Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 17 April 2010

Wee Che Keong keluar PKR, tak payah ulang dibeli!

Setiap kali ada ahli MP atau Adun PKR keluar parti, maka berlomba-lomba para blogger akan menulis kononnya dibeli. Saya bukan sokong Wee Che Keong, tapi dah boring dengan rektorik "dibeli".

Kenapa mudah sangat kita melabel mereka ini "lapar" duit? Kalau mereka ini jenis lapar duit, adakah semasa dia orang masuk parti kita dulu kerana duit, kerana kita beli mereka juga duit dan janji kebendaan?

Dulu pernah dalam PAS Malek Hussein dikatakan dibeli berjuta-juta nilaiannya, tapi siasatan secara khusus dibuat tidak seperti yang digemburkan.

Jadi, janganlah menulis dengan maklumat yang tidak tepat semata-mata melepas nafsu sahaja. Buatlah kajian kenapa dan mengapa, dapatkan fakta yang jelas dan benar, barulah menulis. Orang yang membacapun rasa selesa dan mendapat fakta betul.

Fakta yang benar dan tepat membantu kita berhadapan dengan Allah. Dapatkan fakta yang benar dan sahih walaupun kadang kala fakta yang benar dan sahih ini membongkar "maklumat" yang tidak dapat difikir oleh akal yang nyata. Sebab-sebab yang sebenar kadang-kadang kala sengaja merahsiakannya oleh orang atasan.

Sebab sebenar jika dihalusi akan boleh membantu kita menyelesaikan masalah lompat parti. Jika tidak kita tertipu dengan ilusi dan khayalan semata mahu menjadi blogger yang hebat..

2 ulasan:

  1. pada saya jika bukan dgn wang ringgit atau pangkat, jiwa seseorang juga boleh dibeli. untuk menghindarkan dari fitnah malahan untuk lebih nampak ikhlas adalah lebih baik seseorang Adun/MP yang tidak lagi percaya kpd pimpinan atau dasar parti, letak jawatan dan kosongkan kerusi. Itu lebih meyakinkan dan tiada siapa akan tuduh bahawa adanya jual beli atau sebarang tawaran.

    BalasPadam
  2. Wee Che Keong belum lagi keluar, tapi MalaysiaInsider telah membuat ramalan akan keluar mengikut sumber yang hampir.

    Saya lebih berpendapat PKR harus mencari jalan menyelsaikan masalah ini sebelum satu imej buruk daripada kita menghentamnya setelah dia keluar parti.

    Memang yang keluar ada sebab tersendiri, duit pangkat dan peluang juga adalah faktor, tapi biarlah maklumat yang sah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog