Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 5 Januari 2011

Presiden hadir atau tidak di Istana - Pertemuan yang difitnah sebagai UG?

Orang ramai dan blogger membuat 'macam-macam hal' dalam isu ini. Ada yang membuat analisis secara jujur dan mencari kepastian tapi tidak kurang juga mengambil kesempatan untuk memburuk, menambah menambah nokok bagi sesuatu niat yang kita tidak pasti apa tujuannya.

Tapi yang jelas hanya semata-mata menyerang satu pihak yang tak disenangi. Penulisan yang tidak ada tanpa maklumat yang benar telah menjadikan kita bergelumang dengan fitnah & dosa.

Saya juga banyak kali menyebut dalam hal ini agar kita jangan terburu dan biar kita dengar sendiri daripada mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz  (TGNA) untuk penjelasan yang penting.  Tindak tanduk kepimpinan tidak semestinya dimaklumkan terus kepada kita. Saya ada menulis; (links)




Tarikh itu jika dikira secara logik pergerakan Presiden "macam tak betul" kerana pada 19 Disember, Presiden dan Timbalan sibuk dengan Konvesyen PR, 20 Disember ke Syria hantar anak dan terus ke UK dan masih ada di luar negara sehingga sekarang. Dipercayai akan balik esok (mungkin sampai lusa). Tapi kalau dikira secara sirah bagaimana helah dan strategi ada penyelsaian pada tarikh itu. Kita biar dulu penjelasan TGNA.

Dan video ini boleh menyelesaikan masalah yang berbangkit;



Jawapan tentang kehadiran TGHH telah terjawab, kita lihat pula apa helah "geng blogger celaka" untuk menyerang kepimpinan ulama dan memisahkan TGNA & TGHH.


JANGAN LUPA


DAN DEBAT TERBUKA YANG PASTI MENGEMPARKAN

14 ulasan:

  1. Blogger celaka memang pandai bermain kata-kata!

    BalasPadam
  2. siapa yang 'menjaja' bahawa tghh berada di london pada waktu itu?

    BalasPadam
  3. I.

    Nik Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.
    @ siapa yang libatkan istana dalam politik? mereka tidak ada pada mpertemuan malam itu. orait, boleh terima.

    Pada masa yang sama juga, beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

    @ “pertemuan penting” dikhabarkan oleh sayuti dan ‘diandaikan’ bahawa ia berkaitan kedudukuan politik melayu. dikhabarkan juga bahawa presiden pas berada di london pada hari “pertemuan penting” itu. orait, boleh terima.

    Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

    @ majlis mu tengok aku, aku tengok mu. orait, boleh terima.

    Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

    @ “pertemuan penting” berlaku semasa presiden pas berada di london. yang pasti, tgna jumpa najib di istana. dalam presiden pas berada di london dia juga hadir di “pertemuan penting” itu. najib presiden umno. haji hadi presiden pas. kedua2 parti, parti dominan melayu. istana pula, simbol melayu. orait, boleh terima.

    “Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya dalam sidang akhbar tersebut.

    @ “pertemuan penting” secara kebetulan sahaja mengambil tempat di istana. Orait, boleh terima.

    Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

    @ pemimpin yang hadir semuanya pemimpin poltik. “pertemuan penting” hanya sekadarmajlis santapan dan mu tengok aku, aku tengok mu. pemimpin politik mana ada cakap pasal politik. Orait, boleh terima.

    BalasPadam
  4. II.


    "Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya.

    @ ya lah, yang ada hanya “perjumpaan penting”. yang rakyat ramai tertanya2 ni pun berkaitan “pertemuan penting”. tak timbul “pertemuan lain”. kepala siapa dok pikiaq pasai “pertemuan lain” tu tak betul. orait, boleh terima.

    Harakahdaily melaporkan Hadi sebagai berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

    @ “pertemuan penting” hanyalah pertemuan sekadar makan2 je di antara pemimpin umno dengan pemimpin pas. sebagai tetamu majlis santapan istana. orait, boleh terima.

    Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang di-Pertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

    @ ya, ia sekadar undangan ydp agong je. yang ada hanya pemimpin pas dan umno. jadi tenggelam (tak timbul) soal “perbincangan dengan pemimpin umno” . orait, boleh terima.


    “Majlis tu adalah majlis Yang di-Pertuan Agong, nak bincang dengan perdana menteri macamana?,”soalnya.

    @ majlis agonglah oi. kena jaga adat, kami nak bercakap pun tak boleh, walaupun saya dok debelah najib! Sampai istana, terus makan, habis makan, pekena kopi secawan, lepas tu kami terus tinggalkan istana. orait,boleh terima.

    @ orait, semua penjelasan boleh diterima. cuma ia semakin jadi tidak jelas! tak ada yang nak disembunyikan. kah, kah, kah. kita kan berada di abad ke21. bukan lagi tahun 60an, 70an beb. Bulan tetap mengambang, bulan pas?

    wallahu’alam.

    BalasPadam
  5. TGNA kawal emosi pasal sidang. Pasal tu TGNA baca teks. Baca artikel saya siapa kepimpinan PAS yang dicelakakan dalam isu ini??

    BalasPadam
  6. Tuanku nak anugerah pingat sempena hari wilayah kot.

    BalasPadam
  7. Perggghhh...bodoh nya husin punya hujah!

    BalasPadam
  8. jadi ke tak ni debat suhaimi embong dengan aduka ni, aduka dh buang banner dari blog dia. macam biasa je TAK JADI, letih aku kutip derma nk sponsor rombongan aduka, dgr kata org lombok nk balik gak sambil sebar fitnah lagi, duit derma banyak dah banyak ni woiii, aku buat pergi mekah boleh ke BA kalau projek langgar hadi tak jadi atau sedekah balik ke tabung guaman melawan pas atau debat antara wan ji dgn ust din, ke bagi kat wartawan harakah yg miskin tu buat belanja tengok wayang cerita selamanya aku akan fitnah pemimpin pas.

    BalasPadam
  9. apa yang husin nak?..aku tak faham...nak suruh cakap macamana? Nak suruh TGNA kata 'Ye kami telah sepakat untuk menubuhkan kerajaan bersama BN dengan beberapa syarat yang dipersetujui bersama' nak suruh macam tu baru puas hati!!! ke kamu nak macamana....dah TGNA kata tak leh bagitahu...tak boleh la...bahasa macama tu pun payah nak paham ke...apa lembab benar kamu ni

    BalasPadam
  10. tanpa nama 2011 Januari 5 17:11,

    ya itulah yg husin nak...harap kamu paham...hehe

    husin bukan tak paham dan lembab, tp setan yg membisik dihatinya terus terusan menanam syak wasangka kpd pimpinan jemaah...

    husin lemah sikit nak lawan bisikan setan sebab tu husin akan mengikut kata2 setan utk menimbulkan kebencian ahli jamaah terhadap pimpinan jamaah yg dipilih....

    harap tanpa nama faham ye....

    BalasPadam
  11. I.

    Berdasarkan kepada rentetan peristiwa yang tercatat dari segi ucapan serta tindakan pimpinan pas dan umno termasuk pendirian TGNA yang jelas berkaitan “kerajaan perpaduan” , sangat tidak cerdik untuk mengatakan bahawa kehadiran TGNA di Istana Terengganu adalah untuk berbincang pasal UG.Tatapi ia sangat munasabah untuk mengatakan kehadiran TGNA itu ada kaitan dengan “kerajaan perpaduan”.

    Bagi penaja (bukan politik dan bukan juga NGO) serta peserta2 UG, halangan terbesar yang mereka terpaksa hadapi ialah TGNA yang lantang menolak gagasan UG. Peluang terakhir yang munasabah difikirkan mampu merubah TGNA bagi tujuan hasrat tercapai adalah melalui istana. UG berputik dari “pertemuan dalam gelap” yang berlaku semasa Pak Lah. TGNA telah menyatakan pendirian beliau menolak UG se awal itu. Ini bermakna pengelibatan Pak Lah sendiri tidak berjaya mencairkan pendirian TGNA.

    Isu UG ini terpaksa dibincang di muktamar pas ke 55 yang akhirnya diputuskan pas akan terus “memperkasakan pakatan rakyat”.Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak bernoktah di situ sahaja tetapi di sambung dengan “dan terus berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno”. Frasa “dan terus berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno” membayangkan bahawa hasrat untuk perbincangan dengan umno masih wujud. Frasa ini sudah memadai dengan “berbincang dengan sesiapa sahaja” tanpa menambah “termasuk umno”. Keperluan menambah “termasuk umno”dilihat sebagai satu usaha untuk menanamkan di dalam kepala ahli2 pas bahawa berbincang dengan umno tidak menjadi kesalahan walaupun ia mendatangkan mudarat kepada Pas. Ia adalah ‘tiket’ bagi meneruskan perbincangan yang belum berkesudahan.

    Keputusan menambah “termasuk umno” ini telah digambarkan oleh Presiden Pas,TG Haji Abdul Hadi sebelum Muktamar Pas ke 55, apabila beliau menyebut “…perbincangan dengan pemimpin umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.” (Lihat disini: http://pasgerik.blogspot.com/2009/04/presiden-pas-nafi-tarik-balik -kerajaan.html). Justeru “perbincangan dengan umno” diteruskan tanpa segan silu sehingga menyebabkan, pada Oktober 2009, TGNA mencadangkan supaya Muktamar Khas diadakan. Sebagaimana umum sedia maklum, Pas berjaya menepis saranan TGNA dari dapat direalisasikan.

    BalasPadam
  12. II.

    Pada Muktamar Pas ke 56, untuk kali kedua Dewan Muktamar menobatkan “memperkasakan pakatan rakyat”. Ia masih tidak bernoktah di penghujungnya kerana sekali lagi, di dalam ucapan penangguhan TG Presiden, frasa “meneruskan perbincangan dengan lain2 pihak” masih dilestarikan. Cuma kali ini perkataan “Umno” ‘digelapkan’ bertujuan untuk ‘mengelirukan’. Pintu berbincang dengan Umno dibuka seluas2nya. Mengikut Blog Merah Tinta “Pertemuan itu atas inisiatif pihak bukan politik dan bukan juga NGO” (Lihat di sini: http://msomelayu.blogspot.com/). Kemungkinan penerusan siri-siri perbincangan dengan Umno ini berlaku melalui individu / kumpulan yang sama tidak boleh dinafikan.

    Terdahullu, ketika isu “Pertemuan dalam gelap” heboh, nama Task Force 2010 yang ditubuhkan oleh mantan PM Abdullah Badawi, dikaitkan. (Rujuk: https://kickdefella.wordpress.com/category/current-affairs/page/16/). Task Force 2010 adalah organisasi “bukan politik dan bukan juga NGO”. Untuk pertemuan di istana ini, beliau adalah pembawa titah sebagaimana disebut oleh TGNA, “beliau dikunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah Yang di-Pertuan Agong meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.” Ini bukan sahaja membayangkan bahawa Pak Lah masih menaruh harapan kepada projek yang dimulakan olehnya akan membuahkan hasil yang dikehendaki sekiranya TGNA boleh diubah pendirianya terhadap UG. Malah ia turut membayangkan bahawa pemimpin Umno menerima nasihat “penganjur’ bahawa Pak Lah adalah orang yang paling sesuai untuk menyampaikan titah dari istana kepada TGNA.

    Pandangan saya adalah berdasarkan fakta. Lalu, sila patahkan hujah saya dengan fakta. Sangatlah jahat orang yang menyebut “Nak suruh TGNA kata 'Ye kami telah sepakat untuk menubuhkan kerajaan bersama BN dengan beberapa syarat yang dipersetujui bersama' nak suruh macam tu baru puas hati!!!” Lagi jahat apabila cuba melibatkan TGNA dengan “kerajaan perpaduan”. DUA kali jahat! TIGA kali jahat apabila cuba mengaitkan istana dengan UG!!! Inilah akibat dari berhujah tanpa maklumat dan ikut sedap hati.

    BalasPadam
  13. “Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP.

    “Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam .

    Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

    “Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini.

    “Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini.

    Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

    BalasPadam
  14. woi usin bangang,lantak la apa diaorg nk bincang pun..kami org PAS akn melalui saluran kami kalau nk kpastian.yg ko menyalak cam anjing apahal?lu nk p makn jgua kat istana, p buat surat la.lu pg betulkan pkr lu cukuplah.jgn nk menyalak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog