Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 6 Mac 2010

Kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang tak akan tergugat!

Apabila makin ramai MP Keadilan keluar parti samada menyertai UMNO atau menjadi MP bebas bicara-bicara internet menjadi makin panas membuat analisis soal kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bicara mengenai mempertahankan agar kuasa 2/3 BN tidak dicapai.

Saya tertarik mengulas mungkin dalam bentuk yang bersantai mengenai kenyataan Dato' Khairy Jamaluddin dan ulasan kenyataan KJ ini telah disanggah oleh Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) Mohamad Sukri Md Saad.

Bagi saya kedudukan DS Anwar tidak akan tergugat selagi kerjasama dengan PAS masih wujud dan selagi sebahagian pimpinan PAS masih walaq kepada DS Anwar lebih daripada Presidennya sendiri. Mungkin kenyataan ini nampak prajudis tapi kita diberikan akal boleh berhujah dengan akal yang ada melainkan kita sudah tidak mampu untuk berfikir jauh.

Artikel yang lalu saya berikan fakta bagaimana seorang YDP PAS Kawasan Bandar Tun Razak boleh jadi calon PKR kemudian yang sekarang ini sedang berperang dengan Lembaga Disiplin PKR. Anda semua tahu YB Zul kan!! Saya menulis di sini baca jika tak setuju boleh berikan komen Zulkefli Berpotensi Untuk Keluar PKR?  (Jangan jadi macam Tulang Besi, menyamar beberapa nama komen dalam blog dengan pelbagai tuduhan tapi masih buta IT kerana tak tahu nak tukar IP.)

Saya juga pernah menulis dengan fakta bahawa Saifudin Nusation adalah ahli PAS yang sah telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR. Ini kenyataan, kalau salah sila hujahkannya. Baca artikel saya di sini Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!

PAS adalah sahabat yang baik untuk PKR (bacalah di sini PAS sahabat yang baik). PAS  boleh berikan calon, PAS boleh bagi SU Agung, PAS boleh berikan macam-macam yang rasanya kurang sesuai di tulis di sini melainkan ada yang membantah artikel ini untuk saya berhujah kemudian.

Tidak mustahil PAS akan bagi MPnya melompat parti masuk ke PKR bagi memastikan DS Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang. PAS akan lakukannya, betul tak Pak Bakaq?

Saya boleh sebut nama-nama MP PAS yang akan masuk PKR. Dan.. mereka ini tak perlu tunggu mesyuarat khas PAS pun untuk mereka boleh bersama dengan DS Anwar Ibrahim. Mereka bukan asing lagi. Dulu masa Projek 16 September mereka ini telah berbincang dengan DS Anwar lebih dulu daripada Dewan Harian PAS lagi..

Tulang Besi cukup arif dan mengetahuinya. Tunggu komen Tulang Besi, bagaimana autonya pula. Saya akan dedahkan step by step mengikut rentak TB.

Menjadi calon, menjadi SU Agung bukan perkara kecil tapi telah berlaku dengan jelas dihadapan mata kita. Tidak hairanlah ada yang mengatakan gabungan dengan PR untuk membentuk Kerajaan Malaysia sudah wujud bayangan kabinet untuk MP PAS.

Tapi yang kena getahnya Presiden PAS dengki nak jawatan. tamak haloba nak masuk UMNO nak jawatan. Memang seolah-olah ulama PAS bodoh, tarbiyyah PAS adalah tarbiyyah kebendaan. Bagi saya  tidak mustahil mereka inilah yang beriya-iya untuk sesuatu matlamat hinggakan sanggup memijak ulama dalam PAS.

Artikel ini adalah dirujuk bagi artikel saya di atas.
Jawatan Ketua Pembangkang : Khairy Politikus Lucu dan Dangkal

Oleh Muhammad Shukri Mat Saad 
Kuala Lumpur - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kedudukan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang adalah satu kenyataan yang lucu dan dangkal.


Khairy berhujah bahawa pengekalan Dato' Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kalau Khairy dulunya membantah "campurtangan asing" MP Australia yang mendesak pertuduhan ke atas Dato' Seri Anwar digugurkan, apa hak Khairy untuk membantah muafakat PR untuk Dato' Seri Anwar terus kekal mengepalai PR di Dewan Rakyat?


Khairy menyatakan bahawa tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR kini. Khairy mungkin buta sejarah, kerana sejarah Dewan Rakyat pasca merdeka pernah menyaksikan Almarhum Dato' Onn Jaafar, perwakilan tunggal Parti Negara di Parlimen pada tahun 1959 dilantik menjadi Ketua Pembangkang meskipun pada ketika itu blok pembangkang didominasi oleh Pas dan Socialist Front. Memimpin PR memerlukan karisma dan kualiti kepimpinan yang fleksibel, dan ini jelas terbukti ada pada Dato' Seri Anwar pada masa kini dan dipersetujui oleh PAS dan DAP khususnya.


Tidak timbul isu,sebagaimana didakwa Khairy, bahawa PR hanya bergantung kepada Dato' Seri Anwar tanpa sebarang pelan penggantian. Ini kerana PR tidak mengamalkan pelan penggantian individu yang hanya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu sebagaimana Umno. Sebaliknya segala keputusan mengenai hala tuju kepimpinan PR akan bergantung kepada Konvensyen setiap parti komponen dan juga Konvensyen PR sendiri di masa akan datang.


Ini berbeza dengan Umno, pengganti Presiden Umno misalnya, diputuskan oleh penyandang Presiden terdahulu tanpa sebarang proses demokrasi, dan perwakilan Umno dalam Pemilihan Umno hanya menjadi rubberstamp untuk mengesahkan 'pilihan hati' penyandang meskipun pilihan itu boleh dipertikaikan kredibilitinya.


AIC berpendapat, adalah wajar bagi Khairy untuk memperkemaskan gerak kerja dan kedudukan beliau di dalam Pergerakan Pemuda Umno, daripada terus mengekori jejak yang diambil oleh Dato' Seri Anwar dan PR umumnya.


Jika Khairy merasakan bahawa Dato' Seri Anwar mendatangkan masalah, AIC sepenuhnya bersetuju bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar sememangnya mendatangkan masalah, bukan kepada PR, tetapi kepada sistem korup dan perlaksanaan zalim kerajaan Umno-BN sehingga menyebabkan setiap inci jejak dan langkah yang diambil Dato' Seri Anwar bisa mendatangkan racau terhadap kepimpinan Umno-BN.


Muhammad Shukri Md. Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
http://www.anwaribrahimclub.com

1 ulasan:

  1. "Bagi saya kedudukan DS Anwar tidak akan tergugat selagi kerjasama dengan PAS masih wujud dan selagi sebahagian pimpinan PAS masih walaq kepada DS Anwar lebih daripada Presidennya sendiri"

    BACHOK, 6 Mac — Pakatan Rakyat (PR) tetap mengamanahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun parti itu dikatakan tidak lagi mendominasi ikatan itu di Dewan Rakyat.

    Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memberitahu perkara itu ketika menyampaikan ceramah umumnya di kampung Nelayan, Kandis dekat sini malam tadi.

    “Pakatan yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah sepakat, walau apapun Anwar tetap akan jadi ketua pembangkang.

    “Umno jangan sibuk-sibuk nak campur tangan dalam hal ini. Ikut kami lah, siapa yang hendak kami lantik sebagai ketua pembangkang. Umno yang susah-susah itu kenapa?” katanya.

    Beberapa penganalisis politik berpendapat kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat tidak lagi relevan setelah bilangan kerusi dimilikinya merosot.

    Penganalisis politik berpandangan kerusi ketua pembangkang perlu diwakili oleh calon parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen.


    kahkahkahkah

    Nasharuddin wala' kpd DSAI dah ker?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog