Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 22 Februari 2010

Mengapa Tulang Besi Menjadi Pengemis untuk Tabung Guaman?

Tulang Besi nama sebenar Abdul Rahman Talib ahli PAS dan juga ahli UMNO Taman Melewar, yang pernah mendakwa gajinya 6 kali ganda gaji exco sekali lagi mengemis mencari sempati untuk menyara hidup.

Sebelum ini kita telah tertipu dengan rayuan simpati dan bantuan kewangan untuk pulang kononnya tak ada duit untuk hadir ke perjumpaan konvesyen blogger PAS di Taman Melewar.

Apabila saya menulis menyebut tentang tipu muslihat si Tulang Besi ini akhirnya dia mengaku dan menunjukkan alim untuk mensedekahkan wang RM1400 (entah betul entah tidak kita tak pasti) yang telah didermakan orang ramai kepada dia.

Saya tak percaya Tulang Besi pasal dia bukan berada di Konvesyen Blogger sangat, dia hadir sekadar nak tunjuk muka sahaja. Kalau anda tak percaya tanyalah si Abdul Rakzak dia tahu semua tipu muslihat si Tulang Besi. Saya serta gambar Abdul Razak yang membawa dia ke Taman Melewar hari itu. Razak tahu temberang di Tulang Besi. (Lihat gambar di bawah)

Sekali lagi menggunakan kesempatan dan simpati untuk mendapatkan wang secara tidak sah melalui kenyataan yang tidak berasas untuk memungut duit bagi kepentingan yang kita tak pasti kebenarannya, Tulang Besi dengan licik mengemis dengan menulis
Tabung Guaman Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat

Bagi memastikan aduan2 saya tidak dibakul-sampahkan atau tidak diberi layanan yang sepatutnya, saya bercadang untuk mengambil khidmat guaman.


Bagi menampung kos guaman, saya bercadang untuk menubuhkan sebuah tabung yang saya namakan seperti di atas.


Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian di:
Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib


Semoga Tuhan memberkati para penyumbang sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini
Tulang Besi mengambil kesempatan atas kononnya dia telah membuat aduan salahlaku Pimpinan PAS, maka dengan ini memberikan lesen untuk dia manipulasi kita semua.

Saya membawa anda semua berfikir secara rasional dan tidak mudah terperdaya dengan si penipu yang licik ini sebagaimana kita selalu melihat pengemis-pengemis yang mengambil kesempatan memohon bantuan yang berada di tepi-tepi pintu bank, atau yang datang ke rumah menunjukkan surat simpati, atau mereka yang macam orang susah dan kurang upaya ditepi jalananan. Sudah pasti rasa simpati kita, kita akan menghulurkan sekupang atau seduit bagi meringankan beban mereka ini.

Pada 19 November 2009 Suwardi Yaakob melalui firma guaman ‘Zulfadli & Edham’ telah menyaman Tulang Besi atau Nama sebenar Abdul Rahman Talib. Notis yang sama juga telah dikenakan pada pemilik blog “Perisik Rakyat” (yang juga suka membuat fitnah) kerana menyiarkan kembali artikel yang ditulis oleh Tulang Besi tersebut.

Tulang Besi cuba mempertahankan fitnahnya bagi mengelak aib dan malu kerana berbohong tidak mahu menarik balik artikel tersebut. Maka Suwardi telah mengakhirkan tempohnya dan akan menyaman Tulang Besi melalui saluran mahkamah. Kita harap Allah s.w.t. akan memberikan kita satu kepastian dalam perkara ini.




Suwardi Yaakob meminta Tulang Besi menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf kepadanya secara terbuka melalui akhbar. Jika tidak, beliau akan menuntut gantirugi am dan teladan daripada Tulang Besi. Tempoh yang diberikan oleh Suwardi telah pun berakhir, si Tulang Besi masih dengan keangkuhannya untuk mengelak punggungnya terdedah yang sudah pasti akan menampak najis kering yang dionarkannya.
Soal mahkamah,  menang atau kalah pasti memerlukan wang yang banyak. Tulang Besi yang angkuh dengan gaji 6 kali ganda gaji exco terpelak dengan kata-kata celuparnya. Dia mencari jalan untuk mendapatkan kewangan. Cara paling mudah ialah mengemis simpati daripada orang ramai terutama pembaca blog.

Soal Tabung Guaman kononnya tak nak aduan dia mengenai pimpinan PAS dibakul sampahkan adalah muslihat licik mengamburkan orang ramai. Sebenarnya Tabung itu adalah untuk melawan syarikat Guaman Suwardi melalui firmanya ‘Zulfadli & Edham’.

Memang Tulang Besi pengemis licik yang suka memutar belitkan fakta yang menyebabkan kita terkeliru dengan tulisan-tulisannya. Saya belum dedahkan secara terperinci, tanya dulu Abdul Razak semuanya pasti terbongkar!!

14 ulasan:

  1. Saya nasihatkan SP jika tak nak bantu jangan mencaci

    Al-Quran > Surah Adh-Dhuha> Ayat 10'

    Adapun orang yang meminta bantuan, maka janganlah engkau caci herdik;

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264

    Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

    BalasPadam
  2. nak bantu orang jatuhkan jemaah buat apa . TB kata dah ada orang masukkan RM10k .. pastu apa lagi saman la PAS . Bawa PAS ke mahkamah kerana langgar perlembagaan . Kerja TB dari mula sampai sekarang adalah serang PAS . Itu saja ...

    BalasPadam
  3. Khas untuk qurtubyy,
    Al Quran tu bagus dan memang satu pujian tapi tuduh SP tu macam mana jika bukan. Rasa diri sudah cukup untuk berhadapan dengan yang mencipta?

    BalasPadam
  4. demi Allah saya tetap yakin batu-api itu songkok putih.

    mns, tulang besi bukan serang pas, dia serang pemimpin munafik di dalam pas.

    depan umno kata lain, depan pr kata lain.

    “Artinya : Dan jika mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman’. Dan bila mereka kembali pada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok” [Al-Baqarah : 14]

    BalasPadam
  5. dah terang lagi bersuluh dengan keratan guaman suwardi...terbukti lah kata sahabat aku sebelum ini...TB memang suka menjatuhkan pemimpin pas...mengaku menjadi ahlu pas..tapi sikap wala',ikhlas,husnu zon,langsung tak der pada beliau...apatah lagi dengan lantang menegur pimpinan secara terbuka...bukan sahaja mendedahkan keaiban parti malah jg membuka pekung didada...wahai TB tak salah cara menegur pimpinan tapi biarlah beradap dan menggunakan saluran yang betul...cara2 kamu mengkritik pemimpin kamu sendiri tidak melambangkan diri kamu seorang pejuang gerakan islam...kalau betul kamu ahli pas jaga lah adab2 berjemaah kalau tidak keluar segera kamu dari pas...kerana kamu penyebab berpecahnya pas menjadi kepada 2 puak...jangan jadi munafik...bertindak menggunakan akal bukan dengan nafsu.

    BalasPadam
  6. wahai ketua polis, apa yang dilakukan TB tidak bersalahan dengan syarak. ingat kisah sahabat umar yang mahu membetulkan umar dengan pedang?

    apakah sahabat itu tidak wala'? apakah sahabat itu tidak beradab? malah umar bersyukur kepadanya yang "secara terbuka" ingin membetulkan beliau me nggunakan matapedang.

    tetapi apa yang dilakukan oleh kamu-kamu golongan pro-muqabalah berbeza. kamu menyerang melampaui batas sehiungga melakukan serangan peribadi-peribadi golongan yang tidak kamu suka. itu amat bersalahan dengan syarak.

    TB dan lain-lain adalah mewakili suara majoriti pas, sedangkan kamu-kamu dari pro-muqabalah adalah minoriti. Kamu-kamu yang perlu meninggalkan pas kerana ketua kamulah bernama Hadi Awang itu yang merupakan bapa perpecahan pas.

    BalasPadam
  7. Bro batu api...

    Salam ziarah tuan empunya blog,
    saya baginda® ada buat blog baru,
    kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

    Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

    Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

    Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
    Sekian...

    Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

    sila ke link Berita Hairan Online..

    http://beritahairanon9.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. walaupun songkokputih a.k.a batuapi bersungguh-sunguh cuba menghalang org ramai dari menghulurkan derma kepada TB, nampaknya gelombang kebangkitan PAS REFORM lebih hebat dari puaka2 pro-muqabalah Trengganu ini.

    Laporan terkini Tabung Guaman Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat melebihi RM10,000.

    Kita berdoa TB berjaya dengan missinya.

    Kita pasti akan cantas semua pimpinan pro-muqabalah dari PAS berserta dengan pengampu-pengampu mereka dari juak-juak Terengganu.

    InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Dey Malik, sahabat yang angkat pedang dan bagi warning tu kau nak samakan dengan maki hamun dan tuduhan2 ntah hapa hapa dari TB? Mana kewarasan kamu? Ada sahabat tu pergi jaja satu Madinah bagitahu Umar tu agen Kafir Quraisy?

    Mana kau tau pro kepimpinan ulamak ialah minoriti? Kalau minoriti kenapa org2 yg pro aliran kamu kalah bertanding AJK muktamar lalu? Contoh Khalid Samad?

    Yg sebnarnya kami ialah golongan seluruh ahli Pas. Kamu boleh kami namakan sebagai golongan gunting dalam lipatan.

    Dey pooodah!

    BalasPadam
  10. Ana setuju dengan Ketua Polis... Islam mengajar kita adap yang indah dalam membuat teguran.. hatta kepada orang kafir...

    BalasPadam
  11. kata alizaidan

    "Dey pooodah!"

    itu diperolehi dari adab jemaah dari terengganu agaknya.

    BalasPadam
  12. Salam,

    Saya adalah blogger Sosialis Hijau. Saya mohon pada tuan untuk keluarkan link saya dari blog tuan kerana blog, email dan FB saya telah di ceroboh. Bukan saya yang menulis blog bermula pada 2/3/10. Saya mohon sangat2 jasa baik tuan keluarkan blog saya dengan segera.

    Sila hubungi saya di 019-4342479 untuk apa2 pertanyaan.

    Terima kasih

    BalasPadam
  13. alizaidan menulis "Yg sebnarnya kami ialah golongan seluruh ahli Pas."

    saya perbetulkan

    "Yg sebnarnya kami ialah golongan penipu kepada seluruh ahli Pas."

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog