Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 13 Oktober 2010

Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily

Saya terbaca satu kenyataan dibuat oleh pihak Tranungkite melalui pembantu webmasternya si Ketam Batu yang kecewa dengan sikap pengiklanan di Harakahdaily yang mengeksplotasi logo Tranungkite (TKO) dan blog Tukar Tiub pada TKO versi 10 sebelum ini. Anda pembaca boleh memahami maksud kekecewaan ini pada artikel Red Rebana/ Harakahdaily menggunakan laman TKO & Tukar Tiub sebagai Iklan.


Saya memang berhasrat benar nak ulas artikel tersebut, tapi malangnya tak sempat. Masalah pada Harakahdaily ini kalau kita ibaratkan seperti buah jambu air madu yang elok diluar tapi penuh berulat didalamnya. Langsung tak boleh dimakan. Kalau nak buang pun tak boleh biarkan begitu nanti ulat-ulat ini akan membiak. Kena tanam, pastikan bakanya tak tersebar!!!!

Sebelum saya panjangkan artikel ini, saya minta orang-orang yang bertanggungjawab pada harakahdaily buka mata, buka hati tolong selesaikan!!!

Dr. Harun Din, Cikgu Pa, Dato' KJ, Zulkifli Sulong, Ust Nasrudin Tantawi, Ahmad Lutfi. Cukuplah tu! Tolong baca dan siasat. Bukan itu sahaja kalau setakat bangkit dalam mesyuarat tapi tak selesai kerana tak ada yang 'berani' nak ambil tindakan, rasa lebih baik letak jawatan. Ramai lagi pimpinan PAS boleh mengambil alih tugas ini!!

Marah betul nampaknya Batuapi.
Biasanya Batuapi marah kepada Tulang besi and gengs. Apa isu ini??

Zaman sekarang semua akhbar mengalami masalah. Bukan di Malaysia sahaja malah di luar negara pun mengalami masalah yang sama. Selera pembaca telah mula berubah daripada akhbar bercetak kepada akhbar internet.

Sebab itu tidak hairan bukan sahaja Utusan Malaysia yang kita boikot mengalami kerugian, akhbar harakah cetak pun menurun dari segi jualannya. Akhbar Siasah sendiri telah mengalami kerugian demi kerugian. Angka tidak rasmi yang saya perolehi sudah menghampiri nilai RM600 ribu hutang tidak berbayar. Itu pun dengar cerita nak tambah hutang lagi. Betul ke Cikgu Pa?

(nota: jika saya nak berperang dengan ulat-ulat dalam harakahdaily saya akan dapatkan maklumat yang detail dan tepat, sabar!!!)


Unit terbitan harakah (kena baca betul-betul antara harakah dan harakahdaily) juga mengalami kerugian.

Sepatut mengikuti situasi semasa harakahdaily adalah antara yang sepatutnya boleh mengatasi masalah semasa ini. Tapi malang pengurusan harakah & harakahdaily yang berkecamuk sehingga sukar untuk kita mengetahuinya siapa sebenarnya yang menjadi nahkoda (Kena tanya Dato' KJ).

Dulu ada isu siapa nahkoda dalam PAS, Presiden ke Mursyidul Am ke? Maka bertengkarlah antara puak di dalam PAS sebab mereka semua buta perlembangaan dan membesarkan nafsu!!!

Sambung lagi!!

Harakahdaily ada membuat iklan. Pendapatannya cukup banyak. Sudah ada blogger yang mendedahkannya, tapi masih tak kuat untuk membunuh ulat-ulat dalam harakahdaily!!! Saya ambil petikan penulisan Polis Pencen.



Saya juga keliru dengan Harakahdaily yang selalu meminta derma atau sumbangan bagi satu-satu dana termasuk Tabung Harakah?

Cuba kita fikir, satu iklan teks di bawah artikel untuk seminggu ialah RM150. Ini bermakna RM600 sebulan. Iklan teks saya kira secara purata sekitar 40 yang berubah-ubah pengiklannya. Ini bermakna iklan ini memberikan pendapatan sebanyak RM24,000 (24 ribu) sebulan. Itu tidak termasuk iklan utama yang bernilai hampir RM3000 sebulan untuk satu-satu iklan.


Saya percaya pendapatan iklan Harakahdaily adalah sekitar RM60 - RM100 ribu sebulan. Soalnya di mana wang ini? Siapa yang mengendalikan iklan di Harakahdaily?


Saya mendengar maklumat yang hampir sah 40% iklan ini dapat kepada pengendali iklan. Ini bermakna pengendali iklan memperoleh pendapatan sekitar RM15 - RM40 ribu sebulan hanya sekadar buat imej-imej iklan.


Mudah dan mengutungkan, berbeza dengan wartawan dan penulis yang terpaksa memerah otak bagi mendapat cerita dan berita. Atas dasar peratus pendapatan inilah iklan di harakahdaily kadang kala cukup mengaibkan dan ada yang tidak mengikuti lunas-lunas Islam." Baca di sini untuk edisi penuh.




Tiada pernah saya terdengar, terbaca atau terlintas dalam hati ada syarikat yang berikan sub kepada syarikat lain dimana syarikat yang mendapat sub itu mengurus semua wang yang masuk. Malah syarikat sub lebih berkuasa daripada syarikat yang memberikan sub. Tapi ini berlaku dalam harakahdaily.

Harakahdaily berikan sub untuk iklan kepada syarikat Red Rebana dengan perjanjian keuntungan 60% untuk harakahdaily dan 40% untuk syarikat Red Rebana.

Tapi peliknya semua wang iklan yang masuk, bukan masuk ke akaun harakah tapi masuk ke akaun Red Rebana. Pengurusan iklan diurus sepenuhnya oleh syarikat Red Rebana. Seorang pun tak tahu berapa duit pendapatan iklan tersebut. Kalau tak percaya tulisan saya ini, mungkin ini fitnah engkau boleh call Dato' KJ atau Zulkifli Sulong tanya dia!!!!

Kah kah kah aku pun nak tergelak macam Hishamuddin Rais. Kalau Dato' KJ dan Zulkifli Sulong tak tahu, takkan Bangla yang kerja menyapu di pejabat harakahdaily tahu berapa duit masuk iklan!! Ini menang kes bangang lebih teruk daripada UMNO!!

Yang tahu hanyalah Mokhtar pengurus iklan, dia ni power gila!!! Salah satu orang yang Cikgu Pa tak boleh angkat muka!!

Apa ceritanya??

Tahun ini, Red Rebana bagi RM30 ribu bayar hutang. Hutang dengan harakahdaily hampir RM200 ribu.(apa taknya duit masuk ke akaun dia orang -- itupun kita tahu entah betul atau tidak duit banyak itu mungkin banyak lagi).

Hangpa ingat tak aku kata, sepatutnya harakahdaily yang urus duit bagi 40% kepada Red Rebana tapi dah terbalik. Kalau kita fikir pakai akal (tak tahu ada pimpinan PAS yang hadir mesyuarat pengurusan harakah tak pakai akal) boleh kita percaya syarikat ini, yang mengurus iklan harakahdaily duit masuk kepada dia. Tiada hitam putih akaun dan penyata. Siapa pun tak tahu berapa iklan di harakahdaily. Berapa sebenarnya duit masuk.

Ikut cakap syarikat ini. Kalau syarikat ini kata iklan pada september 2010 hanya 10 kupang. Harakah dapat 6 kupang. Bolehlah harakahdaily bagi bonus akhir tahun nanti kepada 13 pekerjanya. BANGANG PUNYA URUSAN!!!

Itu kita belum lagi bincang pasal iklan di harakahdaily. Iklan JANA WANG, MLM, SKIM CEPAT KAYA dan UBAT KUAT!!! Asal wang masuk semuanya kira HALAL!!!!

Saya pun hairan dengan pihak pengurusan harakah ini. Masalah ini sebenarnya adalah masalah yang telah jelas diketahui tapi tiada penyelesaiannya. Kalau kita tak kenal pasti masalah kita boleh terima bahawa pihak pengurusan harakah sedang menyelesaikan dan mencari punca masalah.

Ini dah terang!! tapi tak ada yang berani nak pecat atau buang ulat-ulat ini. Makin hari makin ramai dan makin gemok ulat-ulat ini kerana anda sedang membantu harakah demi perjuangan Islam yang suci!!!

Saya dedah sebahagian kecil, jangan cabar saya untuk mendedahkan lebih teruk lagi!!! Demi Islam demi agama siapa yang tahu masalah ini tolong nasihatkan orang yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini sebelum ulat-ulat menjadi kupu-kupu!!!

4 ulasan:

  1. Harakahdaily lubuk lobi melobi dalam pas.
    juga lubuk mencari kekayaan.
    saya tak hairan kalau ada yang akan ambil kesempatan untuk makan kedarah harta parti.

    pas dan jadi parti bukan lagi jamaah islam,
    masing-masing lebih suka nak perintah daripada nak sampaikan islam

    BalasPadam
  2. Tulang Besi dan geng ergagon tak ulas pasal harakah ni ke?

    BalasPadam
  3. Sekadar hendak berkongsi idea,mengurus rakyat mendapat bantuan Tabung Kemiskinan Harakah.Terdapat individu di "Tabung" tidak ikut saluran kawasan atau pusat khidmat.Bantuan selalunya lewat sampai.Terdapat satu kes dapat bantuan sudah lama tetapi semakin uzur duit baru sampai.Kita syaki ada orang dalam berurusan dengan orang tempatan ,sebab mereka kroni.

    BalasPadam
  4. dah lama dah ada kerja2 bodo dlm PAS, talibarut tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog