Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 6 Oktober 2010

Kenapa tak dilihat UMNO Terengganu itu sendiri

Hujah-hujah yang menyerang kepimpinan PAS Terengganu dengan pelbagai tuduhan dan mengaitkan kekalahan PAS Terengganu adalah disebabkan beberapa individu tertentu selain daripada beberapa faktor yang disebut seperti pengagihan yang tak sama rata, kesombongan YB dan masalah JSR akan dibincangkan secara detail.

Saya tak menolak perkara ini dan memang sukar untuk membuat satu rumusan faktor-faktor kekalahan PAS Terengganu yang amat menarik dalam istilah Terengganu "Terbalik Kot"

Banyak kajian tentang kekalahan ini telah dibuat malah tesis untuk Sarjana juga ada dibincangkan, saya tertarik dengan satu tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan yang dibuat oleh Awang bin Jabar Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 2006 tentang kajian faktor dalaman dan luaran UMNO Terengganu yang memberikan kemenangan kepada UMNO bagi tahun pilihan raya 2004.

Saya melihat ramai dikalangan penulis-penulis yang menyerang kepimpinan PAS Terengganu sekadar melihat faktor PAS sahaja tanpa mengira faktor musuh sendiri. Dalam penghujahan ilmiah, walaupun saya tak nafikan betul tetapi bukanlah satu yang tepat.

Mengambil kira faktor diri sendiri dan juga faktor musuh adalah satu daripada kaedah penghujahan yang baik.
Satu perkara yang perlu diambil kira ialah kedudukan kepimpinan UMNO Terengganu sebelum pilihan raya 1999 dan selepas pilihan raya 2004. Oleh itu faktor kemenangan PAS Terengganu pada 1999 bukan semata-mata hasil gerakan reformasi Anwar Ibrahim tetapi didorong oleh pemberontakkan untuk menjatuhkan kepimpinan Wan Mokhtar yang telah mencengkam selama 24 tahun.

Anda boleh membaca buku Yahaya Ismail bertajuk "Skandal Politik Wan Mokhtar Di Terengganu" yang diterbitkan menjelang berlangsungnya pilihan raya umum 1990, Kemudian Tarmizi Mohd Jam menulis buku "Terengganu Selepas Kelantan: Teori Domino 1994" manakala Zulkifli Sulong pula menulis buku "Operasi Tawan Terengganu" yang diterbitkan menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum 1994.

Dorongan semangat dan tulisan ilmiah ini telah membuatkan beberapa rencana penulisan dan penyembaran maklumat dan aliran pemikiran mencorak kefahaman masyarakat tentang buruk kepimpinan Wan Mokhtar pada masa itu.

Faktor Dalaman UMNO yang amat ketara ialah perubahan yang telah berlaku ke atas organisasi UMNO di Terengganu di antara tahun 1999 dengan tahun 2004 yang telah menyumbang kepada kejayaan UMNO merebut kembali tampuk pemerintahan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Pengukuran kedudukan UMNO di Terengganu di dalam tempoh ini pula adalah dibuat dengan berdasarkan kepada lapan aspek, iaitu

1. Rombakan Badan Perhubungan UMNO Terengganu,
2. Pengemasan kepimpinan UMNO seluruh Terengganu,
3. Tumpuan dan imej para pemimpin UMNO Terengganu,
4. Pemantauan sokongan terhadap UMNO Terengganu,
5. Program penambahan ahli dan penyokong UMNO,
6. Program gerak kerja pilihan raya yang tersusun,
7. Kebulatan matlamat dan ketepatan strategi dan
8. Keberkesanan peranan sebagai parti pembangkang pada masa itu

Manaka faktor luaran pula ialah,

1. Kelemahan organisasi PAS di Terengganu dalam tempoh tersebut.
    a. Pemimpin PAS Terengganu sebagai pentadbir negeri,
    b. Sikap permusuhan pemimpin PAS Terengganu,
    c. Pembangunan negeri Terengganu,
    d. Perlaksanaan hukum Islam di Terengganu,
    e. Pengagihan sumber hasil negeri yang tidak seimbang,
    f. Kesilapan strateji PAS terhadap rakyat Terengganu,
    g. Jentera pentadbiran kerajaan Terengganu serta
    h. Jentera kepartian PAS Terengganu.
 2. Kempinan UMNO Pusat yang berubah daripada Tun Matahir kepada Pak Lah

Saya berhenti di sini dahulu, nak lihat reaksi daripada Senik @ Notan and the gengs..

12 ulasan:

  1. sila perincikan faktor luaran di perenggan 1a - 1h.

    "8. Keberkesanan peranan sebagai parti pembangkang pada masa itu" - dalam kata mudah umno cepat kenalpasti kelemahan/kegagalan pas dan mengeksploitasinya. kelemahan/kegagalan pas ini adalah seperti di peranggan 1a-1h. kelemahan tersebut adalah seperti disebutkan:

    1a - pemimpin pas terengganu gagal sebagai pentadbir!

    1b - berlaku permusuhan di kalangan pemimpin pas terengganu (berebut harta rampasan perang lah ni)!

    1c - gagal melaksanakan pembangunan negeri terengganu? kalau dah dok bergaduh sesama pemimpin, apa yang boleh diharapkan?

    1d - perlaksanaan hukum Islam di terengganu (macam mana ini boleh jadi sebab yang berpihak kepada umno dan bukan pas? kok ya pun begitu, sanggup ko jadikan ia alasan kegagalan pas? kegagalan pas memberi penerangan kepada rakyat yang dah sebati dengan sekular umno (sampai kini pas dilihat gagal untuk melaksanakan peranannya sebagai "gerakan islam". pas sebagai "parti politik" lebih popular tetapi tersasul dan merosakkan imej "pas for all". pengajaran dari terengganu ini di bawa ke pusat (almaklumlah, pas terengganu menguasai jalan raja laut) maka lahirlah 'islam-melayu, melayu-islam'. belajar dari kesilapan pas terengganulah konon. sayangnya pelajaran pas terengganu yang diimpot ke pusat dilihat banyak merosakkan imej pas!

    1e - kegagalan pemimpin pas (pemimpin islam maa) mengagih sumber hasil negeri secara seimbang. apabila nafsu (kepentingan diri) tidak dikekang, ustaz pun tergoda! mereka inilah yang sekarang (termasuk penasihat2) ini sedang mencengkam kuasa dijalan raja laut bersama 'virus' pas terengganu untuk mengurus pas pusat:

    @ mereka gagal sebagai pentadbir negeri
    @ mereka bermusuhan sesama mereka
    @ mereka tidak berlaku adil dalam pengagihan sumber negeri

    1f - kegagalan memahami rakyat (Kesilapan strateji PAS terhadap rakyat Terengganu), mengakibatkan tindakan dilakukan secara lepas batuk di tangga. keutamaan lebih tertumpu jepada melayani kemahuan sendiri, tikam kawan sendiri, zalim dalam pembahagian sumber negeri!

    1g - Jentera pentadbiran kerajaan Terengganu. jangan tuding jari kepada pegawai2 kerajaan. ia ada kaitan dengan "kelemahan pemimpin pas sebagai pentadbir"!

    1h - kelemahan jentera kepartian pas terengganu. apa yang boleh diharapkan dari pas pusat apabila jentera pas terengganu kini sudah di pusat? pusat sudah dipenuhi oleh pemikir2 pas terengganu.

    maaf, ini fitnah - 'fitnah yang benar'!

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. Seronoknya Hussin. Aku belum perinci lagi. Dia dah buat ulasan dengan persepsi dia sendiri atas apa alasan dan kajian entahlah!!!

    Tapi kita kena terima teguran, nanti dikatakan PAS jumud pula tak terima teguran. PUak yang suka cari salah orang memang macam pei perangainya.

    1d - pelaksanaan hukum Islam di Terengganu antara sebab pun hussin tak faham. Nanti aku ceritakan faktornya. Sebab engkau pandai cakap aje. Pandai kritik pandai kutuk orang. Engkau bukannya manusia yang bekerja.

    Hanya orang bekerja sahaja yang tahu.

    Saya bongkar beberapa item daripada post mortem ini sekadar nak tunjukkan bahawa PAS Terengganu lebih arif apa yang berlaku.

    Yang hang duk heboh tu apa pasal. Nak jatuhkan orang , nak rosak imej PAS??

    BalasPadam
  3. sebagai orang luar Trenganu, segala huraian mengenai kegagalan mempertahankan kemenangan dan kegagalan merampas semula hanya dikuasai oleh andaian. Orang Trenganu sendiri sepatutnya lebih mengetahui mengenai apa hakikat sebenar. Namun hati kecil aku meyakini, bahawa PAS Trenganu bukan merupakan punca kepada 2 kegagalan ini.
    Bagi aku, PAS Trenganu tidak bernasib baik berbanding dgn PAS Kelantan. Walaupun mereka memiliki pemimpin parti yang berkualiti, namun mereka tidak memiliki tapak dan akar umbi yang kuat. kata org tua "Walaupun benih yg baik, bila ditanam pada tanah yg tandus, pokok tak mahu menghijau". Analisis dan kajian yang dibuat dan menemui punca luaran(1.a hingga h) hanya rabaan dan guruan, namun boleh dijadikan nyanyian dikir barat.
    Penyokong PAS trenganu hanya berpusat disekitar bandar K.Trenganu dan daerah Besut. Walaupun mereka merupakan orang berkelas, namun rakyat bawahan masih kekal menyokong UMNO. Golongan ini merupakan majoriti kepada rakyat Trenganu, maka kemenangan UMNO tak dapat disekat dengan kezahiran beberapa pemimpin.

    BalasPadam
  4. batuapi@firestone,

    1. "sila perincikan faktor luaran di perenggan 1a - 1h."

    sila perincikan.

    2. "Dia dah buat ulasan dengan persepsi dia sendiri atas apa alasan dan kajian entahlah!!!"

    ulasan aku berdasarkan kepada fakta yang kau persembahkan. tiada tokok tambah. itupun ko tak boleh faham?

    jawab ulasan aku dengan hujah, bukan merewang tak tentu hala.

    3. "Yang hang duk heboh tu apa pasal. Nak jatuhkan orang , nak rosak imej PAS??"

    aku sekadar mengulas fakta2 ko. menyibukkah? ko juga yang 'mencabar' di penghujung artikel ko "Saya berhenti di sini dahulu, nak lihat reaksi daripada Senik @ Notan and the gengs.."

    apabila aku memberi reaksi aku kepada artikel ko, ko konar pulak. bengap ke apa ko ni?

    bukan kerja aku nak jatuhkan sesiapa. cuma kau mahu lihat pas perkasa, menjadi parti dominan dalam pakatan rakyat. sebagai ahli aku berhak memberi pandangan aku dan kalau ko tak setuju, berhujahlah secara gentlemen. bukan tanya soalan bodoh "Yang hang duk heboh tu apa pasal. Nak jatuhkan orang , nak rosak imej PAS??"

    aku ingat ko ni jenis syiok sendiri. syiok dengan blog ko sahaja. blog2 yang mendedahkan kerosakan imej pas ko tak ambil pot. inikah taraf pejuang pas? ko pejam mata dengan kelemahan pemimpin tetapi gah mempertahankan kesilapan mereka. gah mempertahankan tindakan2 yang merugikan pas.

    sudahkah ko tanya mereka dengan soalan2 yang aku ajukan dulu berkaitan "pertemuan dalam gelap"? mungkin ko sangat berpuas hati dengan jawapan mereka. itu penting bagi. imej pas terencat, peduli apa, kan?

    i rest my case.

    BalasPadam
  5. itu penting bagi ko. imej pas terencat, peduli apa, kan?

    BalasPadam
  6. Kesilapan ahli PAS dan kealpaan pimpinan adalah menganggap PAS sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam. Ini bermakna PAS hanya sama taraf dengan parti pragmatis perkauman UMNO, parti sosialis PKR, parti perkauman cina DAP dan lain-lain parti. Yang berbeza hanya satu, PAS mengemukakan Islam sebagai wadah perjuangan. Apa yang menjadi asas perjuangan adalah memerintah negara dan bagaimana ingin jadi pemerintah.
    Konsep ini diterima pakai oleh ahli & penyokong PAS secara umum. Walaupun konsep ini telah lari dari asas penubuhan PAS, namun setiap peringkat dalam pimpinan parti alpa. Bahkan kealpaan menyerap ke majlis syura PAS.
    Contoh paling dekat adalah isu UG, yang melibatkan parti secara keseluruhan PAS.
    Kecederongan untuk menyokong atau membangkang UG tiada kaitan langsung dengan masa depan dakwah dan perjuangan Islam.
    Contoh kedua adalah 2 kegagalan PAS di Trenganu. Sepatutnya, kita membicarakan apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada Islam selama 4 tahun memerintah. Adakah kita telah memperbaiki kekurangan yang telah kita lakukan dan bersedia untuk menawarkan pemerintahan yang lebih baik kepada masyarakat.
    Bukan kita membahagikan pimpinan PAS Trenganu kepada puak tua nyanyuk dan puak muda mengancam.
    Kita harus berbangga dengan pimpinan PAS Trenganu, mereka masih teguh pendiriannya, walaupun mereka kehilangan kehormatan dan kuasa. Contoh inilah yang menyebabkan jenerasi pelapis masih teguh berdiri bersama PAS, walaupun masa depan mereka bersama PAS masih kelam.

    BalasPadam
  7. Kekalahan PAS dalam 2 pilihanraya yang lalu,tak payah buat kajian dan tak payah nak buang masa dan tenaga untuk mencari sebab-sebabnya.Semasa PAS berkuasa dulu,pemimpin-pemimpin PAS peringkat negeri hidup macam orang UMNO.Ini menyebabkan orang PAS sendiri pun naik meluat.Kedua: Selagi pemimpin-pemimpin yang sezaman dengan Tun Razak tu berkuasa diTrengganu,selagi itulah PAS Trengganu akan terus berada dizaman puntung-berasap.Tak payah susah-susah nak buat kajian dan ulasan - terima sahaja 2 hakikat ni,PAS Trengganu akan maju dan berupaya memenangi semula Trengganu sekiranya "tunggul-tunggul lapuk" tu gantikan dengan pemimpin pelapis yang lebih dinamik dan berwawasan.

    BalasPadam
  8. batuair kata:

    (1) "PAS mengemukakan Islam sebagai wadah perjuangan. Apa yang menjadi asas perjuangan adalah memerintah negara dan bagaimana ingin jadi pemerintah."

    @ asas ini mesti berpaksikan realiti keadaan di mana pas sedang bergerak. keadaan ini menentukan bagaimana pas perlu bertindak. hanya dengan memahami keadaan sekitaran perancangan dapat diatur dan dilaksanakan. memahami keadaan tetapi bertindak tanpa perancangan yang teratur juga tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan.

    @ pas memilih pilihanraya sebagai wadah untuk mencapai matlamat perjuangannya. "untuk memerintah negara" pas perlu menang di dalam pilihanraya.

    @ sejak pru 1, hanya sekali pas mampu menang majoriti keusi parlimen pembangkang sehingga membolehkan almarhum presidennya dilantik sebagai ketua pembangkang.

    @ bagi memastikan umno/bn terus memerintah, persempadanan semula dilaksanakan. persempadan semula ini memperlihatkan bagaimana performan pembangkang menjunam dan umno/bn meraih kemenangan besar.

    @ keputusan pru12 mengejutkan umno/bn apabila hilang majoriti 2/3. persempadanan semula telah memakan tuannya! ketiadaan majoriti 2/3 menyebabkan umno/bn meroyan. tanda2 awal bahawa umno akan menghadapi persaingan hebat di pru 13. pada pru12, rakyat keluar dengan slogan 'abu - asal bukan umno'. penolakan rakyat ini berasas sebagaimana berasnya penubuhan pas.

    @ inilah keadaan di mana pas sedang berada. ia menuntut pas memahaminya. pas tidak boleh lakukan persempadan semula. tetapi pas boleh
    gunakan keadaan yang ada untuk memastikan rakyat yang telah mengundi pas terus kekal dan berusaha untuk menambahkan undi rakyat kepada pas. terus menyegar dan menyemarakkan "pas for all". rakyat yang sedang dahagakan perubahan sedang memerhatikan segala gerak geri pas. justeru pas mesti berusaha untuk mengambilalih tempat umno dengan "memelayukan" 'abu'.

    (2) "Kecederongan untuk menyokong atau membangkang UG tiada kaitan langsung dengan masa depan dakwah dan perjuangan Islam."

    @ salah!

    @ ug tidak sedikit mencalar imej pas. dalam keadaan 'abu' didendangkan oleh rakyat, pas muncul dengan ug. pas memilih untuk menolak arus apatah lagi "memelayukan" 'abu'! ini yang tidak difahami oleh penyokong ug. penyokong tidak salah. mereka wala'. yang menggalas ug tidak boleh melepaskan diri. mereka bertindak songsang dari keputusan muktamar di ipoh, 'memperkasakan pakatan rakyat'. mereka khianati konsensus muktamar!

    @ dengan memahami keadaan semasa sekitaran, ug di tolak. kehausan rakyat kepada perubahan cukup terasa. hanya air yang dapat menhilangkannya, bukan fatamorgona! air itulah yang pas perlu sediakan.

    (3) "...inilah yang menyebabkan jenerasi pelapis masih teguh berdiri bersama PAS, walaupun masa depan mereka bersama PAS masih kelam."

    @ satu statement untuk menidakkan kesilapan yang berlaku. sehingga tanpa segan silu sanggup mempermain2kan kecerdikan jenerasi pelapis dengan "masa depan mereka bersama pas masih kelam"!

    @ hanya yang wala' gila (maaf) sahaja yang berpandangan sebegini.

    i rest my case.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  9. kah kah kah!
    husin,
    sory kawe tersalah blog, terpaksa berbincang dgn manusia berotak sewel.

    BalasPadam
  10. Salam, Ada orang yang menganggap diri nya yg pakar dan meremehkan pandangan orang lain dengan gaya jawapan oleh BatuAir diatas. Kita perlu sedar pandangan ilmiah sahaja tidak semestinya memberikan hasil atau keputusan yang sebenar. Apabila kita memperhalusi sesuatu isu pada pandangan PhD tentunya berlaianan dengan orang awam. Pandangan PhD apa bidang pun memperhalusi sesuatu yang telah halus. Contohnya Kalau ambil first degree dlm elektronik katakan merangkumi skop yang luas, Apabila mengambil Master ianya di perhalusi kepada Wave sahaja pula contohnya dan akhirnya PhD kepada memperhalusi wave tersebut kepada ion ion atau selainya. Apa yang jelas ilmunya kian halus. Bagi ahli politik kampongan seperti kami tanpa degree cuma melihat kepada pandangan umum yang memberikan impak kepada persekitaran dan kehidupan harian. Kami memerhati juga angkoh, sombong atau kata umumnya kelaku penutur atau penulis. Kami merasakan kalau mahu bersama rakyat letakkan diri kamu setara dengan rakyat dan jangan angkuh dalam percakapan atau tulisan. Kami tidak peduli samada kamu ada first degree, Master atau PhD. YANG KAMI MAHU BOLEH BEKERJA DAN MENYENANGKAN HATI RAKYAT DAN JANGAN TIPU , HELAH MUSLIHAT DENGAN RAKYAT.

    BalasPadam
  11. MMS: Saya adalah anak jati Johor dan bekerja di Trg dan terlibat secara langsung dgn PAS di TRG. Saya merasakan bahawa PAS TRG adalah antara penyumbang terbesar kepada kemenangan PR di tempat lain. Pemerhatian saya adalah PAS telah melancarkan "serangan" politik seawal pasca-PRU2004 menyebabkan UMNO/BN terpaksa melipatgandakan usaha, jentera, resources dan ketumbukan politiknya di TRG menyebabkan ditempat2 lain berkurangan. Ini membantu jentera PAS/PR dapat bertindak lebih berkesan dgn kurangnya kekangan dr pihak UMNO/BN. Ini terbukti ditempat saya yang mana Parlimen dan DUN dimenangi oleh PR. Keduanya, kalau kekalahan PAS di TRG pada PRU 2004 dijadikan alasan/kewajaran untuk mereform PAS, persoalan yang lebih kurang sama harus diajukan kepada PAS Kelantan kenapa pada PRU2004, PAS hanya menang dgn majoriti satu kerusi dgn kelebihan 2 undi. Kenapa PAS Kelantan tidak boleh mengekalkan momentum kemenangan PRU1999. Ketiganya, dengan tidak meraih kemenangan pd PRU2008 - sebenarnya PAS mendapat kemenangan moral, beban kpd UMNO/BN adalah bertambah dgn menjadikan masalah UMNO/BN di TRG sbg peluru tambahan utk PAS/PR. Itupun kalau rakan2 di dalam PR bijak dan pandai mengeksploitasikan isu ini kepada rakyat, bukannya ahli/penyokong PAS "membunuh", mencerca, memburukkan keadaan, memberikan persepsi negatif thdp pimpinan PAS yang telah dilantik dan diamanahkan. Wa ALLHU a'lam

    BalasPadam
  12. saya x nk mengulas apa2..just dlm pemerhatian saya, Tganu adalah negeri yg rakyatnya keadaan
    50 - 50 antara PAS dan BN..ini kerana kedua2 parti ini mempunyai kekuatan pengundi masing. jika anda datang ke Tganu pada musim pilihaNRAYA, anda boleh melihat semangat parti dari segi, bendera, spanduk, kain rentang yg ditulis sebagai luahan perasaan, ketidakpuas hati antara kedua belah pihak parti. pelbagai slogan boleh kita baca pada kain rentang di sepanjang jalan. kalo x pecaya, kita tunggu PRU 13 nanti..persaingan sengit akan berlaku.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog