Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 3 Disember 2010

Iklan Harakah: Masih berkuasa lagi geng penyangat!

Saya sebenarnya tidak berhasrat lagi untuk memanjangkan isu penyelewengan iklan wang harakahdaily selepas artikel saya Nasib pekerja Siasah dan politik dalam Harakah yang carca merba. Dalam artikel itu saya menggugut untuk membuat pendedahan tentang iklan harakah cetak pula. Saya juga menggugut untuk mendedahkan politik pentadbiran dalam harakah.

Mereka tahu saya ada maklumat yang cukup detail dalam hal ini. Saya telah dihubungi oleh orang besar di Harakah. Bersyukur kerana mereka telah membuka jalan untuk penyelesaian. Ada 3 cara untuk saya menyampaikan maklumat yang ada pada saya. Samada saya berjumpa terus, atau melalui telefon dan jalan paling selamat ialah melalui e-mail. Saya memilih kaedah yang ketiga dahulu. Jangan anggap saya takut!

Selepas saya memberikan 7 perkara yang perlu disiasat oleh pihak bertanggungjawab, saya tidak lagi menulis perkara ini. Saya ulang sekali lagi, saya tidak lagi menulis tentang perkara ini walaupun saya diasak oleh beberapa komen yang menyakiti hati saya.

Adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dibuat kerana pihak yang bertanggungjawab telah bersedia menerima aduan. Kita perlu berikan masa kepada mereka untuk membuat siasatan atas apa aduan yang dibuat. Mungkin aduan saya berniat jahat atau dengki kerana kekayaan tokey redrabana.

Saya juga tak perlu buat sidang media, temuramah dengan Malaysiakini sebagaimana Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib membuat aduan terhadap PAS. Saya pun tak tubuh Tabung Guaman bagi memastikan aduan saya tidak bakul sampahkan! Saya sekadar prihatin pada masalah yang berlaku lebih setahun tetapi semacam tak boleh diselesaikan.

Saya berikan perumpaan yang mudah untuk pembaca berfikir. Misalnya saya membuat aduan dengan mengatakan zip seluar Cikgu Pa, tak terkancing. Cikgu Pa dan 'orang-orangnya' tak perlu marahkan saya. Tak perlulah masuk ke laman saya menyamar dan menyerang saya dan kaitan saya dengan laman-laman lain. Tak perlu siasat dengan menyamar dan beremail dengan saya.

Mudah sahaja check seluar lihat betul tak zip itu terbuka. Kalau tak terbuka barulah nak maki saya pun tak mengapa. Saya pun tak kisah! Tapi kalau zip terbuka, tutup cepat nanti terkeluar 'kemaluan' seluruh dunia akan nampak! (fahamkan! -- seleweng duit memalukan PAS tahu!)

Saya bukan buat aduan mengatakan zip seluar Najib yang terbuka. Cikgu Pa terpaksa mengumpah spy membuat siasatan, mengintip, mencari maklumat betul tak zip seluar Najib terbuka.

Saya buat aduan ada penyelewengan iklan harakahdaily. Saya beritahu iklan sepatutnya dapat sekitar RM60,000.00 lebih sebulan. Harakah (Mokhtar) hanya menyebut sekitar RM20,000.00 sebulan.

(Itu pun tak bayar satu sen pun -- nanti aku cerita detail lagi. Untuk tahu bagaimana jumlah iklan sepatutnya sila baca kiraan dibuat oleh Ahmad Said - Tulisan berkenaan dengan iklan di Harakahdaily...tapi masih lembab?  atau tulisan saya - Banyak sangat ke Iklan Harakahdaily?. Anda juga boleh kira sendiri dengan membilang jumlah iklan yang ada dan darab aje dengan jumlah sewaan. Ini pun Mokhtar tak boleh buat, tak ada penyata pun. Setahun lebih pulak tu. Bangang betul pengurusan harakahdaily)


Apa payahnya Cikgu Pa jumpa Mokthar tanya iklan berapa Amir Ramadan bayar. Semak aduan saya betul atau tak. Kalau ada penyelewengan hentikan sahaja si Amir tu.

Kalau saya bohong, fitnah dan dengki atas kekayaan Amir Ramadan (Tuan Haji dan Ustaz pula tu!!) yang melempah luah, makilah, ludahlah saya. Tukar aje batu api kepada batu neraka, saya sudah pasti akan dibakar didalam api neraka kerana buat kerja jahat!

Kalau sayalah, saya siasat 'orang dalam' harakah dan harakahdaily tu sekali!!! Kalau engkau orang selalu baca teori 'konspirasi', mesti ada orang dalam...

ok STOP

Saya hairan artikel saya berkaitan penyelewengan iklan harakahdaily sudah lama, tapi masih wujud komen-komen sehingga hari ini.

Saya dituduh dengan kenyataan komen ini "Enta bukan berhujah. Enta tengah buat 'character assasination' pada seseorang dengan fakta yang salah." (Maksud pemberi komen ialah Zul Sulong, Ketua Editor Harakahdaily)

Saya nak beritahu kepada penghantar komen ini yang juga beremail dengan saya sehingga 15 kali (dua hala). Jika saya dedakan siapa enta barulah enta boleh kata ana buat  'character assasination' terhadap enta!!

Enta boleh guna Cikgu Pa dalam banyak kes mengatur susun pentadbiran di harakah. Kenapa payah sangat enta nak selesaikan kes penyelewengan iklan harakahdaily? Payah ke maklumkan perkara sebenar kepada Cikgu Pa? Enta ada komisen ke dengan Amir Ramadan?

Satu hal lagi, yang enta mengamuk sakan mengaitakan Tranungkite, dan webmasternya tu apa hal? Orang cucuk Amir dan Mokhtar enta yang melenting!! Kalau ana nak buat  'character assasination', saya akan forward perkara ini  kepada geng Tranungkite. Mampus enta, gaduh sakan geng Terengganu pula!!

Ok STOP

Bila pendedahan tentang RedRabana yang tokeynya ialah Amir Ramadan, saya kecewa dengan geng-geng blogger yang kononnya pembela kebenaran dan pendedah penyelewengan. Dulu mereka sentiasa membongkar penyelewengan kepimpinan PAS tapi sekarang membisu atas isu ini.

Saya nak terus terang sahaja di blog tanpa membuat teka teki siapa blogger berkenaan, sebab mereka pun suka menulis terus terang. Betulkan!!!

Wan Joe dan Pak Bakaq, Penarik Beca kawan baik dengan Amir Ramadan. Takkan hangpa tak tahu kot? Hangpa jangan buat begini, nanti orang tak percaya hangpa lagi. Hangpa jenis memilih bulu juga. Kalau Ustaz Nasaq atau Dr Hassan, oii hangpa gasak dia sampai nak mapuih.

Tapi seleweng duit iklan harakahdaily hampir sejuta, hangpa minum sama!!! Ada share ke?

ok STOP

Satu hal lagi ialah dengan Naib-Naib Presiden PAS. Saya lebih fokus kepada Haji Mahfuz dan YB Salahuddin Ayub. Saya tidak menolak Tuan Ibrahim Tuan Man juga perlu ambil cakna.

Saya hairan kenapa mereka tidak begitu prihatin dalam hal ini. Adakah kerana wujud kepentingan kepada harakah menyebabkan mereka lebih suka untuk tidak menimbulkan masalah dengan harakah bagi tujuan kewangan harakah untuk beberapa aktiviti yang dilakukan.

Sepatutnya Naib-Naib Presiden mengambil berat tentang pelaporan ini. Pendedahan yang dibuat oleh laman WikiLeaks perlu diambil pengajaran. PAS sebagai parti yang dilihat bersih daripada perkara seperti ini perlu dijaga.

Jangan sampai kita asyik buat kenyataan tentang kesilapan dan penyelewengan organasasi orang lain tapi kita tak pernah jengok dan ambil penduli rumah kita sendiri yang juga ber'daki'.

ok STOP

Kenapa marah sangat BatuApi kali ini? Sampai dedah semua orang?

Saya tahu, aduan saya telah di siasat. Tapi mereka tidak mengambil tindakan sewajarnya. Mereka seolah-olah malu alah dengan penyelewengan yang berlaku.


RedRabana yang saya sebut mengendalikan iklan harakahdaily dengan penjanjian 60% Harakahdaily dan 40% RedRabana. Tapi duit masuk 100% kepada Redrabana (Amir Ramadan). Sudah setahun lebih, RedRabana tak bayar satu sen pun kepada harakah. Itu belum masuk hutang tahun lalu!

Saya kira RM60 ribu sebulan (ini sedikit sahaja berbanding kiraan beberapa pendedahan penulis lain termasuk PolisPencen -- Harakahdaily masih lembab dan belum memuaskan)

RM60 x 12 = RM720 ribu. Bagaimana pula dengan tahun sebelumnya?

Saya setuju dengan komen pembaca  pada artikel saya "Redrebana yg dulunya sengkek kini kaya raya dengan duit jamaah, sapa pun tak kacau dia, senang lenang atas air mata org. Taukeh dia, amir ramadan buat pekak badak, hantam la apa orang nak hantam, yang penting aku boleh tukar mercedez, beli rumah baru, dan tak byr apa2 pada harakah"

Yang menyedihkan pekerja harakah, wartawan harakah dan harakahdaily umumnya, gaji dan claim mereka hanya boleh mencapai maksimun sekitar RM2500 sahaja. Kalau tak ada claim anda boleh bayangkan!

Mereka yang membuat berita menyediakan semua hal. Tapi RedRabana boleh kaya raya kerana dia kata kalau tak ada dia, harakahdaily tak akan ada, sebab dia yang asaskan portal itu!!

Baguih hah hangpa semua buatlah kerja untuk RedRabana. Geng kelete mesti tak percaya apa aku tulis pasal tokey RedRabana. Takkan ustaz buat begitu kot!! Ini semua fitnah!!

Kalau hangpa ada akal! Hangpa boleh siasat apa lagi perniagaan si penyangat ini. Dulu buat bisnis restoran, kena kencing! Ada juga share dengan Wasilah. Wasilah lingkup! Cuba beritahu saya pasal apa yang kaya raya ni! Niaga kopi Janda tu pun tak perlu bayar sekadar tukar dengan iklan harakahdaily. Lain perniagaan ialah iklan sex dan MLM -- pasal tu dalam harakahdaily banyak iklan berkenaan.

ok STOP

Saya nak tegaskan, harta jamaah yang melibatkan kewangan hampir sejuta ringgit, Wan Joe boleh minum dan gelak bersama tokey RedRabana. Zul Sulong tak ambil anisiatif yang serius dalam hal ini. Di mana sikap kita?

Iklan Harakah Cetak pula melibatkan jutaan ringgit. Tak ada audit langsung. Malu kita sebut perkara ini. Kenapa tak diselesaikan. Masih diberikan kepada orang yang sama? Apa kerana ada kepimpinan menggunakan wang harakah sewenang-wenangnya untuk pelbagai projek. Mereka ini saling garu mengaru antara satu sama lain susah sangat nak ambil tindakan.

Ini soal dosa dan pahala. Makan anak bini kita. Masa depan mereka bergantung kepada duit yang kita belanjakan. Setiap inci daging yang tubuh daripada wang bukan hak kita akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t.

Doa kita tak dimakbulkan!

Cukup aib untuk kita menghadapi pilihanraya ke-13 kalau kita sendiri masih belum boleh urus organasasi kita. Tidak ada kebolehpercayaan kepada mereka yang mengurus iklan dan wang parti.

Saya juga masih belum sebut lagi bagaimana bangunan 8 juta kita yang mengalami banyak masalah. Bocor di tingkap atas, tempias hujan membasahi semua tingkap. Ditambah pula kebakaran yang berlaku. Semuanya nak wang. (aku stop.. jangan panjang sangat, tahan emosi kalau aku bongkar yang ini, Dr Hatta pula garu kepala!)

Wang Harakah perlu diperkemaskan. Jangan ada penyangat mentedarah wang titik peluh perjuangan Islam ini. Jangan ada pengurus kewangan sewenang-wenangnya buat duit ini macam mak bapak dia punya! Dia nak bagi diskaun, dia nak bagi free ikut sedap dia. Tak ada sistem langsung. Kalau orang tawar pergi umrah pun dia sapu aje. Umrah!!

Kita kena ambil peranan agar Muktamar akan datang membongkar sejauh mana kegunaan wang harakah dalam semua hal. Kita kena audit setiap inci apa dilakukan oleh pengurus iklan harakah cetak. Barulah kita boleh mengesahkan ia tidaklah buruk dan berulat!!

ok STOP

Ini sebenarnya sebab aku tulis artikel ini, yang dah panjang melalok. Saya kecewa untuk mengambulkan kita semua kononnya iklan harakahdaily sudah bertukar kepada pengurusan harakah sendiri ialah dengan banner ini.

klik kalau nak baca mudah
Tapi sebelah dalam pula ialah
Klik kalau nak besarkan paparan
Jika anda klik ke RedRabana juga!!!
Klik untuk besarkan
Ini bukan penyelesaikan masalah. Ini Pak Pandir!! Siapa nak jawab?

BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com 

25 ulasan:

  1. hai pening kepala aku fikir. tak habis-habis. ini amanah jemaah. si amir ramadan tu ustaz. harakah tu akhbar jemaah islam. ceonya pun pejuang islam. alp pun pendokong islam. mengapa susah sangat nak ambik tindakan kpd amir redrabana tu? kenapa susah sangat nak siasat mokhtar telesign tu yang buat iklan sentiasa orang tak bayar 30%? takkan sebab duit tu datang orang ramai, bukan dari kantong harakah, ceo dan alp harakah tak rasa apa? tau bisnes ke tak? dalam islam macam mana pulak hukumnya?

    BalasPadam
  2. kalau kau benar wahai batuApi, aku akan beri sokongan 100% dengan apa yang kau dedahkan, setiap penyelewengan dalam PAS mesti dinyahkan dan binasakan.
    jika penyelewengan dilakukan oleh pemimpin PAS atas nama PAS, dosanya adalah sejuta kali ganda dari penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO. Kerana perbuatan mengunakan islam dan nama islam sebagai dinding untuk melakukan penyelewengan adalah jenayah yang paling keji disisi Allah.
    Siapa yang bangkit dan bangun untuk menegahnya adalah manusia yang suci disisi Islam, kerana melakukan suatu amalan dengan tujuan menyucikan ISlam dari disalahguna oleh mereka yang munafik.

    Aku hanya dapat berkata :"ciiiisss, masih ada manusia yang berkopiahkan kopiah PAS, tapi berhatikan hati UMNO".

    BalasPadam
  3. memang celaka batu api, menuduh dan mengaitkan orang lain (wan jo dan pak bakaq) tak pasal-pasal.

    kau perkenalkan dirikau batu api celaka!! aku kenal kau, aku akan ludah si celaka ni

    BalasPadam
  4. Sekadar ulas komen

    1. Setahun lebih ditipu melibatkan wang 0.72 juta. Sesiapa boleh siasat kenyataan di atas.

    2. Sudah diadu, tapi semaca susah nak bertindak. Dah kena tipu 0.72 juta pun tak ambil tindakan.

    3. Wan Jo dan Pak Bakaq aku tak suka sikap hipokritnya. Tulisan ni supaya dia boleh nasihatkan si Amir tu. Ini melibatkan dosa pahala. Aku jarang minum dengan si Amir ni. Bukan tak pernah minum. Tapi aku belanja sendirilah.

    BalasPadam
  5. Dia fitnah org tak apa. Org dedah network dia marah. Kakakkakaka semacam blogger UMNO Pondan.

    BalasPadam
  6. Hahahhahahahaha... ana dari Pekan ini pun terkena dgn hal pejabat Harakah..... nak bunuh karektor ana juga... kakakkakka. Memang sah kaki penfitnah.

    Ini email ana dengan kaki penfitnah ini.


    2010/11/27 Awang Ismail
    email enta sekadar hentikan perbahasan ana di blog ye?

    Ok, ana tidak akan tertipu lagi.



    2010/11/26 Awang Ismail

    dah selesai meneliti?


    2010/11/25 Awang Ismail
    Idea dia ok. Masalahnya org boleh terima Datuk Hasan Ali tak?



    2010/11/25 batu api
    Nanti ana fikirkan dulu.
    ana sedang meneliti tulisan Dr Rafick
    http://rights2write.wordpress.com/2010/11/25/pr-is-not-pkr/
    ada yang menarik di situ.
    BA

    Pada 2010 November 25 18:22, Awang Ismail menulis:

    cuma rasa ngapa enta tak jawab selepas ana bagi pandangan, tu aja. Harap juga dengar pandangan enta tentang pandangan ana.

    Salam.


    2010/11/25 batu api
    Ada hal sikit.
    Ok. Kenapa?

    Pada 2010 November 25 15:46, Awang Ismail menulis:

    enta sibuk ke?

    Wassalam


    2010/11/25 Awang Ismail
    Maaf nak tanya, yg jaga iklan kat Harakah/Harakahdaily siapa? IT ke editorial daripada maklumat enta?

    Awang.

    2010/11/25 Awang Ismail

    Ana tak suka Harakah sekarang - Harakah zaman Zul Sulong jauh lebih baik.


    1. Harakah kena berkembang - tak boleh tumpu berita PAS shj. Berita PAS patut letak muka 3 ke atas.

    2. Muka pertama-kedua dan dua muka terakhir mesti berita nasional dan Pakatan Rakyat.

    3. Orang PAS macam kita memang akan beli Harakah. Jadi Harakah tak perlu cater kandungannya utk ahli. Kita kena tarik org bukan PAS utk beli - jadi muka depan jangan letak pemimpin/berita pemimpin PAS. Kena isu nasional.

    4. Dengar kata Harakah/Harakahdaily tak cukup wartawan - harap mereka dapat bergabung resources.


    Harakahdaily:

    1. Ana mengikutnya di Facebook. Facebook dia meningkat 40,000 ke 100,000 dalam masa 3 bulan. Admin cukup bagus, ana cukup puas hati. Sini kekuatan Harakahdaily. Readership bukan main meningkat di Facebook.

    2. Buruknya Website susah masuk... IT tak buat kerja dok, tu ana tak tahu.

    3. Iklan seks terlalu banyak... ana tak suka, walaupun antara org yang memerlukannya. Ini jujur dari ana.

    4. Perkembangan yg paling positif ialah ada web English yg cukup pandai memilih cerita dari Iran/negara Islam yg lain. Kolum dia memang hebat untuk deep reading tentang Islam. Ramai kawan cina ana kata mereka dapat lihat perspektif Islam yg lain dari web english kita. Ini nak takbik Zul Sulong.

    5. News tempatan aktiviti PAS terlalu membosankan - tapi perlu juga.

    6. Minda Naib Presiden - ini kolum yang ana tak boleh miss sebab dua tiga soalan ana utk Mahfuz, Tuan Ibrahim dan Salahuddin dah siar dan mereka jawab dgn baik. Harap ada usaha buat Minda Cikgu Pa dan Minda Presiden pulak.

    Apa pula pendapat enta?

    Jazakallah.
    Awang


    2010/11/25 batu api
    Misi kedua ana nak dedahkan penyelewengan iklan harakah cetak dan kelemahan pengurusan harakah cetak di bawah Lutfi.
    Tak ada audit
    Yang di lantik audit tak berfungsi
    Kandungan Harakah yang celaru bukan macam akhbar parti.
    Apa pandangan enta?

    Pada 2010 November 25 00:29, Awang Ismail menulis:

    Assalamualaikum

    Makin rumit cerita enta. Ana pun sedikit pening. Org nak cari enta buat apa? Enta jaga diri.

    Rasanya perkara tidak serumit itu... orang PAS jarang buat hal rumit-rumit. Org yang ana paling hormat kat PAS ialah Datuk Tuan Ibrahim.

    Kalau Tuan Ibrahim percaya pd Cikgu Pa dan Zul Sulong, ana pun percaya.

    Kadang-kala otak kita yang rumitkan hal-hal sebegini bertambah dengan emosi. Tuan Ibrahim selalu ajar sangka baik pada orang. Jika sangka buruk, perkara yang baik pun jadi buruk.

    Harap enta dapat manfaat daripada kata-kata itu. Ana rasa enta sudah libatkan emosi dalam hal ini.

    Wassalam. Nak tidur.
    Awang.

    BalasPadam
  7. 2010/11/25 batu api

    Waalaikumu'salam
    Ana tahu pasal IT, Ana tahu Suhaimi Embong tak berfungsi malah menjadi beban kepada Harakah.
    InsyaAllah seperti yang disebut ana tahu sehingga kepada tandas di pejabat harakah.
    Apa yang ana tulis itu adalah sebahagian kecil sahaja, tak sampai 10%. Hanya nak minta selesai masalah penyelewengan iklan harakahdaily.

    Maklumat yang di tulis, ada yang Zul Sulong (??) sendiri tak tahu, misalnya kerugian dalam Siasah secara detail. Tapi sekarang maklumat itu dah ada dalam pengetahuannya. Ana juga tahu siapa yang menjadi mangsa apabila ada orang cuba mencari siapa ana? Mestilah orang-orag yang berada dipersekitaran harakah yang suka mengkritik.

    Sebelum ana nak dedah perkara ini ana dah fikir siapa yang jadi mangsa (tertuduh) sebab semuanya yang disebut adalah benar dan faktanya sulit ada yang Dato' KJ & Cikgu Pa sendiri tak tahu. Enta faham maksud ana.

    .
    Pada 2010 November 24 22:54, Awang Ismail menulis:

    Assalamualaikum,

    Baguslah begitu jika ada usaha buat siasatan. Tapi masalah redrebana dah mula sblm zul sulong ambil alih. Iklan bawah pengurusan IT bukan editorial - jika ana tak silap. Bhgn IT PAS ramai org tak suka... ana tak tahulah mengapa. Tanya merata, ramai org tak suka.

    Tapi tak apalah. Asalkan enta tengah tolong jamaah, ana sokong. Tapi harap jangan buat character assassination lagi... kita tak patut buat sebab org lain mendengki. Itu bukan cara Islam.

    Percayalah pada kebijaksanaan Datuk Kamarudin dan Cikgu Pa. Cikgu Pa ini bijak orgnya dan Zul orgnya ikhlas dan setia pd PAS.
    Tapi, kalau enta sudi, harap dpt cerita sikit apa maklumat yg enta ada pd Zul.

    Wassalam.
    Awang.

    2010/11/24 batu api

    Wa'alaikumusalam.
    Terima kasih.

    Ana sebenarnya tak nak panjang perbahasan di luar, pasa ana telah dihubungi oleh Dato' Kemarudin Jaafar.
    Ana telah memberikan beberapa masalah tentang masalah yang berlaku berkaiatan iklan harakahdaily. Ana juga berpendapat perbincangan lanjut boleh menganggu siasatan oleh Dato' KJ.
    Walahualam.
    Pada 2010 November 23 17:02, Awang Ismail menulis:

    Assalamualaikum,

    Ana 'Tanpa Nama' yg komen di blog enta.

    AI

    BalasPadam
  8. Nilailah sendiri wahai pembaca.

    Awang Ismail.

    BalasPadam
  9. kenapa KJ yg menghubungi? kenapa KJ yg melakukan siasatan? sepatutnya KJ cikgu Pa dan ZolSolong yg disiasat sebelum yg bawah kena siasat atau kedua2nya disiasat secara serentak . make sure para penyiasat terdiri dari orang yg tiada kaitan dgn harakah/harakahdaily baru ada confident beyond reasonable doubt.

    BalasPadam
  10. Boss Harakahdaily mula membuat komen pada blog ini. Kenapa ya?

    Kenapa menggunakan tanpa nama, perlu memperkenal diri dari mana asal. Tak ada siapa pun tanya. Ada sembunyi apa-apa ke?

    Nak tembak rusa, terkena harimau.
    Ada peribahasa Melayu menyebut, siapa makan cili dia akan terasa pedas. Sama seperti peribahasa siapa makan nangka dia yang terkena getahnya.

    Pelawat blog ini boleh baca semua komen di atas dan boleh buat komen. Saya terbuka dalam hal ini.

    BalasPadam
  11. Belit lagi. Enta yang suruh ana hantar emel.

    http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/11/nasib-pekerja-siasah-dan-politik-dalam.html

    "Itu pendapat ana. Ana ada hujah dan fakta. Tapi rasa tak elok dibincangkan di sini. Email sahaja kepada ana boleh ana bagi "screat velue"


    BatuApi @ FireStone berkata...
    Terima kasih,
    Ana ada banyak versi tentang Zul Sulong.
    Tapi ana tak nak panjangkan di sini.

    Enta tak kenal mendalam Zul Sulong, itu sahaja pendapat ana.

    Isunya bukan nak serang Zul, dia gagal. Gagal bukannya bersalah. Enta kena faham konsep pengurusan.

    Sama juga kita tak setuju dgn Cikgu Pa. Bukan cikgu Pa tak smart, tapi masa dan situasi sudah berlalu.

    Ana ada sebut mengenai Harakah Cetak pada artikel akhir. Maknanya bukan ana benci Ahmad Lutfi. Tapi ana tak nak dedahkan secara perinci, masih menghormati Ahmad Lutfi yang masih sakit dan tak nak pening kepala dia.

    Enta kena faham, isu iklan harakahdaily tidak membabitkan Zul, tetapi Zul haruslah bertanggungjawab.

    Akhie, ana masih bertegas, jika nak baiki harakahdaily jadi maju macam Malaysiakini atau MalaysiaInsider Zul mesti dikeluarkan sebagai pengedaliannya.

    Itu pendapat ana. Ana ada hujah dan fakta. Tapi rasa tak elok dibincangkan di sini. Email sahaja kepada ana boleh ana bagi "screat velue"

    Akhie ana boleh cerita harakah dengan tandasnya sekali. Tandasnya bersih (kalau enta plus, air warna biru) ada ubat gigi dan berus gigi yang terselit maybe ada yang mandi di situ.

    Susunan pejabat yang kuranng teratur berbanding dengan pejabat Malaysiani. Dulu Fathi Aris selalu tidur juga dipejabat Malaysiakini.

    Tak boleh banyak sangat nanti indentiti ana dikenali.

    Maaf. Rasanya baik kita fokus kepada penyelewengan iklan harakahdaily.
    2010 November 23 14:35
    Tanpa Nama berkata...
    Salam, enta boleh email ana di awang.ismail.pas@gmail.com

    Tapi atas research ana, TMI take off sebab bantuan dan idea Zul Sulong... sblm dia dilantik balik jadi editor Harakahdaily.... tapi tak sure.

    Matlumat ana ialah masalah utama Harakahdaily ialah unit IT yg terlampau lemah, dan peliknya unit IT bukan di bawah editorial... dua-dua report pada boss yg sama.

    Zul tak der kuasa suruh IT buat kerja, kalau tak silap.

    Harap enta dapat enlighten ana dalam hal ini.

    Salam perjuangan.

    BalasPadam
  12. Oklah ana dah bersihkan nama ana. Enta nak bergelumang dalam dosa, teruskan. Enta minta hantar emel, ana hantar, sekarang ana pula difitnah.

    Logik la tu.

    Awang

    BalasPadam
  13. Macam dia sendiri Batu Api == Nama sebenar. Dahlah blog pondan....

    At least Awang ini dah transparent. Bodohlah pengendali blog ini setaraf kebodohan Parpukari.

    BalasPadam
  14. Teruskan Zul Solong,
    ana mendengar hujah enta.

    BalasPadam
  15. mula dah membodokan org hahaha.
    kekalkan blog ni suatu yg mistri, pedulikan provokasi org, lg org cabar lagi berjaya blog Lu batuapi hahaha...keep up all the good works

    BalasPadam
  16. Pandai batu api, memang ana pun suspek ada tanpa nama yg zul sulong. puji diri sendiri, mintak maklumat dari batu api. hang ingat batu api bodoh? zul sulong dah sah gagal. siasah gagal tambah senarai kerja zul yg lingkup.

    BalasPadam
  17. sekadar renungan:-

    1. Pra penutupan Siasah, orang yang bentang pelan penutupan @ tabur janji ialah ZS sedangkan tokey ialah MSO. Antara lain, semua Pekerja Siasah dijanjikan tawaran bekerja dengan syarikat baru MSO. Soal balik bekerja di bawah organisasi induk Harakah tidak timbul atas alasan hampir semua lantikan Media Ikon dan hanya terkedu apabila KJ "terkepung" kerana tandatangan surat pelantikan;

    2. Dalam pertemuan KJ/Pekerja Siasah pasca penutupan Siasah, antara lain Pekerja Siasah sendiri secara kolektif mencadangkan supaya usaha memperkasa Unit Buku Harakah (UBH) dilakukan sebagai langkah penyelesaian malah mampu mencetus kejayaan. ZS hanya diam seribu bahasa;

    3. 2 hari kemudian, ZS muncul dengan kertas kerja yang dakwanya dibuat berdasarkan penyelidikan terperinci ke atas syarikat penerbitan PTS supaya sebuah Jabatan Buku baru ditubuhkan dengan menyebut unjuran-unjuran 5 buku setiap bulan sebagai mantera cipta keuntungan dll;

    4. Beberapa hari kemudian, kesemua bekas Pekerja Siasah menerima arahan bertugas sama ada di Harakah Daily atau di Harakah sendiri. Malah ada pekerja grafik di Siasah "terpaksa" bertukar menjadi wartawan di Harakah Daily. Tiada seorang pun yang ditempatkan di UBH. Pada waktu yang sama, ZS tiba-tiba menukar mantera baru iaitu usaha memperkasa Harakah Daily begitu amat penting lagi dibutuhkan demi mencipta kejayaan serta keuntungan yang hanya dia sahaja yang tahu;

    5. UBH dikatakan bakal ditutup.

    Sikap "flip-flop" ZS sudah tidak relevan. Soalnya di mana KJ selaku CEO Harakah dalam kemelut ini? Apakah Lembaga Harakah menyedari dan maklum akan hal ini? Adakah pemuka-pemuka Harakah termasuk Lutfi, Tarmizi, Taufik, Rashidi yang berasa diri mereka sebagai "penguasa-penguasa" di Harakah tumpang semangkok dalam kemelut ini?

    Mohon dicadangkan:-

    A. Seluruh aspek pengurusan terutamanya kewangan organisasi Harakah (mengikut semua jabatan di bawahnya) diaudit secara profesional oleh pihak yang tiada kepentingan sebelum Muktamar 2011;

    B. Justifikasi pelantikan Lembaga Harakah perlu diberi penilaian semula - fokus hendaklah kepada sejauh mana keberkesanan mereka yang dilantik dan bukan sekadar mewakili kelompok parti;

    C. Semua jawatan kanan yang mengurus operasi harian termasuk Pengarah Urusan, Ketua Pengarang, Ketua-Ketua Jabatan/Unit hendaklah "diprofesionalkan" dalam erti kata sebenar dan tidak boleh lagi dianggap "habuan politik". Itu amalan UMNO/BN!

    D. Semua jawatan lain hendaklah diberi nafas baru yakni Skim Saraan Harakah (SSH) mengambilkira aspek gaji, perkhidmatan, perjawatan, faedah, agihan tugas dan lain-lain - jika perlu distruktur semula lebih kukuh dan berwajaran malah menjelaskan skop tugas serta aliran kuasa setiap anggota;

    E. Suasana kerja lebih kondusif yakni pejabat yang lebih teratur lagi kemas dengan peralatan yang mencukupi.

    Jika ini tidak mampu dilakukan walau atas alasan apa pun - maka Muktamar 2011 hendaklah dijadikan medan penyelesaiannya!

    BalasPadam
  18. kenapa begini jadinya ya,bapak bapak ustaz semua,adakah ini dugaan saperti bukit uhud?...

    BalasPadam
  19. macam kenal jer orang yang mengkritik dan mengsyor kat atas tu... jangan kecewa dan babitkan orang lain. perbaiki diri sendiri.

    BalasPadam
  20. Oh Awang tu Zulkifly Sulong rupanya. Kenapa dia puji diri sendiri dalam banyak komen-komen kat atas. Orang tak tanya dan tak tau pun. Tapi bila sebut banyak kali nama dia, bagus itu dan bagus ini...geli rasanya.

    BalasPadam
  21. nampak yang bergaduh orang2 siasah sendiri. kenapa jadi macm itu pula. zul sulung pula kena hentam teruk.

    tajuk utama, iaitu AMIR RAMADAN, yang bolot duit ratus2 ribu dari duit iklan harakahdaily tun senyap aja.

    smart betul AMIR RAMADAN ni. org lain bergaduh, dia dapat untung besar.

    BalasPadam
  22. tanpa mengiya atau menidakkan, tanpa mengesah atau menolak, jelas bahawa isu utama dalam semua pro-kontra di atas tentang harakah-siasah-harakahdaily, bolehlah disimpulkan sebagai isu pengurusan semata-mata.
    jernihkan pengurusan, maka dapatlah dijernihkan banyak perkara dan kemelut yang berlaku, tanpa perlu salah-menyalah, tuduh-menuduh, jatuh-menjatuh atau terka-menerka.
    semua orang punya kebolehan dan kebaikan yang boleh, malah perlu, digembleng untuk manfaat dirinya dan juga orang lain.
    dunia tuhan ini amat luas dan dalam, kejayaan seseorang atau sekumpulan orang tidak bermakna perlu ada orang atau kelompok lain yang mesti digagalkan. semakin cepat kita menyedari hakikat ini, semakin cepat pula tangan allah akan berada di atas kita.
    yang sering menjadi penghalang kepada kemajuan atau kejayaan, bukanlah orang lain atau keadaan, tetapi minda dan hati kita sendiri.
    "there is enough place and glory for everybody", kata guru tua saya.

    wallahua'lam.

    syed putra ahmad
    unit buku harakah.

    BalasPadam
  23. apa gaduh-gaduh pasal siasah ni... berapa orang yang baca akhbar tu? terbit ke tak terbit ke, sama aje... dengar khabar masa terbit pun, pengarang dengan pemberita siasah bukan minat buat kerja pun. masuk pejabat tidur... masa orang tidur dia jaga... bangun2 tidur lepak kat restoran haslam. buat mini parlimen bincang pasal isu antarabangsa, nasional, local dan sub-local (hal2 dalaman harakah). lepas tuu balik pejabat tidur lagi... berita ceduk dari harakahdaily/harakah. macam manalah siasah tuu nak laku.

    itu cerita yang aku dengarlah...

    BalasPadam
  24. kes amir ramadan pelingkup duit iklan harakah daily dah senyap. semua orang buat tak kisah. pengurus iklan hrkh tak buat apa2 sbb dia pun kroni redrebana. Pengarang daily sibuk dgn projek pelingkup duit hrkh. tak pernah serik2 dgn mcm2 projek yang rugi besar. tunggulah pendedahan lebih besar tentg skandal iklan dlm cetak pula. slmtlah ustaz amir ramadan perbodoh bos harakah!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog