Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 10 Mac 2010

Mengulas Artikel Pemimpin PAS Yang Bangang laman Sokong Pakatan Rakyat

Terbaca secara tak sengaja satu artikel yang dilinkkan ke laman Sokong Pakatan Rakyat yang bertajuk Pemimpin PAS Yang Bangang yang diterbitkan hari ini. Tulisan ini sekadar mencari kesalahan Pimpinan PAS terpilih yang tak disukai untuk dipecahkan-pecahkan bagi melemahkan barisan kepimpinan PAS.

Anda boleh baca tulisan berkaitan di bawah ini (Petikan penuh).
PEMIMPIN PAS YANG BANGANG

Puak Muawiyah bila nak kalah ketika Perang Siffin, maka mereka pun mengangkat al quran untuk memberhentikan serangan dari kumpulan Khalifah ketika itu, Saidina Ali karamallah wajhah. Selepas itu puak Muawiyah menyerang habis-habisan sehingga kalah kumpulan Saidina Ali karamallah wajhah.

Kini Umno dah nampak nak kalah pada PRU 13. Maka mereka pun menyanyikan lagu perpaduan Melayu dan Islam. Yang bangang pun ikut rentak yang sama. Apalah malang Pas dapat pemimpin macam ini..

Kalau pada muktamar pemilihan akan datang, para perwakilan Pas masih menyimpan pemimpin ini, tanda Pas nak jahanamlah nampaknya.
Saya bukannya penyokong kepada UMNO/BN tapi baca tulisan bodoh ini saya terasa untuk mengajak pembaca berfikir, jika PAS dianggap sebagai Saidina Ali manakala UMNO dianggap Muawiyyah. Penulis dan pemilik Blog di kalangan PAS Reform ini boleh dianggap Khawarij. Itulah logik mudah mengikut cara berfikir penulis blog separa masak ini.

Mereka yang memberikan komen pada blog ini pun spesis yang sama, masak-masak separuh.

AFRAR YUNUS said...
salam sheikh
kiasan yang cukup tepat.
March 10, 2010 3:27 PM

The Highlander said...
kalau tak paham lagi, tahu tahu nak katalah...
March 10, 2010 4:22 PM

MANSOR JUNUS said...
Tepat sangat komen di atas. Bila nampak bunga2 nak kalah baru nak berdamai.
March 10, 2010 7:50 PM

Mana lebih baik antara Muawiyyah dengan Khawarif? Jadi UMNO/BN lebih baik daripada puak PAS Reformlah.

Nak menulis sekadar nak burukkan pimpinan PAS yang tak disukai tulislah guna akal jangan guna kepala lutut!!

7 ulasan:

  1. aku nampak hang yang separa lutut...

    BalasPadam
  2. Muawiyah ni Nabi org 1st yg pimpin armada tentera laut Islam. Muawiyah jugak ialah penulis wahyu. Buktinya nama Muawiyah diletakkan bersama dgn penulis wahyu yg lain iaitu Zaid bin Tsabit dalam Mu'jam Kabir Thabrani. Dengan kata lain, Quran yang kita semua duk baca sekarang ni boleh kita kata dipelihara Allah dengan asbab Muawiyah yang menjaga yg menulisnya (tanpa menafikan sumbangan para sahabat lain seperti Saidina Usman yg membukukan Quran).

    Berani kita nak kata Muawiyah ni ahli politik yg jahat dan licik?. Yang sanggup khianat dan memebrontak dan menipu Saidina Ali demi untuk menjadi khalifah? Sejarah celaka ini sengaja dicipta oleh golongan jahat yg mempunyai tujuan akhir; meragukan Al Quran yg kita semua baca.

    Mana mungkin kamu hendak percaya kepada quran yg ditulis dan dijaga oleh seorang manusia yg khianat seperti Muawiyah, yang sanggup melakukan apa saja mengenai kuasa. Jadi kesahihan Quran pun akan diragui!

    Muawiyah jugak ada disebut sebagai ipar, kepercayaan, sahabat dan penulis wahyu utk Nabi dlm kitab Bidayah wan Nihayah. Bukankah menghina para sahabat setaraf inioleh golongan jahil menjerumuskan mereka dalam fatwa Imam Ahmad iaitu "Jika kau melihat seorang berbicara buruk tentang sahabat, maka ragukanlah keislamannya"

    Kenapa puak bodoh tolol yang bangang ini tidak nampak tujuan sebenar fakta sejarah Islam yg sengaja diputar belit?? Kenapa tak mahu kaji dan terus mahu jatuh dlm perangkap musuh.

    Aku cadangkan kita semua baca link2 di bawah:

    http://irfanothman.blogspot.com/2008/08/sayyidina-muawiyah-khalifah-rashid-yang.html

    http://alumnimatmiiumbatch.wordpress.com/2009/03/23/pemalsuan-fakta-peristiwa-unta-usaha-jahat-untuk-merendahkan-generasi-sahabat-ra-01/

    Kalau ada duit sikit, cari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu diperbetulkan Semula yg ditulis oleh Prof. Dr Ibrahim Ali Sya'wat terbitan Jahabersa.

    Khalid samad pun kena baca. Dia pun duk laung hujah ni masa muktamar tahun lepas. Malu aku ada pemimpin macam tu!

    BalasPadam
  3. Silap ayat awal. Baca :

    Muawiyah ni org 1st yg pimpin armada tentera laut Islam.

    BalasPadam
  4. kalau nak peleceh para sahabat memang jenis tak boleh pakai... takda akaii.. Muawiyah tu sahabat, Ali pun sahabat, tak payah la jth hukum sapa yg salah. Mereka diredhai Allah. dlm quran disebut tentang kisah pengorbanan mereka.
    Jgnlah jadi penyambung lidah hina menjatuhkan maruah sabahat.Anda bangang jgn bangangkan org lain. Banyakkan tengok silap diri.
    Kalau ikut set2 reform nie, kalu pemimpin pas nak jumpa ahli umno kena bagi laporan kat pkr atau dap. Nanti depa tersinggung dan terasa hati. Kalau set reform jumpa set umno, akan dianggap dakwah. dap dan pkr paham, sebab dah kenal tentang kekentalan jiwa mereka dari terjebak dgn hasutan umno. Kes terbaru pasal Natrah. Dlm gelap depa marah, dlm terang pun depa marah. Mmg gila la kalu ikut puak2 ni.
    Nahsa kena bagitau kat mana dia pi.. pastu kalu payah sangat dok umah je takpayah pi mana. nanti DAP dan PKR terasa.
    Bila time nak bertanding pakat nak banyak. tapi bila dah menang pakat nak lompat. tak pikiq pulak perasaan org pas. Pantang silap sikit. Lutut gak yg dibangangkan... dunia oooh dunia. Berkasih sayang antara sesama muslim dah takde. yg ada bibitkan rasa benci dan dendam tak kunjung padam...

    BalasPadam
  5. ishh...bodoh betul diorg ni (senng ckp), kalu kite mengaji dgn mane2 tok guru, diorg bile cakap isu peperangn siffin, akhir sekali mereka tidak akan buat kesimpulan yg mane betul dan yg mane salah, mereka takkan ckp yg S.Ali @ Muawiyah yg salah, mereka hya menyerahkn perkara ni kpd ALLah yg Maha Megetahui, sbb kedua2 ni adalah sahabat besar di zaman RasuluLLah, & mereka berkelayakan utk membuat ijtihad mereka sndr.

    aku hrtu rs berbulu je, bile si khalid cerite pasal perang siffin dlm ucapan nye time muktamar, malas nk ckp la bengong nye pak cik tu. ulama'2 yg mengaji bidang ilmu Islam pun tak pertikai mcm die pertikai, die yg mngaji ilmu besi & mesin (Ir.) nak pertikai.

    terserlah ketidakfahaman org tua ni.

    BalasPadam
  6. "pencatat berkata...
    aku nampak hang yang separa lutut..."

    Setakat cakap macam tu.
    Hujah mana?
    Tak ada otak ke.
    atau otak di kepala lutut!!
    Gentleman sikitlah!!

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan Ali Zaidan, bila baca buku Khalifah dan Kerajaan karangan Abu ALa Al Maududi kita akan mendapat keinsafan dalam dunia Islam ini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog