Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 6 Mei 2010

Ulas artikel GMC Hak Tok Guru

Seronok juga melihat mereka yang digelar askar upahan oleh Cikgu Pa bermain gerak saraf dimedia internet bagi menjatuhkan mana-mana pihak yang dirasaikan perlu.

Artikel terbaru Kickdefella, GMC Hak Tok Guru adalah psiko halus yang memerangkap mangsa bagi mendapat laluan dan idea untuk meneruskan kerja-kerja penulisan yang pasti tidak akan sampai ke penghujungnya selagi matlamat akhir belum tercapai.

Biasalah nak dijolok buah yang ranum habis putik, daun, malah ranting-rantingnya sekali yang terburai dek kerana galahnya tak sempurna sifat. Penjolok pula bukan tahu adab main hentam aje.


Kickdefella ada menulis;


Beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum 2008, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz telah dijadualkan untuk memberi satu sidang media di Studio Global Media Channel Sdn Bhd. Memandangkan ini pertama kali Tuan Guru akan berkunjung ke GMC saya telah mengemukakan soalan kepada YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung pemilikan Global Media Channel.

“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.

“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.

Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam

Apa yang dihairan, jika YAB Menteri Besar Kelantan datang ke PASTI Bachok misalnya. Lalu ditanya kepada YDP di situ. Kalau Tok Guru tanya hok siapa ini? Kata YDP PAS Bachok. kata hok Tok Gurulah ni!!

Adakah kita akan berpendapat memang PASTI itu hok Tok Guru? Tidak melainkan jika ada ahli UMNO yang berada di situ, yang tak mahir selok belok PAS akan mengata bersungguh-sungguh itulah hok Tok Guru.

Nampak bezakan antara ahli PAS, ahli PAS tak bayar yuran, ahli UMNO dan Ahli UMNO bekerja untuk PAS sebagai askar upahan!!

Kickdefella menulis lagi;

Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya.

Katakan saya bekerja di Pejabat FELDA, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Cikgu Pa (bukan pembantu Cikgu Pa atau Timb SU) datang untuk menghadiri taklimat kakitangan FELDA di pejabat saya. Kami bawa Ustaz Nasha dan Cikgu Pa melawat setiap sudut dan semua tingkat di bangunan FELDA tersebut. Akhir sekali Ustaz Nasha dan Cikgu Pa diberikan taklimat oleh pegawai operasi FELDA kami mengenai operasi yang kami lakukan.

Adakah FELDA itu boleh jadi hak milik Ustaz Nasha dan Cikgu Pa. Apakah Ustaz Nasha dan Cikgu Pa boleh dikatakan sebahagian daripada kami?

Rasanya Kickdefella menulis dalam keadaan kurang sedar!! Atau di bawah pengaruh kurang sedar!

Kickdefella ada lagi menulis;


Tujuan kehadiran Penolong Kepada Mustafa Ali itu ialah bagi urusan penyuntingan Majalah Kelantan Gateway. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri juga kesal setelah menyaksikan sendiri peralatan yang kini tersimpan di dalam stor.

Sedikit sebanyak beliau cuba memberi bantuan dari segi projek untuk membantu Global kembali merangkak

Sambung lagi lawatan ke pejabat FELDA saya tadi, tiba-tiba Ustaz Nasha menyatakan kesal ada satu sektor kami tak beroperasi, beliau dan Cikgu Pa bersungguh-sungguh untuk memberikan bantuan bagi memajukan sektor berkenaan.

Adakah dengan secara automatik FELDA kami itu menjadi hok milik Ustaz Nasha atau Cikgu Pa? Adakah ini yang nak dimaksukan Hok Tok Guru... Saya sedikit pun tak hairan jika Ustaz Nasha kebetulan dalam ceramahnya malam itu menyebut kita akan berkerjasama dengan FELDA bagi tujuan ini.

Hanya yang luka sahaja merasai ngilu...
Jangan biarkan akal anda di"sarafkan" oleh pekerja upahan gerak saraf.

4 ulasan:

  1. aku cucu mamak kutty yg ori punya7 Mei 2010 pada 9:49 PG

    takde org nak komen arttikel fitnah yg kau buat ni..sebab org dah tahu dah yg kau ni batuapi...komen buat entri./..kau komen le sendiri....gunakan le anon ke....atau url ke.....atau panggil le barua2 yg serupa mcm kau juga....seperti penembak babi.kumpulan org gila.ali zaidan,pecacai dak acan,barua dak naca,dah selan mms,si emi embong,dak tapah,wardi anak pak kop,abC,sape2le pecacai GENG2 UG.....kahkahkah.....batuapi ....batu neraka....

    BalasPadam
  2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    Bagaimana isu ini saya hendak berhujah dengan UMNO?

    BalasPadam
  3. Yang dikatakan Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. Saya tak kata hukum. Dah baca sepenuhnya atau main ambil sekerat-sekerat?

    Perbahasan ulama PAS adalah panjang. Hukum ini bergantung pada keadaan, sifat, iosu dsbnya.

    Paling mudah nak berhujah dengan saudara iaitu isu MLM. Baca artikel Ust. Zaharuddin.

    Pendapat dia juga berubah tak sampai setahun kenapa? Pasal keadaan dan situasi. Kalau saudara nak berhujah dengan saya pasal isu tahun 1963 nampak sangat saudara masih cetak pembacaannya.

    Maaf itu pendapat saya.

    BalasPadam
  4. Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam ---->> bukti bahawa Husam laa boss lama kick... sekarang nak buat2 berlakon macam gaduh pulak..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog