Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 31 Disember 2010

Siapa pula pimpinan PAS yang dicelakakan oleh TGNA?

Sehari telefon saya letih menerima pangilan. Saya pun letih melayan pertanyaan betul ke wujud pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) dengan DS Najib oleh kenalan mungkin tahu indentiti saya sebagai batuapi @ firestone.

Saya hanya menjawab bersahaja. Perkara biasa jika ada pertemuan pimpinan tertinggi antara dua parti Melayu terbesar ini. Dulu alMarhum Ustaz Fathil Mohd Noor bertemu Tun Mahathir 4 mata, tanpa merujuk majlis syura pun. Saya dah dedahkan nama-nama orang yang terbabit yang mengetahuinya dan seorang daripadanya telah meninggal dunia baru-baru ini. Anda boleh baca di sini. (Pertemuan 4 Mata antara Ustaz Fadhil Noor dengan Dr Mahathir Mohamad)


Kenapa pertemuan itu tak ada heboh dan menjadi isu, sedangkan Tun Mahathir digelar sebagai Mahafiraun, pernah menghina Islam!

Sebab yang mungkin boleh saya nyatakan ialah orang di bawah Ustaz Fadzhil  seperti Tuan Guru Haji Hadi dan kepimpinan ulama, tapi bila TGHH pula jadi Presiden lain ceritanya pula!

Saya menulis dengan fakta dan mengajak mereka berhujah dengan fakta. Tapi tak ada yang menjawab. Mereka sekadar berani melempar tuduhan kepada pimpinan yang sudah kita kenal pasti memang tak akan menjawab dan memang tak pernah pun menjawab di internet.

Saya tak kata saya betul. Tapi hujahkan saya jika saya salah. Saya pernah minta maaf dengan Haris Zapkafli atas persepsi saya terhadap adiknya di atas perbualan sembang di meja warung kopi sebagai hujah.

Manusia memang tak lari daripada membuat silap, tersilap mendengar, tersilap membuat terlahan. Tapi kita sebagai manusia yang bersangka baik apa salahnya kita mengaku salah jika kita salah. Melainkan kalau kita ada niat jahat atau sengaja membawa agenda untuk merosakkan sesuatu.

Saya juga meminta kawan saya berfikir menggunakan akal yang waras berkenaan pertemuan antara TGNA dengan DS Najib seperti yang diriwayatkan oleh Penarik Beca dan Tulang Besi.

Saya sebut kepada kawan saya, TGNA hadir jadi sebaik-baik pandangan ialah pandangan yang dikeluarkan oleh TGNA sendiri. Tak tahulah kawan saya merasai "si bukan ahli pas itu" lebih baik pengkhabarannya daripada TGNA yang hadir?

Perkara yang kedua. Benarkah TGNA diperdaya?

Ini soalan yang cukup menarik. Siapa yang rasa TGNA boleh diperdaya? TGNA pernah buat kenyataan marahkan kepada Tuan Guru Abdul Hadi (TGHH) pasal nahkoda parti, marahkan Ustaz Nasha (ini tak payah saya cerita), Marahkan cikgu Pa sehingga nak 'mencakar'.

Takkan TGNA boleh releks pula dalam kes ini dan bersembang pula selepas pertemuan ini? Kena perdaya boleh cool aje! Pasal itu Iman Bukhari terus menolak hadis yang dibawa oleh penganut syiah. Malah bukan penganut berkawan rapatpun! -- kalau tak faham juga yang ini tak tahu nak cakap!

Maklumat yang saya dengar, ada pimpinan PAS Kelantan yang kena celaka! Dulu ada beberapa orang blogger yang telah dicelakakan kerana suka membuat fitnah. Saya tak berani nak panjangkan perkara ini, sebaik-baiknya tanya orang Kelantan. Teruklah kalau pimpinan atasan dah jadi "celaka"

Abdul Fatah Haron takkan tak tahu kot? Biasanya dia ini yang paling awal buat posting dalam Facebook mengenai maklumat sulit mesyuarat. Ada satu fakta saya nak cerita mesyuarat harian pas Pusat TGHH arahkan semua telefon diambil. Kah kah kah mesyuarat Dewan Harian PAS pun kena 'sintal' telefon. Lembu kambing mudah dikawal, kalau terbabas boleh ditarik hidungnya. DHP ramai dikalangan Dr pun kena ambil telefon. Jadi pembaca boleh menilai sejauh mentaliti pimpinan kita dalam cakar mencakar sesama sendiri!!!

Kenapa TGHH buat demikian? Mesyuarat DH baru lagi selesai, ahli majlis belum turun lagi blogger celaka dah ulas isi maklumat mesyuarat di internet.

Jangan belawok!

Saya ambil petikan yang selalu hussin 'post'  “Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Ustaz Yahya Osman

Bagaimana pula kalau pemimpin belawok? Ini nanti hussin @ lovekelantan akan komen.

Nasihat saya,  sebelum TGNA celakakan anda adalah lebih baik kita bertanya dengan yang arif tentang perkara ini. Guna akal yang waras, fahami isu. Banyak kali dalam pertemuan kepimpinan perkara yang kusut ini boleh diselesaikan dan sepatutnya isu  UG sudah selesai. Tapi malangnya isu UG masih kedengaran.

Siapa yang menghidupakan isu UG ini? Atas kepentingan apa isu UG dimainkan? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda metelaah politik muruhan pengkhianat parti yang berbaju waraq!

26 ulasan:

  1. blogger celaka manipulate isu, blogger loncai kaitkan dgn UG dan mcm2 lagi ...huhuhu
    ada pemimpin yg dicelakakan, ada ulama' yg pembohong dan ada jugak ulama' meecelop adusss ..
    yg boleh dan tiada isu minum teh tarik bersama najib hahaha.....

    BalasPadam
  2. Sayuti yang untung boleh lakukan Siasah dengan isu ini

    BalasPadam
  3. tgna yg berjumpa...kenapa nak kaitkan dgn tghh dan ust nasha?

    tgna diperdaya?????...lawaking tahun baru...kahkahkah!!!

    mereka yg berakal boleh fikir...blogger2 celaka ni mmg nak jatuhkan tok guru presiden dan timb. pres!

    BalasPadam
  4. Sudahlah Batu Api,apa fakta yang anda tau?Anda cuba nak mengalih pandangan orang ramai dari menghentam "boss-boss" anda kepada TGNA.Semua tau,kalau anda tak mempertahankan "boss-boss" anda
    anda akan mati kelaparan.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. uiks? tanpa nama, Lu reverse saiko nampak hahaha

    BalasPadam
  7. Tak perlu komen dah.... semua nya dah terang benderang. Hoi KaptShiqaqi.... ni KolSedepa nak bagi tau hang...memang layak hang dengan nama kapt sekaki tu sebab pengetahuan pun sejengkal sahaja. Kalau rasa Kapt dah kira ok... sorry you are young chikus. Perlu hadir kursus strategik baru nak komen hal hal tipuhelah (deception) dalam geraksaraf politik ni..... elok hang amati tulisan tulisan dan komen Hussin yang nampak macam hebat juga pendidikan perisikan strategik beliau. Pertmuan 24 Dis dah berlalu dan bangkai gajah tak dapat di litupi oleh daun keladi.

    BalasPadam
  8. uiks! kol, tabeek skali hahaha.. kol, sekadar nak minta presiden pas letak jawatan tak perlu p kursus strategik atau baca tulisan hussin la huhuhu.. Lu calon je nama2 yg nak jd presiden pas pada pemilihan 2011 ni guane? kahkah

    ps; sape hussin? wa talak kenai pon dia?

    BalasPadam
  9. I.
    batuapi kata:

    "Kenapa pertemuan itu tak ada heboh dan menjadi isu, sedangkan Tun Mahathir digelar sebagai Mahafiraun, pernah menghina Islam!"

    ni jawab dia:

    (1) almarhum seorang pemimpin yang berwibawa, dihormati oleh kawan dan lawan. fokas dengan perjuangannya. ucapan beliau di bawah adalah peringatan kepada yang mengikuti jejaknya:

    “Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

    apa yang almarhum ucapkan terbukti benar kerana semasa umno menang besar dalam pru11, umno tidak “menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gahag perkasa”. tetapi apabila umno hilang 2per3 majoriti di parlimen dalam pru12, setelah “berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969”, mulalah “menghulurkan tangan persahabatan”.

    butakah?

    BalasPadam
  10. II.

    (2) siasah milik siapa kini? tajuk “nik aziz, najib mengadap agong?” berserta gambar2 mereka yang tersenyum adalah percubaan spinning oleh sayuti. bukankah sayuti begitu seronok dan mengharapkan “mengadap agong” itu akan menghasilkan sesuatu yang baik sebagaimana perkhabaran mengenai pertemuan penting dalam blog msomelayu, “pertemuan penting itu sudah berlangsung?” sayuti memang “in love” dengan “kerajaan perpaduang”!

    (3) pertemuan almarhum dengan mahathir berbeza dengan ‘pertemuan dalam gelap’ yang beragenda. pertemuan almarhum dengan mahathir tidak berlaku sedemikian kerana almarhum sedar akan amanah yang dipertanggungjawabkan. Almarhum pintar ilmu politiknya berbanding dengan pengganti almarhum (maaf bukan tujuan menghina, tetapi sekadar menyatakan realiti).
    kata batuapi lagi:

    "Dulu alMarhum Ustaz Fathil Mohd Noor bertemu Tun Mahathir 4 mata, tanpa merujuk majlis syura pun."

    ayat ini memperkukuhkan bahawa ‘pertemuan dalam gelap” tidak mendapat kelulusan majlis syura! jika tidak, kenapa mesti sebut “tanpa merujuk majlis sura pun”? ‘pertemuan dalam gelap’ tak boleh, itulah maksud batuapi!

    BalasPadam
  11. III.
    batuapi mulakan artikelnya dengan “Sehari telefon saya letih menerima pangilan. Saya pun letih melayan pertanyaan betul ke wujud pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) dengan DS Najib”

    @ takkanlah “telefon letih menerima panggilan”. tak tahulah pula kot telefon batuapi jenis makhluk bernyawa. mungkin ini yang terbaru dan tercanggih dalam pasaran kini.

    @ “pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) dengan DS Najib”. Ini yang cuba dimanupulasi oleh batuapi. tg presiden tiada? timbalan presiden “tok guru bukan pas” tiada? oh, masa beg ini tolak tgna ke hadapan. bab ‘pertemuan dalam gelap’ dan kerajaan perpaduang. “tok guru bukan pas?. tg presiden tak ada dalam negara, dia di united kingdom? saya cadangkan batuapi@loveganu tanya dengan tg presiden, apa dia tiada di istana semasa tgna ‘mengadap agong’?

    @ selain najib, siapa lagi? takkan agung, tgna dan najib je?
    sebagaimana tajuk artikel sayuti, “pertemuan penting itu sudah berlangsung?”, mustahil pertemuan yang nak menentukan masa depan melayu, tg presiden tidak hadir? sedangkan najib, presiden umno hadir. kemana pula “menghilangnya” presiden pas? “pertemuan penting” maa. london – kl bukannya jauh. semua bisa diaturdan ditanggung beres,” pertemuan penting” maa.
    “pertemuan dalam gelap’ melibatkan bukan orang politik dan bukan ngo. begitu juga ‘mengadap agong’ untuk “pertemuan penting” ini bukan diatur oleh orang politik dan bukan ngo – semak tulisan sayuti “pertemuan penting sudah berlangsung?”. semasa tg presiden di london, ada siapa lagi berada di london pada ketika itu?

    @ ‘mengadap agung’ tidak boleh secara suka2 je, agung tak panggil rakyatnya mengadap saja2 nak borak. Ia sudah diatur.sudah dirancang. sudah 20 tahun tgna menjadi menteri besar kelantan, tak pernah pun dia ‘mengadap agong’! tgna bukan boleh suka2 ‘mengadap agong’. kena buat appointment. cuba semak dengan pejabat menteri besar kelantan, adakah pmbk yang buat appointment dengan istana negara atau sebaliknya?

    BalasPadam
  12. IV.
    @ episod ‘mengadap agong’ pada 24 disember 2010 adalah catatan sejarah kelangsungan dari ‘pertemuan dalam gelap’ dan ”kerajaan perpaduang”. justeru dia dipersoal. t gna menentang keras kedua2 ini. dia tetap berdegil menolak “kerajaan perpaduang” sehingga beliau menyifatkanya sebagi “karut”. logik akal berkeras mengatakan untuk menjayakan “kerajaan perpaduang” ini, istana mesti digunakan bagi “melembutkan” tgna. daulat istana pasti akan mendatangkan hasil yang dikehendaki. Justeru sayuti begitu menggunung harapannya akan kejayaan ‘mengadap agong’ dalam “pertemuan penting sduah berlangsung?” ia sudah tentu bukan berlaku secara ‘ad hoc’. semua yang hadir sudah maklum tujuannya kecuali tgna yang sudi menerima ‘mengadap agong’ kerana dia sebagai seorang rakyat merasa bangga dipanggil mengadap. Tetapi dalam diri belaiu sudah dapat dihidu tujuan ‘mengaahaja tetapi turut dap agong’ ini.

    @ episod ‘mengadap agong’ dipersoalkan kerana dia dilihat sebagai kesinambungan kepada rentetan peristiwa yang berlaku bermula dengan ‘pertemuan dalam gelap’. ia ada kaitan dengan ‘pertemuan dalam gelap’. ia bukan sahaja diminati oleh ahli2 pas diikuti dengan penuh minat dan debar oleh seluruh rakyat yang telah mengundi pas pada pru12. di antaranya (saya mohon izin kepada empunya blog untuk memetik dari laman2 mereka serta maaf kerana saya tidak dapat menyatakan empunya artikel/blog dari mana petikan saya ambil):
    (1) “selepas tarikh 16 september berlalu tanpa kejutan, pas pula mengulangi pendiriannya tidak akan menyertai kerajaan pakatan rakyat jika kerajaan baru persekutuan yang dicita2kanmajoritinya dikuasai oleh bukan islam kelak.”
    (2) “pas-umno secret talks surfaced”
    (3) “pas-umno secret talks on power sharing”
    (4) “pas will split if muzakarah is hold, says nik aziz”
    (5) “pas no 2 defends talks with umno”
    (6) “pas youth has warned its leadership of the danger of “losing” all that it has achieved with its pakatan rakyat partners if it tried to forge ties with umno and bn” (salahuddin ayub-ketua dppp).

    BalasPadam
  13. V.

    @ sama ada salahuddin, kini naib presiden pas, masih berpegang dengan apa yang dikatakannya dalam ucapanya di muktamar di ipoh, boleh dilihat dari peranannya sebagai orang tengah di antara tgna dan pas pusat dalam meredakan keadaan berikutan saranan egm oleh tgna. dari pemerhatian saya, dia memilih jenama “playsafe” yang mudah didapati di warung2 buku mamak serta 7eleven dll. maaf yb, itu hanya pandangan peribadi saya.
    (7) “harun din calls for continued dialogue with umno”. Dia adalah timbalan mursyidul am yang terang2 menentang pandangan pas dalam isu penggunaan nama Allah.
    (8) “some pas leaders keen in pact with umno”
    (9) “pas, don’t falls for umno trap!”
    (10) “umno-pas flirted re unholu alliance”
    (11) “pas should not betray the non-,Malays”
    (12) “pas must walk the talk”
    (13) “aku juga hairan mana nak letak buku karangan presiden iaitu “hadharah islamiyah bukan islam hadhari” selepas ini? lagi dahsyat kalau aku Tanya……nak letak mana ucapan tg presiden ketika tahun 1981 di banggul pradong Terengganu. Maaf cakap……aku rasa ditipu oleh kepimpinan selama ini, jika hasrat tersebut diteruskan” – ustaz aris awang
    (14) “apabilapas mencanangkan PAS FOR ALL maka sepatutnya pas bersedia untuk mengketengahkan fiqh baru yang mengambil kira dan menjangka perkembangan perkembangan terkini dalam masyarakat. apabila fiqh tersebut dihasilkan, maka ia menjadi pegangan yang sentiasa bersifat terkini dan terkehadapan. itu yang tidak diwujudkan seiring dengan slogan PAS FOR ALL. – prof dr hamirdin
    (15) “dewan ulama pas kedah’reject’ buku mujahid”. di antara hujah yang diberikan:
    (1) “perlu diingatkan di sini bahawa matlamat pas bukan ke putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. tidak ada gunanya ke putrajaya jika pas terhakis asas perjuangannya”.

    @ syabas prof dr hamirdin, u r on the dot!.

    (2) “ide “menasionalkan pas” adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah islam dalam pembentukan kenegaraan”.
    @ mana bukunya? ulama buat apa? atau cadangkan supaya “tok guru bukan pas” menulis buku ini, ada berani? dia pun ulama.
    “Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Ustaz Yahya Osman.

    @ tak sangka batuapi pun berminat dengan ucapan ustaz yahya osman. atau sengaja nak provoke saya.
    “Bagaimana pula kalau pemimpin belawok? Ini nanti hussin @ lovekelantan akan komen."

    @ nak komen apa lagi saya dah komen –loud and clear! kalau tak faham saya ulang. ‘ulama kita’ yang ‘belawok’ gugur kelayakan sebagai pemimpin. kalau masih berdegil, nyata dasar pas sudah berubah!

    wallahu’alam.

    BalasPadam
  14. syabas husin @ lovekelantan (tko) akhir u timbul juga. Hari ini kail aku telah mengena.

    1. Saya tak pernah nafi bahawa pertemuan itu wujud yang melibat beberapa orang termasuk TGNA dan TGHH. Ya 24/12, hanya saya sebut sebaik-baik dengar daripadsa mulut TGNA daripada mulut hussin penuh dengan irihati dan hasad dengki. Fitnah pasal UG.

    Kenapa payah sangat nak dapat penjelasaan TGNA dalam soal pertemuan ini sebab TGNA & TGHH pergi bersama? Saya sebut sebaik-baik tanya TGNA betul ke dia diperdaya? atau husin menjadi mulut syaitan menyebar maklumat tak betul semata-mata nak menjatuh kepimpinan TGHH?

    Husin berakulah adil pada diri sendiri dan amanah dengan maklumat, nanti demo kena celako oleh TGNA.

    2. aku nak berehat dulu sempena tahun baru ini, nanti aku kasi penerangan jelas dengan semua kenyataan demo yang berbaur sifat emosi dan dengki yang sepatutnya tak ada pada ahli jamaah Islam yang bersifat kasih sayang antara satu sama lain.

    BalasPadam
  15. selamat memasuki ambang tahun 2011. selamat bermuktamar!

    almarhum ustaz fadzil jelas dengan siapa dia akan berdepan apabila bertemu mahathir - mahafiraun.

    yang pemimpin pas jumpa sekarang - kejap kata pas ikhlas, kejap kata umno tidak perlu pada pas.

    "tgna yg berjumpa...kenapa nak kaitkan dgn tghh dan ust nasha?" ini cakap orang yang tidak bermaklumat atau sengaja nak spin macam siasah yang batuapi ilhamnya untuk spin. satu perahu!

    hussin

    BalasPadam
  16. I.

    "tanya TGNA betul ke dia diperdaya?"

    batuapi sepatutnya bertemu tgna dan rekodkan perbualan kemudian siarkan di blog ini. kenapa saya yang perlu bertanya? atau jom kita sama2 jumpa tgna, setuju?

    "Siapa yang menghidupakan isu UG ini?"

    'mengadap agong'. bukan batuapi tak faham dengan sikap umno yang suka 'memperalatkan' istana. sepertimana yang saya nyatakan, "‘mengadap agong’ dilihat sebagai kesinambungan kepada rentetan peristiwa yang berlaku bermula dengan ‘pertemuan dalam gelap’."

    untuk membincangkan "perkara penting" berkaitan kedudukan melayu, memadai dibincang oleh presiden kedua2 parti. kenapa perlu heret tgna? kerana tgna merupakan halangan yang membantutkan kerajaan perpaduang. serangan demi erangan terhadap tgna tidak mencairkan pendirian beliau "karut!" jalan terakhir yang difikirkan yang boleh melunakkan kedegilan tgna ialah melalui istana, tidak gitu?

    bagi memperkukuhkan hujah batuapi bertanya “Benarkah TGNA diperdaya?” . ini adalah usaha untuk spin isu sebenar berkaitan ‘mengadap agong’. saya telahpun mengulas bab ini – “semua yang hadir sudah maklum tujuannya kecuali tgna yang sudi menerima ‘mengadap agong’ kerana dia sebagai seorang rakyat merasa bangga dipanggil mengadap. tetapi dalam diri beliau sudah dapat dihidu tujuan ‘mengadap agong”. beliau sudah tentu telah dimaklumkan oleh pembawa utusan ‘mengadap agong’. tgna pasti bertanyakan akan tujuan ‘mengadap agong’ ini. Cuma apa yang dikhuatiri sama ada presiden dan timbalan presiden mengkhabarkan terlebih awal sebelum daripada pembawa utusan bertemu tgna.


    'mengadap agong'. bukan batuapi tak faham dengan sikap umno yang suka 'memperalatkan' istana. sepertimana yang saya nyatakan, "‘mengadap agong’ dilihat sebagai kesinambungan kepada rentetan peristiwa yang berlaku bermula dengan ‘pertemuan dalam gelap’."

    untuk membincangkan "perkara penting" berkaitan kedudukan melayu, memadai dibincang oleh presiden kedua2 parti. kenapa perlu heret tgna? kerana tgna merupakan halangan yang membantutkan kerajaan perpaduang. serangan demi erangan terhadap tgna tidak mencairkan pendirian beliau "karut!" jalan terakhir yang difikirkan yang boleh melunakkan kedegilan tgna ialah melalui istana, tidak gitu?

    BalasPadam
  17. II.

    batuapi mendabik dada kailnya telah mengena. saya memang suka makan ‘umpan’ batuapi. Apa yang saya perhatikan, setelah umpannya mengena dia hilang entah ke mana. dia seoalah2 tak tahu tahu nak buat apa dengan saya. semak blog batuapi, kebanyakannya komen sayalah yang terakhir atau tiada respon dari batuapi.

    batuapi kata: “aku nak berehat dulu sempena tahun baru ini, nanti aku kasi penerangan jelas dengan semua kenyataan demo yang berbaur sifat emosi dan dengki yang sepatutnya tak ada pada ahli jamaah Islam yang bersifat kasih sayang antara satu sama lain”

    saya nak tanya, siapa pengendali blog antihusam menjelang muktamar 2009 dulu? “sepatutnya tak ada pada ahli jamaah Islam yang bersifat kasih sayang antara satu sama lain.” usahlah baling batu sembunyi tangan. Itu pengecut namanya. “aku nak berehat dulu sempena tahun baru ini.” nak berehat ke nak bincang sesame kawan macam mana nak jawab” atau tunggu feedback jawapan dari apko?

    “syabas husin @ lovekelantan (tko) akhir u timbul juga.” satu lagi umpan? boleh jalanlah suhaimi!!!

    BalasPadam
  18. Sabar hussin saya akan jawab satu persatu.

    Yang hussin ini lebih sudu daripada kuah membuat ulasan dengan palbagai andaian dan tohmahan apa hal? Sebagai orang bawahan, biar kita dengar penjelasan daripada TGNA. Sebaik-baiknya daripada mulut TGNA sendiri.

    Kenapa cepat sangat nak buat tuduhan melulu kepada seseorang. Suka sangat makan daging sahabat sendiri ke?

    Saya tahu jalan ceritanya, tapi saya tak akan keluarkan drp blog ini. Saya tegaskan kepada husin kalau dia ada akal boleh baca tulisan saya dengan hati tenang dan akal yang waras bahawa tulisan saya mempunyai layer. Saya buka satu layer untuk melihat gelagat "pengkhianat jamaah Islam" yang suka sebar permusuhan antara kepimpinan. Saya ada banyak layer dan saya akan berhujah mengikut layer.

    Saya ada akhlak jamaah mana-mana yang tak boleh diberitahu umum sepatutnya kita amanah sebagai rahsia dan stragi jamaah.

    Saya beritahu husin dah ada 6 pertemuan sebelum ini dengan pelbagai kumpulan. tapi semuanya tak ada orang bising pun. Tapi kenapa pertemuan ini dijadikan isu?

    Adakah kerana arahan kepimpinan Januari-Mac cawangan mesti membuat mesyuarat Agung dan kita akan bermuktamar pemilihan kepimpinan nanti?

    Saya tulis sebelum ini dalam bentuk yang abstak tapi husin mungkin tak faham. Saya ulang dan harap husin cari dalam artikel sebelum ini. "Husin ayam engkau tak berlaga tahun ini" -- fahamkan?

    Aku berhenti dulu, sebab hari ini sepatutnya aku berehat. Sabar saya akn menjawab nanti. Kita ada banyak masa jika Allah masih menghidupkan kita. Yang pasti diakhirat nanti kita akan dihisap setiap inci tulisan kita.

    BalasPadam
  19. I.

    batuapi, masih berehat atau belum dapat dari apko apa yang perlu dijawab?

    saya petik:

    "Pemimpin PAS yang terbabit bukan sahaja Ustaz Hadi dan Nasharuddin, malah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik (Mursyidul Am PAS) sendiri. Nik Aziz datang kerana istana (DYMM YDA Tuanku Mizan Zainal Abidin) panggil tanpa diberitahu sebab (dijemput ke Istana Terengganu).

    “Tok Guru terkejut kerana Ustaz Hadi, Nasharuddin, Najib dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno) ada dalam pertemuan tersebut.

    “Muhyiddin kata: PAS dan Umno perlu ketepikan faham politik, perlu bersatu mempertahankan kepentingan Melayu.”


    “Tok Guru kata (respons) : Yang banyak tangkap dan bunuh ulama adalah Umno. Yang banyak lawan Islam pun Umno."

    masih berdegil mahu saya tanya tgna? atau kita sama2 bertanya kepadanya?

    BalasPadam
  20. II.

    saya petik lagi:

    "Nabi SAW ada bersabda:

    إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

    “Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]"

    dan lagi:

    "Firman Allah:
    وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

    “Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” [2:42]"

    artikel penuh di sini:

    http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/01/respons-perjanjian-pangkor-iii.html#comment-form

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  21. husin boleh 'main' ayat quran sebab ayat Quran tidak memberikan pertunjuk kepada dirinya.

    Dia suka buat fitnah. Fitnah terbarunya ialah mengatakan saya adalah suhaimi embong dan kaitakan suhaimi dengan blog anti-husam.

    Kalau saya bersaksikan Allah boleh menjelaskan saya bukan suhaimi. saya ingin bertanya adakah husin sanggup minta maaf dengan suhaimi embong?

    Sebagai orang Islam yang guna ayat Quran, sanggupkah husin menrima pelawaan ini. (Saya tak kata cabaran sebab banyak dah saya cabar akhirnya tinggal seluaq dalam aje)

    BalasPadam
  22. batuapi, tak payahlah berlayer2. direct to the point! kenapa pilih jalan berliku2 sedangkan jalan yang lurus ada? untuk tujuan spinning? kalau batuapi tak terlibat dengan blog antihusam, batuapi pasti tahu/kenal siap2 mereka di belakang blog tersebut. di mana, sebagai seorang "yang bersifat kasih sayang antara satu sama lain" tidak menegur mereka?

    saya kira sudah panjang lebar kita 'bertukar2' pandangan.

    "Husin ayam engkau tak berlaga tahun ini" -- fahamkan?".

    selalunya orang yang memulakan berkaitan muktamar tahun ini, adalah orang yang bimbang dengan kemungkinan yang bakal dihadapi menjelang muktamar. dibimbangi boleh mempengaruhi para perwakilan membuat keputusan. jangan bimbang batuapi, tak seberap ahli pas yang melayari internet untuk mencari maklumat dari blog. gayanya mereka lebih suka untuk bermuktamar semacam ahli tinju yang masuk gelanggan dengan mata tertutup. satu sikap yang sangat digemari kepimpinan yang ada atau mungkin sudah dibasuh kepala mereka dari membaca blog2 celaka!

    cukuplah setakat ini. i rest my case. you can the sky down to earth, i couldn't be bothered. you know why? becos as far as you are concerned "Yang pasti diakhirat nanti kita akan dihisap setiap inci tulisan kita." Allah sekadar 'menghisap' apa yang kita tulis, jadi perlu takut apa, tidak gitu? nak spin banyak mana pun lantaklah.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  23. Husin setelah membuat fitnah kepada suhaimi embong secara terbuka, husin sudah nak meninggalkan blog ini. Peragainya saling tak tumpah macam Tulang Besi, bila nak berhujah mulai nak melarikan diri.

    Jangan tinggalkan fitnah itu, anda wajib membersihkannya. Sebab anda yang pandai membuat tuduhan. Inyaallah saya akan menulis pasal suhaimi embong dan blog anti-husam. Hanya bersabarlah sahaja.

    Saya ni bukannya penulis yang boleh menulis dengan begitu sambing baring (lihat blog MSO)

    BalasPadam
  24. batuapi, memang dasar kau melaga2kan orang, tetapi cuba menunjuk2 bahawa ko lah yang baik.

    baca betul2 ni : "“syabas husin @ lovekelantan (tko) akhir u timbul juga.” satu lagi umpan? boleh jalanlah suhaimi!!! "

    ko kata:

    "Husin setelah membuat fitnah kepada suhaimi embong secara terbuka"

    kah kah kah, ada ke aku sebut "suhaimi embong"? yang memandai ko.... hmmmmmm

    hussin

    BalasPadam
  25. blog notamerah jelas merujuk "blog Batu Api aka Suhaimi Embong."

    http://notamerah.wordpress.com/2011/01/01/perjanjian-pangkor-iii-mahfuz-sindir-siapa-hussin/#more-234

    hussin

    BalasPadam
  26. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu juga dimaklumkan apa apa jua yang melibatkan kepimpinan Parti Parti dalam Pakatan Rakyat. Apalah makna nya kalau PAS merasakan dirinya lebih abang atau selain nya. Tanpa yang lain mungkin juga PAS tidak berada pada keadaan sekarang.

    Penyokong PR

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog