Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 12 Mac 2010

Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam

Sebelum saya menulis lebih panjang soal Perpaduan Islam suka saya nyatakan penulisan khusus kepada Pak Bakaq adalah penulisan sebagai seorang sahabat. Pak Bakaq tidak suka berhujah sesama blogger PAS apatah lagi berbalah hujah di alam maya ini.

Pak Bakaq adalah seorang ahli PAS yang komited, dulu masa kita orang buat pertemuan nak tubuh komunity blogger. Pak Bakaq tidak sependapat dengan Mahaguru58. Pak Bakaq nak komunity itu jelas mengambarkan blogger PAS.

Kedudukan Pak Bakaq berhampiran dengan Taman Melewar (Pusat atau akar umbi PAS) memberikan kelebihan kepada Pak Bakaq mendapat maklumat daripada sumber yang hampir. Apatah lagi berkawan rapat dengan Wan Joe (Bukan budak mentah Ustaz Wan Ji) yang juga pemberi maklumat kepada Pak Bakaq kerana Wan Joe, pengendali laman Jiwo Kelete lebih bersifat menjaga hati sesama pimpinan PAS. Apa-apa yang dia tak suka, Pak Bakaqlah yang akan menulis dalam blog Penarik Beca.

Memang maklumat itu adalah betul tetapi adalah maklumat daripada sebelah pihak sahaja. (Kenapa saya kata begitu, itu kita boleh berhujah kemudian. Anda boleh tak bersetuju dengan saya tapi jangan pula menuduh saya dengan label UG misalnya tanpa usul periksa dan mengikut hawa nafsu. Islam tidak mengajar begitu)


Saya tak setuju dengan tulisan Pak Bakaq yang terkini Suara musang berbulu ayamkah ini? Kenapa kita tak setuju pimpinan kita berada dalam Majlis UMNO/BN sedangkan dulu kita nak pimpinan kita dipanggil bersama dalam program-program kerajaan?

Apakah kerana persepsi kita menjadi buta dan bodoh dalam menentukan halaja tuju dakwah. Pengalaman lama dan komitmen kita dalam PAS masih kita buta dalam mentukan siapa sebenar pimpinan kita yang kita lantik? Saya tak percaya kalau Pak Bakaq mempunyai satu kepercayaan bahawa Ustaz Nasaruddin nak masuk UMNO/BN kerana itu dalam tulisan-tulisan Pak Bakaq lebih suka menggunakan perkataan nak peluk atau nak cium UMNO/BN. Pak Bakaq boleh menipu pembaca tetapi Pak Bakaq tidak boleh menipu diri Pak Bakaq sendiri.

Saya ambil tulisan Pak Bakaq yang menjadi kudis dan barah akibat Pak Bakaq gatal tangan mengaru calar yang sedikit pada PAS oleh kesilapan pendekatan politik, Lajnah Politik dan Pilihanraya selepas pilihan raya ke-12. Artikel Pergi London kerana nak peluk Umno? adalah dirujuk;
Semua laporan itu dibuat ketika hati tengah susah apabila terhidu berita beberapa hari lalu bahawa beberapa pemimpin PAS akan makan angin ke London untuk meminta fatwa orang-orang Ikhwan di sana bagi mewajarkan keinginan hati yang dah tak tahan lagi dah nak berkerjasama dengan Umno.
dan
Sebagai penonton yang berpeluang menyaksikan Pemuda PAS mempelopori usul kepimpinan ulama dalam muktamarnya pada tahun 1982 di Madrasah Masriyyah, Bukit Mertajam dan sebagai tukang edar kaset ucapan Allahyarham Tan Sri Asri Muda selepas PAS di halau seperti anjing kepala buruk dari Barisan Nasional pada tahun 1978, saya tidak pernah terfikir bahawa akhirnya saya akan melihat ulama-ulama PAS berebut-rebut naik kapal terbang ke London untuk menagih fatwa hendak berkerjasama dengan Umno.
dan
Paling memeningkan, adakah tokoh-tokoh Ikhwan yang ingin ditemui seperti Mustafa Tahan dan Faisal Mahlawi tergolong dalam kumpulan pakar dan specialist dalam mengenalpasti akhafu al-darurain di Malaysia? Adakah orang-orang seperti Mustafa Tahan atau Faisal Mahlawi kini menjadi doktor pakar yang hebat memberi ubat kepada Umno yang sedang sakit dan menjerit?

Kalaupun benar mereka adalah pakar yang mempunyai ubat untuk merawat gelejat Umno, apa pula yang mendorong Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden (yang dijangka menyertai rombongan itu sekembalinya dari seminar Commonwealth Parliamentary Association di Brussels) Haji Mustafa Ali dan Ustaz Harun Taib (Ustaz Dr Harun Din tak dapat pergi dan dikatakan akan digantikan) pergi menemui mereka untuk meminta nasihat mengenai kerjasama dengan Umno.
Bacalah sepenuhnya di sini untuk lebih tepat maksud yang hendak disampaikan oleh Pak Bakaq dalam artikel berkenaan. http://penarikbeca.blogspot.com/2008/06/pergi-london-kerana-nak-peluk-umno.html

Sampai hari ini sudah sudah hampir 2 tahun (artikel itu dikeluarkan pada 21 Jun 2008) Pak Bakaq masih belum bukti bahawa Ustaz Nasaruddin Mat Isa hadir ke London jumpa Ikhwan.

Saya lebih setuju dengan penulisan webmaster TranunmgKite dalam hal ini. Sila rujuk;

Pertemuan dengan ikhwan tak ada kaitan dengan isu masuk BN, saya malah nak hurai masalah ikhwan ini ikhwan alami, ikhwan khutri dan ikhwan jihadi. Apa yang nak sebut pertemuan ini adalah atas isu antarabangsa. Sampingan daripada pertemuan itu Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim.



Saya bertanggungjawab dengan maklumat ini. Apa yang Penarik Beca tulis adalah tidak benar. Tak ada pun pasal nak rujuk kepada ikhwan berkaiatan dengan nak masuk BN. Yang hadir dua orang sahaja dalam pertemuan itu, TGHA dan seorang lagi; saya masih tak berminat untuk dedahkan di sini. (Baca di sini http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1457&mode=&order=0&thold=0)
dan
Tulisan Pak Bakaqlah menyebab pelbagai persepsi dalam PAS, sehingga wujud manusia yang cari kesempatan akibat dendam kepada rakan dan sahabatnya tidak diberikan jawatan CEO menjadikan artikel Pak Bakaq sebagai asas untuk menuduh secara membabi buta kepada pimpinan PAS yang tidak di sukai. Tulang Besi membawa fitnah ini. Siapa yang nak bertanggungjawab? (artikel ini dirujuk Tulang Besi Mengaku Dia Berdendam Dengan Dato’ Hassan Ali)
Perjumpaan di London memang tak ada, perjumpaan UMNO-PAS diusahakan oleh Dr Khir Toyo dan diambil inisiatif oleh Lajnah Politik tanpa pengetahuan Dewan Harian PAS pada permulaannya. Akibat teguran daripada beberapa kepimpinan PAS perkara ini di bentangkan Dalam Majlis Syura & Dewan Harian. Ini fakta... soal tak puas hati boleh bincang semula dan bukannya menyerang individu yang berhujah setuju dengan pelbagai tuduhan dan SMS palsu.....
Soal perbezaan pandangan dan pendapat dalam PAS adalah perkara biasa jika tidak dibesar-besarkan. Begitu juga soal tidak suka kepada beberapa pimpinan PAS yang datang daripada Terengganu itu pun sebenarnya adalah perkara biasa. Digerai makan dihadapan pejabat Harakah masa itu syarikat pembekal keset masih ada suara-suara tak puas hati menjadi perbualan.

Takkan Pak Bakaq tak tahu bagaimana ustaz Nakhaie membaling kertas kerja di hadapan pimpinan PAS Terengganu? Hingga menghilangkan diri dan tersebar di Muktamar ketidakhadiran Naib Presiden kerana sambung belajar sedang Ustaz Nakhie hanya "berehat" di Singapore?

Kita bukan hendak melebel-labelkan pimpinan PAS dari negeri mana dia datang, kita juga bukan hendak memperbesarkan isu-isu pertelingkahan yang kecil untuk dibaca umum. Kenapa bodoh sangat kita dalam hal ini. Seperti yang saya sebut "kehilangan" Ustaz nakhaie dan cerita baling kertas kerja tak pernah tersebar secara meluas di Muktamar berkenaan. PAS menjadi harmoni.

Maaf saya tak setuju dengan saudara, sama juga saudara mungkin tidak akan setuju dengan saya. Kita boleh mengkritik pimpinan tapi biarlah benar-benar berlaku.

Kenapa saudara tidak mengkritik Harakah, sedang saudara lebih arif tentang Harakah daripada saya. Bagaimana penyelewengan Harakah semenjak daripada Ustaz Nakhaie lagi. Dulu mencetak Harakah dengan solat, puak-puak ini lebih mengutamakan cetak Harakah, solat tak apa tinggalkan!. Mereka yang berkuasa menjadikan Harakah macam mak bapak dia orang punya. Subky Latif pun tak tahan hingga meninggalkan Harakah pada ketika itu. Bila Ustaz Abdul Hadi mengambil Harakah setiap kali Ustaz Hadi datang semua puak-puak ini menghilang!!

Ketua Pengarang Harakah sekarang pun beberapa kali dipecat daripada Harakah. Masalah Harakah masih belum selesai. Harakah sumber kewangan besar bagi PAS. Tulisan mengenainya walaupun masuk dalam mesyuarat Lembaga Harakah tapi tiada penyelesaian. Ada individu mengaut kekayaan hasil titik peluh wartawan harakah yang berjaga malam. Sepatutnya duit itu diberikan kepada Ahmad Lutfi yang dikatakan akan membuat pembedahan semula setelah pembedahan dulu gagal. (Sila baca artikel pendedahan oleh Polis Pencen ini "Harakahdaily masih lembab dan belum memuaskan" kerana tulisan penulis ini telah di bawa masuk dalam mesyuarat Lembaga Harakah, tapi hasilnya macam tu juga)

Berbalik kepada Isu Perpaduan Islam. Saya nak tanya semua pembaca adakah itu salah dan bertentang dengan Islam tolong jawab. Jangan kita mengelirukan pembaca dan orang ramai dengan tuduhan UG yang sehingga membabitkan TGNA dalam hal ini.

Pak Bakaq pasti mengetahui hal sebenarnya mengenai UG. Itu sekadar kegusarkan sesetengah pimpinan PAS dengan beberapa pertistiwa yang berlaku di Selangor dan menjadikan TGHH sebagai tempat mengadu, sama juga mereka yang tak puas hati dengan tindakan mereka ini menjadikan TGNA sebagai tempat mengadu.

Malangnya perbezaan-perbezaan pendapat menjadi lebih parah kerana maklumat palsu disalurkan kepada kedua-dua Tuan Guru ini sehingga TGNA melenting dan terjadilah kepada PAS sebagaimana sekarang. Suara luar daripada bisikan syaitan mengambil kesempatan mengapi-apikan suasana ini. Tulang Besilah antara menjadi saluran syaitan yang bodoh dalam uslud dakwah kerana meninggalkan program tarbiyyah dan jamaah.

Sebelum saya mengakhir artikel ini saya minta maaf sekali lagi kepada Pak Bakaq tapi saya minta (macam cabarlah) Pak Bakaq nyatakan penderian adakah UG itu masih wujud lagikah dan masih ada pempinan PAS yang nak cium dan peluk UMNO/BN seperti tulisan Pak Bakaq terkini. Jawablah, sekurang-kurang mengubat persepsi saya terhadap saudara.

2 ulasan:

  1. betul ke pak bakaq ahli pas komited, tengok pada gaya dia hanya menyokong pasal tertentu dalam pas. atau dah terbakaq sampai pas pun turut terbakaq bersama pak bakaq

    BalasPadam
  2. Saya ada cerita pasal Harakah kan!!
    Kenapa saya kaitan dengan Harakah
    Dia tahu saya tahu banyak perkara.

    Apa pun tunggu reaksi dia.
    Maklumat parti tak boleh terdedah begitu sahaja.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog