Lama tak melawat blog-blog yang disebut sebagai "blog C" oleh beberapa kepimpinan PAS. Sempena bulan puasa ini, bulan yang berkat dan di bulan ini Allah memberikan rahmat dan hidayah, saya menjenguk sekadar ingin melihat adakah mereka ini sudah "ada hidayah" dalam membuat dan menyebar maklumat yang belum sah dan tidak ada kepastian lagi.
Memang sebagai seorang Islam kita mengharapkan orang Islam lain berbuat baik dan mendapat hidayah. Kalau dia UMNO sekali pun kita juga berusaha berdakwah dengan mereka, merapatkan jurang kerana sistem pilihan raya di negara kita tidak membezakan undi antara seorang pelacur dengan seorang imam di sesebuah masjid.
Apatah lagi dalam suasana hari ini, kita juga di'gendangi" dengan isu doa dan hidayah kepada orang kafir. Orang kafir kita tak boleh doa kesejahteraan kepada dia, tetapi kita diajar dengan sirah bagaimana Rasulullah s.a.w. mendoakan hidayah kepada dua orang Omar.
Apatah lagi dengan rakan-rakan "blogger C" yang sekadar bodoh dalam menjadi ahli Jamaah Islam kerana tidak belajar cara untuk menegur dan membuat teguran. Kita kena bersangka baik.
Saya terbaca satu tulisan daripada laman Malaysian Waves yang bertajuk "Zahid Hamidi Tak Takut Dosa Sebar Fitnah Dalam Bulan Puasa"
Rasanya ingin juga mengulas sedikit; adakah dosa fitnah ini kepada orang-orang UMNO sahaja ke? Jika anda ahli PAS walaupun tak bayar yuran keahlian, anda sewenang-wenangnya boleh membuat fitnah?
Saya tak nak tulis panjang, sebab semua dikalangan kita sudah mahir dalam membuat penilaian. Saya pada hari mulia ini nak bagi satu saya contoh kepada pembaca. Sila baca di sini "Ahli PAS Harus Memilih: Tok Guru atau Mustafa Ali"
Mana-mana yang cerdik pandai, yang suka membuat komen terutamanya pada blog ini. Tolong jawab, adakah tulisan TB ini fakta atau fitnah??
Tidak hairan Iblis boleh melawan Allah s.w.t. walaupun dia lebih arif tentang syurga dan neraka...

Saya sungguh sedih di atas kurang bijaknya (bodoh) TKM YB Dato'Mansor bin Hj.Othman perihal seorang khatib yg berjiwa Islam. Sepatutnya beliau membuat kenyataan mempertahankan khatib tersebut . Beliau sepatutnya menyatakan 'Jika segala tuduhan liar atau fitnah oleh JKKK / juak juak pengampu UMNOBN dan Zaid Hamidi tidak benar , beliau rela untuk menyediakan barisan peguam peguam dari PR untuk menyaman malu terhadap tukang fitnah , ini yg sepatut di lakukan oleh TKM Pulau Pinang bukan sekongkong dengan puak puak yg menambur fitnah.YB Dato'Mansor "WAJIB" mempertahankan khatib bukan hanya nak membersihkan nama Lim Guan Eng dan MAIPP.
BalasPadamDunia politik kini. Banyak songelnya
BalasPadam