Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 26 Disember 2009

Kenapa tidak ada artikel mengutuk MP PAS yang tak hadir di laman Tulang Besi?

Tulang Besi melaungkan bahawa dia adalah pembela PAS, jika dia berada di zaman khalifah Omar pasti Syaidina Omar tidak perlu lagi meronda malam kerana peranan ini telah diambil oleh blogger seperti dia. Sila baca petikan kata-kata Tulang Besi.

"Kalau Saidina Umar masih hidup, nescaya beliau akan berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara."

Anda boleh baca keseluruhan petikan ini di
http://www.malaysiawaves.com/2009/12/blog-adalah-sumber-kebenaran-dalam.html

atau di laman Perisik Rakyat
http://perisik-rakyat.com/2009/12/blog-adalah-sumber-kebenaran-dalam.html (aku dah mula bosan dan benci dengan laman Perisik Rakyat telah lari daripada matlamat asal penubuhan laman ini. Fauzi jadilah diri anda asal!!!)

Kata-kata sesat ini buka rekaan tetapi tulisan oelh penulis pembongkar rahsia PAS. Apa sebenarnya agenda Tulang Besi?

Menjadi kehairanan kepada saya semua laman marah dengan MP yang tak hadir, terutama MP PAS.

Tapi di laman Tulang Besi tak ada pun sebut sepatah perkara ini. Bagi Tulang Besi itu tak apa. Jika Presiden Ustaz Hadi, Timbalan Presiden, Ustaz Nasa barulah perkara ini isu besar.

Masa inilah dia dan geng-gengnya akan menyerang sehingga tersungkur. Apa yang penting Hadi dan Nasa perlu disingkirkan. Cari kesalahannya. Cari aibnya. Cari kesilapan. Kalau tak ada cuba kelirukan apa sahaya perbuatan Hadi dan Nasa.

Cuba baca apa yang Tulang Besi tulis dalam minggu ini sahaja.

1. UMNO Bukan Musuh PAS Lagi? Presiden PAS Tidak Takut Disambar Api Neraka kah?

linknya - http://www.malaysiawaves.com/2009/12/umno-bukan-musuh-pas-lagi-presiden-pas.html

http://perisik-rakyat.com/2009/12/umno-bukan-musuh-pas-lagi-presiden-pas.html (Perisik Rakyat)

2. Hairan!! KEnapa Tiada Komen Dari Presiden dan Timbalan Presiden PAS: Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru?

linksnya - http://www.malaysiawaves.com/2009/12/hairan-kenapa-tiada-komen-dari-presiden.html

http://perisik-rakyat.com/2009/12/hairan-kenapa-tiada-komen-dari-presiden.html (Perisik Rakyat)

3. Mengapa Nasaruddin Mat Isa Menjadi Penyambung Lidah UMNO dalam Isu Masjid/NgaKorMing?

linksnya - http://www.malaysiawaves.com/2009/12/mengapa-nasaruddin-mat-isa-menjadi.html

Sebagai manusia berakal anda boleh berfikir apakah sebenarnya agenda jahat Tulang Besi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog