Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diumumkan sebagai Presiden MCA setelah mengalahkan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Perkembangan politik ini menunjukkan salahlaku seks tidak sedikit pun memberikan kesan kepada politik masyarakat Cina di negara ini. Ada sesetengah penulis dan pengulas politik memberikan pendapat bahawa serangan pada salahlaku peribadi boleh memberikan simpati.
Masyarakat Melayu juga mengalami situasi yang hampir sama, hanya batas agama dan nilai-nilai budaya mungkin melambatkan proses "tidak mengapa" ini.
Hari ini kita melihat setiap hari londeh melondeh telah berlaku didalam dunia politik negara kita. Pendedahan, tuduhan dan kecaman saban hari kedengaran. Batas-batas kesusilaan sudah tidak lagi diendahkan.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah satu-satunya parti yang masih kukuh dengan budaya kerjasama, muafakat dan saling berbincang dalam sesuatu perkara. Hal-hal yang keruh diatasi bersama. Salah silap boleh dimaafkan dengan nasihat, teguran dan tunjuk ajar sebagaimana yang diajar oleh Islam.
Hari ini nilai ini telah mulai diracuni secara halus oleh pengatur politik dalam PAS. Mereka bukan dikalangan orang yang sepatutnya tetapi adalah "anai-anai" yang nampak macam kecil dan tak bermaya, tetapi gerakerja boleh merosak dan memusnahkan.
Jentera-jentera parti telah dimasuki oleh "anai-anai" ini secara halus dan proses "memakan" mana-mana yang dirasakan perlu sedang giat dijalankan. Misalnya Harakahdaily yang sepatutnya menjadi jentera parti tidak lagi ekfeksyen kerana mereka yang berada di sana mengambil kesempatan untuk melakukan agenda "master mind" mereka.
Harakahdaily sepatutnya menjadi berita dan saraf untuk membongkar salahlaku UMNO sudah menjadi senjata untuk menyerang dan melaga kepimpinan dalam PAS. Berita-berita yang tak sepatutnya disiar sengaja diwar-warkan agar persepsi kepada pimpinan tertentu menjadi buruk.
Orang-orang sepatutnya diam tak mengulas dalam isu-isu tertentu akan dicari untuk membuat ulasan dan berita. Soalan-soalan yang sengaja direka untuk mengapikan suasana agar kekeliru demi kekeliruan makin melebar dalam parti. Contoh terbaik ialah isu Mursyidul Am PAS yang menjadi tajuk utama Harakahdaily. Ustaz Ahmad Awang dicari untuk mengulas. Semuanya untuk apa? Berita Tulang Besi menjadi macam berita utama.
Kalau itulah peranan Harakahdaily, cukup malang untuk PAS dan ahli-ahli. Sekiranya ahli PAS yang bayar yuran tak mengambil peranan membetulkan perkara ini, jangan hairan nanti PAS akan sama dengan UMNO.
Saya bawa video klik apa yang terjadi pada UMNO dan tidak mustahil akan terjadi pada PAS jika anda tidak faham apa itu Harakah Islamiyyah dan adab-adab berjamaah. Kita wujudkan kelompok-kelompok Usrah Barbican bagi mengatur pimpinan mana yang nak di kehadapan dan mana yang nak dipijak-pijak. Kita cipta persepsi dan menghidupkan fitnah.
Allah Maha Mengetahui..
harakahdaily dah menjadi sarang anai anai yang perlu diubati segera, kena berani berubah, kalau perlu pecat kenalah pecat, sebagaimana berani badan disiplin pas mengantung khalid samad, kalau pas tidak melakukan tindakan drastik bermakna harakah akan menjadi tempat penyebar api fitnah kepada pas, yang pelik, organisasi pas membayar gaji situkang fitnah untuk mengfitnah pas dan jemaahnya.
BalasPadamdi harakahdaily, 3 orang contact persons anai-anai ialah Zul Sulong, Shukur Harun, dan Rashidi Hassan. Mereka memang selalu bagi laluan pada puak anai2 atau endorgan ini untuk menguasai pemikiran ahli melalui tulisan2 mereka. Paling ketara dan kagum dengan endorgan ialah Zul dan Pak Shukur. Dulu Pak Shukur puja Dato' Hassan Ali
BalasPadamPak shukur lebih rapat dengan geng tu. Dia duk puja zaman TG fadhil Noor. Tak guna kita puja sangat. paling penting kita bantu pimpinan sedia ada.
BalasPadamwan ziarahsufi