[Kemaskini Semula] Tulisan saya Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily nampaknya mendapat feedback yang baik apatah lagi sifat keterbukaan pembantu webmaster Tranungkite KetamBatu yang meluluskan artikel ini walaupun tidak begitu enak dibaca, apatah lagi suasana PAS akan menghadapi pilihanraya kecil di Galas.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TKO kerana masih bersifat terbuka tanpa merasai bersalah atau takut untuk mendedahkan perkara yang tidak baik.
Bila saya menyebut mendedahkan perkara tak baik atau senang sebut penyelewengan, maka ramai yang akan mengata. Adakah kata-kata atau tulisan si BatuApi itu benar berlaka? Mungkin BatuApi berniat serong untuk menjatuhkan seseorang?
Ada yang bertanya betul ke maklumat yang diberikan? Banyak sangat ke iklan harakahdaily tu? Kalau penyelewengan balak, tander projek di Kelantan atau di Kedah bagus juga.
Ini pendedahan penyelewengan iklan harakdaily, di internet pula tu!!! Kata-kata seolah cemuhan aje pada penulisan saya.
Memang saya akui ramai pembaca seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku dan tidak merasai apa-apa pun atas penyelewengan yang berlaku. Soal kecil atau besar itu bukan perkara utama tapi penyelewengan sedang berlaku. Adalah kita redha?
Nak tahu besar atau kecil penyelewengannya, kita perlukan fakta yang tepat. Kalau tak tepatpun menghampiri tepat. Saya dah sebut dalam penulisan yang lalu, takkan kita nak tanya bangla yang menyampu di pejabat Harakah. Kalau kita pergi bersembang dan minum kopi dengan Mokhtar pengurus iklan harakah kononnya nak siasat. Mampos sampai kiamat pun perompak takkan mendedahkan siapa penyamun. Mereka itu adalah ahli kempulan bersekutu.
Engkau orang pernah lihat cerita P. Ramlee, tak? Perompak dan penyamun ni masa dia merompak di orang pakai lebai!!!!
Sebelum saya panjangkan cerita yang pahit ini, saya nak buka mata pembaca dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju yang bertajuk Tulisan berkenaan dengan iklan di Harakahdaily...tapi masih lembab?
Sebelum saya ulas, suka saya nyatakan Pemuda PAS Wangsa Maju bukan calang-calang orang. Tak ada ahli AJK pemuda ini yang tak lulus MCE!! Maknanya dia orang ni tak bodohlah!!
Dalam tulisan berkenaan (yang telah dikeluarkan pada 1 Julai 2009), penulisnya Ahmad Said daripada Kajang telah membuat anggaran pendapat iklan Harakahdaily ialah sekitar RM100 ribu dan tidak kurang daripada RM40 ribu pihak Red Rebana Sdn Bhd mendapat keuntungan yang syarikat milik hampir 100% oleh Amir Ramadan yang pernah bekerja dengan harakah.
RM40 ribu sebulan bukan kecil!! Kalau anda melihat budak ini dah hidup berubah memang patutpun!
Mungkin ada yang bertanya saya betul ke apa yang di tulisan oleh Ahmad Said, Kajang tu? Saya tahu anda semua perlukan fakta dan saya menulis di blog ini dengan fakta. Banyak penulisan saya yang lalu tidak dijawab oleh orang-orang yang saya tujukan kerana saya ada fakta dan maklumat benar. Saya menulis bukan kerana nak cari makan atau nak dapatkan duit untuk hidup bermewah!!
Saya telah menyamar sebagai pengusaha untuk mendapatkan iklan. Saya telah memohon iklan di Harakahdaily dan juga di laman Tranungkite. Tujuan saya pohon juga iklan di TKO adalah untuk membuat perbandingan harga dan prosedur pengiklanan.
Iklan Top Hadapan, harganya RM2600 sebulan dan RM6300 sebulan. Ada 4 iklan untuk Top.
Iklan A, B, C, D dan E
Iklan disebelah dalam, Premium A harganya RM3500 sebulan. Ok mari kita kira jumlah pendapatan.
2 x iklan Top Hadapan RM2600 = RM5200
2 x iklan Font Premiun RM6300 = RM12,600
1 x iklan Premium B RM1800 = RM1800
1 x iklan A RM2600 = RM2600
6 x iklan B RM 1800 = RM10,800
1 x iklan Premium A RM3500 = RM3500
2 x Top Dalam RM2300 = RM4600
2 x Iklan B RM1800 = RM3600
6 x iklan E RM1400 = RM8400
24 x iklan teks RM550 = RM13,200
2 x Top Dalam RM2300 = RM4600
2 x Iklan B RM1800 = RM3600
6 x iklan E RM1400 = RM8400
24 x iklan teks RM550 = RM13,200
Jumlah keseluruhan pendapat sebulan adalah RM66,300.00. Ini bermakna RedRenama (Amir Ramadan) dapat pendapat sebulan ialah RM26,530.00 manakala harakahdaily sepatutnya mendapat RM39,780.00 sebulan dan mampu membayar gaji 13 orang stafnya.
Itu saya kira semasa iklan sedang merosot di mana-mana laman dan blog. Betullah apa yang ditulis Ahmad Said setahun lalu semasa iklan sedang hangat, harakahdaily boleh mencapai pendapatan RM100 ribu sebulan.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, saya buat perbandingan dengan TKO. Bagaimana TKO mengurus wang iklannya. Anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh webmasternya Songkok Putih.
Anda boleh baca lagi di sini
Tranungkite menawarkan iklan teks RM50 sebulan manakalah Harakahdaily menawarkan iklan teksnya RM150 seminggu (RM550 sebulan). TKO hanya ada 12 iklan teks sahaja manakala harakahdaily mempunyai 24 iklan. Kalau anda boleh berfikir secara kreatif anda boleh lihat bahawa pendapat TKO hanya 10 % atau kurang lagi berbanding pendapat harakahdaily.
Kenapa TKO boleh menggunakan wang iklannya membiayai semua pengurusan operasi malah lebihanya pula boleh digunakan untuk membaiki Surau, Membeli kerusi Meja PASTI, membantu DUN dsbnya tetapi harakahdaily wang tak ada dan terpaksa pula harakah cetak menampung pembayaran gaji staf harakahdaily??
INI SATU PERKARA YANG PALING BANGANG DALAM PENGURUSAN IKLAN!!!
Saya tak nak bongkar banyak sangat nanti, ramai yang pening kepala. Tapi sebelum itu anda perlu bertanya pada diri sendiri beberapa perkara. Baik untuk anda berfikir jika anda adalah ahli PAS yang membayar yuran keahlian. Tak tahulah kalau anda rasa PAS ini hak milik mak bapak dia orang. Dia orang makan harta titik peluh anda pun anda diam, buta, bisu dan angguk sahaja!!!
1. Kenapa iklan yang begitu besar pendapatannya diserahkan kepada satu syarikat/agent luar di mana agen luar itu berkuasa penuh kepada iklan dan wang masuk terus ke poket agent itu. Tak ada siapa yang tahu dan boleh mempersoalkan.
2. Kenapa agen itu pula tak bayar hampir setahun duit pendapat iklan (yang banyak) kepada Harakahdaily. Pengurus iklan buat releks aje. Semua orang seolah-olah merestui penyelewengan ini.
3. Alasan bahawa harakahdaily tak mampu mengurus iklan kerana tak ada kepakaran adalah alasan yang tak logik langsung sedangkan, ada pengawai IT Khas dalam harakah daily. Manakalah harakah mempunyai 3 orang khusus bahagian grafik manakala Siasah pula mempunyai 2 orang grafik desingner?
Itu baru 3. Rasanya 3 dulu sudah cukup..
Saya masih belum berhasrat untuk mendedahkan bagaimana agen ini (RedRebena, Amir Ramadan) berniaga dengan wang pendapatan harakahdaily dan membuat iklan perniagaannya. Dia juga ada berhutang dengan syarikat pengedar yang mana nak bayar hutang dia berikan iklan premium kepada syarikat pengedar tersebut.
Tunggu dan lihat sejauh mana perompak dan penyamun nak memutar belitkan maklumat kewangan iklan di harakahdaily. Lihat nanti bagaimana pengurusan harakah menyelesaikan masalah ini.
Kalau tak selesai juga, maklumat perlu didetailkan lagi. Kalau boleh sebarkan resit-resitnya sekali. Barulah PRK Galas akan tak tergalas oleh kepimpinan kita!!!

Berapa pendapat Iklan TKO?
Ada yang tanya beberapa kali soalan ini. Walapun tak termasuk dalam OSA, saya tidak layak untuk menceritakan secara terperinci tetapi sekadar saya maklumkan banyak juga boleh membantu membiayai pengurusan TKO sepenuhnya.
Malah duit lebihan iklan juga pernah digunakan untuk membuat jamuan kesyukuran dengan menyembelih seekor kambing. Pernah juga digunakan untuk membaiki atap bocor sebuah surau yang daif.
Duit lebihan ini pernah digunakan untuk membiayai kos pembelian kerusi dan meja di 5 buah PASTI yang daif. Pernah membeli Quran Besar untuk di baca pada solat tarawih di sebuah surau.
Pernah menempah satu meja kuliah (kayu nyatoh) di sebuah bekas masjid lama dengan kerusi yang canggih dan mahal. Kami tempah, kami hantar sendiri ke bekas masjid berkenaan kerana kami difahamkan khariah di sana rasa malu bekas masjidnya tak ada tempat seperti surau-surau tempat lain tetapi tidak mampu kerana sebahagian adalah nelayan tua. Enam bulan kemudian saya sendiri bersolat di bekas masjid itu dan terkejut plastik pembalut kerusi masih tak dibuang. Saya tanya kenapa tak dibuang, mereka menjawab, takut rosak!!
Pernah membaiki notebook lama seorang Setiausaha DUN sedang membuat perbentangan gerakerja parti yang menggunakan notebook buruk bersama dengan keyboard luar kerana keyboardnya sudah rosak.
Anda boleh baca lagi di sini
Tranungkite menawarkan iklan teks RM50 sebulan manakalah Harakahdaily menawarkan iklan teksnya RM150 seminggu (RM550 sebulan). TKO hanya ada 12 iklan teks sahaja manakala harakahdaily mempunyai 24 iklan. Kalau anda boleh berfikir secara kreatif anda boleh lihat bahawa pendapat TKO hanya 10 % atau kurang lagi berbanding pendapat harakahdaily.
Kenapa TKO boleh menggunakan wang iklannya membiayai semua pengurusan operasi malah lebihanya pula boleh digunakan untuk membaiki Surau, Membeli kerusi Meja PASTI, membantu DUN dsbnya tetapi harakahdaily wang tak ada dan terpaksa pula harakah cetak menampung pembayaran gaji staf harakahdaily??
INI SATU PERKARA YANG PALING BANGANG DALAM PENGURUSAN IKLAN!!!
Saya tak nak bongkar banyak sangat nanti, ramai yang pening kepala. Tapi sebelum itu anda perlu bertanya pada diri sendiri beberapa perkara. Baik untuk anda berfikir jika anda adalah ahli PAS yang membayar yuran keahlian. Tak tahulah kalau anda rasa PAS ini hak milik mak bapak dia orang. Dia orang makan harta titik peluh anda pun anda diam, buta, bisu dan angguk sahaja!!!
1. Kenapa iklan yang begitu besar pendapatannya diserahkan kepada satu syarikat/agent luar di mana agen luar itu berkuasa penuh kepada iklan dan wang masuk terus ke poket agent itu. Tak ada siapa yang tahu dan boleh mempersoalkan.
2. Kenapa agen itu pula tak bayar hampir setahun duit pendapat iklan (yang banyak) kepada Harakahdaily. Pengurus iklan buat releks aje. Semua orang seolah-olah merestui penyelewengan ini.
3. Alasan bahawa harakahdaily tak mampu mengurus iklan kerana tak ada kepakaran adalah alasan yang tak logik langsung sedangkan, ada pengawai IT Khas dalam harakah daily. Manakalah harakah mempunyai 3 orang khusus bahagian grafik manakala Siasah pula mempunyai 2 orang grafik desingner?
Itu baru 3. Rasanya 3 dulu sudah cukup..
Saya masih belum berhasrat untuk mendedahkan bagaimana agen ini (RedRebena, Amir Ramadan) berniaga dengan wang pendapatan harakahdaily dan membuat iklan perniagaannya. Dia juga ada berhutang dengan syarikat pengedar yang mana nak bayar hutang dia berikan iklan premium kepada syarikat pengedar tersebut.
Tunggu dan lihat sejauh mana perompak dan penyamun nak memutar belitkan maklumat kewangan iklan di harakahdaily. Lihat nanti bagaimana pengurusan harakah menyelesaikan masalah ini.
Kalau tak selesai juga, maklumat perlu didetailkan lagi. Kalau boleh sebarkan resit-resitnya sekali. Barulah PRK Galas akan tak tergalas oleh kepimpinan kita!!!
Kenapa payah sangat nak selesai masalah seperti ini?
BalasPadamDalam Harakah pun ada penyamun jugak kaaa....
BalasPadamDulu zaman Nakha'i masuk UMNO sepupu aku kerja di Harakah dan dia berhenti dari KDN. Dialah yang mempertahankan Harakah yang dekat nak mati. Masa tu pejabat Harakah dekat Tawakal. Nama betoi dia Halim Rashid, samaran dalam penulisan Pak Bakar. Orang Taiping. Satu hari aku jumpa dia hantar Mahfuz di Airpot Subang.
Tadi aku baca di GB, nampak macam dia dok merajuk. Atas nama Pak Bakar banyak juga dia meghongok kat GB. Sampai kereta nak kena tarik dan Brodband pun tak leh bayar. Aku kesian lah baca rungutan sepupu aku tu.
Setahu aku Harakah tu Pengerusinya Mahfuz. Jika betul Mahfuz buat naya kat dia, aku nak hantam Mahfuz di Pokok Sena. Aku memang dok di Alor Star.
Bila aku baca Harakahdeyli banyak iklan dan ada penyamun dalaman dok telan duit iklan, inilah penyamun dalam akhbar PAS yang dok telan duit iklan Harakah.
byk iklan sex dgn Berita fitnah ka?
BalasPadam