Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 4 Mac 2010

Zulkefli Berpotensi Untuk Keluar PKR?

Zulkifli Noordin antara MP Keadilan yang paling tops namanya di alam internet, alam blogger. Dulu dia dah terkenal kerana menjadi salah seorang peguan DS Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat I. Dia jadi MP Keadilan dan beberapa tindakannya menjadi pujian hebat oleh semua blogger yang menulis mengikut perangai lalang, kerana Zul berbasikal dan bermotorsikal ke parlimen.

Kini Zul nampak tidak serasa dengan suara pengerak atau "mastermind" blogger-blogger. Dia dikecam hebat pula.

Zul sebenarnya YDP PAS Bandar Tun Razak, nak bertanding tak boleh kerana Majlis Syura PAS tak lulus. Kenapa tak lulus saya tak perlu panjang, engkau orang boleh cari sendiri. Dulu pernah bertanding atas tiket PAS kerana dia memang ahli PAS yang sah.

Oleh kerana tak boleh bertanding atas tiket PAS, dia bertanding atas tiket Keadilan kerana dia sahabat baik DS Anwar (Ambil ayat Zukri Aksah - Warkah buat Saudara Anwar). DS Anwar tawar dia tanding di Kulim. 

Kalau ikut pandangan saya, tak bagus kerana jika berkongsi dengan seseorang, rakan kongsi pecat pekerjanya. Kita ambil pekerja yang dipecat bawa masuk mesyuarat bersama kawan kita. Bagus ke adat berpakat dalam Pakatan Rakyat? Tapi PAS memang baik, tak percayai bacalah di sini PAS sahabat yang baik. saya tidak sependapat dengan cilipadi007, saya lebih berpendapat PAS bodoh dan sesetengah pimpinan PAS lebih walaq pimpinan luar daripada pimpinan sendiri. Walaq ni Pak Bakar memang antinya.

Tapi sekarang baru DS Anwar telah menyesal dan membuat kenyataan bahawa dia silat pilih calon. Perbahasan forum ini menarik kalau nak sertai sama; Anwar mengaku salah pilih calon.
Saya berpendapat Zul tak akan keluar Keadilan untuk jadi bebas, jauh sekali nak masuk UMNO. Kalau nak jadi PAS mungkin juga pasal dia dengan Khalid boleh tukar suka sama suka. Dia boleh masuk PAS kerana dia memang asal PAS macam juga Fairuz akan masuk UMNO pasal dia memang UMNO.

Saya lebih percaya DS Anwar masuk UMNO daripada Zulkefli Noordin. Entah saya pun tak tahu, tapi sama seperti logik di atas. Anwar asal daripada UMNO ada kemungkinan boleh balik kepada UMNO.

Lagipun saya tahu masa projek 16 September dulu, jika MP Islam tak dominan dalam kerajaan Pakatan yang menjatuhkan kerajaan BN, Zul pasti akan bersama PAS dalam memastikan Islam Agung dan diagungkan. Tarbiyyah ulama PAS yang masih ada pada Zul pasti membantu dia. Dalam hal ini Aduka Taruna pun setuju. Aduka setuju, hairankan!! itulah tanda-tanda kiamat kecil... Baca di sini Kerusi yang dikhianati perlu diberikan kepada parti rakan.

Saya tak sependapat dengan Sayuti dalam tulisan yang saya ulas panjang lebar ini;
Zulkefli & Wee Chong Keong Berpotensi Untuk Keluar PKR



HARI ini ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzi Samuri telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dalam satu kenyataan di Ampang Selangor. Pengistyharan yang didampingi bekas Setiausaha Agung PKR Sallehudin Hashim itu menamat teka teki sepanjang hari ini yang berhubug desas desus beberapa orang ahli parlimen PKR akan bertindak keluar parti ramai-ramai.


Kemungkinan angka yang disebut Sallehudin Hashim kononya 10 ahli Parlimen PKR akan keluar parti tidak mencapai sasarannya. Hari ini juga 12 ahli Parlimen PKR telah menanda tangani satu ikrar menyatakan sokongan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.


Mereka yang hadir di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyatakan pendirian itu ialah Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian ( PJ Selatan).


G Gobalakrishnan (Padang Serai) juga turut menandatangani ikrar taat setiap berkenaan tetapi tidak hadir kerana berada di luar negara.


Sebelum ini Azan Ismail dan Loh Wwo Burne adalah antara ahli parlimen yang dikatakan berada dalam pakej 10 ahli parlimen yang akan meninggalkan PKR. Dengan kehadiran mereka menandatangani ikrar itu sangkaan tersebut meleset.


Dua orang ahli parlimen yang dimasukkan dalam pakej berkenaan, Wee Chong Keong (Wangsa Maju) dan Zulkefli Nordin (Kulim - Bandar Baru) tidak hadir dan tidak juga menanda tangani ikrar berkenaan.


Ketidakhadiran Wee Chong Keong dan Zulkefli itu menguatkan spekulasi mengatakan mereka juga akan menuruti jejak tiga ahli parlimen yang telah mengistyharkan diri sebagai bebas, iaitu Zaharain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli (Bagan Serai) yang keluar hari ini.


Besar kemungkinan Wee dan Zulkefli Nordin akan mengistyhar secara berasingan dalam masa terdekat bertujuan untuk terus menggemparkan keadaan.


Sikap anih Zulkefli Nordin ke belakangan ini semacam sengaja mencari masalah dengan parti menguatkan tuduhan yang beliau juga tidak akan bersama PKR. Sementara Wee Chong Keong yang dikatakan mempunyai masalah peribadi turut mengambil sikap demikian. Beberapa minggu lalu Wee Chong Keong dikatakan dilihat berada di pejabat Perdana Menteri, Najib Razak di Putrajaaya.


Menurut sumber perjabat perdana menteri Wee Chong Keong datang ke pejabat Najib Razak kononnya untuk selesai masalah dakwaan beliau yang mengatakan setiausaha politik Najib, Shafei Abdullah terlibat dengan rasuah.


Sebaliknya kunjungan 'muhibbah' Wee Chong Keong itu dalam rangka perundingan politik yang ada kaitan dengan ketidakhadirannya dalam majlis lafaz ikrar bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim hari ini. [wm.kl. 6:00 pm 03/03/10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog