Lagi celaru apabila Zainulfaqar Yaakob menggunakan Harakahdaily sebagai saluran menyampaikan berita ini bagi suara Khalid. Apakah perlu berita-berita "sensasi bodoh" dalam harakahdaily? Maaf sekiranya saya katakan Zulkifli Sulong sekadar "pak pancak" dalam Harakahdaily sehingga mutu dan cara persembahan harakahdaily hambar!!
Tanyanya mana-mana rakan wartawan dan pemberita, jangan jadi katak bawah tempurung. Harakahdaily beban kepada harakah sendiri. Serahkah kembali harakahdaily kepada pentadbiran harakah. Jangan sampai kesabaran saya hilang sehingga setiap inci kerenah, busuk dan najis dalam harakahdaily akan terpapar di blog ini. Kamu tu akhbar parti bukan akhbar untuk mengatur menetukan kepimpinan parti mengikut selera dan nafsu kamu.
Apakah rasionalnya berita Tulang Besi, kenyataan Khalid, kenyataan Ust. Ahmad Awang soal Mohsin PKR dijadikan satu berita keutamaan sedangkan misi dan visi menyampaikan dakwah dan isu-isu negara yang sepatunya difokuskan tertinggal jauh dengan Malaysiakini, MalaysiaInsider dan MalaysiaDidgest. Apa persepsi yang kamu mahu?
Bab 2
Khalid Samad mengatakan umat Melayu tak pernah bersatu dalam isu Natrah. Mungkin boleh terima kalau kita nak jadikan Isu Natrah sebagai titik pertemuan Melayu sehingga tertubuh satu parti atau gagasan. Bermakna kita boleh mengatakan Melayu bersatu jika ada parti atau gagasan hasil daripada isu tersebut.
(Baca di sini untuk memahami apa yang nak disampaikan oleh Khalid Samad; http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/12/isu-natrah-tidak-satukan-rakyat-melayu/ )
Bagi saya pendapat ini adalah permainan politik pra-matang puak-puak "blogger Task Force 13" bagi mencatur persepi ahli-ahli PAS kepada mana-mana kepimpinan yang tidak disukai.
Kita tahu Dr. Burhanuddin Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggap sebagai parti berhaluan kiri semasa itu, merajui isu Natrah. Kemudian Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan.
Saya tak sukapun kepada UMNO, tapi sebagai seorang Islam saya tidak boleh lari daripada fakta dan Sejarah, begitu Khalid Samad dalam hal ini. Jangan sampai kebencian kita kepada UMNO sehingga kita menolak fakta dan sejarah.
Ada ahli-ahli UMNO semasa peristiwa itu seperti Tun Sardon Jubir, Darus Sharrif (orang kuat UMNO Johor) dan Geylang Singapura turut sama berada dalam Jawatankuasa Tindakan Natrah (JKTN).
Pembentukkan kesatuan ini tidak berasaskan sentimen parti sama seperti kehadiran PAS dalam beberapa Jawatankuasa yang bersama UMNO seperti YB Salahuudin Ayub bersama dengan SPRM. Dan banyak lagi contoh-contoh lain.
Islam mengajar kita perpaduan, bukan perpecahan. Pendamaian bukan perterlingkahan. Hujahkan saya dengan dalil dan nas bahawa kenyataan ini bertentangan dengan Islam. Malah Majlis Syura PAS beberapa kali mengeaskan akan bersama UMNO dalam beberapa isu kepentingan Islam dan Melayu. Takkan Khalid tak faham keputusan Syura. Tulang Besi tak faham kita tahu, sebab dia kecewa dan benci kerana tak dapat jawatan CEO yang diminta.
Jangan sampai marah kita kepada rakan seperjuangan kita, rakan sejamaah kita (itupun kalau kita memang benar berada dalam jamaah sama dengan fikrah yang sama) menghilangkan pertimbangan kita terhadap kebenaran sehingga kita menepikan sikap berbaik sangka sesama mukmin ahli jamaah kita.
Saya berterima kasih dan percaya dengan kesudian Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jawatan kuasa tertinggi Pas yang hadir ke majlis pelancaran buku ini juga sebagai menyatakan istiqamah parti tersebut, dalam menyambut usaha yang baik ke arah perpaduan Melayu dan mengangkat martabat Islam.Bagi orang yang ada akal fikiran, tidak bersifat berdendam sesama kita memahami majlis ini adalah majlis akademik, yang biasa dan sudah pasti dalam mana-mana program akademi di pusat-pusat pengajian tinggi akan memanggil pemimpin UMNO untuk merasmikan aktiviti program yang dijalankan.
Saya secara peribadi turut mengundang ahli jawatankuasa tertinggi parti PKR ke majlis pelancaran buku ini. Namun sayangnya hasrat saya untuk melihat detik perpaduan tiga kelompok pemimpin tertinggi parti ini dalam majlis pelancaran buku Natrah yang dulunya memang menyatukan orang Melayu dalam perjuangan membela Islam dalam Natrah, tidak tercapai.
Saya ada menulis perkara ini, sila baca di sini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/03/ulas-nasharuddin-mat-isa-hadir-dalam.html Saya berikan fakta, saya suruh tanya Sa"ari Suqib orang sehaluan Khalid betul tak apa yang saya tulis.
Tolak Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang hadir adalah para ilmuan, cerdik pandai, tokoh-tokoh akdemik yang sudah pasti persepsi mereka terhadap PAS perlu diambil kira. Takkan ini pun Khalid Samad dan Zainulfaqar bodoh dan buta?
Malah wartawan harakah pun dijemput sama hadir dalam majlis ini. Zainulfaqar orang harakah takkan tak tahu, jangan nak jadi "iblis".
Rasionallah, carilah isu lain kalau nak bergaduh dengan Ustaz Nasha! Sampai hari ini pun saya masih menunggu cabaran saya kepada mana-mana mereka yang tak besetuju dengan Ustaz Nasha boleh memberikan saya fakta dan hujah dimana Ustaz Nasha ada membuat pertemuan sulit dengan UMNO. Sila nyatakan jangan membuat pembaca keliru dengan tuduhan-tuduhan yang tak berasas. Itu bukan kaedah dan cara orang Islam!!
Takutlah amaran Allah dalam surah Annur ayat 15
''Ketika kamu menyambut Fitnah tersebut dengan lidah kamu, dan kamu menyambungnya dengan pertuturan itu dgn mulut kamu , kamu fitnah perkara yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangka perkara itu kecil ,padahal disisi Allah adalah perkara yg amat serius''Tolong betullkan jika tulisan dan maklumat saya berikan ini salah. Pembetulan dan teguran saudara pembaca akan membantu saya berhadapan dengan Allah s.w.t.
''Tidak ada orang yang berani berbuat demikian kecuali orang-orang yang fasik''
Saadon Jubir ke Saadon Zubir?
BalasPadamzainulpakar telah mewujudkan satu agenda baru dalam memfitnah pas tanpa pas sedari, tulisan zainulpakar banyak menyeleweng dari betul, ini mungkin daripada kesan kesan usrah bersama barbican kot, mamai semacam je. zainulpakar sepatutnya tahu dia berada dimana dan kalau boleh berhenti kerja dari harakahdaily dan jadi PA Tulang besi lagi baik.
BalasPadamsalam..tolong link kan blog kami di sini...tq
BalasPadamni bila tahun punya artikel kau komen. cuba tengok komen dia masa jamuan teh tarik anjuran malaysian digest hari tu. tajuk di malaysian digest "islam should not be imposed on people", jugak di cedok oleh harakahdaily. samada malaysian digest silap taip ka apa tak tau, tapi tajuknya sebabkan kepala berasap.
BalasPadamsila layari
BalasPadamanti-bakistani.blogspot.com
Saya melawat laman anti-bakistani.blogspot, maaf sekiranya saya mengata laman saudara tidak menjiwa diri saya sendiri.
BalasPadamMengkafir seseorang adalah bukan kerja kita. Pendakwah membetulkan bukan menghukum. Menjelaskan bukan mengusutkan.
Tak setuju dengan al_Bakistani kita perlunyatakan nyatakan fakta dan hujah.
Maaf atas pendapat saya.
Saya juga ada plan menjawab semua tulisan Wan Ji tetapi belum sampai masa.
Azmi tolong baca betul-betul jangan pula anda yang tersilap tahun.
BalasPadamBhai anti-bakistani...
BalasPadamagak-agak la bro...
Lu hentam 1G, wa pun hentam 1G..
tapi kalu lu cakap dia kafir...wa pun hentam lu jugak...
Kafir tu dah jatuh hukum...
Kritik dengan jatuh hukum lain bhai..
Hati2...