Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 24 Mac 2010

Mohsin sebenarnya dipecat daripada PKR 22 Mei 2009 lalu, kenapa buat fitnah?

Saya ada menulis mengenai Mohsin apabila beliau keluar PKR. Saya amat berhati-hati dalam menulis perkara ini agar beberapa maklumat yang ada dalam pengetahuan saya tidak terbocor dan boleh mengaitkan beberapa orang yang saya sayangi dalam PAS untuk terbabit sama.

Sukar untuk saya menulis, sehingga terpaksa saya membuat beberapa kiasan dan kadang kala kiasan saya jauh tersasar daripada maksud sebenar. Memang sukar jika anda cuba untuk tidak mengaib mana-mana pihak. Tapi bila batas fitnah sudah dilampaui, akhlak Islam tidak dijaga saya terpaksa mendedahkan secara khusus dan kebetulan maklumat ini sudah jatuh ketangan musuh.

Tulisan saya mengenai Mohsin boleh dibaca di bawah sebelum saya mengulas lebih lanjut lagi. Dan malam ini saya tidak berhasrat untuk meng"aktrak"kan tulisan saya... ya dedah terus sahaja supaya semua senang hati. Tapi sebelum itu baca dulu dua artikel di bawah:-

1. Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati?
2. Mohsin dan Solat Hajat

Mohsin sebenarnya telah dipecat daripada PKR pada 9.00 malam 22 Mei 2009. Malah bukan itu sahaja, dia dicadangkan untuk diambil tindakan Disiplin. Pemecatan ini dirashiakan dan banyak sandiwara yang belum sampai masa untuk kita bongkor keseluruhannya.

Mohsin bertahan dengan PKR sehingga cetusan beberapa perkara dan paling kemuncak ialah pasal isu dan kalimah Allah.

Lihat surat pemecatan ini sebagai maklumat kepada anda pembaca;

kelik untuk besarkan

kelik untuk besarkan

Apabila Mohsin keluar PKR, badut-badut penyebar fitnah akan membuat macam-macam tulisan penafsiran mengikut nafsu dan menokak tambah untuk menyedap cerita. Tidak lain tidak bukan melainkan nak menjadikan juara blogger dan menaikkan rating laman/blog masing-masing.

Dosa dan pahala di ambaikan. Mereka ada kepentingan duniawi.

Ada yang kata Mohsin dibeli oleh UMNO dengan pelbagai nilai jutaan ringgit. Diberi itu dan ini. Tonggeng gambar Mohsin diblog masing-masing tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

Ada dikalangan mereka yang mengerjakan solat hajat kepada Mohsin selama 7 malam berturut-turut juga tidak memahami masalah sebenar isu ini, kerana isu ini banyak sangat disorak di bawah karpet. Jangan sampai bala yang kita minta akan menimpa diri sendiri. - Nauzubillah!!

Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib juara munafik dan penyebar fitnah di internet menulis dalam blognya dan blog Perisik-Rakyat mengenai Mohsin. Anda boleh baca bagaimana Tulang Besi penyambung lidah dusta mengeluarkan artikel bersama Topeng Perak bertajuk Mohsin Banyak Hutang. Projek Banyak Gagal  (baca seterunya di sini http://perisik-rakyat.com/2010/03/mohsin-banyak-hutang-projek-banyak.html )

Reka cipta menyedapkan jalan cerita tanpa fakta yang sah sudah menjadi darah daging Tulang Besi a.k.a. Abdul Rahman Talib.

Cerita-cerita palipulara seperti siapa dibelakang blog Anti-Husam (entah dia guna cara AS & Zionis, dia buat dia tuduh orang lain), Pengawai Khas Presiden PAS Dr Shamsuri nak jatuhkan MB Selangor. Dr Hassan Ali buat salah semuanya adalah sandiwara mainan politik fitnah yang yang cuba mengatur susun oraganasasi PAS agar mereka yang berkepentingan akan dapat habuannya.

Bila wujud Mr X, Tulang Besi juara cerita akan bercakap dan menulis mengenainya lebih tahu daripada yang tahu. Begitu juga isu Mazlan Aliman dia juga kononnya lebih arif.

Ingatlah pesanan Allah;
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. - AlHujurat ayat 6.
Saya tutup di sini dahulu. Awasilah dosa yang akan menghapuskan amalan kita tanpa kita sedari akibat nafsu dan kejahilan kita. Jadilah manusia yang berbaik sangka sesama mukmin.

15 ulasan:

  1. solat hajat yang dibuat tu salah tempatle, apakah wak albanjari tahu ke sebab dia bersama sama dalam membuat solat hajat. banyaknya dosa pembuat fitnah, sampai ke mati kena tanggung kalau yang empunya diri tak memaafkan perbuatan mereka. ust mat awang pun tak tahu ke kenapa mohsin lompat. kalau tak ada siapa yang mencucuk pinggangnya.

    BalasPadam
  2. kenapa anda asyik dengan tulang besi dan membuat kenyataan tentang pas, adalaah lebih baik anda membongkar rahsia kejahatan dalam umno, sebagaimana yg dilakukan Raja petra, biar mereka jadi haru biru dan gundah gulana dgn pendedahan anda, ia nya lebih menguntungkan jamaah-

    BalasPadam
  3. KK dulu kata tak faham tulisan saya.
    Sekarang dah fahamkan!!

    Islam mengajar kita untuk berhati-hati, sabar. Jangan mudah bersangka buruk. Ayat Quran surah Hurajat tu kalam ALlah pun puak-puak ini tak faham. Allah pun tak diendahkannya.

    Kita nasihat, dia kata kita UG. Nak berkahwin dengan UMNO.

    Memang berdakwah ini sukar.....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama adakah TB tu buat menguntungkan PAS? Jangan kita bias, TB buat betul, orang lain tak menguntungkan jamaah.

    Pertimbangan apa kita guna?

    BalasPadam
  5. sy rasa YB Mohsin belum dipecat lagi tu..surat tu hanyalah cadangan supaya dia dipecat atau digantung ..keputusan muktamad ada pada MPT..

    cuma pandangan..

    BalasPadam
  6. hahhaha biar benor ko ni.. itu mesyuarat bahagian baiii... yg buat keputusan MT.. bagila bukti yg betul..

    BalasPadam
  7. betul la...maknanya Mohsin memang dah bermasalah di Bagan Serai...PKR Bagan Serai dah tak ambil hal dah dengan dia...tentulah ada sebab-sebanya...jadi sebab itu lah dia keluar PKR cuma tunggu peluangn dan masa yang sesuai...kebetulan isu kalimah Allah ni ada...jadi dia gunakanlah peluang itu....

    BalasPadam
  8. Tanpa nama buatlah apa-apa teori macam Tulang Besi. Nanti akan saya dedah pula maklumat lanjut awak fikirlah dengan akal.

    Nak faham tanya Ustaz Ahmad Awang

    BalasPadam
  9. tuan gambar pendedahan daripada perak today..harap beri kredit..salam
    http://1peraktoday.blogspot.com/2010/03/mohsin-bebas-kerana-bukan-ahli-dan.html

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Salam Tuan, terima kasih kerana menyiarkan artikel kami di blog tuan, mohon linkkan blog kami dgn blog tuan

    http://1peraktoday.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Perak Today
    Link laman tuan dah ada

    BalasPadam
  13. hahaha...source perak today rupernya.Gaya cam artikel sendiri.

    BalasPadam
  14. betul ke statement ni..
    cam confius je

    BalasPadam
  15. Saya first time masuk ke blog ini.

    Selepas membaca surat di atas, saya rasa Haji Mohsin (pada 22 Mei 2009)belum dipecat dari PKR tapi cuma dilucutkan jawatan Naib Ketua Bahagian PKR & kemudiannya kes beliau dicadangkan dibawa ke MPT untuk dikenakan tindakan disiplin (rujuk semula perenggan ke3)

    Malah beliau masih diarahkan utk berkhidmat sebagai MP PKR seperti biasa (rujuk semula perenggan ke4)

    Maka Hj Mohsin pada 22 Mei 2009 masih lagi ahli PKR tetapi cuma dilucutkan jawatan sebagai Naib Ketua Bahagian.

    Diharapkan Batu Api lebih berhati2 kerana saya rasa ayat 6 Surah Al Hujurat yang anda sertakan di atas juga terpakai untuk anda.

    Pendedahan anda di atas lebih menunjukkan sikap anda yang tidak teliti, cuai dan mengelirukan pembaca blog anda (teguran ikhlas saya ini hanya terhad berdasarkan apa yg anda laporkan di atas sahaja, tidak termasuk artikel2 anda yg lain)

    Wallahualam bissawab

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog