Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 21 Ogos 2010

Salam Ramadan...

Sebulan lebih saya meninggalkan blog ini. Ada beberapa e-mel yang saya perolehi bertanyakan khabar tentang diri saya. Saya faham tentang maksud e-mel berkenaan dan saya juga faham kerisauan tiada orang yang akan menjawab fitnah dikalangan mukmin (yang selalu kita diajar ditarbiyyah terutama di pondok-pondok).

Ali Zaidan, Penembak Babi, Lanskar Pelangi, Kumpulan Orang Gila semuanya sudah semacam berhenti menulis.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kewujudan blog ini bukan untuk mendapatkan rangking, jauh sekali mencari duit sampingan dengan iklan sehingga iklan lucah dibenarkan atas nama mencari sedikit manafaat dan imbuhan untuk duniawi. Mulut bercakap tentang Islam tapi perbuatannya tersimpang jauh drp lunas-lunas Islam.

Sebenarnya saya masih ada blog lain dan saya aktif menulis dan kadang kala hampir setiap hari tulisan saya terpapar dan banyak memberi manafaat kepada pembaca, jika dibaca daripada komen-komen pada blog berkenaan.

Saya juga sedar, nama-nama dia atas yang tak atif juga sebahagiannya mempunyai blog lain seperti saya dan mereka memberikan manafaat atas keupayaan IT yang ada untuk orang ramai.

Perjuangan Islam memerlukan masa dan pengorbanan, kita diuji dengan pelbagai mehnah untuk melihat kesabaran kita dalam melalui perjalanan jauh. Oleh itu tidak hairan ada dikalangan kita akan menjadi anai-anai yang akan merosakkan, ada pula yang menjadi "kemuncuk" untuk melambatkan perjalanan malah tidak mustahil mereka yang bersama kita menjadi penghalang kepada kemenangan Islam kerana kebodohan mereka dalam uslud dakwah. Mereka gopoh, sempit dan gelojoh untuk mendapatkan kemenangan, sehingga mereka tinggal asas untuk perjuangan Islam...

Percayalah mereka ini tidak lama, pasti akan hilang dan "tersungkur" keran keangkuhan dan kebiadapan mereka terhadap mereka yang ikhlas dalam perjuangan dengan menambahkan keraguan dan kesaksian dikalangan orang yang bersama perjuangan.

Saya sudah melihat mereka ini sudah "terpencil" secara sedikit demi sedikit dan jika mereka ini sombong serta tidak bertaubat daripada kebiadapan mereka., sudah pasti mereka ini akan tercicir dalam perjuangan Islam..

Selamat berpuasa.

7 ulasan:

  1. cucu mamak kutty22 Ogos 2010 4:06 PTG

    duit dah habis....tu yg aktif semula agaknya....nak cari duit le agaknya tu.....kahkahklah....kawan2 sekepala mcm kau tu....bulan posa ni pi ambik upah tembak babi agaknya.....nak cari duit lebih le ti....kahkahkah....duniya ad duniya.....ad duniya sororom bororom.....kehkehkeh....selamat berpuasa.....

    BalasPadam
  2. macam mana boleh terlepas ni??

    BalasPadam
  3. 1. Ada blog lain? Hipokrit yang takut jadi diri sendiri. Kenapa takut guna blog asal untuk jawab apa yang kamu panggil tomahan terhadap Islam? Ada 2 jenis pahala atau ada 2 jenis hipokrisi?

    2. Sekarang siapa yang terpencil? Ali Zaidan, Penembak Babi, Lanskar Pelangi, Kumpulan Orang Gila, satu daripada mereka sudah menyertai PAS Reform.

    Carilah sendiri.

    BalasPadam
  4. Tara nama bukan terlepas, memang salah satu drp mereka.

    BalasPadam
  5. 1. Janda kutty ada zahid hamidi yang tak guna lain buat fitnah itu dikira tidak hipokrit? Nampak sangat anda bodoh dalam membuat penafsiran.

    2. Saya masih kata wan ji buat fitnah pasal perjumpaan sulit dengan blogger UMNO. Mana hujah wan ji? Saya kata Penarik beca buat maklumat palsu dalam berpeluk UMNO di London. Mana hujah Penarik Beca? SIAPA YANG BUAT FITNAH??

    3. Kalau berani berhujahlah!!

    4. Siapa yang terpencil?? Siapa dan apa jawatan Wan Ji, Penarik Beca (bukan ahli PAS), Tulang Besi dll dalm PAS berbanding dengan Ali Zaidan.

    Nasihat saya kepada mak janda jangan buat dosa dalam hal yang kita tak pasti.

    Semoga bulan ramadan ini memberikan keinsafan kepada mereka yang buta maklumat.

    BalasPadam
  6. salam ramadan BA...selamat kembali :)

    BalasPadam
  7. AbgBro,
    Masih ada dan agak sihat sedikit pd bulan ramadan ini mungkin makan terkawal.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog