Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 18 Mac 2010

Beer Halal atau Arak tanpa Alkohol

Saya dihujani dengan pertanyaan dan terkejut pasal ada blogger yang "minum" dengan penyiaran gambar "usrah blogger". Saya akui saya sendiri, macam terkejut juga melihat gambar untuk kali pertama dan ini memberikan pengajaran agar kita berhati-hati menyiarkan gambar orang lain dalam blog kerana orang ramai atau pembaca boleh mentafsir dengan pelbagai maksud.

Untuk mengelak salah tafsir ini, saya menulis mengenai perkara ini sejelas-jelasnya agar kekeliruan boleh dihilangkan.

Sekarang ini banyak di restauran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa akohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer berakohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa akohol ini? Umumnya orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum. (Gambar, cilok daripada laman Penembak Babi tanpa izin - maaf)

Utusan Malaysia, 8 Mei 2009 ada menyiarkan tentang maklumat ini;

Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Dalam kenyataan yang sama ada menyebut;

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Gambar disiarkan oleh Utusan Malaysia menunjukkan orang ramai mencuba beer tanpa alkohol


Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-
a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.



b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.


c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.
Saya juga mendapat maklumat bahawa minuman bergas pun mempunyai kandungan alkohol yang sedikit yang dimaafkan oleh Majlis Fatwa negara kita.
Ahmad Jalaini Abdul Ghani ada menulis;
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.


Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.


Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.


Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.


Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.


Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.


DS Najib masa perlancaran arak halal ini pun nampak macam ragu-ragu nak minum, (agak aje)



Jadi jangan jadikan minuman itu sebagai isu, fokus kepada isu sebenar yang di utara dalam perbincangan kita soal-soal kepimpinan ulama.

Saya dulu pernah berhujah dengan seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini mengenai minyak wangi beralkohol. Saya tanya beliau mengenai macam mana proses alkohol, asid karbosilik, ester (wangian daripada buahan-buahan misalnya durian) saling bertukar dalam rantaiannya CCH4. saya tanya dia bagaimana dengan cat rumah dsbnya. Sehingga beliau tak terjawab.

Saya berpendapat alkohol dalam minyak wangi tidak haram, tetapi saya tidak menggunakannya kerana saya mengambil jalan yang lebih selamat.

Soal minuman ini soal yang kilas, tapi yang lebih besar patut diperbahaskan ialah soal rokok. Tok Guru Nik Aziz kata haram. Wan Ji juga ada menulis, sila baca di sini http://g-82.blogspot.com/2010/03/sakit-jantung-disalahkan-bagaimana-pula.html (kredit kepada laman Penembak Babi sekali lagi atas artikel dan beberapa gambar http://penembakbabi.blogspot.com/ )

Petikan Tulisan Wan Ji;

Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.


Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.

Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.

Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.

9 ulasan:

  1. Alkohol ada 2 jenis. Alkohol yang dibuat dari buah peram tu. Yang itu ialah arak. Najis dan haram di makan. Cuma yg sikit atau banyak tu ada khilaf lah. Seingat aku ada fatwa kata limit 2%. Qardhawi kata 0.5%.

    Yang kedua, alkohol yg terhasil dari sisa petroleum. Kita panggil alkohol sintetik. Yg ni mmg banyak kita pakai, contoh dalam minyak rambut. Majlis fatwa kata tak haram pakai, tak najis dan boleh bawak sembahyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka [1095] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 770 JUTA , wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
      butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


      ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


      ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



      ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



      ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



      ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



      ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D

      Padam
  2. ali, dlm tranungkite kata ambik engineering. chem eng kot. bab alkohol ni (dan banyak bab lain) org kita (islam) banyak tembak sana sini sebab suruh mengaji malas. nak bagi ringkas: ikut nas yg haram tu di sebut khmar, dan setiap yg memabukkan tu adalah khmar, tak kira alkohol ka air suling ka kalu mabuk haram. nas jugak kata walaupun setitik. alkohol ni banyak jenis sampai beribu. kalu nak bagi listing tak larat tulis, org blajar chemistry selalu tulis R-OH, tu semua dlm famili alkohol. ada yg kalu makan bole mabuk ada jugak kalu makan boleh mati ada pulak yg kalu makan tak dak kesan apa2. bagi aku baik balik ke pangkal nas tadi. sebab ada org mengaji malas pakai pukul rata semua, alkohol haram. last skali di tipu dek yahudi dgn mcm2 istilah yang kita sendiri tak paham.
    bab beer tanpa alkohol ni baik toksah makan, banyak benda lain bole makan sbb klu tengok ke alasan pak iran yg bawak benda alah ni pun bunyi mcm nak ikut mat saleh tonggang tuak tapi tak mau ada alkohol. bukan ke bab meniru org kapir ni pun ada nas dia.

    BalasPadam
  3. ya betul...!!!

    Itu yang wa duk highlight kat lu semua..

    'non alcoholic' bukan isu dia..isunya 'beer'..
    tapi mengapa puak barbican ni duk sental jugak...???

    Lu pikir la sendiri...

    BalasPadam
  4. wa pon mau jd geng batuapi@firestone la huhuhu Ok ka tuan rumah

    BalasPadam
  5. perkara seperti ini tidak dapat elak dari menimbulkan fitnah... nampak macam kemaruk sangat nak minum beer...

    BalasPadam
  6. Pandai yahudi and nasrani ni yerk.... pelan2 ajak org islam tiru dia...mula2 beer xde alkohol..pastu tak ada kik ambil yg ada alkohol lah pulak....macam rokok lepas tu beralih ke dadah, ectasy etc....

    BalasPadam
  7. Ia tetap haram,kerana menyerupai arak sebenar dari segi rasa warna dan bau malah ia diperam.Ini agenda yahudi untuk menghancurkan islam.

    Memula diajar minum non alkohol,lepastu minum yg beralkohol pula..fikirkanlah.

    BalasPadam
  8. Root Beer yang ada kat restoran A&W itu haram ke tidak? Bagaimana punya minuman A&W versi botol yang dulu ada Root Beer, sekarang tiada lagi lalu bertukar menjadi Sarsipilla pula.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog