 28 November 2010

Bila dah jadi penulis tersohor, jangan buat kerja bodoh

Saya suka membaca blog Mohd Sayuti Omar, tapi saya tak banyak sependapat dengan Sayuti. Saya terima hakitan beliau adalah 'spesis' yang tak ramai lagi boleh mengolah isu-isu negara.

Antara kawan beliau ialah Meli Kapak Jangat, seorang penulis kreatif dan skrip drama. Juga menulis novel yang banyak juga memenangi hadiah pertandingan penulisan novel. Nama sebenar ialah Ramli Abdul Halim menulis di blog http://melikapakjangak.blogspot.com/

Terkini saya baca satu posting ringkas beliau yang ke 856 dengan tajuk "Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang."

Khamis, 25 November 2010

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas?

Hari ini, malas nak menulis serius, tulis ringan-ringan sahaja. Banyak tulisan saya tidak dijawab, isu menjadi tergantung. Tulang Besi sudah senyap sunyi. Kalau saya tulis Tulang Besi lembu pun dia akan menjawab. Dia sudah kenyang dengan wang tabung guaman. Biasalah orang salah, kalau dia menjawab banyak lagi kesalahannya akan terbongkar.

Saya dah boring nak layan dengan 'geng barbican', merayau dengan geng umno pula. Terjumpa satu blog yang menulis "Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas". Rupanya ada lagi spesis yang bodoh.

Letih aku baca, tak ada faktapun merapau macamUtusan Meloya. Carbon Copylah ni!

Rabu, 24 November 2010

Pakatan Rakyat: Perlu ada kuasa tawar menawar

Sekarang ramai orang bercakap tentang pilihan raya ke-13. Bila pilihan raya. Selalunya Pakatan Rakyat yang selalu mendesak untuk pilihan raya. Manakala BN pula akan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai 'kuasa eksklusif' untuk kelebihan dalam "starting". Banyak kali sudah terbukti, dulu Tun Mahathir mengistihar pilihan raya apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz menyebut "Cina pun boleh jadi PM".

Ada ramalan menyebut pilihan raya ke-13 mungkin antara bulan April hingga Julai 2011. Ini bersamaan dengan tarikh pembuburan Dun di Sarawak.

Datuk Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya beliau ada membuat telahan ini.

Selasa, 23 November 2010

Azmin orang Mahathir dalam PKR?

Saya kurang berminat untuk menulis Politik PKR. Tapi bila saya terbaca satu tulisan Marhain Tua, seorang penulis di alam siber yang amat berpengaruh di awal zaman reformasi berkenaan tajuk  Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. semacam terpanggil untuk mengulasnya.

Saya juga membaca artikel Marhain Tua berkaitan dengan tajuk PKR Ciptaan Siapa?

Marhain Tua, seorang penulis yang sudah berusia. Penglihatannya agak kurang baik dan penulisannya agak tidak teratur perlu seseorang yang membuat editing setiap kali dia menulis. Saya mempercayai webmaster M@rhain menjalankan tugas mengedit.

Isnin, 22 November 2010

Blogger UMNO menipu dan mencuri duit tabung derma

Saya beberapa kali menulis bahawa Tulang Besi @ Seluaq Dalam telah mengelap wang tabung guaman lebih daripada RM10 ribu, tanpa sebarang makluman mengenainya konon dia ada membuat tuntutan guaman terhadap PAS. Saya tahu pembaca tak nak saya panjangkan cerita ini, saya STOP.

Beberapa minggu sebelum ini, riuh rendah di kalangan geng-geng blogger UMNO bahawa laman AIDC yang antara paling kuat membuat tohmohan terhadap DS Anwar Ibrahim ingin menutup operasinya.

Maklumat yang saya terima dua pengendali laman ini, tidak mampu membayar kos operasi dan bercadang untuk menuntup laman berkenaan. Laman tersebut tidak dikemaskini mulai daripada 31 Oktober 2010 sehingga 19 November 2010.


Ahad, 21 November 2010

Zaid Ibrahim: Apa tanggapan Anwar, Syed Husin dan Karpal Singh

Nampaknya Zaid Ibrahim masih menjadi fokus isu utama yang tidak boleh tidak diulas oleh mana-mana penulis. Menarik, tragedis dan juga terharu kerana membabitkan hampir semua golongan. Sekurang-kurang isu Zaid menjadikan PKR lebih matang dalam menghadapi gelora. PAS perlulah bijak dalam hal ini kerana PAS sudah memilih PKR sebagai rakan seperjuangan.

Karpal Singh dalam satu kenyataan di akhbar Star telah memperingtkan DS Anwar untuk berhati-hati dengan Zaid Ibrahim kerana proses pemecatan Zaid Ibrahim daripada UMNO boleh diragui. Karpal Singh telah berkata;

“I had already told Anwar from the very beginning that the man (Zaid) could not be trusted as he quit Umno under a dark cloud and Anwar was taking a big chance by accepting him.

Zaid Ibrahim nak masuk PAS?

Tak mustahil, dunia politik memang tak mustahil; musuh boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi musuh. Semuanya boleh berlaku itulah dia politik.

Tapi hari ini saya bukan nak tulis Zaid masuk PAS. Saya sekadar nak ulas tulisan "geng saya" kata "geng blogger UMNO" kepada saya, si Aduka Taruna dalam artikel terbarunya  "Lagi story pasal Zaid masuk PAS".

Aduka Taruna tak seperti yang saya kenal dulu, tulisannya meleret dan membosankan. Lari daripada fokus sudah jadi "Melayu bodoh".

Aduka mengkritik kenyataan Husan Musa dan Salahudin Ayub. Bagi saya apa yang disebut oleh Hussan adalah satu daripada kenyataan yang bijak.

Sabtu, 20 November 2010

Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?

Bila PAS kalah di Galas, ada cubaan daripada kumpulan terpencil nak salahkan orang tertentu dalam PAS bagi memenuhi agenda tertentu. Saya terbaca artikel di blog Firdaus Mohd "Menggalas kekalahan di Galas...." yang menggunakan blog Kopitiam Bang Nan. Malas nak layan pada masa tu kerana saya lebih suka menunggu post mortem daripada PAS Kelantan.

Sampai hari ini post mortem masih belum "siap sepenuhnya". Cuba juga tinjau Kicdefella, mana tahu mamak ni dah dapat 'original copy'.

BN telah bermesyuarat dan bincang post mortem untuk pilihanraya kecil baru-baru ini. Mereka berbincang dengan beberapa unjuran daripada beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. BN sebenarnya telah bersedia untuk memulakan pilihanraya ke-13. Mereka serius dalam hal ini.

test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog