Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 15 April 2010

Ayuh, `Gencatan Senjata' buat blogger yang sedang 'berperang'

Hari ini saya dapat e-mail daripada seorang penulis yang begitu komited dalam penulisan terutama untuk menumbangkan UMNO/BN. Terima kasih kerana begitu prihatin dengan saya dan saya anggap e-mail ini sungguh bermakna.

Jika dibaca pada tulisan saya berkaitan tajuk Pencacai TB menyerang pada komen di blog ini sudah menunjukkan sikap saya. Saya tahu dan sedar akan kepentingan PAS bersama Pakatan Rakyat (PKR) untuk memastikan calon PKR memenangi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ya kadang kala kita akan menjadi geram dan dukacita dengan sifat serangan yang tak kenal masa kepada Ustaz Nasha yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil hulu Selangor yang sudah tentu akan menjejaskan prestasi PAS dalam memberikan bantuan kepada Pakatan bagi memenangi PRK kali ini.

Di bawah ini saya panjang keseluruhan artikel daripada Wan Fauzdin NS untuk tatapan semua. InsyaAllah jika kesempatan saya akan ulas sedikit sebanyak.

#

AYUH, `GENCATAN SENJATA' BUAT BLOGGER YANG SEDANG `BERPERANG'

Telah banyak masa kita berlalu menyaksikan perbalahan blogger sesama kita. Mereka ini ingin menyuarakan kebenaran masing-masing dan menjunjung kebebasan bersuara. Blog yang paling ketara dilihat banyak menghabiskan masa mereka `berperang' adalah blog Fire Stone (Batu-Api2) dengan blog Malaysia Waves (Tulang Besi/TB). Kita tentu dapat melihat tulisan-tulisan mereka di dalam blog masing-masing dengan hujah bermacam-macam. Tidak cukup dengan blog sendiri, perbalahan mereka didedahkan pula melalui website seperti Tranungkite. Setiap hari tulisan Blogger Fire Stone (Batu-Api2) disiarkan di dalam website Tranungkite, manakala blogger TB berperang di halamannya sendiri.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak, tetapi sering membaca tulisan mereka. Biar lah akal kita menilai hujah mereka masing-masing. Setiap perbalahan tentu ada sebab musababnya kerana kedua-dua Blogger berkenaan adalah orang yang lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik. Ada ketikanya kita melihat seolah-olah `peperangan' ini seakan berakhir, tetapi tidak lama ianya tercetus semula.

Saya sebagai Blogger agak mentah ini mohon dapatlah kiranya `peperangan' tersebut dihentikan buat seketika sebagai menghormati pimpinan kita untuk berdepan dengan `peperangan' yang lebih besar iaitu menentang puak-puak yang menyokong Apco di Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Pendek kata, apalah kiranya diadakan `gencatan senjata' buat seketika dan janganlah sesiapa yang memulakannya lagi. Saya juga sedar, terdapat juga Bloggers lain yang sesekali `menyampuk' perbalahan di antara keduanya. Adakah ianya sihat untuk perjuangan kita bersama di saat kita telah berikrar untuk menjahanamkan sekutu APCO di Hulu Selangor?

Sekali saya merayu agar TB dan Batu-Api2 berjanji untuk melaksanakan `gencatan senjata' ini sebagai kita menghormati langkah perwira-perwira kita yang akan ke medan perjuangan yang pasti lebih hebat di Hulu Selangor nanti. Marilah kita menggerakkan jari jemari kita di atas keyboard komputer kita dengan niat hanya satu iaitu menghancurkan puak sekutu APCO di Hulu Selangor. Sekiranya dirasakan perlu dan penting untuk `berperang' kembali, silalah lakukan selepas kita memenangi peperangan sebenar di Hulu Selangor.

Maafkan saya kerana cuba memberi sedikit pandangan yang tentunya tidak layak disebut sebagai nasihat kepada TB dan Batu-Api2 yang juga saya anggap teman seperjuangan. Alangkah susahnya menjadi Blogger kebudakan seperti saya yang tidak lagi mengerti mana satu kah yang benar di antara yang benar. Maaf dipinta. Selamat Berjuang.

http://armormech.blogspot.com/2010/04/ayuh-gencatan-senjata-buat-blogger-yang.html

18 ulasan:

  1. saya tidak setuju dgn cadangan supaya mengadakan gencatan senjata alasannya saja. BA dipihak yg mempertahankan kepimpinan PAS sdgkan TB dipihak yg menyerang kepimpinan PAS. peperangan di luar sana yg diertikan PRK tidak sama dgn peperangan di dlm maya ini serta musuhnya pun berlainan. teruskan menentang blogger2 celaka yg bermuka2 sehingga mereka kembali kepangkal jln atau mereka tersungkur menyembah bumi.

    ps: jgn semua ke medan perang (PRK) sehingga tiada seorg yg mempertahankan di dlm maya ini.

    BalasPadam
  2. bagi saya cadangan tu mungkin ada baiknya kalau kita hanya berfokus kepada satu isu peperangan sesama bloggers, tetapi kalau batu api juga menyentuh hal-hal lain, ia tidak menjadi masalah. saya lihat batu api juga sentuh hal2 lain selain bloggers celaka. bagi saya semua orang ada tugas yang boleh dijalankan mengikut bakat dan kecenderungan masing-masing.

    kepada pengundi H.Langat, tahukah apa yang kerajaan Selangor sudah berjaya laksanakan?

    air percuma, dulu masa BN tak ada

    hadiah RM1000 kpd anak Selangor yang dapat masuk universiti, dulu msa BN tak ada

    sumbangan RM2500 kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia untuk kebajikan keluarga berkenaan, dulu masa BN tak ada

    beginilah yg saya maksudkan, ada orang yang boleh tulis hal begitu, teruskan, dalam masa yang sama ada orang yg kena tangani blogegrs celaka yg cuba tikam dari belakang dan huru-harakan masyarakat dgn isu2 jahat dan fitnah.

    rasanya bukan perlu gencata senjata, cuma slow down sikit, tapi lawan kena lawan

    BalasPadam
  3. sy pun tak setuju genjatan senjata...TB seakan tak sudah mempertikaikn pimpinan pas yg dia tk suka mcm n3 trbaru suaq dalam brkenaan jentera pas slow di HS...dia ungkit lg pasai UG! pasai apa tk pegi HS sbb takut org kata pro pkr??? sdgkn pas arah ahli2nya turun membntu,,,pi la HS dan jgn bnyk songeh!!ckp belit2..sesungguhnya org mcm ni sama dgn blogger umno mmg boleh tk dibiarkan mabuk sesuka hati mnyerang pas...teruskn brhujah BA mnntang kekarutan TB!

    BalasPadam
  4. puak UG mana erti akhlak. lg x bergabung dgn umNO.

    cuma alasan lemah nk mempertahankan pimpinan. mcm ayat UMNO.

    pencacai umNO mcmtu la sampai ambik penasihat israel pun xpa.. alasan WALA'...

    BalasPadam
  5. gencatan senjata apanya

    kalau diaorang bloger celak tak buat fitnah
    kita pon tak perlu nak jawab dan serang

    tapi kalau bloger celaka aka pas recond tu terus buat fitnah

    no way
    kita serang je balik
    budak2 hingusan macam wan ji n zainulfakap tu jgn bagi muka sangat

    BalasPadam
  6. kesian ko raman, ko masih wirid bwh tempurong nyog huhuhugugug. dtg umnO kasi wang ehsan pandai lak kluag dari tempurong p beratur hahahaha

    BalasPadam
  7. kamu kan kapten, kamu uruskan semua mereka semua, senang je uruskan mereka, pakai spray matilah ia, heheh jom jom ke hulu selangor, lama dah tak tampal poster and naikkan bendera.

    BalasPadam
  8. jom pekene bakso ... PB blanjer ... kah kah
    lps tu mung g tampal poster. jgn salah tampal dh le ..

    tertampal poster kamal plk... UG

    BalasPadam
  9. cuba check keahlian man ni pulok.. hahahaha.. tah2 Gerakan..

    BalasPadam
  10. man ni mcm geng palanivel jerk! kah kahkah kah

    BalasPadam
  11. lexs aa KK, nok spray guane nung dok kat indon, nak g dgn kete dokleh, nak kena naik airasia, nantila nak kutip derma dlm maya ni dulu. no a/c wa meybeng 21212121007-007 , sila derma huhuhu, sapa yg p amek wangehsang tuh derma aa lebey sket hahaha

    BalasPadam
  12. aku pun setuju jgk sbnrnye gencatan senjata ni...& ianya mesti bersyarat, jika geng Barbican mulakan balik, maka tanpa bersoal pnjg gencatan perlu diketepikan.

    tp kalau difikir balik...blog ni Xkan menghunus 'senjata' selagi puak2 barbican tidk mnghunus 'senjata'.

    BalasPadam
  13. sudah tak de gencatan senjata, mereka itu bukan kawan, mereka ialah musuh, musuh kita kena perang sampai mereka rebah.

    tapi aku pun tak leh gi gak kat ulu selangor nanti org kata aku pro batu api lak kan.. hahaha..
    tak gitu TB?

    BalasPadam
  14. tempur di alam siber16 April 2010 pada 7:24 PTG

    waduh waduh ...ramainya bloger pecacai ug kat blog kau ye batuapi.....kau import dari umno gombak .....atau dari umno bacok ke.....kah kah kah tentu pecacai tu selalu minum kopi dgn tok2guru mereka di situ ye kan,....bila dah kena kopi o....tentu idea pun menjurus masok dlm otak.....tu yg komen kat blog batuapi bertubi2 menyerang golongan bloger pas reform.....kah kah kah...kumpul le lagi pecacai2 kau tu.....memang ramai pecacai yg akan sokong kau sebab.....bila pas dgn umno dah kawin......ewah ewah.....dpat le hidup mewah nanti....moto kapcai pecacai tu boleh le jual kat besi buruk.....dah dapat kereta merc ke camry ke....kapcai tu nak buat apa ye

    BalasPadam
  15. aku cucu mamat kutty sudah tukar ke?
    tempur di alam siber pula!!!

    hebat lu bhai!!

    BalasPadam
  16. hahaha cucu kuti..........ntah2 cuci kuti anak sedara org itu...huhuhu

    BalasPadam
  17. hehehe man, man,
    tak salah nak tegur pemimpin, tp...
    1.kenapa bila pemimpin yg man sayang buat salah, man tak tegur?
    2.dan kenapa bila pemimpin yg man sayang ditegur oleh org lain, man melenting?

    BalasPadam
  18. tempur di alam siber, man dan siapa2 pun,

    teringat masa si Ku Li tu nak dijadikan penasihat kelantan hal royalti minyak. tgk macamana melentingnya umno nak suruh dia keluar dari umno. pendek kata asal suara lain dari umno je, org itu dicap sebagai pembangkang dan mesti berambus dari umno.

    si zaid ibrahim pun kena kick oleh umno pun pasal pergi dengar ceramah anwar.

    tp rupa2nya penyakit tu pun ada dalam PAS jugak. tak boleh keluar idea lain, mesti sama dgn yg sedia ada (statik la tu). UG tu hanyalah satu IDEA. aku pun tak setuju dgn idea UG. jd, kalo tak setuju, ckplah tak setuju dan kenapa tak setuju. ini tidak, nak benci2, dendam2 dan ungkit2 benda yg dh diselesaikan pun. amende....!

    tp, ini baru real punye jumuudddddddddddd......
    hanya satu idea saja yg dibenarkan oleh mereka dan mesti selari utk jaga hati kawan (pkr, dap).

    p.s: teringat pulak aku pasal lobby israel dlm dewan senat amerika syarikat. lu kutuk la israel seberlapik manapun, habih le imej lu dimusnahkan oleh geng depa.

    tp nak buat macammana, benda ni dah sebati dgn melayu, baik umno, pas, pkr.

    yg sedihnya, kita bergaduh sesama muslim akibat perkara2 cabang (termasuklah strategi berpolitik ni) bagai nak rak, tp dgn non-muslim yg perlekeh agama kita, tak pulak kita gaduh sampai macam ni....

    sedih...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog