Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 18 April 2010

Cuba memahami hasrat Presiden PAS tentang Calon Pakatan Rakyat

Memang hati kecil saya terasa semacam kurang selesa apabila Zaid Ibrahim menjadi Calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR. Tapi seperti biasa dan sebelum ini dah banyak kali pilihan raya keputusan parti dalam pembahagian kerusi cukup tidak selasa terutama di Selangor, Penang dan Perak.

Tapi atas dasar kita berpakat, ada yang perlu kita korbankan untuk mendapat hasil pakatan yang baik. Prinsip ini telah mengajar kita erti wala' kepada pimpinan, hatta calon itu daripada DAP sekalipun.

Sokongan padu atas apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan menjadi natijah bagaimana PAS boleh bergerak lebih 50 tahun dengan begitu baik. Tidak ada puak, tidak ada aliran, tidak ada mereka yang memburuk-burukkan antara satu sama lain kerana pendapat dan pandangannya tidak diterima oleh parti.

Terbaru Presiden PAS menegaskan perkara ini yang telah dipanjangkan dalam penulisan berita oleh Ketua Editor Harakahdaily sendiri Zulkifli Sulong dengan tajuk Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid.

Dalam penulisan berkenaan Zul Sulong mengatakan bahawa;

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.
Kalau dibaca cara Zul menulis, menunjukkan kesungguhan hingga disebut PAS lebih dulu daripada PKR semacam atau seolah-olah PAS yang lebih bersungguh mahukan Zaid Ibrahim sebagai calon.

Saya tidak mendengar sendiri dan tak mengetahui mengenai Majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam. Oleh itu sukar untuk saya mengesahkannya. Adakah itu hanya penulisan Zul atau memang ucapan TGHH sendiri.

Zul Solong ada menulis lagi mengenai ucapan TGHH;

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.
Saya sangat setuju. Yang lama kita tolak ketepi dan Islam mengajar kita menjadi pemaaf. Atas dasar pemaaf inilah Islam zaman Rasulullah s.a.w. dulu berkembangan hebat kerana ramai dikalangan pimpinan yang menentang Islam sebelumnya bersama dengan Islam.

Hanya kita minta, dalam semua perkara jangan kita terlalu laju, sehingga memuji-muji dengan membuat perbandingan yang begitu hebat kepada Zaid Ibrahim.

Satu perkara yang perlu diambil kira dan begitu serius diperbahasakan sehingga ada tulisan-tulisan yang mengkritik bagaimana DSAI memilih calon dalam pilihanraya lalu akibat ramai sangat MP/Adun PKR keluar parti.

Atas faktor ini, pemilihan kali ini mestilah benar-benar tepat dan jitu. Saya juga berpendapat pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon dibuat atas faktor kekuatan bahawa dia telah teruji meninggalkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.

Soal-soal sifat dan kerlakuannya semasa UMNO dulu mungkin boleh diambaikan kerana Zaid dalam proses menyuci dan menyesuaikan diri.

4 ulasan:

  1. geng2 pas reform bloger celaka mesti kata lu dah makan pil wala' wakakaka

    BalasPadam
  2. Rasanya kalau dibaca tajuk artikel dan pendapat saya dalam tulisan ini adalah untuk menjurus kepada tajuk artikel.

    ###
    Atas faktor ini, pemilihan kali ini mestilah benar-benar tepat dan jitu. Saya juga berpendapat pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon dibuat atas faktor kekuatan bahawa dia telah teruji meninggalkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

    Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.

    Soal-soal sifat dan kerlakuannya semasa UMNO dulu mungkin boleh diambaikan kerana Zaid dalam proses menyuci dan menyesuaikan diri.

    ###

    Ayat ini adalah pendapat saya untuk memahami TGHH.

    BalasPadam
  3. aku cucu mamak kutty18 April 2010 pada 4:33 PTG

    lu tanpa nama betul2 cilaka....lu sekarang sudah jadi lebih dahsyat dari batu api....walau pun takj sokong dan memang anti dgn batu api....tapi hari ni gua cakap terus sama semua pecacai batuapi....gua sokong 100% pandangan batuapi tu....apa yg batuapi cakap tu memang gua sokong....lu barua tanpa nama....gua ingat lu ni memang sial le...gua klu kenal sama lu hah...klu gua jumpa lu...gua ingat gua nak gigit lu punya itu cuping telinga yg bingai lagi banggang bebal nak mampos tu....gua ingat lu ni mesti umno punya le....khahk puithhhhhh

    BalasPadam
  4. Batu api menulis : "Kalau dibaca cara Zul menulis, menunjukkan kesungguhan hingga disebut PAS lebih dulu daripada PKR semacam atau seolah-olah PAS yang lebih bersungguh mahukan Zaid Ibrahim sebagai calon."

    bangsat punya ulasan. menggunakan persepsi salah untuk mengelirukan orang lain dengan perkataan "seolah-olah".

    tak pernah masuk kelas kewartawanan tak payah ulaslah. bodohhhh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog