Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 3 Januari 2010

Malaysian Waves Blog Celaka Mengikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz?


The MalaysianInsider telah mengulas isu bahawa Husan akan meletak jawatan. Laman yang sama juga menyebut bahawa Setiausaha Politik, Anual Bakhari Haron dan Setiauhasa Akhbar, Mohd Saiba Yaakub akan digugurkan.

Keesokkannya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menafikan maklumat ini dengan mengatakan kita semua sayang kepada dia (Husam). TGNA juga memberitahu dua setiausaha kanannya sah akan meninggalkan jawatan mereka atas keputusan sendiri awal tahun depan dan menyangkal ia berkaitan dengan tekanan politik.

Bila ditanya oleh wartawan bahawa telah dilaporkan oleh blog beberapa hari lalu TGNA bertegas mengatakan

“Celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Perkataan celaka ini jarang digunakan oleh TGNA, ini melebihi apa yang dimarahkan kepada Cikgu Pa dan Ustaz Nasa.

Ramai tertanya-tanya blog mana yang celaka itu. Penarik Beca ada menulis mengenai blog celaka ini sehingga dua siri.

Tapi saya lebih tertarik merujuk kepada laman Malaysian Waves yang dikendalikan oleh Abdul Rahman Talib ahli PAS PJ Utara dan juga ahli Pemuda UMNO Taman Melewar. Nama samarannya Tulang Besi.

Anda boleh nilai dan baca sendiri bagaimana percanggahan Tulang Besi dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. TGNA kata dia nak berhenti tapi Tulang Besi kata kena pecat. Tulang Besi sengaja membelakangi TGNA.
 
Jangan lupa artikel ini ada di laman Perisik Rakyat penyebar maklumat palsu. Memang sah seperti kata TGNA bahawa mereka suka buat dosa melaga-lagakan orang tanpa bukti dan fakta.

2 ulasan:

  1. yg melaga-lagakan saya tengok ialah batu api di sini dan tko. songkokputih dengan bahasa yang diubah sedikit pun sama 100% pendirian dengan batu-api.

    perbezaan pndapat tak salah. dan TGNA tak spesifik blogger mana yg celaka. kamu saja yg menuduh dan meletakkan blog malaysianwaves.

    sedangkan semua orang tahu yang celaka selama ini (meskipun ia bukan blog) ialah TKO.

    BalasPadam
  2. Batu api, bila mau sumpah? TB dah sumpah, batu api takut ke nak jawab sumpah TB?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog