Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 14 Mac 2010

Ulas Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program pelancaran buku Natrah

Ada yang hantar email minta saya ulas mengenai Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perlancaran Buku Natrah. Saya rasa macam nak tergelak juga. Puak-puak "sakit jiwa" ni (SP Ali Zaidan kata puak PAS Recond, SP TKO kata puak-puak anai-anai, SP OrgMengila kata PAS Reform, tapi semuanya menjurus kepada puak-puak blogger celaka seperti yang diucapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz)

Terfikir saya jika terlihat puak-puak sakit jiwa, Presiden PAS berhenti di Pump Station untuk buang air kecil. Pump Station itu pula milik penyokong UMNO maka terus dipersoalkan kenapa Presiden masih lagi meneruskan agenda UG, sedangkan Presiden kata UG sudah tutup buku.

Puak sakit jiwa ini akan berhujah, lihat Dato' Seri Anwar Ibrahim bila nak buang air dia berhenti di rumah Dato' Fauzi. Dato' Fauzi yang nak masuk PAS terus masuk PKR. Tuan Ibrahim Tuan Man apa dia buat?? Jadi Pengerusi Lembaga Disipilin pun tak reti. Sepatutnya bagi aje jawatan Lembaga Disiplin kepada Greenboc kerana dia lebih arif tentang Perlembagan PAS. (Ahli PAS kantoi dan pernah hadir program PAS mana tahu ada perubahan perlembagaan).

1. Nak tanya sedikit sebelum nak ulas, Ustaz Nasha ni hadir atas Jemputan UMNO atau bukan?
2. Dia juga hadir atas PAS atau atas peribadi?
3. Program tu program UMNO atau bukan?

Banyak sangat tulisan berkenaan perkara ini terdapat di internet semuanya membuat ulasan tanpa mengetahui "asbabun Nuzul" sekadar mengulas mengikut selera masing-masing.

Seorang penulis nicknya UlitMayang @ Prosefor @ banyak lagi nick lain di TKO telah menulis dan minta pembaca mengulas;

Besar kemungkinan dan elok sangat kalau pimpinan tertinggi PAS membuat dan menyediakan satu ‘check list’ , senaraikan program macam mana yang boleh dihadhiri. Jangan lepas bebas macam lembu di padang.
Sebelum saya nak ulas lebih lanjut, saya pun hairan juga dengan perangai pengendali laman web TKO (Tulang Besi pun terkejut babi, Songkok Putih kritik Songkok Putih) yang boleh melulus artikel berkaitan ini lebih daripada 3 kali, seolah-olah tidak wujud semakan artikel semasa mengurus TKO kelulusan artikel untuk diterbitkan.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3172

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3122&mode=thread&order=0&thold=0

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3138&mode=thread&order=0&thold=0

Apa lebihnya ulitmayang sehingga artikel itu boleh keluar beberapa kali?

Saya setuju dengan teguran besut_pas dalam TKO yang berbunyi; (lagi terkejut babi, si Tulang Besi apabila Songkok Putih mengkritik pedas Songkok Putih sendiri)
Saya bersetuju 100% dengan pendapat Pastotok. Kenapa pengendali tranungkite siarkan artikel mengfitnah di tranungkite? Pelik kan... semua orang dah tahu bahawa perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan dah berakhir dengan perletakkan jawatan Pak Lah dahulu. Artikel seperti ini mengfitnah, tetapi tranungkite siarkan juga?


Kalau di akhbar atau pun laman web portal berita seperti Berita Harian dan Malaysiakini.com, mereka mempunyai Pengarang yang berkuasa penuh untuk meluluskan sesuatu berita. Kalau berita itu tidak menguntungkan mereka atau dari sumber yang tidak sahih, maka tidak disiarkan berita tersebut.
Kenapa tranungkite tidak dapat melakukan hal yang sama? Tidak ada orang yang berkelayakkan atau apa sebenarnya?


Kalau tujuan pengendali tranungkite artikel fitnah seperti ini untuk dibahaskan dan dinilaikan baik dan buruk oleh pembaca, pendapat saya.. ianya bukan sikap yang betul menurut islam. Maaf diatas teguran ini ke atas pengendali tranungkite.
Untuk menambahkan api panas kekusutan ini (nak cipta kononnya kehadiran Ustaz Nasha ini cukup bahaya kepada Pakatan Rakyat) setelah usaha blogger menulis tidak nampak berhasil, YB Khalid Samad mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini. lagi,


Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.
lagi;
Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

(Bila pula kerajaan perpaduan antara UMNO-PAS, ini adalah racun dan memanipulasi malumat bagi sesuatu tujuan yang tak baik)

lagi,
“Kena tanya beliau (sebab hadir). Tidak perlulah rasa curiga atau apa. (Kita) kena tanya beliau secara langsung. Bila ada peluang, bila saya jumpa beliau di parlimen, saya akan tanyalah, kenapa beliau hadir.



“Adakah beliau hadir atas jemputan atau jawatan dia hadir untuk menunjukan kesatuan apa? Tetapi dari sudut fakta sejarah, isu Natrah ini pun tidak mencapai perpaduan Melayu. Kalau benar tercapai (perpaduan Melayu), mungkin British tidak berani benarkan apa berlaku untuk berlaku,” katanya.
(Dzulfikar Mashoor ditugaskan untuk menyiarkan artikel menguat kenyataan ini di dalam Harakahdaily bagi memanaskan lagi isu untuk menolak kehadiran Ustaz Nasha dalam perlancaran Buku Natrah kerana usaha-usaha awal tidak nampak keberhasilannya)

Hebat projek untuk menjatuhkan sebahagian pimpinan PAS yang tak disetujui terutama kepimpinan ulama sedang dilakukan bagi Muktamar PAS akan datang sebab Muktamar tersebut adalah Muktamar Pemilihan. Jangan hairan kalau saya katakan sesetengah manusia Islam ini,angan hairan kalau saya katakan sesetengah manusia Islam ini, solat pagi dan petang mengadap Allah s.w.t. dalam masa yang sama dia sanggup memakan daging mentah sahabatnya sendiri.

Tidak hairanlah Abdullah Ubai semasa Nabi Muhamamd s.a.w. masih hidup berjaya membawa lari 300 orang dari medan perang. Apakah orang yang lari bodoh tak kenal Nabi Muhamad s.a.w. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. boleh dijumpai sendiri untuk bertanyakan sesuatu. Apatah lagi zaman sekarang setakat Abdul Hadi, apa ada pada Hadi? dia tamakkan harta nak cium buntut UMNO, Dia lapaq nak jadi Pendana Menteri, dengki kepada Anwar Ibrahim. Buka saya kata TGNA kata!!!!!! (Betul ke Ulitmayang??)

Jika anda hadir mana-mana tamrin PAS, anda akan didedahkan bagaimana kita nak berdakwah, kita juga didedahkan buku Uslud Dakwah karangan Abdul Karin Zaidan. Kita diminta mendekati madu' dengan apa cara sekalipun. Jika kita perlu tukar imej kita tukar imej sehingga ada yang bertanya perlu ke buka kupiah, serban dan jubah, ya jawapan ini direstu sendiri oleh Dewan Ulam PAS.

Kita juga diajar untuk hadir dimasjid-masjid UMNO/BN sehingga wujud perbahasan soal solat dibelakang iman yang zalim dan fasiq. Apatah lagi kita juga diajar untuk masuk ke Kelab dan Persatuan bagi memajukan suara Islam dalam Kelab dan Persatuan.


Itu kaedah dakwah yang yang diajar oleh Islam dan PAS. Melainkan anda mengikuti usrah-usrah dikedai kopi bersama dengan beberapa blogger untuk menjatuhkan kepimpinan PAS yang tidak sukai. Usaha dakwah untuk hadir-hadir usrah blogger sedang rancak dilakukan.

Saya bagi fakta dan hujah, kalau tak setuju dengan saya sila berhujah jangan diam dan membisu. (Baca di sini Clubing dan bogel di Kelantan, Wan Ji @ Al Baskitani mengajak Aduka Taruna, penghina Isteri Nabi Muhammad s.a.w. untuk ber"usrah" sama dengan dia. Seronoknya nanti Aduka dapat peluk2 ala ulama dengan Wan Ji http://adukataruna.blogspot.com/2010/03/clubing-dan-bogel-di-kelantan.html )

Usrah sambil makan nasi arab dan minum "barbican" yang kadang-kadang ada scotch (yang tu akan jadi beer....) lagi seronok daripada usrah puak Ulama PAS yang makan dalam dulang, berlauk ikan kering, sayur taugel dan ikan kembong (mata dah merah) goreng. Duduk pula dalam Masjid nak merokok pun sasah!!


Habis satu episod, kita masuk episod kehadiran Ustaz Nasha dalam perlancaran buku Natrah.

Datin Seri Fatini Yaacob, Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia dalam ucapannya ada menyebut;
Saya berterima kasih dan percaya dengan kesudian Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jawatan kuasa tertinggi Pas yang hadir ke majlis pelancaran buku ini juga sebagai menyatakan istiqamah parti tersebut, dalam menyambut usaha yang baik ke arah perpaduan Melayu dan mengangkat martabat Islam.
Saya secara peribadi turut mengundang ahli jawatankuasa tertinggi parti PKR ke majlis pelancaran buku ini. Namun sayangnya hasrat saya untuk melihat detik perpaduan tiga kelompok pemimpin tertinggi parti ini dalam majlis pelancaran buku Natrah yang dulunya memang menyatukan orang Melayu dalam perjuangan membela Islam dalam Natrah, tidak tercapai.
Sebelum kita mendalami lagi, perlu kita tahu siapakan yang menjadi tunggak kepada Program Perlancaran Buku Natrah ini. Tidak lain tidak bukan Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang. Siapa pula Dr Zaini Ujang ini?

Dr Zaini Ujang pernah bersama dengan Jamaah IRC, walaupun tak komited tetapi dia pernah bersama dengan MPP UTM untuk membentuk gagasan Islam di UTM. Anda boleh tanya Sa'ari Sungib apakah maklumat ini benar atau tidak.

Dr Zaini Ujang juga pernah mendapat kuliah di Masjid Al Aqram, Keramat semasa belajar dulu dengan Ustaz Alias Osman salah seorang tungak Jamaah IRC.

4 ulasan:

  1. kau cilok mana picture puak puak pas maksum ni berusrah, wartawan harakah ada, ularmak ada, ketua pas reform pun ada peh, bangga wa kalau boleh join. ini baru dinamakan usrah, ni sementara menunggu kepulangan mursidul am dari lombok ke

    BalasPadam
  2. Aku sebenarnya masuk juga usrah dia orang ni!
    Tapi usrah pengenalan (maqam 1), sekadar minum teh tarik aje lah!!

    Dia orang masih belum percaya dengan aku lagi.
    Nanti setelah kepercayaan dah ada nanti aku boleh jumpa mashulnya. Masa itu baru aku tahu siapa sebenarnya "mastermind" blogger

    BalasPadam
  3. tadi pi check ref yg pnembakb**i bagi pasal rokok tu. kat belah kanan antara gambaq TGNA ngan Syh Yusof Qaradhawi ada makluman : Forum Perdana 10 April di Puchong. Panel Ust Nakhae dan Ust Wan Ji. Wan Ji mana pulak ni. Forum ni tak masuk dlm senarai ulitmayang kot? ke nak KS pi interview pasal apa dok dlm majlis sama ngan Nakhae ni

    BalasPadam
  4. ni ker..
    Forum Perdana
    TAJUK:
    "perkembangan islam di malaysia dalam abad ke-21"

    AHLI PENAL:
    Dato' Nakhaie bin Haji Ahmad
    Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin

    TEMPAT:
    Masjid As-Salam, Puchong Perdana
    MASA:10 April 2010 selepas solat Maghrib.

    Kalu pemimpin PAS yg jadi Panel confirm Wan Ji akan kata nak Masuk UMNO-UG--

    dlm kes di atas..apa alasannya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog