Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 7 April 2010

Cikgu Pa dan Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam

Saya telah berjanji untuk menulis mengenai Cikgu Pa dan Tulang Besi. Hari ini saya tunaikan janji saya dan kenapa saya menangguh begitu lama sebelum saya menulis perkara ini saya akan penjelaskan pada tulisan ini nanti.

Cikgu Pa semua orang kenal. Antara manusia dalam PAS yang berani "break" semangat 16 September. Memang dia sengaja. Masa buat sidang akhbar di KL dia boleh minta padamkan kamera video tetapi seolah-solah sengaja menyuruh menulis beberapa perkataan yang cukup sensitif.. apa yang disebut dan tidak mahu dirakamkan. Dibuat lagi sidang di akhbar di Terengganu.

Hasil makluman "segera" daripada pihak akhbar harakah juga, TGNA mengamuk sakan!! TGNA selepas itu ke KL ditumbuk-tumbuknya gambar muka Cikgu Pa sambil berkata kalau saya muda saya ludah dia ini. (bahasa TGNA dialih dengan bahasa yang mudah faham) Malam itu TGNA berceramah di Taman Melewar semua orang tahu bagaimana marahnya TGNA.


Tak sampai 3 hari, Cikgu Pa ke Kelantan, akhbar menyiarkan bagaimana "erat"nya Cikgu Pa dan TGNA. Boleh gosok belakang kata orang kampung isteri saya.
Dulu cerita bagaimana PAS Besut bermasalah semasa Ustaz Abdul Latiff menjadi YDP. Cikgu Pa ke sana untuk selesaikan masalah, walaupun keadaan genting dinasihati jangan pergi, Cikgu Pa atas tanggungjawab dia pergi juga. Keretanya dipecahkan cermin. Dia dihadang kaki semasa nak masuk, lalu rebah dan seorang yang nak memukulnya tangan terkena muka Cikgu Pa.

Ini membuatkan timbul berita Cikgu Pa kena tampar. Saya mendapat maklumat daripada waris Abe Jak, orang yang mengeliling Cikgu Pa pada masa itu. Bukan sebarang orang boleh ke sana. Besut macam Kelete, geng "gedebel" juga diperlukan. Ustaz Abdul Latiff sekejab bersama UMNO. Cikgu Pa masih dalam PAS sehingga hari ini dan membayar yuran keahlian.

Akhirnya isu itu selesai Cikgu Pa sihat walafiat!!

Timbul isu "blogger celaka" bernama Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam yang marah kononnya Cikgu Pa buat perjumpaan sulit dengan UMNO selepas sahaja pilihanraya ke-12 selesai. Masa perjumpaan itu status Cikgu Pa ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya.

Ada dua pihak buat perjumpaan secara rahsia, satu kumpulan berjumpa dengan UMNO. Semua orang tahu ini Cikgu Pa dan satu "kumpulan" lagi berjumpa dengan Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan juga kepada Majlis Syura PAS.

Cikgu Pa ada juga logik buat perjumpaan atas statusnya. Tapi sebaik-baiknya maklum dulu. Sebab itu ada perbincangan selepas itu. Yang satu lagi itu perjumpaan sebelum Presiden berjumpa apa pasal?


Yang ini Bakaq a.k.a Penarik Beca tidak bersemangat untuk mendedahkannya kenapa? Kena tanya Bakaq sendiri. Kalau Bakaq tak nak cerita, cari Wan Jo, blogger Jiwo Kelete dia sumber kepada Bakaq dan Tulang Besi (Seluar Dalam).

Orang kata (saya tak kata) Wan Jo lah bagi nama Suhaimi kepada Tulang Besi pasal apa nama Suhaimi Embong begitu mesra dalam blog Tulang Besi. "Budak seluar dalam cap buaya" ini manalah kenal sangat dengn Suhaimi, kadang kala tersasur sebut Haji. Hanya mungkin luka lama pasal CEO TOP IT masa PAS memerintah Terengganulah membuatkan dendam kesumat kepada Suhaimi membara kembali.

Kicdefella, Tulang Besi, Bakaq Penarik Beca (blog lama), Wan Ji AlBakistani (blog lama), Zainulfaqar, Wan Jo Jiwo Kelete dan beberapa nama lagi (cari sendirilah) pada mula-mula berblog semuanya menggunakan wordpress. Sebab apa? Sebab Tok Gurunya guna wordpress!!!!!

Kalau diizinkan saya akan menulis aliran pemikiran persepsi di internet dipengaruhi oleh penggunaan portal seperti geng TKO (detik, utara dll) dengan PHPNuke, Geng PAS Joomla (harakah, pas kawasan, buletin online dll), Geng Blogspot dsbnya.

Tulang Besi menyerang Cikgu Pa segenap sudut. Saya malas nak links kan tulisan-tulisannya yang hentam Cikgu Pa tak mudah jugalah bahasanya. Kalau anda tak kenal Cikgu Pa, sekadar baca daripada tulisan Tulang Besi pasti anda akan menyangka Cikgu Pa ini Botak Chin, kalau tak pun mesti Man Kerbau.

Selepas itu ada pertemuan antara Cikgu Pa dengan Tulang Besi. Tak sampaipun sehari sekejap aje Tulang Besi @ Selaur dalam terus aje berubah, dia kata Cikgu Pa seorang yang Profesional. Bukan saya kata, Tulang Besi sendiri yang kata dan dilaporkan di akhbar Harakahdaily macam berita besar parti (kena tanya Zul dan Rashidi kenapa?) Wartawan yang melaporkannya pula Zainulfaqar.

Selepas itu beberapa tulisan "blogger celaka" Tulang Besi pun mulai berubah terhadap Cikgu Pa. Saya sertakan beberapa petikan untuk pertimbangan pembaca. Saya pun ambil mana-mana yang sempat sahaja, kalau ambil betul-betul pasti tak terlarat nak ditulisnya dalam artikel ini, mungkin boleh jadi novel.

Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;


Kalau saya Setiausaha Agung pun, saya akan merujuk kepada Pengarah IT PAS Pusat untuk mendapat maklumat-maklumat rahsia sebegini.


Walaupun SU Agung bertanggungjawab terhadap kerahsian maklumat seperti ini, tetapi tanggungjawab menjaga kerahsian maklumat sebegini terletak di bahu Pengarah IT PAS Pusat.

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html
Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.



Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.


http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html


Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Saya syak Batu Api ni orang yang bekerja dalam Pejabat Agung PAS. Itu sebab dia boleh dapat maklumat rahsia sebegini.



ps saya sudah "escalate" perkara ni terus ke Setiausaha Agung PAS Pusat. Saya yakin SU Agung sendiri merasa marah dan sedih akan berlakunya perkara ini. Saya 100% yakin perkara ini berlaku tanpa pengetahuan atau restu Setiausaha Agung PAS Pusat.


Saya minta maaf pada SU Agung kerana terpaksa menaikkan isu ini kerana bagi saya kerahsiaan maklumat keahlian PAS adalah isu BESAR dan amanah yang paling besar yang diberikan oleh ahli-ahli parti kepada PAS. Saya yakin Setiuasaha Agung juga bersedih atas berlakunya perkara ini
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/maklumat-keahlian-pas-bukan-rahsia-lagi.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html

dan banyak lagi!!!!!

Semua tulisan TB puji Cikgu Pa, kalau tidak pun tidak menuduh Cikgu Pa tetapi memenuduh orang lain. Saya sebut kenapa saya tunggu lama untuk menulis perkara ini. Saya tunggu mana tahu ada satu artikel kutuk Cikgu Pa untuk menolak kepercayaan dalam kepala saya,  setakat saya kenal Cikgu Pa, tapi malangnya sampai artikel ini ditulis TB @ Seluar Dalam masih memuji-muji Cikgu Pa. Minta maaf pula tu!!!!

Satu lagi, Cikgu Pa ini kalau tahu guna SMS dikira satu kemajuan yang boleh dibanggakan. Komputer memang buta kayu!! SMS pun buta juga. Kalau tak percaya tanya Zainulfaqar wartawan harakahdaily (bukan harakah) blogger celaka (saya bertanggungjawab dengan Allah dengan perkataan celaka kepada Zainulfaqar!!)

Baru ini, selepas saya dedahkan Tulang Besi tak bayar yuran di mengadu kepada Cikgu Pa. Dia SMS kepada Cikgu Pa. Cikgu Pa ber SMS dengan Tulang Besi?? Adakah ini tanda-tanda awal Khiamat? Kena tanya dalam "Usrah Barbican"

Apakah TB a.k.a Seluar Dalam telah di cucuk hidung oleh Cikgu Pa sehingga boleh ditarik ketengah ketepi? Lembu liar kalau dah dicucuk hidung, dijentik batunya sekali pun tidak lagi melawan!!

Rasanya artikel ini akan disambung.

13 ulasan:

  1. aku cucu mamak kutty7 April 2010 pada 9:07 PTG

    kah kah kah ...ini betul2 batu api....mcm kau patut di campakkan dlm loji IWK aje....kah kah kah....pecacai ug....betul2 mcm setannnnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  2. hahahaha bab last yg menarik tuh, kena jentik batunya pong dok melawan...hahahaha. nak melawan mendenya, senok weiii , jgn kata melawan, mengawan pon blom tentu hahahaha

    ps: guane cepat sgt berubah? ni misti ada cite sedap ni

    BalasPadam
  3. tb dgn cikgu pa boleh bersms tu, it sungguh cikgu pa, mungkin tb dh jadi proxy cikgu pa balik dan laman tranungkite jadi laman proxy haji harun. semua laman web penentang ug bersikap lunak selepas tb mengampu cikgu pa, cikgu pa ni pro rupanya. nampaknya tak ada lah serangan pada cikgu pa lgi nampaknya, semua nampak mcm bersih je, bukan perunding ug lagilah cikgu pa

    BalasPadam
  4. aku cucu mamak kutty dah tak rasional. Kalau engkau nak marah pun. Paling kurang engkau buat komen menafi mana-mana fakta dalam artikel itu.

    Sekurang-kurang ada juga tak betul. Orang lain baca dia tak akan percaya kepada aku lagi.

    Mudah aje cari mana silap aku. engkau hentam aje. Selepas ini orang tak akan baca artikel aku.

    Engkau maki aku. Apa engkau dapat. Dosa dengsama puak-puak yang suka buat fitnah bersama engkau.

    Melainkan engkau juga antara mereka yang nak jatuhkan sesetengah kepimpinan PAS.

    Allah Maha Mengetahui. Doa orang yang difitnah pasti akan menghukum mereka ini di dunia ini juga!!!

    Masa akan menentukannnya

    BalasPadam
  5. Walaupun artikel ini nampak macam kasar dan sinis tetapi banyak maklumat baru didedahkan dengan fakta yang jelas.

    teruskan!
    BatuApi anda perlu membaiki tulisan dengan lebih serius dan fakta serta hujah.

    Saya sokong anda

    BalasPadam
  6. bile direnung sedlm2nye, pndgn aku dlm isu 16 Sept., anwar betul2 kene brterima kasih dgn cikgu pa. sbb cikgu pa snggup meng'kambing hitam'kan dirinya dikutuk sehebat2nya oleh sume org dlm isu 16 Sept. w/pun pd hakikatnye anwar lah patut dikutuk.

    16 Sept. dh mnjd satu 'iktikad' kpd penyokong PR (ms tu Xde PR lg) yg bnda ni msti mnjd pye, sbb yg bgtau nye pak anwar ibrahim. yg pd hakikatnye, 16 Sept. tidak akan berlaku (berdasarkn fakta yg cikgu pa bgtau).

    bayang kn rakyat yg mnnti2kan ketibaan 16 Sept., yg mmg dh lame mnntikan perubahan kerjaan, tibe2 tak jd...kecewanya rakyat, jatuhnye smgt rakyat, hilangnye kepercayaan rakyat kpd pimpinn kita, krn ckp tak serupa bikin. Anwar siapla time tu kene kutuk kaw2 punye, sbb ckp je lebih...tp habuk pun tarak.

    Pas terutamanye pimpinn atasan dah ade pngalamn mcm mn susahnye nak mnaikkan smngat ahli slps kekalahn teruk PRU 11 (kalu tak clap).

    Jd utk mngelakkan kekecewaan melampau dikalangn ahli Pas terutamanya, cikgu pa sggup mngambil risiko mnyatakn bahawa 16 Sept. tidak akan berlaku, besrta dgn hujah2nya sekali (aku prcaya ramai pimpinn atasn yg tau bnde ni takkan jd pye, tp cikgu pa sggup amik risiko bgtau rakyat). maka penyataan ini mmbuatkn ahli pas yg akar umbi mmbuang 16 Sept. sbg satu 'iktikad', tp prcaya ianya hya strategi politik, w/pun mulut sebahagian mereka terkumat kamit mngutuk cikgu pa krn tak support anwar kononnye.

    tp yg sbnrnye kite patt berterima kasih kpd cikgu pa krn mnyelamatkn 'kepercayaan' kita. begitu juga anwar ibrahim yg terselamat dr kutukan yg bertingkat2.

    sbb tu kite tgk, bile cikgu pa bertemu TGNA, TGNA yg marah2 terus jd makin kamcing dgn cikgu pa. sbb cikgu pa dpt mmberi pnjelasan yg baik sebab musabab die buat tindakan tu.

    BalasPadam
  7. walaupun agak lambat artikel ini mmbongkar peranan cikgu pa (luka parah artikel yg membelasah cikgu pa masih tbayang2 di mata yg mmbaca dulu...), setidaknya masih ada utk pengetahuan umum...tahniah batuapi! sepatutnya anda perlu wujud lama dahulu ketika jemaah dihentam teruk!

    BalasPadam
  8. sejak hang , ali zedan & len2 lg muncul geng pas ripom kurang berkokok ler nak kokok pon hati2 cam uztaz sorang tu
    tahniah! gud job

    BalasPadam
  9. berkaitan dgn cikgu pa dgn 916 (ni aku nak kasi nasi tambah) aku setuju sgt dia buat press statement dgn hujah2nya begitu. alasannya biar kita semua berfikir secara realistik (bukan matjenin) dlm perkara2 menyusun strategi serta didlmnya perlu ada akhlak islami. semua org nak menang tp hendaklah kemenangan itu mesti berlaku dengan menyingkirkan jahiliyyah dan tidak menjemput jahiliyyah baru.

    BalasPadam
  10. aku cucu mamak kutty8 April 2010 pada 8:52 PTG

    klu kau nak bandingkan perjuangan ust latif mohamad besut dgn cikgu pa tu...kah kah kah...pandai kau buat lawak atau kau memang jenis manusia bloger banggang.....7tahun ust latif menderita di tahan isa di kemunting....dia tetap istiqamah dgn perjuangan.....dia seorang pejuang....dia tidak tinggalkan perjuangan ...akan tetapi dia di singkirkan dari pas....oleh krn pimpinan pas rasa pas ni mak bapak dia punya....yg cikgu pa pi kacau pas kawasan besut tu buat apa...apa dia rasa dia tu gedebe sangat ke...yg hj hadi tu belum pernah rasa dok kat kemunting lagi....klu mcm dia dgn cikgu pa tu masuk kemunting aku ingat ...lebih2 setahun dia pun masuk umno le tu....ni belum masuk kemunting lagi...habis dah amanat hj hadi yg dulu habis semua ahli2 pas gantung kat dinding rumah masing...konon jadikan pembakar semangat perjuangan....habis semua ahli2 pas tu semuanya punya le benci dgn umno mcm benci dgn setan.....aikk....tiba2 kini dah nak buat vkerajaan perpaduan dgn umno pulak....kah kah kah......dah modified ke amanat tu tok guru woi....klu mcm aku nak poskan balik poster amanat tok guru tu pada tghh....klu ada posmen hantar poster amanat tok guru tu....hah hah ...tu dari cucu mamak kutty le tu...ambik le balik aduhai tok guru...klu ada amanat yg baru nanti boleh le aku gantung kat rumah aku....selamat berjuang aduhai tok guru dan penyokong2 ug....jgn lupa lantik si batu api musibat ni jadi setpol akhbar tok guru.....kah kah kah....cucu mamak kutty tetap sokong tgna selagi tgna tidak masuk dlm gerombolan ug....cucu mamak kutty tetap akan benci umno selama2nya....aku taknak jadi pengkhianat pada islam

    BalasPadam
  11. kah kah cucu mamak kutty, ust latif dan bawak pas besut masuk umno pun sokong lagi, latif borgiba masuk kemunting pun bukan hang pi tengok pun, saja bagi alasan nak balun haji hadi dan stopa ali, lu nak tipu sapa cucu mamak kutty, latif buat pas besut macam harta bapak dia kenapa lu sapu bawah karpet, mana yang berani lawan latif kerana ada aje yg ust disukai oleh jemaah dah dibuang dari ajk kawasan, itu perangai tok guru ke? lu jgn nak mempertahankan apa yang salah, sokong tok guru nik aziz ke, kenapa tak menyalak kepada kickdefella, senyap je cucu mamak kutty, ke kena pakai dokumen bercetak baru boleh serang kickdefella, stopa ali ke besut atas dasar pemimpin negeri, jadi kalau latif adalah tok guru dia akan akur bukan menunjukk gedebe macam tulangbesi, lu nak post amanat haji hadi boleh pos apa salahnya, atau lu memang tak ada menyimpan pun amanat tu,amanat tu di cetak dan dijual haji hadi tak suruh pun lu gantung dalam rumah lu pun, ada haji hadi cakap kena gantung amanat dia, haji hadi tak pernah cakap itu amanat dia, dan kalau orang pas yang sebenarnya tidak perlu gantung pun, kerana apa yang diucap dibanggul peradong tu adalah satu dari ceramahnya. amanat ini hanya permainan umno sahaja dan yang berhati umno saja mengatakan yang ini adalah amanat, nak jadi umno pun jangan kaitkan tok guru nik aziz, selagi tgna tak masuk gerombolan ug, lu tak tahu ke tok guru nik aziz dah jadi ug kerana tulisan kickdefella, lu ni sedara pakaq dan cik det ke setahu aku cucu mamak kutty cik det je. lu ni cik det ke, kenapa berlindung dibalik nama cucu mamak kutty lu kan geng geng blogger pas musang/pas reform/ pas recond, berhenti le menyalak, boss hang dah ak menyalak 10 hari mengikut kata tulangbesi wordpress. boss bagi arahan ke bagi lu merepek repek dan meracau racau

    BalasPadam
  12. aku cucu mamak kutty9 April 2010 pada 9:43 PTG

    kah kah kah ...woi adie KK...engko tu penjilat ug....nanti bila ustaz ug kau dah pi berkawan umno penzalim dan pengkhianat tu....kau pun pi le jilat ustaz ug tu....nanti dapat le kau projek jaga tandas awam ke...projek buka rumah urut ke...kak kah kah kau dan batu api tu penjilat ug...klu sekarang pakai datsun c20....tak lama boleh pakai merc....kah kah kah...pejuang islam konon....tapi dlm gelap buat mesyarat dgn umno...lepas tu nafi kan....kemudian bila tembelang dah pecah...akhir nya mengaku pulak..memang ada pertemuan dlm gelap tu....yg aku tahu bila bertemu dlm gelap tu selalu nya setan ada bersama2....kah kah kah...kejap ada kejap takde....kejap ada kejap takde...mcm biskut chips more aje....kah kah kah penjilat2 ug le tu....klu dah ckp tu bohong....mcm mana nak kata pejuang islam....woi adei KK dan BATU API dan penjilat ug ....engko semua ada faham ke hah....porahhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  13. cucu mamak kutty? hihihihi.. ko ni ahli pas ke? berapa lama masuk pas? ke tak ator lagi borang PAS, ke dah hantar ke mamat kutty yg jual rojak kat mana2 kemudian mamat kutty tu tak bayar lok yuran ko cam TB jugak, ek?

    Ko apsal? salah ke bincang dlm 'gelap', haram ke? dosa ke? hingga memboleh kan kita memaki hamun?

    Pah tu semua pembincangan pimpinan kena beritahu ahli ke? Ko tahu ke bila kali terakhir TGNA memanggil mesyuarat majlis syura? TGNA mesyuarat dlm gelap gok ke? setan ada bersama gok ke? Sebelum timbul PR ada pimpinan beritahu bila dia mesyarat dgn DAP dan PKR? ada? dlm gelap gok ke tu? UG pun ko tak tahu apa ke benda?

    tapi aku tak rasa org lain cucu mamak kutty ni, ayat dia sama je dgn seseorg, hihihi menyamar ah tu jadi org lain konongnya nak nampak biar ramai org sokong PASReform.. ish tak nak malu ke org pun malu gok ke diri sendiri tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog