Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 23 Mac 2010

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya?

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya? Ramai bertanyakan saya, tapi setakat ini belum ada yang SMS kepada saya seperti Pak Bakaq, Penarik Beca.. oooww YB PAS pun ada SMS!! (Pak Bakaq bukan ahli PAS pun orang PAS SMS dia - Saya bertanggung dengan kenyataan ini, sila hujah saya) Saya kata nak tahu dia itu siapa? Bacalah tulisan-tulisan dia pasti anda boleh mengenali dia. Penipu dan pembelit tidak boleh menipu dan membelit untuk semua fakta!

Tulang Besi @ Abdul Rahman memang pernah mengisi borang menjadi ahli PAS. No ahlinya ialah 253812 dengan menggunakan IC lama bernombor A2317897. Dia mendaftar di Cawangan Bangsar, Kawasan Lembah Pantai menggunakan alamat 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur. Status keahliannya tidak aktif kerana dia tidak membayar yuran pada cawangan yang didaftarkannya.

Kalau tanya saya, saya kata dia ahli PAS yang berkepentingan; mencari sesuatu untuk kepentingan diri sendiri dan merancang untuk membuat sesuatu begi memecah belahkan PAS jika hasrat dan cita-citanya tidak tercapai -- tabiat ini saling tak tumpah seperti manusia pendendam dan busuk hati.

Hukum berjamaah dalam PAS, salah satunya ialah walaq. Bila sebut walaq maka Pak Bakaqlah orang yang akan menghentam saya pasal walaq. Saya tak hairan Pak Bakaq lebih syiah daripada syiah!! Saya pun dah sebut dia bukan ahli PAS. Tapi saya hairan bila Zainulfaqar lulusan syariah yang bekerja dengan Jamaah PAS (harakahdaily) juga mempertikaikan pasal walaq.

Tapi bila saya baca tulisan dalam bloq Penembak Babi mengenai Usrah Barbican, saya menjadi mengerti dan akur bahawa Pak Bakaq adalah naqib usrah berkenaan dan percambahan fikiran dan ilmu membuatkan ahli-ahli usrah berfikiran demikian, tanyalah Wan Ji. Saya berkesempatan untuk memamparkan gambar Usrah Barbican yang lebih besar yang dikenali sebagai usrah umum yang dihadiri oleh masuul Kickdefella.

Saya tak nak cerita pasal kickdefella, tapi anda akan faham dengan perkataan ini "Pelacur dan kaki tonggang arak pun undinya sama dengan seorang ulama seperti Nik Abdul Aziz"

Inilah kumpulan pemikir-pemikir dalam Task Force 13 yang membentuk persepsi masyarakat kepada pimpinan yang nak ditonjol atau nak dijatuhkan. Tanyalah webmaster laman Perisik-Rakyat dia cukup arif pasal maklumat ini kerana dia adalah salah seorang daripada 13 "budak hitam". Saya tunggu jawapan balas daripada webmaster laman Perisik-Rakyat.

Tulang Besi dimana dia dalam hal ini?

Tulisan Tulang Besi bertajuk September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu? boleh dibaca di laman Perisik-Rakyat (satu daripada tali barut pengkhianat PAS - http://perisik-rakyat.com/2010/03/september-16-gagal-kerana-pas-amal.html) mengambil sumber daripada MP Katak, Zahrain sebagai rujukkan dan menepikan apa yang diucap oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi sendiri.

TGHH mengatakan bahawa maklumat yang diberikan itu ada yang tak tepat. Baca di sini;

“Dakwaan itu tidak tepat dengan hakikat yang sebenar, kami lebih faham apa yang berlaku, PAS juga bijak menangani hal ini,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, dakwaan lapan nama ahli parlimen yang dikatakan akan melompat keluar dari BN oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak tepat. (baca lagi di sini)
Kata-kata Presiden PAS ini disahkan dengan kenyataan yang hampir sama oleh penulis Malaysia Today Raja Petra dalam artikel Zahrain, tolong beritahu keseluruhan cerita.

TGHH telah mengecam sikap MP Zahrain. Malah TGNA pun mengutuk tindakan ini. Tapi malangnya Tulang Besi menjadikan Zahrain tempat rujukkan untuk menyerang beberapa orang pengerak parti PAS termasuk pengawai peribadi Presiden PAS sendiri.

Lagi menghairankan Zainulfaqar pun berbeza pandangan dengan Tulang Besi. baca di sini http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/23/16-september-versi-zahrain-dipertikai-lagi/ (sama sendiri berbeza fikrah -- hampa tak mahu ke jawatan CEO bila kita orang jatuhkan Dr Hassan Ali dan naikkan geng kita)

Apa tujuan si munafik ini berbuat demikian? Betulkah Tulang Besi munafik? Saya tinggal dulu kepada pembaca untuk pembaca mencari jawapannya.

Kenapa Zahrain lebih dirujuk oleh Tulang Besi berbanding dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi? Tulang Besi menolak pandangan Raja Petra, malah pimpinan UMNO sendiri pun tidak bersetuju dengan Zahrain tetapi menjadi hujah bagi Tulang Besi untuk menjatuhkan pegawai peribadi Presiden PAS Dr Shamsuri.

Hanya orang tak berfikir sahaja boleh mengiya tindakan bodoh ini.

Saya tercari-cari kenapa? Akhirnya saya dapat jawapan untuk ini kenapa Tulang Besi beriya-iya bersetuju dengan Zahrain kerana dia dan zahrain adalah mereka yang pernah minta jawatan CEO dalam parti masing-masing. Begitu buruk rupanya orang yang berdendam tak dapat habuan duniawi.

Bacalah di sini untuk maklumat lanjut "Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati" - http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/03/rupa-rupanya-tak-boleh-jawatan-ceo.html

16 ulasan:

  1. Bodoh punya Batu Api. Tak habis2 buat fitnah. Hari tu dah kena tangkap sekali kata aku ada kat MAlaysia padahal aku kat obersea.

    Aku mana ada daftar dgn cawangan di Lembah Pantai. Aku daftar terus Kawasan.

    Tnaya hj Sulaiman. Aku tak pernah miss bayar yuran. Aku asyik bagi kat Hj Sulaiman jual rojak, bekas YDP Lembah Pantai.

    Kao nak tipu sapa ni Batu Api?

    Ni lah tarbiyyah/wala' kao. Kerja menipu dgn sebar fitnah.

    BalasPadam
  2. siap dgn no ic pon masih nafi lg? huhuhu

    BalasPadam
  3. Bro TB...

    Malam ni tak pegi 'mabuk' barbican ke??

    Wan Ji buat sambutan besar-besaran dengan hero barbican luorang, aka aduka kat LCCT masa lu balik dari Indon...

    Lu tak puas ati...terus buat interview ngan Msia kini...nak glamer punya pasal...

    Zainul Faqar (aduka sebut f*k*p) tengah intai jawatan kat Msiakini, tapi tak de orang nak layan...pasal berita tak de kualiti, asyik duk lobi aduka ngan TB aje...duk jaja junjung diorang ni dah jadi ala-ala barwa....sebab tu Harakah daily pun hancuss...

    Sori bro...

    BalasPadam
  4. makaih. status ahli tidak aktif tu, tapi macamana stopa ali boleh terima aduan ahli yang tidak aktif, ni mesti stopa ali takut dengan ugutan tulang besi, orang lain buat aduan tak kutip derma untuk bayar peguam, mungkin stopa ali takut kena saman kot, maklumlah stopa ali bukan kaya walaupun dia dikaitkan dengan kerajaang perpaduang. stopa ali buka SUA PKR yang bergaji 9 ribu dan bukan bergaji 6 x gaji exco. kesian stopa ali, orang lain makan rusa panggang dengan barbican stopa ali kenyang dengan makihamun je

    BalasPadam
  5. abgPianLangkap24 Mac 2010 12:09 PG

    salam pencerahan usus...
    SU agung kena beli dah ke? tak dpt jwtn CEO kot?
    Pasti kalau sesiapa yg kuat tak pueh hati tu tengok latar belakangnya samada pernah mohon jadi CEO dengan niat ikhlas tapi tak dapat? kalau ada mohon, tapi tak dapat, pastu tak pueh hati, itu tanda Ikhlas martabat tinggi.. Entahla..martabat yg mana yg dicari aku pun tak tahu. kena tanya si tulang laa...huhuuu

    BalasPadam
  6. Salam Pencerahan Usus!!!

    Hahahahahha...wa gelak guling2...
    berair2 mata...

    Hahhahahahahaha....

    BalasPadam
  7. Kahkahkah kao tengok betapa bodoh nya Batu Api ni. Artikel tulang besi tu ambik temuramah Presiden dengan Ummahonline.

    Anyways, saya akan report pada SU Agung, Cikgu Mustafa aAli berkenaan bagaimana maklumat keahlian saya boleh tersebar kepada blogger picisan macam BAtu Api ni

    BalasPadam
  8. Tulang Besi,
    Engkau kata aku Songkok Putih
    Songkok Putih memang AJK IT PAS Pusat
    AJK IT PAS tahu pasal database kan!!

    Logik kan!!
    Apa lagi bersumpahlah bahawa BatuApi @ FireStone adalah Songkok Putih. Semua orang akan percaya kepada engkau!!

    TB Neraka itu Tak Best!! Betul Kata Ali Zaidan (eh salah pula Songkok Putih)

    kahkahkah kao memang lucu
    nanti akan buat buku komik dan minta izin nak petik semua tulisan engkau dalam sebab semuanya kartun!!

    Fakta kebanaran pasti akan menolak tulisan jenaka engkau melainkan orang bodoh sahaja tertipu..

    bye-bye TB

    BalasPadam
  9. kapten shibabi24 Mac 2010 9:47 PG

    SongkokPutih semakin mengarut.

    sudah2 lah tu SongkokPutih. Anda baru kematian isteri. Sepatutnya kamu ambil pelajaran berguna daripadanya. Hentikan fitnah kamu.

    Dapat isteri baru dah nak tunjuk hero... tunjuk hero dalam bilik tidur bolehlah....

    BalasPadam
  10. Kalau Songkok Putih (batu-api) mendedahkan TB, maka Allah pasti akan dedahkan Songkok Putih pula.

    Tunggu, Tn. Hj., identiti kamu akan terdedah tak berapa lama lagi.

    BalasPadam
  11. besa la busuk hati pye kaki maa... ade jugak yg sokong si bahlol TB si giler jwtan ni heran aku.

    setiap artikel TB hanyir dgn bau fitnah.

    BalasPadam
  12. bukan ke TB pernah dedahkan maklumat keahlian dia dalam blog dia.. http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html

    BalasPadam
  13. yg busuk hati ialah kamu songkokputih (bati-api)

    tak percaya tanya guru yg mursyid utk melihat hati kamu... hitam dan berulat....

    BalasPadam
  14. ko ni mmg buta perut buta kayu sungguh la tanpa nama...ko suh org pegi jumpe guru mursyid, ko jgn lupe plak, ko pun pegi same jumpe guru mursyid, tgk hati ko & si TB tu, jgn guru mursyid barbican plak yg ko jumpe.

    BalasPadam
  15. FFF (FUCK FUCK FUCK) IS ALSO SONGKOK PUTIH. AREN'T YOU?

    BalasPadam
  16. Kalau anda hendak PUKUL Tulang Besi, si penabur fitnah, boleh lawat di sini

    http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-1.html

    http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-2.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog