Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 26 Disember 2009

Sumpah Tulang Besi dan Sumpah Saiful Bukhari Azlan

Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah dengan Al Quran bagi membuktikan dia telah di liwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tulang Besi ada mengulas mengenai sumpah ini di dalam Blognya Malaysia Waves. Pembaca boleh membaca ulasan Tulang Besi mengenai sumpah Saiful ini.

Sekarang Tulang Besi bersumpah sebagaimana yang Saiful Bukhari Azlan bersumpah. Hanya berbeza Tulang Besi bersumpah tidak bersuara, sekadar menulis. Tidak memengang Al Quran tetapi memetik Keyboard.

KENAPA TULANG BESI CUBA BERSUMPAH DENGAN MAKLUMAT BUKAN TULISAN SAYA?

KENAPA TULANG BESI MELARI DIRI DARIPADA ISU POKOK PERBINCANGAN?

Tulang Besi nak berdalih!!!!

Isu pokoknya ialah Tulang Besi dulu setpol Dato' Hassan Ali memohon jawatan CEO Sebuah Anak Syarikat Negeri Selangor setelah Pakatan Rakyat Memerintah. Dato' Hassan Ali tak bagi walaupun dia setpolnya.

Kita tak bincang gaji dia rendah ke. Tulang Besi dah ada kontrak ke.. Soalnya yang diperbahaskan dia minta dan tak bagi.

Jangan lari daripada perbincangan asal.
Jangan nak putar belit
Jangan nak kelentong
Jangan nak buat auta!!!!

Kenapa Tulang Besi (Abdul Rahman) dan Perisik-Rakyat (Mohd Fauzi) cuba mengaitkan SongkokPutih dan Laman TranungKite dalam kecah ini? Apa sebenarnya agenda awak?

Tulang besi cuba mengalih sumpahnya dengan menambah tulisan-tulisan komen dalam sumpah dengan tujuan mengelirukan pembaca seolah-olah itu adalah tuduhan yang saya buat. Ini kerja jahat Tulang Besi dan Perisik Rakyat. Sumpahnya pun pelik bernombor tetapi ada nombor-nombor yang dibuang. Sila rujuk tulisan Tulisan Besi.
http://perisik-rakyat.com/2009/12/tulang-besi-difitnah-lagi-masa-untuk.html

Sila rujuk tulisan asal saya
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=894&mode=&order=0&thold=0

http://www.mindarakyat.com/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=525&mode=&order=0&thold=0

Kenapa saya berikan dua daripada lima laman yang menyiarkan artikel saya. Saya tahu nanti Tulang Besi dan Perisik Rakyat akan mengatakan bahawa Songkok Putih telah mengubah artikel itu. Memang orang yang suka menipu dan berdalih akan buat apa sahaja biar nampak dia sahaja yang betul.

6. Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.

Ini bukan tulisan saya. Ini tulisan komen pembaca dengan nick vsonic.

7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor

Ini bukan tulisan saya. Ini juga tulisan vsonic.

8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.

Ini juga bukan tulisan saya.

9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.

Ini bukan tulisan saya. Ini komen pengunjung bernama microscan

10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.

Ini bukan tulisan saya. Ini tulisan microscan.

Kemudian Tulisan Besi menulis

"Yang peliknya sumber fitnah ini datang dari seorang bernama Batu Api. Beliau tidak dapat membezakan antara Unta dengan Kambing. Jadi, orang macam ni, kita nak harap untuk mendapat sumber yang benar? Hahahahaha"

Tulang Besi dan Perisik Rakyat (bersubahat) telah menuduh saya yang menulis semua itu dan bersumpah. Ini sumpah Saiful!!!

Kalau saya bodoh dan kurang akal seperti dia orang ini saya akan bersumpah menafikannya serta minta dia orang pecah perut!

Begitu juga dengan Songkok Putih yang dituduh macam-macam dan saya menerangkan perkara sebenar sampai sekang Tulang Besi terkelu-kelu malu dan tidak menjawab semua tulisan saya. Dia bukan nak berhujah tetapi main-main tuduhan sahaja sebagaimana dia buat kepada pimpinan PAS yang dia tahu pimpinan tersebut tidak menjawab di internet.

Sila rujuk di sini. Tulisan dan hujah ini tidak dijawab lagi oleh Tulang Besi. Bila nak jawab ni!! Takut ke!! Tolong bersumpah. Nak bersumpah sangat!!!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=920&mode=&order=0&thold=0

Saya minta dan berharap Songkok Putih menulis dan menafikannya serta membuat sumpah biar pecah perut dua orang ini.

Mengenai komen pada artikel saya juga diragui sama ada mereka ini adalah Tulang Besi dan Perisik Rakyat sendiri yang menyamar untuk membuatkan artikel saya menjadi tidak benar serta lari daripada fokus yang dibahaskan.

Ayuh Tulang Besi dan Perisik Rakyat bersifatlah sebagai seorang Islam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog