Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 4 Mei 2010

Kickdefella Makan Tuan?

Terbaca satu tulisan di blog SokongPR yang ditulis oleh Lensa mengulas isu wang RM4 juta belanja melemahkan kedudukan Pak Lah Perdana Menteri ketika itu.

Tajuk tulisan tersebut, saya guna sebagai tajuk artikel saya bagi mengulas artikel yang ditulis oleh penulis berkenaan. Saya ambil keseluruhan petikan artikel berkenaan;



Utusan selalu membaham Pas. Manalah orang Pas nak percaya dengan Utusan. Utusan pernah dibakar dan disabotaj oleh Pas.

Tetapi apabila menjelang muktamar Pas yang ada pemilihan, Utusan pun akan meyokong dan berkempen untuk mana-mana pemimpin Pas yang dilihat kurang anti dengan Umno.

Kini Utusan memetik cerita dari Kickdefella pula untuk membaham Pas Kelantan. Semua orang tahu Kickdefella adalah orang Umno yang diambil oleh Husham Musa dan diletakkan dalam satu posisi yang dibayar gaji.

Kini Kickdefella seperti anjing yang menyalak tuannya pula. Ha ha. Agaknya tak cukup diberi makan. Inilah malangnya apabila pemimpin Pas lebih percaya orang Umno dari orang partinya sendiri apabila ada kerja-kerja yang bergaji. Jika orang Pas, setakat kerja sukarela sahaja yang dibagi.

Apa yang didedahkan oleh Kickdefella mungkin satu putar belit atau ada kebenarannya. Tetapi jika benar pun, orang Pas payah nak percaya. Orang Pas amat husnul zon dengan pemimpinnya. Woooo.

Bacaan lanjut di sini.

Saya lebih suka untuk mengulas petikan ini;


Tetapi apabila menjelang muktamar Pas yang ada pemilihan, Utusan pun akan menyokong dan berkempen untuk mana-mana pemimpin Pas yang dilihat kurang anti dengan Umno.

Saya tak setuju dengan penulis, kerana penulis hanya melihat dan meneliti pada sudut luaran sahaja. Ada satu perkara yang boleh difikirkan bersama iaitu Utusan dengan Kickdefella mempunyai hubung jalin yang erat. Pasal itu utusan menjadi meriam untuk Kickdefella menembak musuh saban hari dalam isu ini.

Semasa Muktamar PAS, Utusan bukan menyokong dan berkempen untuk mana-mana pemimpin yang dilihat sebagai anti UMNO tetapi lebih kepada gerak saraf untuk menunjukkan kebencian ahli dan membenarkan wujudnya hubungan antara UMNO dan PAS.

Kickdefellah adalah permain disebalik tabir dalam hal ini kerana masa itu dia belum lagi "terlepas" seperti kata Mohd Sayuti Omar...

1 ulasan:

  1. sokongpr ni tak paham. utusan tak pernah dan tak akan menyokong dan berkempen untuk pas. utusan cuma ambik kesempatan atas statement yg di buat. itu saja. sama dgn kes kick, utusan ambik kesempatan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog