Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 5 Oktober 2010

Kenapa marah sangat kepada PAS Terengganu?

Sebentar tadi saya telah menalifon seorang sahabat di Terengganu yang banyak bertanggungjawab tentang JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) dan saya rasa dia ada maklumat 'benar' mengenai perjalanan JSR semasa PAS Memerintah Terengganu dan fakta maklumat dan kajian yang ada pada beliau amat berguna untuk saya menyanggah suara-suara jahat di laman TranungKite yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan PAS khususnya kepada kepimpinan PAS Terengganu.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, pimpinan lama PAS Terengganu bukanlah orang yang hebat tidak punya cacat cela, tidak punya kerenah yang yang membosankan, tapi saya lebih melihat kepada perancangan melemahkan PAS itu sendiri.

Sebahagian nadi kepimpinan PAS berada di Negeri Terengganu, ya sengaja atau tidak ramai kepimpinan PAS Terengganu menguasai kepimpinan utama PAS Pusat. Oleh itu sekiranya saya adalah musuh kepada PAS, yang perlu saya catas dahulu ialah PAS Terengganu.

Kalau saya nak porak perandakan PAS, saya akan tabur bibit-bibit benci kepada ahli PAS bahawa kepimpinan PAS telah dimonopoli oleh PAS Terengganu. Kaedah dan cara ini sama seperti mana kerajaan Islam ditumbangkan dizaman dulu dengan mengasing dunia arab dan bangsa Islam lain.

Kalau saya adalah sebahagian daripada orang yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS untuk menerajui PAS, saya juga menggunakan kaedah yang sama, saya mesti lumpuhkan pengaruh PAS Terengganu.

Konsep jahilliah ini mesti digunakan bagi menguasai PAS. Sedar atau tidak sedar usaha-usaha ini telah pun berjalan dan ada beberapa individu sedang bermain dengan permainan ini dan ada ahli-ahli yang bodoh dan buta tentang muslihat musuh sedang menari dengan cara dan gaya mengikut rentak gendang musuh dalam PAS.

Saya terpanggil dan menjadi penulis dalam blog ini dengan nama pena BatuApi @ FireStone kerana boson dengan perancangan jahat sesetengah ahli PAS (ada juga bukan ahli) yang membuat serangan kepada pimpinan PAS khusus PAS Terengganu dengan slogan "Tabiyyah PAS Terengganu". Serangan ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa PAS Terengganu jahat telah cuba mendoktrin pemikiran ahli-ahli PAS lain seluruh Malaysia dengan cara tarbiyyahnya sendiri.

Tulang Besi, Wan Ji dan beberapa blogger yang disebut oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai blogger celaka adalah pemain kepada permainan jahat ini. Sekarang serangan ini telah reda dan mulai senyap apabila hujah-hujah kebenaran telah nyata dan mereka yang membesarkan perbezaan antara kepimpinan PAS adalah dusta semata-mata. Mereka diam dan membisu kerana tidak ada hujah untuk berhujah.

Rupanya mereka ini masih belum puas hati kerana ahli-ahli PAS matang dalam pemilihan PAS dan mereka masih mengekal kepimpinan yang wajar dalam PAS tak kira daripada negeri mana mereka  ini datang.

Tulisan terbaru di laman TranungKite (TKO) menggunakan nama pena Tiong, Notan, Senik dan beberapa nama lain adalah individu yang sama seolah-olah nampak ramai bagi menguat hujah dangkal menyerang kepimpinan PAS Terengganu, melemahkan mereka dengan dakyat dan hujah kosong.

Kaedah sama juga, bloggger celaka dahulunya menggunakan beberapa laman yang sama membuat serangan seolah-olah kepimpinan yang diserang itu benar-benar jahat, tamak dan cuba mengambil kesempatan atas PAS.

Saya sedang berusaha mendapatkan maklumat lengkap berhubung dengan post-mortem PAS Terengganu (ini bukan kicdefella), maklumat lengkap JSR, Persama Timber (kebetulan saya pernah minum beberapa kali dengan CEOnya. Dia datang berjumpa saya kerana saya dimaklumkan ada beberapa perkara yang boleh membantunya) strategi UMNO di Terengganu terkini dan lain-lain maklumat.

Saya akan menjawab tulisan budak kemaman, Terengganu yang juga bergiat dengan Pemuda PAS kemaman tetapi dulunya dia ini bukan fikrah PAS. Saya hormati saudara yang banyak menulis di TKO dengan nama notan & ning. Dulu saudara nama lain saya tak ingat, nanti saya akan cari.....

3 ulasan:

  1. bila bercakap mengenai PAS treganu, tajuk utama berputar mengenai kegagalan PAS treganu mempertahankan kemenangan pada PRU99 dan kegagalan menawan kembali pada PRU08. Kegagalan ini pastinya akan meluas kepada huraian mengenai kelemahan pimpinan PAS trenganu. Bahkan boleh menjangkau kepada kedudukan TGHH sebagai peresiden PAS pusat.
    Suatu yang teramat kurang dibincangkan adalah "bagaimana PAS boleh menawan Trenganu dalam PRU99" dan adakah UMNO merupakan parti yang lemah diTrenganu.
    Bila kita bercakap mengenai kegagalan, maka jalan paling mudah adalah menyalahkan pimpinan dan tektik mempertahankan diri. Maka sesiapa sahaja yang dirasakan boleh dijadikan sasaran, maka mereka akan dianggap puncanya. Apa sahaja ijtihad siasi yang dibuat oleh pimpinan dianggap sebabnya.
    Keadaan paling teruk bila terdapat sebahagian orang ramai menganggap bahawa "Trenganu" puncanya, dengan perkataan lain "ore trenganu tak leh wak kira". Prejudis ini menular dan meninggalkan kesan kepada pimpinan pusat parti. Perasaan rendah diri timbul dalam diri beberapa orang pemimpin daripada Trenganu. Teramat malang apabila org luar drpd Trenganu memandang rendah dan prejudis ke atas kemampuan beberapa pemimpin parti dari Trenganu.
    Kemenangan dan kejayaan PAS di Trenganu pada PRU99 merupakan suatu yang tidak dirancang. Kemenangan ini bukan disebabkan kerja kuat PAS Trenganu, atau orang Trenganu mengubah haluan dari UMNO kepada PAS. Kemenangan ini banyak dibayangi pemberontakan ahli UMNO kepada UMNO. PAS memperolehi kemenangan kerana ahli UMNO mahu PAS menang, sebaliknya pada PRU04 ahli UMNO mahu UMNO menang. Begitu juga PRU08, orang UMNO masih mahukan UMNO.
    Namun selepas PRU08, org UMNO kekal dengan UMNOnya, sedang org muda telah memihak kepada PAS. Saya yakin pada hari ini, PAS lebih kuat berbanding ketika PAS memerintah Trenganu.

    BalasPadam
  2. Pas terengganu patut masok umno. Biarkan pas baru(terengganu) menerajui terengganu

    BalasPadam
  3. Kenapa masa Almarhum Ust Fadhil jadi Presiden kedah tak pernah menang orang xpernah bising pon... Saya bukan bermaksud merendahkan almarhum,tapi nak sedarkan golongan bodoh sombong... Kenapa selepas menang di Perak xsempat sepenggal dah jatuh,kenapa ye??? nak salahkan UMNO? beli wakil rakyat PKR? atau nak salahkan De Facto yg merancang? atau ada sbb lain..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog