Ulasan saya berkaitan dengan tulisan Prof. Dr Aziz Bari yang bertajuk "Pas dan Perlembagaan" mendapat rekasi yang agak positif dan tidak kurang juga komen-komen liar tanpa hujah yang kukuh untuk percambahan pemikiran.
Saya setuju dengan hussin seorang kometar pada blog saya yang berkata bahawa Aziz Bari memang sengaja memperli Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Tapi tulisan saya pada kebetulan pula nak pilihanraya kecil, saya taklah detail sangat.
Memang bila kita menulis membuat teguran kepada Prof. Dr. kita akan dilekehkan aje!! Siapa engkau BaruApi? Tapi kalau nama saya Prof. Dr BatuApi @ Firestone (ada orang putih pula tu!!) semua terkedu dan longlai. Ini dinamakan "Thick in the head".