Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 8 April 2010

Sarapan pagi seorang Menteri Besar, pandangan saya

Saya terbaca satu artikel daripada Cikgu AlHusseyn yang bertajuk Sarapan pagi seorang Menteri Besar yang diambil daripada tulisan Wan Rusma Deris dan terlintas untuk menulis sedikit mengenai artikel ini kerana gambar TGNA cukup menyetuh hati saya.

TGNA seorang yang cukup zuhud dan ramai dikalangan pimpinan PAS pun begitu juga kerana mereka ditarbiyah begitu melainkan jika ada program-program tertentu menyebabkan watak, pakaian dan cara makannya nampak semacam asing.


Walaupun banyak gambar dan cerita dilihat serta didengar tentang TGNA, tapi malangnya kadang kala pertimbangan kita hilang bila tersebarnya maklumat-maklumat yang bercanggah dengan apa yang kita ketahui sebelum ini.

Misalnya apabila Kickdefella menulis Nik Aziz Berbohong maka kita terikut-ikut mengatakan Nik Aziz berbohong sedangkan kita tidak tahu menahu secara mutlak apa yang diceritakan. Apakah hujah pada kertas Post-Mortem Pilihanraya sudah cukup untuk menghukum kesalahan kepada TGNA sedangkan perkara sebenar diluar akal pemikiran.

Apakah orang yang hidup sekadar makan apa yang ada, tinggal dirumah yang tidak mengambarkan seorang MB selama 20 tahun adalah mereka yang curang dalam amalan Islam, tidak amanah? Sempit sungguh ukuran dibuat.

Satu misalan dibuat, TGNA lewat untuk datang ke satu-satu program/majlis terus mengatakan Nik Aziz tidak layak sebagai Menteri Besar sebarang usul periksa dilakukan kenapa dan mengapa?

Kalau itu sikap ahli PAS, tidak lebih dan tidak kurang sama sahaja seperti Kickdefella bila sesuatu perkara tak memenuhi citarasanya terus dituduh begitu rupa sekali.

Kalau manusia ini wujud zaman Rasulullah s.a.w. yang menegur bagaimana membenihkan kurma nescaya mereka ini akan mengatakan Rasulullah s.a.w. bodoh (sedangkan itu bercakap dengan sifat Rasulullah s.a.w.) kerana memberikan nasihat tak betul!!!

Perkara yang sama juga berlaku kepada Presiden PAS. Adakah orang ini yang tamak, dengki dan inginkan jawatan. Ingin bersama dengan UMNO sedangkan sebelum ini saban hari kita dihadamkan dengan Amanat Haji Hadi?

Kita percaya tentang UG adalah nak masuk UMNO kerana ada blogger yang kata demikian. Mana akal kita? Apakah itu sumber yang sahih? Apakah maklumat itu lengkap sperti yang dikatakan?

Sempit dan bodohnya kita apabila suara media oleh blogger celaka yang mengubah persepsi kita atas tujuan tertentu. Sedangkan kita tak tahu apakah niatnya? Tidak hairan ada orang yang alim warak boleh mendoakan kemudaratan kepada Musa a.s. Qarun boleh menolak zakat atas kekayaan yang ada.

Manusia berakal adalah manusia yang tidak mudah dimanipulasi oleh sesiapapun sehingga dia berlaku zalim kepada orang yang sepatutnya.

6 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Kalau letak gambar TGNA letak sebelah kickdefella hisap rokok, clear siapa patut kita percaya. Orang yg humble atau orang yg berterusan buat dosa kecil (hisap rokok) . Then lepas tu beri kan Wan Ji & geng Task Force 13, tengok nak siar ke tak?

    BalasPadam
  2. gambar yang tersiar dalam blog alhusseyn tu gambar bersama pemburu syahid, betul ke tulisan perempuan tu yang dicedok ntah ntah sebab kerna terjah dengan warkahdaiyly terpaksalah letak artikel membela diri, apakah ini sikap seorang pembela dan penyanjung TGNA. heran heran, tak ada artikel pun membela walaupuk sebesar bulu hidung kambing

    BalasPadam
  3. UMNO = APCO = Jual buku kat bangunan UMNO... itulah ustaz Jebon ....

    Jebon tu apa?

    BalasPadam
  4. kickdefella ada hujah kuat.

    BalasPadam
  5. sumber pak cik tu diragui....ntah dendam ape

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog