Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 30 September 2010

Pas boleh ditegur, dikritik tapi bukan menjadi perosak dari dalam!

Ulasan saya berkaitan dengan tulisan Prof. Dr Aziz Bari yang bertajuk "Pas dan Perlembagaan" mendapat rekasi yang agak positif dan tidak kurang juga komen-komen liar tanpa hujah yang kukuh untuk percambahan pemikiran.

Saya setuju dengan hussin seorang kometar pada blog saya yang berkata bahawa Aziz Bari memang sengaja memperli Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Tapi tulisan saya pada kebetulan pula nak pilihanraya kecil, saya taklah detail sangat.

Memang bila kita menulis membuat teguran kepada Prof. Dr. kita akan dilekehkan aje!! Siapa engkau BaruApi? Tapi kalau nama saya Prof. Dr BatuApi @ Firestone (ada orang putih pula tu!!) semua terkedu dan longlai. Ini dinamakan "Thick in the head".



Nabi Muhammad s.a.w. buta huruf tak sekolah, miskin, papa kedana. Bercakap tentang Islam. Zaman baginda ramai yang bengap macam pengkiritik di blog saya.

Saya hairan bila digariskan manusia yang paling hebat di dunia. Nabi Muhammad s.a.w. berada ditangga paling atas mengalah semua prof, dr, ahli falsafah.. Saya ingat mat saleh yang buat rangking ini bodoh juga!!

Engkau orang boleh pikir ke? Tak sekolah, buta huruf, papa kedana tak ada Prof. Dr pun ada yang sanjung baginda!!

Kita dah Islam dan ada cara dan kaedah Islam yang diturunkan oleh Allah, pencipta kita, tapi Raja Petra boleh pertingkaikan. Ada pula manusia sanjung dia dan berhujah dengan saya dengan hujah RPK yang hampir sesat tu!.

mat terang bulan berkata...


Batu api wajar baca komen Raja Petra Kamaruddin(RPK) diblognya pada 27.9.10 bertajuk (Thick in the head".RPK tak ada niat nak jadi wakil rakyat mahu pun jadi Presiden PAS.Berliau buat komen selaku pemerhati sama macam Prof.Aziz Bari.Apakah hebatnya PAS hingga tak boleh ditegur atau diperkatakan?Sampai bila PAS tidak mau buka mata,telinga dan otak?

Saya akan jawab tulisan RPK tu, jika saya ada kesempatan masa. Tapi sebelum itu adalah lebih baik mat terang bulan baca artikel Penarik Beca "RPK is not right too (2) ". Saya rasa Penarik Beca berhujah dengan baik. (Walaupun saya puji Penarik Beca dalam bab ini, tapi saya masih tak setuju dengan artikel pi London nak peluk cium UMNO sehingga salah faham berlaku kononnya ada kerjasama PAS dengan UMNO... saya masih tunggu Penarik Beca menjawab!!) Tunggu punya macam cerita P. Ramlee akhir guna pelita juga.. Penarik Beca akan terima nasihat Fakaq jangan dilayan batuapi.

hussin tak faham apa itu wala' sehingga dia menjadi celaru.

Saya nak tak tanya bila masa PAS tak boleh terima teguran, tak boleh dikritik? Cuba jawab jangan dengan hujah. Jangan sedap mulut lempar tuduhan kononnya kepimpinan ulama jumud dan beku. Berapa ramai cerdik pandai yang masuk PAS boleh diketengahkan. Siapa yang bijak akan diberikan tempat. Engkau orang ingat orang kampung ahli PAS kelapaq nak jadi wakil rakyat, nak jadi pemimpin ke?

Engkau boleh kata RPK tak nak jadi Presiden PAS. Engkau ingat semua berebut nak jadi Presiden ke? Melainkan ada orang luar yang merangcang nak ambil alih kepimpinan PAS.

Engkau juga ingat Dr Hatta Ramli, Dr Siti Mariah, Dato' KJ, Dr Hassan Ali dll tu masuk PAS jadi tukang tampal poster ke?

Siapa yang sempit fikiran??

Saya nak bagi satu contoh untuk buka mata pengkritik bengap ini!! Yang suka mengatakan bahawa kepimpinan PAS dan kepimpinan ulama PAS jumud dan beku. Pasal pakai serban dan jubah!!

Bagaimana undang-undang Hudud dan Qisa di Negeri Terengganu di wartakan? Tun Salleh Abbas, semua orang kenal, seperti kita kenal Prof Dr Aziz Bari dengan 21 tahun pengalaman mengajar undang-undang!! mengatakan tak boleh buat undang-undang Hudud dan Qisa di Terengganu sebab dalam perlembangaan negara kita mengata bahawa jika ada undang-undang lain yang dibuat kemudian bercanggah dengan Undang-Undang Malaysia undang-undang itu akan terbatal dengan sendirinya. Tak Salleh tak bersedia.

Tun Salleh Abbas memang terror, tapi dia bukan orang politik sama seperti Aziz Bari. Bukan saya kata, beliau kata sendiri "Saya bukan Orang Politik".

Saya setuju sindiran daripada seorang komentar pada artikel saya abuadil_alkaff  mengatakan "Agak2 bolehkah dipakai jika Jins Samsudin memberi komen tentang perlawanan antara Valencia dengan Manchester United semalam?"

Masing-masing ada kepakaran, jangan kita terlalu taksud sehingga merasakan kita pandai dalam semua perkara

AJK PAS yang berserban, bejubah telah mengeluarkan hujah yang kukuh dalam hal ini sehingga undang-undang Hudud dan Qisa di Terengganu di wartakan. Ini adalah titik sejarah kerjayaan yang tak boleh dilupakan oleh semua perjuang Islam sebab itu adalah pokok kita berjuang nak mampueh!! dalam PAS. Nak buat hukum hudud nak buat Negara Islam. Melainkan ada pimpinan PAS yang mula kendur kerana nak Hubuldunia dengan sedikit kemewahan nak slow bercakap kita kena ikut perlembagaan, ini strategi!! Kita kena cari undi!!

Terengganu bukan buat undang-undang baru. Terengganu mengambil undang sedia ada lebih awal daripada Pelembagaan Negara. Jadi walaupun bercanggah tapi tidak terbatal pasal Pelembangaan mengatakan mana-mana undang baru yang bercanggah tersendiri akan batal!!!

British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Raja sahaja berkuasa melantik dan memecat menteri dan pegawai-pegawainya. Sultan ditegah membuat sebarang perjanjian untuk melepaskan kuasa negeri kepada kerajaan lain atau kepada bangsa Eropah. Seandainya dilakukan juga oleh Sultan, maka pemerintahannya tidak perlu ditaati lagi.



Undang-undang ini yang diberinama “Itqan al-Muluk Bi- Ta’dil al-Suluk” antaranya mengukuhkan pengistiharan Terengganu sebagai sebuah negeri Melayu Islam dengan peraturan dan undang-undang Islam. Baca di sini


Jangan anggap semua orang PAS bodoh!! Kita sahaja pandai, sedangkan kalau disuruh Aziz Bari tu handle Usrah kelompok pada masyarakat nelayan belum pasti berjaya. Bercakap memanglah mudah!!

Saya bukalah nak marah untuk kita memberikan cadangan, menegur PAS. Presiden sendiri pun masa seminar tidak lekang tangan mencatat teguran dan kritikan. Tapi kita marah pasal ada usaha-usaha campur tangan mengatur kepimpinan, membuat persepsi buruk dan menyerang mana-mana individu kepimpinan yang tak disukai. Membentuk rangkain blogger menyerang kepimpinan ulama secara halus.

Nak tegur, kritik atau beri cadangan tak apa, tapi jangan jadi perosak dalam PAS.

17 ulasan:

  1. kau orang jangan fikir PAS tu untuk puak tertentu, untuk orang tertentu, hak milik orang tertentu. PAS adalah Parti Islam yang diasaskan untuk menjadi landasan kepada perjuangan mendaulatkan agama Allah.
    Kalau kita rasa PAS patut wujud, maka kita sama-sama menghidupkannya. Jika kita rasa PAS patutnya mampus, marilah sama-sama kita hancurkannya. Yang pastinya, sesiapa yang tidak berusaha mendaulatkan agama Allah semasa hayatnya, beliau pasti menempah bencana di akhirat kelak.
    Pemimpin PAS adalah mereka yang dilantik oleh ahli PAS. Pelantikan mereka kebiasaan melalui jalan syura, dimana setiap ahli PAS berpeluang mengundi atau melantik orang lain untuk mengundi bagi pihaknya.
    Cerdik dan bodoh seseorang pemimpin PAS adalah suatu pandangan subjektif. Adakala sesuatu yang dianggap cerdik, mungkin sebenarnya bodoh. Begitu juga sesuatu yang bodoh, kadang-kadang adalah kecerdikan. Amat tidak cerdik kalau umat Islam menilai cerdik bodoh tindakan yang diambil oleh 4 khalifah ar-Rasyidiin, setiap orang daripada mereka mempunyai kelemahan dan ada kelebihan.
    Namun suatu pengkhianatan besar apabila seorang pemimpin PAS masih berkeras dengan ijtihadnya, walaupun ijtihadnya memang bodoh. Begitu juga suatu jenayah besar kepada mana-mana ahli PAS yang melihat tindakan bodoh pemimpin mereka, tapi hanya membisu.
    Cara menegur pemimpin bodoh juga sesuatu yang subjektif, ada yang kasar dan ada yang lembut. Kadang-kadang yang lembut berguna dan yang kasar lebih berguna. Begitulah sebaliknya. Terima kasih kepada orang yang menegur, kerana mereka tidak bisu, tuli dan pekak.
    Menegur pemimpin sebaiknya berhikmah, kerana bukan pemimpin yang kita jaga, tapi yang lebih penting adalah parti. Ingat kita sokong PAS bukan kerana TGNA, kita sokong PAS bukan kerana TGHH, kita sokong PAS bukan kerana Nasaruddin Mat Isa. Kalau mana-mana pemimpin PAS pergi, maka Allah pastikan akan mengantikannya dgn orang lain. Kalau kita boleh sabar dengan seseorang pemimpin PAS kita sabar, kalau kita tak boleh sabar, kita langgar. Namun ingat kita bukannya tentera Khawarij, yang hanya pandai langgar.
    Kalau orang luar tak setuju dengan Presiden parti kita, kita jangan melenting.
    Kalau prof. komen dasar kita, kita hanya anggok-anggokkan kepala, kerana beliau prof., sedangkan kita tidak.
    Kalau mursyid am marahkan seseorang, jangan pula kita masukkan api ke dalam poket baju mursyid am.
    Kalau presiden tersasul dan ternyanyuk, jangan kita ejeknya sehingga beliau malu dan menyembunyi diri.
    Kalau tim. presiden main mata dgn musuh, jangan pula kita colek kedua-dua matanya sampai buta.
    Kalau kita kalah orang tak pilih untuk jawatan tertentu, jangan kita menjadi orang meroyan (memang sepatutnya orang tak pilih).
    Namun ada suatu yang paling aku takut, "orang PAS berkopiah PAS berhatikan UMNO". Geng ini musuh besar kepada PAS. Salah perkiraan PAS mungkin ditunggeng punggung oleh masyarakat Islam.
    Sebenarnya PAS ada dua musuh yang mahu menghancurkannya, satu musuh luar yang dipanggil UMNO, satu lagi musuh dalaman yang dipanggil munafik penyamun harta rakyat. Sama seperti manusia, ada dua musuh, satu syaitan, satu lagi nafsu.
    Geng ini mungkin tiada di pantai barat dan utara semenanjung, tapi membiak dan membuncit di pantai timur yang dikenali kubu kuat PAS, negeri cik siti wan kembang.
    Jangan fitnah!, berdosa!. Sorry aku tak perasan.
    Yang aku takut UMNO diamkan, tiba masa terbongkar dan berbau busuk. Yang lebih parah tengah pilihanraya ....... tapislah, tolong tapis, tapis biar cermat, buang malu alah ke Bukit Panau.

    BalasPadam
  2. Syabas, BatuAir (kalau air batu tu ada juga nampak real) Saya setuju semuanya. Hanya perengan akhir aje yang ada di negeri cik siti wan kemang tu saya nak tambah.

    Rasanya ada dimana-mana, bila ada kuasa akan nampaklah 'taring'nya.

    BalasPadam
  3. Tahniah dan terima kasih kat batuapi dan batuair... benarlah barang dikata...PAS bukan tak boleh ditegur dan dikritik tetapu perlu kepada kelembutan....nak tegur dan kritik PAS pun jangan sampai menghancurkan reputasi PAS itu sendiri...nampaknya isu ini mula nak dihidupkan kembali....pelbagai helah dan buah keras dilontar untuk memberi ruang orang lain menghentam kita.... percaturan ini nampaknya makin rumit sebab barangkali ada agenda yg tersurat dan tersirat setengah pihak....

    Saya ade terbaca tulisan Tuan Hj Subky Latif bagaiman dalam satu mesyuarat AJK PAS pusat apabila ada dikalangan ahlinya seakan marah dan kecewa serta perlukan penjelasan daripada Allahyarham Ust Fadzil Noor bila mana Allahyarham ust Fadzil tiba-tiba muncul di rumah Anwar Ibrahim sejurus beliau dipecat sedekad lalu..... Allahyarham Ust Fadzil menjelaskan apa yang patut.

    Moral dari sejarah ringkas ini ialah...sekiranya ada pihak-pihak yang memang tak puas hati dengan Presiden atau Timbalan Presiden atau mana-mana pimpinan juga wajar bertindak seperti itu.....

    kalau hanya kerana alasan" saya bukan ahli politik dan saya hanya diberitahu..." maka sikap beginilah yang akan memporak perandakan organisasi PAS....

    kita kena ingat kita bersama dengan PAS ini semuanya ada kepentingan....bukan kepantingan pangkat dan kuasa serta jawatan dalam hiraki parti tetapi KEPENTINGAN KITA ADALAH ISLAM....

    berbalik kepada soal seolah-olah hanya dua orang naib Presiden sahaja yang seakan mengemudi PAS dewasa ini nampak macam tuduhan yang melulu...

    secara mudahnya setiap orang ada kerja dan tanggungjawabnya sendiri....macam Aziz bari...dia pakar dalam undang-undang tak boleh la dia bercakap soal macamana cara nak sunat / khitankan orang atau nak cakap pasal bila lembua nak beranak....

    tentunya presiden ada tugas dia...Tim Presiden ada tugas dia....naib2 presiden ada tugas dia...so apa masalahnya....soal selalu ke luar negara...apakah mereka pergi itu atas urusan peribadai atau urusan parti.... bukankah kita telah ketahui bahawa pengiktirafan dunia islam kepada PAS bukan lagi rahsia...mereka menjemput pimpinan kita untuk berkongsi pengalaman menguruskan parti dan sebagainya yang baik...salah ke?

    yang ke luar negara pun bukan hanya presiden dan timbalanya sahaja bahkan pimpinan lain juga kadang kala ikut bersama dalam program2 tertentu...

    benarlah seperti kata BATUAIR....yang bercita-cita besar untk menghancurkan PAS adalah umno yang memerangi dari luar dan golongan munafik menyerang dari dalam...

    kemudian soal wala' pun nak dihidupkan lagi...ug pun nak dihidupkan lagi....baiah lah...dan macam2 lagi nak cari point untuk gegarkan jemaah....

    diharapkan isu ini mati setakat disini sahaja lah...banyak lagi kerja berat yang menanti kita dihadapan....tanggungjawab untuk mempertahankan negeri dan kerusi-kerusi yang PAS menangngi itu lebih aula kita bicarakan.... proses penambahan pengundi wajib kita ushakan....menangkis isu ciptaan juga perlu bijak kita tangkis.... ini tak kita terpaksa menjawab sesama sendiri dan musuh-musuh sebenar kita ketawa riang diluar sana....PRK Galas kini menanti penyertaan kita....mohon maaf kepada semua....semoga Allah memudahkan segala urusan kita...amin

    BalasPadam
  4. ....Geng ini mungkin tiada di pantai barat dan utara semenanjung.....jangan macam tu, yang senyap sunyi tu yang paling bahaya. jenuh nak kepung.

    BalasPadam
  5. al johori al jawi sokong batuapi dan batuair supaya niat tersirat dibongkar sebelum wabak penyakit pemilihan muktamar menular.Tuan amat berjasa pada PAS

    BalasPadam
  6. Salam batu api...

    Bagi Saya, kenyataan Prof ni bukannya apa sangat..kenyataannya ialah cubaan untuk mengalih perhatian penyokong PR daripada melihat pergolakan yang sedang berlaku dalam pemilihan PKR, supaya rakyat akan kata ooooo bukan PKR je bergolak PAS pun ada masalah, kalau dalam kedaan PKR ada berlaku pergolakan sedikit, dan PAS nampak tenang masa itu maka PASTINYA rakyat akan melihat PAS yang paling layak memimpin PR, ini yang tidak di mahui oleh PKR, so...itu seimbangkan kononnya PAS juga bergolak maka di suruhlah prof ni tulis apa sahaja kerana beliau telah berjaya dalam misinya yang lalu.

    So...satu nasihat saya..prof lebih baik diam dari cakap merapu...Sahabat-sahabat PKR tenangkan parti sahabat dalam tempoh pemilihan ni...tak payah cuba nak hangatkan isu dalaman PAS la...

    BalasPadam
  7. aziz bari kata " saya bukan org politik" <-- kenyataan bangang sorang prof! apa aziz ingat tak join mana2 politik bererti kita bukan org politik? makna politik pong aziz bari jahil tp ada hati menulis tentang cerita politik! woii aziz baru samada kita ni jd pemimpin atau jd rakyat biasa yg xpernah mengundi ke yg byk kali mengundi ke selagi kita ni jd rakyat dan ada yg memimpin tuh POLITIK la BANGANG woii!! bangang betoi prof sekog ni, aku lempang karang haaa

    BalasPadam
  8. Penuh dengan kayalan diri sendiri sahaja yang bijak dengan mengatakan dan gambarkan yang orang lainlah yang suka campuri PAS dan menunjuk nunjukkan bijak pulak ye....Kalau macam itu PAS sila buat ceramah dalam tempat tertutup untuk ahli sahaja dan jangan meminta orang ramai memangkah PAS masa pilihanraya. Cukuplah dikalangan ahli sahaja yang pangkah PAS. Ini tidak ... bila pilihanraya cari pengundi untuk undi PAS.. bila menang sikit bodoh sombong... betul tak Kapt Shigagi. Baru jadi Kapt bodoh sombong macam Kol, itu belum jadi Jeneral kan!!!!!!
    Suka tak suka kita kena terima manusia berbagai, rakyat berbagai dan pengundi berbagai. Kepelbagaian inilah yang membentuk sebuah kerajaan. Kepimpinan dalam kerajaan juga perlu bijak dan amat perlu berlaku adil dan mampu melaksanakan keadilan. Kalau baik rakyat akan kata baik tetapi kalau buruk siapa nak kata baik. Bak kata kalangan Kapt Shiqaqi..NO BAD SOLDIER EXCEPT BAD OFFICER.

    BalasPadam
  9. hahaha........ woii abe xdok nama, hang ni sokong bawa rebah pe? wa komen tentang aziz bari yg berlindung dgn ayat "saya bukan org politik" setiap kali menulis bab politi ?!! cammonla bang! takkan berlindung dgn hujah begitu bila menulis tentang politik (PAS), bila menulis bab lain (selain perlembagaan malaysia)takder pulok mengeluarkan hujah "saya hanya mengajar undang2 sekular" kenapa tidak begitu?
    tu pasai wa mendefinasikan apa dia politik, bior lain kali jgn guna ayat dangkal mcm tu, meskipon dia prof tidak semestinya dia tak bodosombong kan begitu abe xdok nama? hehehehe.
    berkaitan PAS memerlukan undi rakyat tu dan berceramah menyeru (siang dan mlm) supaya menyokong parti PAS yg bermatlamatkan menegakkan sebuah negara islam adalah panggilan JIHAD, kalu nko rasa dan aziz bari rasa tak sudi nak sokong PAS sbb PAS berkepimpinan Ulama' xdapetla deng nak nolong kan? :-)
    soal kepelbagaian rakyat yg menyokong tu suatu realiti la kan, begitu juga kita kena terima, termasuk aziz bari kena akur kepimpinan PAS yg ada sekarang adalah kehendak ahli-ahlinya juga, ketewasan calon kesukaan aziz bari dlm pemilihan prof tu kena terimala kan..jgn secara sombong bodo masih mengulang2 hujah begitu . :-)

    BalasPadam
  10. kapt shiqaqi ni berapa tahun berkhidmat, 7, 8, 9,10 tahun?

    komen ko tak menggambarkan peribadi seorang pegawai tentera. tidak ada langsung kualiti seorang ketua. mungkin kerana itu ko dapati kehidupan sebagai seorang tentera tidak serasi dengan ko, lalu ko berhenti. satu pilihan yang bijak. cuma diharapkan perkhidmatan ko tidak diperlukan lagi! kalau ko ahli pas, dengan pangkat ko tentu ko ada jawatan dalam parti. ahli pas tentu seronok ada kapt dalan cawangannya. kalau betul tanggapan aku, baiklah ko letak jawatan sebelum perkhidmatan ko tidak mendatangkan kebaikan kepada cawangan ko khususnya pas!

    maaf kapt. komen ko buruk sekali. uncalled for from an ex-army officer...

    ramai kawan aku dari kalangan bekas tentera, termasuk bukan pegawai. ada bersama umno, ada bersama pas, ada bersama pkr dll. yang bersama pas, tak pernah aku berjumpa yang tak berkualiti macam ko.

    maaf kapt. ko memang memalukan askar je...

    BalasPadam
  11. pada pemahaman saya, perosak dari dalam adalah dirujuk kepada ahli pas yang menegur dan mengkritik pas! orang luar seperti aziz bari sudah tentu bukan kategori perosak dari dalam. kerana mereka dilihat sebagai agen dari luar - tali barut!

    teguran serta kritikan yang benar pula sudah menjadi 'fitnah yang benar'. maknanya pas ni jenis tak boleh ditegur atau dikritik kerana semuanya adalah fitnah termasuk mengatakan kebenaran kerana ia adalah juga fitnah, 'fitnah yang benar'.

    dengan kata lain, menegur serta mengkritik pas is not welcome.

    i rest my case.

    BalasPadam
  12. Kapt Shiqaqi,
    Politic can be defined as power corrupt. Sila baca Buku Principle of Political Science ditulis oleh A C Kapor. Walau pun saya bukan Kapt tetapi bekas anggota tentera, saya tetap merasakan wala hendaklah sekadar yang selayak nya sahaja dan tidak boleh berlebih lebih pula. Bersederhanalah dalam perjuangan PAS ini kerana Islam itu sederhana dan tidak melampau dalam amal kebajikan nya. PAS yang memperjuangkan dienul Islam ini tidak pernah sesiapa yang mempertikaikan nya dan oleh itu, sesiapa pun tidak boleh mengatakan kalau tak suka boleh keluar PAS atau bermaksud sama dengan nya. Yang di pertikaikan oleh Prof Aziz Bari, Hussin dan yang lain nya itu adalah diri atau pemimpin PAS. Pemimpin boleh datang dan pergi. Kenapa perlu wala gila pada mereka, Nabi pun tak suruk kita buat perkara macam itu. Seperti saya sebut terdahulu, pemimpin PAS yang mana terlibat itu lebih elok undurkan diri, Apalah guna nya perjuangan yang syumul ini kalau kita tidak malu dengan Allah swt.

    BalasPadam
  13. Selagi ada orang yang mau menegur kita,bermakna masih ada hasrat untuk membetulkan,memperbaiki dan menjalin hubungan.Tidak kira sama ada teguran tu dari dalam atau dari luar - "teguran" tu tetap melambangkan perhubungan.
    PAS yang sudah hampir 60 tahun mengalami sepak-terajang politik,lojiknya sukar diguggat dari luar.Tapi PAS boleh lemah sekiranya ada "anai-anai" dalam PAS dan juga sekiranya PAS sudah tidak boleh menerima teguran lagi.Pemimpin-pemimpin PAS dewasa ni,wajar faham "menerima teguran" sahaja tanpa sebarang perubahan,tanpa sebarang reaksi - juga mengundang mudarat.
    Junjungan Besar kita,Nabi SAW,jangan sekali-kali kita bandingkan dengan manusia-manusia kerdil seperti kita.Baginda adalah Kekasih Allah,setiap gerak-geri,pertuturan dan pemikiran Baginda dibimbing dan dipandu oleh Allah SWT.Sekali-kali jangan kita lupa akan hakikat ini.

    BalasPadam
  14. Apa dah jadi dengan mat terang bulan dengan tulisan begini; Junjungan Besar kita,Nabi SAW,jangan sekali-kali kita bandingkan dengan manusia-manusia kerdil seperti kita.Baginda adalah Kekasih Allah,setiap gerak-geri,pertuturan dan pemikiran Baginda dibimbing dan dipandu oleh Allah SWT.Sekali-kali jangan kita lupa akan hakikat ini.

    Adakah mana mana manusia membandingkan dirinya dengan Nabi dan Rasul itu, Kita bukan ambil perbandingan kita buatkan panduan, memang kita tidak mampu berbuat seperti baginda tetapi bagindalah panduan bagi umat Islam. Kalau tidak manakan baginda bersabda, Aku tinggalkan 2 perkara, selagi berpegang teguh kepada keduanya pasti akan selamat. Baginda suruh kita ikut cara nya lah. Yang mat terang bulan sebutkan diatas itu memperlihatkan diri yang putus asa sahaja. Saya benci pada orang yang berputus asa dan sebagai orang Islam tidak sesekali saya akan berputus asa atau lemah semangat. Marah pun ada bila baca cara mat terang bulan tulis.

    BalasPadam
  15. tak ada apa la..Dr aziz Bari nak tolong kempeng Mujahid, Khalid Samad Dr Zul dan beberapa geng-geng IRC...bagi pemilihan PAS akan datang...yang kau orang duduk mari kepada orang yang kritik Aziz bariu apasal...kalau PAS boleh di kritik...aziz bari tak leh di kritik ke

    BalasPadam
  16. mrk albanjari berkata:

    (1) jangan sampai menghancurkan reputasi PAS

    @ siapa, di antara pengkritik dengan pemimpin, yang boleh menghancurkan reputasi pas? di antara pengkritik dan pemimpin pas, siapakah yang diperhatikan oleh pengundi? di antara pengkritik dengan pemimpin pas, siapakah yang bermatlamat menubuh kerajaan? di ntara pengkritik dengan pemimpin pas, siapakah yang memerlukan sokongan pengundi?

    (2) Allahyarham ust Fadzil tiba-tiba muncul di rumah Anwar Ibrahim sejurus beliau dipecat sedekad lalu.

    @ berbanding dengan ug, manakah yang telah menjejaskan reputasi pas?

    (3) dia pakar dalam undang-undang tak boleh la dia bercakap soal macamana cara nak sunat / khitankan orang atau nak cakap pasal bila lembua nak beranak....

    @ aziz bari pakar undang2. undang2 diluluskan di parlimen oleh orang2 politik. undang2 dan parlimen seperti irama dan lagu. apabila picang irama, rosaklah lagu. perbandingan yang dibuat jauh tersasar!

    @ tidak salah mahu pertahankan sesiapa pun tetapi fahamilah dahulu sesuatu perkara itu sebelum memberi komen. nama lagi "komen", bukan ikut sedap hati semata2.

    tanpanama berkata:

    (1) kalau PAS boleh di kritik...aziz bari tak leh di kritik ke

    @ aziz bari pasti menerima segala kritikan. membangangkan aziz bari tu kritikkah? nak lempang aziz bari tu kritikkah? tak tahulah kalau mengikut kamus "pembela" pas di sini 'bangang, 'lempang' tu tergolong dalam kritikan?

    i rest my case.

    BalasPadam
  17. salam...en batu api... saya cuma tertanya2 mengapa perlu melatah dengan tulisan aziz bari??? selidik atau tak kebenaran kata2nya...mengapa perlu cerita pasal perpecahan pula?? orang2 penyokong Islam dalam pas mana ada berpecah..kalo pun berlaku sebab ada agenda perpaduang tu>>>> kami ahli2 pas (anti korupsi) benci bila puak2 perpaduang ni menipu...dan membelakangkan kawan2 sekapal(PKR n DAP) cuba berkhalwat dalam gelap dengan UMNO (cinta korupsi)...boleh tak en batu api selidik dan bongkarkan siapa pemimpin2 PAS yang sekarang dah pandai bermewah2 dan hidup berubah selepas kes perpaduang ni??? honda Elysion, Alphard la...dok kat SUITE hotel lagi...dulu bole je tido hotel murah..sekarang??? saya memang benci pemimpin kaya raya ni....sebab Nabi SAW n para Khulafa Ar-Rasyidin hidup zuhud...- Anti Korupsi/Mungkar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog